Anda di halaman 1dari 25

KONSTRUKTIVISME

28/04/2012

HAS2012

Pengenalan
Pelopor: BF Skinner, JB Watsons & E Thorndike
Menekankan kepada tingkah laku yang boleh
diperhatikan.
Perlakuan boleh diperkukuh atau dihentikan melalui
ganjaranatau hukuman.
Pengajaran dirancang berdasarkan objektif perlakuan
yang boleh diukur atau diperhatikan.
Guru tidak perlu mengambil tahu pengetahuan sedia
ada murid dan perubahan yang berlaku dalam minda
semasa pengajaran.
Guru menekankan latih tubi, menekankan apa yang
murid boleh lakukan, tetapi bukannya kefahaman
murid.
28/04/2012

HAS2012

Kognitivisme
Pelopor: Jean Piaget.
Semua idea dan imej dalam minda individu
diwakili melalui skema / mental.
Jika maklumat baru secocok dengan skema,
maka maklumat itu diterima. Jika tidak,
maklumat itu ditolak atau diubah suai, atau
skema diubah suai.

28/04/2012

HAS2012

Konstruktivisme
Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara
aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia
ada.
Murid tidak menyerap secara pasif sebarang
pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya.
Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru
dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk
membentuk pengetahuan baru dalam mindanya
dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan
gurunya.
28/04/2012
HAS2012

Apakah Konstruktivisme?
Konstruktivisme adalah satu pendekatan
pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan
tentang bagaimana manusia belajar.
Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap
individu membina pengetahuan dan
bukannya hanya menerima pengetahuan
daripada orang lain.
(McBrien & Brandt,1997)
28/04/2012

HAS2012

Murid membina pengetahuan mereka dengan


menguji idea dan pendekatan berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada,
mengaplikasikannya kepada situasi baru dan
mengintegrasikan pengetahuan baru yang
diperoleh dengan binaan intelektual yang
sedia wujud.
(Briner, M.,1999)
28/04/2012

HAS2012

Dalam teori konstruktivisme, penekanan


diberikan kepada murid lebih daripada guru . Ini
adalah kerana muridlah yang berinteraksi dengan
bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman
tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru,
murid membina sendiri konsep dan membuat
penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan
inisiatif murid hendaklah diterima dan
digalakkan.
( Sushkin, N., 1999 )
28/04/2012

HAS2012

Kesimpulan
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa
murid membina sendiri pengetahuan atau
konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan
dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini,
murid akan menyesuaikan pengetahuan yang
diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru.

28/04/2012

HAS2012

Pengetahuan
Idea
Konsep
Kemahiran
Maklumat

Pengetahuan yang
diterima
Pengetahuan sedia ada
Pengetahuan baru yang
telah dibina
S2

28/04/2012

HAS2012

Implikasi pengertian Konstruktivisme


1. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid
adalah hasil darIpada aktiviti yang dilakukan
oleh murid tersebut dan bukan pengajaran
yang diterima secara pasif
2. Guru akan mengenal pasti pengetahuan
sedia ada murid dan merancang kaedah
pengajarannya dengan sifat asas
pengetahuan tersebut
28/04/2012

HAS2012

10

3. Guru berperanan sebagai pereka bentuk


bahan pengajaran yang menyediakan
peluang kepada murid untuk membina
pengetahuan baru.
4. Guru berperanan sebagai fasilitator yang
membantu murid membina pengetahuan
dan menyelesaikan masalah.
5. Pengajaran dan pembelajaran akan
berpusatkan murid.
28/04/2012

HAS2012

11

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Pembelajaran berpusatkan murid.


Fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran.
Guru sebagai fasilitator.
Pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil
pembelajaran.
Menyokong pembelajaran secara koperatif.
Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.

7.

Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan


memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang
sebenar.
8. Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.
9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan experimen
10. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu
idea.
11. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.
12. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan
menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.
28/04/2012

HAS2012

12

KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME


Lebih
berfikir
Lebih
seronok

Lebih
faham
Murid

Lebih
berkemahiran
sosial

Lebih
ingat
Lebih
yakin

28/04/2012

HAS2012

13

Lebih berfikir
Dalam proses membina pengetahuan baru,
murid akan berfikir untuk menyelesaikan
masalah, menjana idea, dan membuat
keputusan yang bijak dalam menghadapi
pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai
contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti
penyelidikan dan penyiasatan seperti
mengenal pasti masalah, mengumpul
maklumat, memproses data, membuat
interpretasi dan membuat kesimpulan.
28/04/2012

HAS2012

14

Lebih faham
Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan
idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara
langsung dalam pembinaan pengetahuan
baru. Seorang murid yang memahami apa
yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan
pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan
situasi baru.

28/04/2012

HAS2012

15

Lebih ingat
Setelah memahami sesuatu konsep, murid
akan dapat mengingati lebih lama konsep
tersebut kerana mereka terlibat secara aktif
dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima
dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru.

28/04/2012

HAS2012

16

Lebih yakin
Murid yang belajar secara konstruktivisme
diberi peluang untuk membina sendiri
kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini
menjadikan mereka lebih yakin kepada diri
sendiri dan berani menghadapi dan
menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

28/04/2012

HAS2012

17

Lebih berkemahiran sosial


Murid yang berkemahiran sosial boleh
bekerjasama dengan orang lain dalam
menghadapi sebarang cabaran dan masalah.
Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid
berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru
dalam membina pengetahuan mereka.

28/04/2012

HAS2012

18

Lebih seronok
Dalam pembelajaran secara konstruktivisme,
murid membina sendiri pengetahuan, konsep
dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka
lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok
untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun
menghadapi pelbagai kemungkinan dan
cabaran.

28/04/2012

HAS2012

19

PERANAN MURID

Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan


dan isu kemudian dengan sendiri membuat analisis dan
menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab
terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh
menyelesaikan masalah.

Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama


mereka.
Perbincangan itu akan membantu murid
mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika
murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka
dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat
membina asas pengetahuan yang mereka faham.

Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan


digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid
diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji
hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan
dalam kumpulan.

Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal,


manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka
28/04/2012menjana idea dan pengetahuan.
HAS2012

20

PERANAN GURU

Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan


mereka.

Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.

Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan


mereka.

Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas bukan hanya dalam


bentuk ujian bertulis.

Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian,


menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis.

Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.

Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah


dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain.

Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah


soalan dikemukakan.

Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara


idea-idea yang telah dijanakan.

28/04/2012
Menggalakkan

HAS2012
pembelajaran koperatif
dalam menjalankan tugasan tertentu.

21

CABARAN GURU KONSTRUKTIVIS


Guru berasa mereka tidak mengajar.
Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara
konstruktivisme dianggap tidak realistik.
Guru berasa bahawa penerangan mereka tidak
penting lagi.
Kawalan kelas agak merosot.
Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada
pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan
profesionalisme serta pengukuhan keyakinan
daripada pihak sekolah.
Walaupun terdapat beberapa kesulitan berkaitan dengan
pelaksanaan pembelajaran secara konstruktivisme, kesulitan itu
harus dipandang sebagai cabaran yang perlu diatasi oleh guru.
28/04/2012

HAS2012

22

Format pendekatan pembelajaran


secara konstuktivisme
Konstruktivisme mengaplikasikan
5 prinsip utama (5 Es) iaitu :

28/04/2012

Engage ( Melibat )
Explore ( Meneroka )
Explain ( Menjelas )
Elaborate ( Mengembang )
Evaluate ( Menilai )

HAS2012

23

Melibat (engage) Guru menyoal dan


merangsang minat dan rasa ingin tahu murid ,
murid melibatkan diri.
Meneroka (explore) Guru mencungkil , murid
mengumpul maklumat dan meneroka.
Menjelas (explain) Murid memberi penjelasan,
justifikasi dan mempersoalkan jawapan.
Mengembang (elaborate) Murid membuat
perkaitan dan melanjutkan konsep.
Menilai (evaluate) Guru mentaksir pemahaman
murid , murid menunjukkan pemahaman
konsep.
28/04/2012

HAS2012

24

28/04/2012

HAS2012

25