Anda di halaman 1dari 2

Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.

T kerana mengizinkan kita


melaksanakan pementasan Mocktrial yang keempat iaitu Nafas. Saya juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Fakulti
Undang-Undang UKM kerana memberi sokongan Ketua pelaksanaan
pementasan ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan
kepada Ketua Pengarah Program dan Kumpulan Produksi kerana bertungkus
lumus dalam menguruskan perjalanan dan kebajikan pelakon dan krew
teater ini dari dari peringkat latihan sehinggalah ke tiga hari pementasan.

Setiap tahun, Mocktrial Fakulti Undang-Undang UKM sentiasa


menjanjikan kepada penonton sebuah pementasan yang menonjolkan
prosedur perbicaraan dalam mahkamah dan elemen suspen dalam jalan
cerita yang dipentaskan. Tujuan pementasan ini adalah untuk memberi
pendedahan kepada penonton bagaimana prosedur perbicaraan itu
dijalankan, Oleh itu, selain dari mementaskan konflik yang berlaku, penonton
juga akan dapat memahami bagaimana prosedur jenayah dalam mahkamah
dijalankan dalam berbentuk komedi dan santai. Ini adalah inisiatif Produksi
Mocktrial Fakulti Undang-Undang UKM untuk memberi pendedahan tentang
pengetahuan undang-undang kepada penonton yang menyaksikan
pementasan ini.

Mocktrial pada tahun ini, yang bertajuk Nafas menerapkan elemen


kekeluargaan dalam pementasan ini. Kelainan yang dibawa pada tahun ini
ialah gabungan elemen jenaka, emosi dan konflik yang diterapkan dalam
proses perbicaraan. Penonton akan dibawa untuk menghayati apa
sebenarnya yang berlaku disebalik pembunuhan itu, Konsep masalah yang
sering berlaku dalam masyarakat juga diterapkan agar penonton menyedari
akan realiti yang berlaku di sekeliling kita. Oleh itu, pementasan pada tahun
ini diharap dapat memberi impak yang besar terhadap penonton yang
menyaksikannya. Akhir sekali, ucapan tahniah dan syabas saya tujukan
kepada pelakon dan krew belakang tabir yang bersama-sama menjayakan
tiga hari pementasan ini. Semoga kita berjumpa lagi pada pementasan tahun
hadapan. Sekian, terima kasih

MUHAMAD AZHAM BIN MARWAN


Pengarah Pementasan

Teater Mocktrial Nafas 2016

Anda mungkin juga menyukai