Anda di halaman 1dari 17

11.

Falsafah Ekonomi dan Kewangan Islam


Pada dasarnya ekonomi Islam dan kewangan Islam adalah
berteraskan ajaran Islam terhadap kehidupan manusia dan
Allah.Falsafah merupakan pengetahuan tentang pengertian satu
konsep atau reality yang dianggap sebagai dasar ilmu yang
tertinggi.Falsafah inilah yang menggerakkan perlakuan setiap agen
ekonomi.Falsafah ekonomi Islam seperti berikut:

i.

Konsep Tauhid
Tauhid menjadi asas dalam kehidupan Islam dan asas kepada
ekonomi Islam.Konsep Tauhid meliputi hubungan di antara
manusia dengan Allah dan hubungan di antara manusia
dengan manusia.Tauhid mengakui sepenuhnya akan keesaan
Allah S.W.T.Dengan erti kata lain,apa jua yang kita
lakukan,termasuk segala aktiviti kehidupan dan
perekonomian,mesti dilakukan dengan cara yang dibenarkan
dan diredai oleh Allah S.W.T.Tauhid mengawal perlakuan
manusia dan menjadi petunjuk serta mendorong manusia
bertindak di atas sifat manusia sebagai hamba Allah.Falsafah
ekonomi Islam terungkap kukuh kepada dasar-dasar tauhid
yang dipegang oleh individu Islam itu sendiri.Allah S.W.T.telah
menentukan undang-undang untuk semua kejadian dan
semuanya sudah sedia patuh kecuali manusia.Manusia
dikurniakan Allah S.W.T.dengan kebebasan sama ada untuk
mengikut undang-undang Allah atau
mengingkarinya.Kelakuan manusia dipengaruhi oleh sistem
kepercayaan dan ideologinya dengan mendukung falsafah
tauhid,Islam berpandangan bahawa terdapat dalam diri
manusia berada dalam kesatuan.Justeru itu,kesempurnaan
keperibadian seseorang itu akan tercapai jika kesemua faktorfaktor dalam diri manusia diberi penumpuan dengan
sepenuhnya tanpa mengecualikan sesuatu pun.Keperluan

kebendaan dan kerohaniaan manusia hendaklah dipenuhi


secara seimbang.Merujuk kepada ekonomi,asas falsafah
pendekatan Islam terhadap ekonomi adalah berbeza dengan
sistem ekonomi yang lain.

ii.

Konsep Penguasaan (Rububiyyah)


Rububiyyah ialah peraturan dan penyusunan oleh Allah S.W.T
dari segi kekuasaan
mencipta,memberi,menghidupkan,mematikan dan memandu
kehidupan.Dalam konteks ekonomi,Rububiyyah boleh difahami
sebagai peraturan Ilahi dalam segala aktiviti ekonomi yang
seharusnya menyedarkan manusia supaya bersyukur di dalam
segala perkara dan menerimanya sebagai ketentuan dari
Allah.Dialah pencipta makhluk alam ini,dalam
mengadakan,mentadbir,merubah,mengurus,menambah,meng
urang,menghidup,mematikan dan sebagainya.Meyakini selain
darinya sebagai yang memiliki sifat-sifat tersebut bermakna
meyakini wujudnya kekurangan pada Allah S.W.T.Ia juga
bermaksud iktikad secara putus bahawa Allah S.W.T.adalah
satu-satunya zat yang mencipta alam,menguasai dan
mengatur segala urusan makhluk di muka bumi ini.

iii.

Konsep Penyucian Akhlak(Tazkiyyah)


Tazkiyyah memberikan penekanan kepada aspek kesucian
jiwa dan kemurnian akhlak,sebagaimana yang terdapat dalam
konsep berzakat dan amalan bersedekah.Khalifah
memperkatakan tentang peranan atau fungsi kewujudan
manusia di muka bumi ini,iaitu untuk memakmurkan bumi
dengan menjalankan segala aktiviti kehidupan dalam ruang
lingkup pengabdian kepada Allah S.W.T.Ia berfungsi

membebaskan unsur-unsur negative daripada aktiviti-aktiviti


ekonomi.Individu yang bersedia menghayatinya mampu
menjadi aktiviti ekonominyanya adil,prokduktif serta
berkembang dengan baik tanpa unsur-unsur
penipuan,rasuah,dan sebagainya.Manusia perlu mewujudkan
hubungan bersih di semua peringkat sama ada hubungan
dengan Allah dan alam sekitar.

iv.

Hari Pembalasan
Kepercayaan kepada hari pembalasan akan menjadikan
kegiatan ekonomi manusia sentiasa prihatin terhadap kesan
pada hari pembalasan.Oleh yang demikian ,melalui keyakinan
akan hari pembalasan,prinsip keadilan akan sentiasa dijunjung
dan tindakan manusia dilaksanakan dengan penuh kesedaran
dan keikhlasan sebagai satu ibadat.

v.

Manusia Sebagai Khalifah


Sebagai khalifah di muka bumi ini,nilai-nilai agung dan
istimewa yang menjadi asas nilai ilahiah dalam ekonomi Islam
adalah nilai yang menetapkan bahawa manusia menjadi
wakil Allah S.W.T.Individu ekonomi Islam menyakini bahawa
harta dan sumber yang ada dimuka bumi adalah milik Allah
S.W.T.Oleh itu, manusia bertanggungjawab
menjaga,mengolah,mengguna dan mengagihkan harta yang
mereka miliki sebaik-baiknya bagi memenuhi keperluan bagi
mereka yang memerlukannya.Prinsip amanah akan mencegah
manusia dari melakukan ketidakadilan dan kezaliman lantas
ditakuti akan dipersoalkan keamanannya di akhirat.

vi.

Amanah
Amanah akan mencegah manusia dari melakukan
ketidakadilan dan kezaliman lantas ditakuti akan dipersoalkan
amanahnya di akhirat.

vii.

Kesamaan dan Persaudaraan Manusia


Amalan saling bantumembantu dan bekerjasama melahirkan
persaudaraan.Dari persaudaraan lahir perasaan hormat
menghormati dan bertanggungjawab kepada sesama
manusia. Amalan penipuan,penindasan,pemerasan,bakhil dan
seumpamanya tidak boleh wujud dalam system ekonomi Islam
kerana ia lahir dalam dasar pemikiran yang
berbeza.Ukhuwwah melahirkan keadilan sosial sehingga
menjadikan kehidupan manusia penuh dengan kebaikan dan
keharmonian.Ini kerana dalam satu masa yang sama setiap
individu harus gigih berusaha untuk menyara kehidupan
diri,keluarga dan memberi bantuan kepada orang lain.

viii.

Konsep Hak Milik


Hak milik mutlak harta adalah milik Allah semesta
Alam.Manusia adalah sebagai pemegang amanah.Manusia
berhak ke atas apa yang diusahakan dari sumber yang
diperolehi.Pendapatan manusia dari penggunaan sumber ini
adalah atas usahannya dan hak itu tidak boleh
dinafikan.Manusia tidak boelh menafikan hak ini atas orang
lain.Penafian hak penggunaan sumber bererti telah melakukan
penindasan dan ini dianggap sebahagian daripada ciri-ciri

riba.Manusia lahir dalam dunia tanpa apa-apa tetapi dengan


pertolongan Allah dan ahli masyarakat.

11.4
i.

Konsep Asas Ekonomi dan Kewangan Islam


Kebebasan Individu
Manusia menikmati kebebasan penuh untuk melakukan atau
menyatakan sesuatu kerana tanpa prinsip ini,tanggungjawab asas
bagi menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran dalam masyarakat tidak dapat dilaksanakan.Islam
juga membenarkan pelbagai bentuk ekonomi selagi selari dengan
apa yang digariskan dalam Al-Quran dan Sunnah.

ii.

Hak Memiliki Harta


Islam mengiktiraf hak individu kepada harta tetapi dengan
kekangan yang menjaga kemaslahatan masyarakat.Harta adalah
milik Allah dan pemberian harta kepada manusia hanya sebagai
amanah dan ujian yang dipertanggungjawabkan oleh Allah
S.W.T.Oleh itu manusia hanya sebagai pemegang amanah dan
bukan pemilik mutlak harta tersebut.Penerimanya mestilah
menunaikan hak-hak ke atasnya dan tidak boleh diperoleh atau
dibelanjakan sesuka hati.Sistem ekonomi,menyifatkan harta adalah
milik Negara sepenuhnya dan membataskan hak milik individu serta
mereka tidak berpeluang untuk mengumpul dan menggunakan
harta padakadar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.Harta adalah

milik mutlak individu dan boleh dibelanjakan sesuka hati tanpa ada
peraturan atau campur tangan sesiapa.Harta yang dimiliki juga hak
individu dan tidak boleh dikongsi dengan orang lain.

iii.

Ketidaksamaan Ekonomi Terkawal


Perbezaan dalam ekonomi memang wujud secara semulajadi di
dunia ini.Islam adalah agama yang adil dan sememangnya tidak
membiarkan perbezaan ini menjadi terlalu jauh.Kekayaan yang
dimiliki oleh golongan tertentu di kongsi dengan orang lain iaitu
dengan mengeluarkan zakat bagi yang berharta dan zakat fitrah
untuk semua orang Islam.

iv.

Edaran Kekayaan Yang Meluas


Islam mengagihkan kekayaan terhadap umatnya secara sekata
tanpa menumpukannya kepada sesuatu kelompok masyarakat
sahaja.Semua individu mempunyai hak yang sama dalam
mendapatkan kekayaan.Kekayaan yang diperolehi hendaklah
daripada sumber yang halal.

v.

Pengharaman institusi Anti-Sosial


Semua kegiatan ekonomi dalam Islam hendaklah mementingkan
keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat.Segala bentuk
ekonomi yang mendatangkan keburukan dan bertentangan dengan
ajaran Islam adalah ditegah sama sekali.Sebagai
contoh,riba,rasuah,pasaran gelap,berjudi,sorok barang,minuman
keras dan lain-lain yang bertentangan dengan ajaran Islam.

11.5

ciri-ciri Istimewa Ekonomi Islam

a. Sumber adalah dianggap sebagai anugerah Allah kepada manusia


sebagai pemegang amanah untuk dimanfaatkan dengan penuh
ihsan.Islam mengenegahkan prinsip pemegang amanah berbanding
prinsip kepentingan diri sendiri.
b. Islam mengiktiraf hak milik persendirian tetapi kepentingan
masyarakat mendahului kepentingan individu,perolehan harta
adalah melalui kaedah yang menepati hokum syariah.

c. Ekonomi Islam mengamalkan prinsip kerjasama berbanding teknik


pertembungan bagi mencapai keseimbangan.

d. Konsep harta adalah sebagai sumber yang produktif(bukan sekadar


memenuhi kepentingan peribadi) bagi tujuan meningkatkan
pengeluaran ekonomi Negara dan tahap kehidupannya.

e. Islam mengutamakan pemilikan awam nagi industri-industri yang


ada kepentingan bagi semua golongan masyarakat seperti
keperluan air,elektrik,gas dan seumpamanya.

f. Dalam semua urusan,seseorang perlu mengamalkan sifat taqwa


agar dapat dielakkan dari aktiviti menindas,penipuan,keuntungan
berlebihan,diskriminasi dan seumpamanya.

11.6 Etika Dalam Ekonomi Islam


Ajaran Islam yang syumul tidak mengenepikan pentingya
perniaggaan dalam kehidupan manusia.Namun ursniaga yang
dijalankan haruslah menepati garis panduan yang telah ditetapkan
dalam Islam.Sistem kapitalis yang meluas dilaksanakan dalam
perniagaan dunia kerap kali membuka peluang kepada peniaga
untuk memperolehi kekayaan segera dengan jalan mudah misalnya
rasuah.kadangkala cara beretika pula memerlukan masa yang
panjang untuk memperolehi keuntungan.Sebagai seorang
Islam,matlamat mencari keredhaan AllahS.W.T. yang menjangkau
hantya kehidupan dunia semata-mata seharusnya membataskan
tindakan kepada kaedah yang berkat dan dituntut oleh agama.Islam
telah menggariskan panduan khusus untuk menjalankan perniagaan
agar ianya menjurus kepada tercapainya matlamat ekonomi
Islam,antaranya:
1. Pematuhan Terhadap Kontrak
Prinsip asas seperti kebenaran,kejujuran dan amanah seperti
di atas perlu diikuti di sini.Seseorang peniaga atau pengurus
Islam patut mematuhi amanah,janji dan kontrak yang
dilakukannya.Allah berfirman:

2. Penipuan dan Salahtafsir Iklan


Terdapat beberapa firma perniagaan mengiklankan barangan
tidak menepati dengan barang yang dijual.Terdapat iklan yang
mengelirukan menyebabkan pengguna membuat tafsiran

yang tidak tepat.Justeru,wujudlah unsur penipuan dalam


perniagaan.

3. Timbangan yang Tepat


Peniaga yang tidak jujur,menipu tinbangan untuk
mendapatkan untung yang lebih.Menipu timbangan
merupakan kaedah penipuan dan eksploitasi yang telah
dilakukan sejak sekian lama.Di dalam al-quran Allah S.W.T
berfirman agar timbangan dilakukan dengan tepat.

4. Sorok Barang
Amalan sorok barang untuk tujuan mendapat untung ketika
harga naik atau menyorok barang ketika masyarakat
kekurangan barang merupakan satu eksploitasi kepada
masyarakat dan pengguna.Orang yang melakukan sorok
barang ini jelas melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan ajaran Islam.Mereka tergolong dalam golongan orang
yang bersifat bakhil dan tamak.

5. Penghapuasan Keluaran Berlebihan


Telah menjadi amalan dalam kaedah moden untuk
menghapuskan barang berlebihan agar tidak jatuh.Matlamat
memaksimakan untung ini dilakukan tanpa mengambil kira
nilai-nilai etika.Islam melarang perbuatan ini kerana barangan
dan sumber adalah milik Allah dan manusia adalah pemegang
amanah.Manusia sepatutnya mencari jalan untuk
menggunakan lebihan itu.

6. Perniagaan Melibatkan Riba


Amalan riba sudah sebati dengan dunia perniagaan
barat.Menerusi perniagaan Islam terdapat banyak alternative
untuk mengelakkan dari terlibat dengan amalan buruk
ini.Agama Islam tegas dalam amalan riba.Islam menganggap
riba sebagai amalan yang keji dan tergolong sebagai salah
satu dosa besar.Islam menolak segala bentuk amalan riba.
7. Amalan Pengambilan Pekerja
Pengambilan pekerja mestilah adil.Pekerja mestilah boleh
melaksanakan tanggungjawab dan boleh berlaku adil
terhadap apa yang diamanahkan kepadanya. Jika memilih
pekerja atau menyerahkan tugas harus mengikut kebolehan
dan kepakaran pekerja yang diambil,bukan berdasarkan pilih
kasih atau melibatkan unsur-unsur diskriminasi kerana
pemilihan sedemikian boleh menggalakkan berlaku amalan
rasuah dan kegagalan dalam melaksanakan tanggungjawab.
8. Adil kepada Pekerja
Menjadi tanggungjawab organisasi perniagaan untuk menjaga
kebajikan pekerja,memberi gaji yang setimpal dan tempat
kerja yang baik.Contohnya,dalam suasana semasa di mana
terdapat pekerja asing yang sama-sama bekerja dalam
organisasi,perkara ini perlu diperingatkan agar tuntutan
agama tidak diketepikan.Islam tidak memilih warna kulit atau
rupa sebaliknya taqwa adalah ukuran di sisi Allah.

Perbezaan Antara Ekonomi Islam Dan Ekonomi


Konvensional

Sistem Ekonomi Islam

Gagalnya sistem ekonomi kapitalis mahupun sosialis dalam menciptakan


kesejahteraan masyarakat mengharuskan adanya pemecahan kerana negara-negara muslim
sangat memerlukansesuatu sistem yang lebih baik yang mampu memberikan semua elemen
untuk berperanan dalam mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan. Sistem ekonomi ialah
sistem ekonomi alternatif mahupun sistem ekonomi pertengahan, sistem ekonomi islam
merupakan sistem ekonomi solutif atas pelbagai masalah yang selama ini muncul.
Deskripsi paling sederhana dari ekonomi Islam adalah suatu sistem ekonomi yang
berdasarkan pada ajaran dan nilai-nilai Islam, dimana keseluruhan nilai tersebut sudah tentu
berasal dari Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak, dan Qiyas. Secara umumnya, lahirlah idea tentang
sistem ekonomi Islam berdasarkan pemikiran bahawa sebagai agama yang lengkap dan
sempurna, Islam tentunya tidak hanya memberikan penganutnya peraturan-peraturan soal
ketentuan dan iman, melainkan juga jawapan atas pelbagai masalah yang dihadapai oleh
manusia, termasuk ekonomi.Firman Allah s.w.t(surat Al-Hasyr ayat 7)







Ertinya : Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta
benda) yang berasal dari penduduk kota-kota Maka adalah untuk Allah, untuk rasul, kaum
kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan,
supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang Kaya saja di antara kamu. apa yang
diberikan Rasul kepadamu, Maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, Maka
tinggalkanlah dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya.

kriteria ekonomi Islam seperti berikut:

I.

Harta kepunyaan Allah dan manusia merupakan khalifah


atas harta.

Dalam hal ini dapat diertikan bahawa semua harta yang ada di tangan
manusia pada hakikatnya kepunyaan Allah, karena dialah yang
menciptakannya akan tetapi Allah memberikan hak kepada manusia
untuk memanfaatkannya. Namun pemanfaaannya tidak boleh
bertentangan dengan kepentingan orang lain. Jadi kepemilikan dalam
Islam tidak mutlak.

II.

Ekonomi terikat dengan akidah, syariah dan moral.

Iaitu setiap kegiatan ekonomi akan bernilai ibadah dengan mengikuti


aturan yang telah ditetapkan dalam Islam.

III.

Keseimbangan antara kerohanian dan kebendaan.

Apa saja yang kita lakukan di dunia ini hakikatnya adalah untuk mencapai
kebahagiaan akhirat.

IV.

Ekonomi Islam menciptakan keseimbangan antara kepentingan individu


dengan kepentinganumum.

kegiatan ekonomi yang dilakukan seseorang untuk mensejahterakan dirinya tidak boleh d
dilakukan dengan mengabaikan dan mengorbankan kepentingan orang lain dan masyarakat
umum.

V. Kebebasan individu dijamin dalam Islam.


Dalam Islam diberikan kebebasan individu namun tidak boleh melanggar aturan-aturan Allah,
dengan kata lain kebebasan tersebut sifatnya tidak mutlak.

VI.

Negara diberi wewenang turut campur dalam perekonomian.


Dalam Islam Negara Berkewajiban melindungi kepentingan masyarakat dari

ketidakadilan yang dilakukan oleh seseorang atau kelompok. Negara berkewajiban


memberikan jaminan sosial agar seluruh masyarakat dapat hidup secara layak.
VII.

Bimbingan konsumsi.
Islam ada ketentuan mana yang halal dan haram untuk dikonsumsi dan juga perilaku
yang baik dan tidak baik.

Sistem Ekonomi Konvensional

Sistem ekonomi konvensional merupakan sistem ekonomi yang banyak digunakan oleh
pelbagai negara di dunia, termasuk Indonesia. Ekonomi konvensional merupakan sistem
perekonomian yang memberikan kebebasan secara penuh kepada setiap orang untuk
melaksanakan kegiatan perekonomian. Sistem ekonomi konvensional menyatakan bahwa
pemerintah turut mengambil bahgian untuk memastikan kelancaran dan keberlangsungan
kegiatan perekonomian yang berjalan, tetapi pemerintah tidak ikut campur dalam ekonomi.
Dalam ekonomi konvensional, setiap warga dapat mengatur nasibnya sendiri sesuai dengan
kemampuannya. Semua orang bebas bersaing dalam bisnes untuk memperoleh
keuntunganbanyak, serta melakukan kompetisi untuk memenangkan persaingan bebas
dengan pelbagai cara. Hal ini mengakibatkan terbentuknya sekelompok orang yang kaya dan
sekelompok orang yang miskin. Kaum kaya akan semakin kaya dan kaum miskin akan
semakin miskin. Di dalam sejarah dunia, terdapat beberapa sistem ekonomi konvensional
yang begitu berpengaruh diantaranya:

Sistem Ekonomi Kapitalis


Salah satu sistem perekonomian yang sudah ada sejak abad 18 masihi,kemudian
menyebar luas ke kawasan Eropa Barat Laut dan Amerika Utara. Sistem Ekonomi Kapitalis
adalah sistem ekonomi yang memberikan kebebasan secara penuh kepada setiap orang untuk
melaksanakan kegiatan perekonomian. Dalam sistem ini pemerintah dapat ikut campur atau
tidak sama sekali dalam sistem ekonomi ini.Lembaga hak milik swasta merupakan elemen
dari kapitalisme. Pemberian hak pemilikan atas harta kekayaan memliliki fungsi ekonomi
penting iaitu para individu memperoleh perangsang agar aktiviti mereka dimanfaatkannya.
Hal ini sangat mempengaruhi distribusi kekayaan serta pendapatan kerana individu-individu
diperkenankan untuk menghimpun aktiviti dan memberikannya kepada para ahli waris secara
mutlak apabila mereka meninggal dunia. Ia mungkin berlaku pertukaran yang tinggi kerana
orang yang memiliki hak pemilikan atas barang-barang sebelum hak tersebut dapat dialihkan
kepada pihak lain. Dengan demikian, sistem ekonomi kapitalis sangat erat hubungannya
dengan

kepentingan individu. Apabila setiap individu boleh mengejar kepentingannya

sendiri tanpa adanya campur tangan pihak pemerintah, maka ia seakan-akan dibimbing oleh
tangan yang tidak nampak (the invisible hand), untuk mencapai yang terbaik kepada
masyarakat.
Dengan kata lain dalam sistem ekonomi kapitalis berlaku "Free Fight Liberalism"
(sistem persaingan bebas). Sesiapa yang memiliki dan mampu menggunakan kekuatan modal
(Capital) secara efektif dan efisien akan dapat memenangkan pertarungan dalam bisnes.

Ciri-ciri Ekonomi Kapitalis


I.

Pengakuan yang luas atas hak-hak pribadi dimana Pemilikan alatalat produksi di tangan individu dan Inidividu bebas memilih
pekerjaan/ usaha yang dipandang baik bagi dirinya.

II.

Perekonomian diatur oleh mekanisme pasar dimana Pasar


berfungsi memberikan signal kepada produksi dan konsumen
dalam bentuk harga-harga. Campur tangan pemerintah
diusahakan sekecil mungkin. The Invisible Hand yang mengatur
perekonomian menjadi efisien serta motif yang menggerakkan
perekonomian.

III.

Manusia dipandang sebagai mahluk homo-economicus, yang selalu mengejar


kepentingan diri.

Sistem Ekonomi Sosialis


Gerakan ekonomi yang muncul sebagai perlawanan terhadap ketidakadilan yang timbul
dari sistem kapitalisme. sebutan sosialisme menunjukkan kegiatan untuk menolong orangorang yang tidak beruntung dan tertindas dengan sedikit tergantung dari bantuan pemerintah.
Dalam bentuk yang paling lengkap sosialisme melibatkan pemilikan semua alat-alat
produksi, termasuk tanah-tanah pertanian oleh negara, dan menghilangkan milik swasta.
Dalam masyarakat sosialis yang menonjol adalah kolektivisme atau rasa kerbersamaan.
Untuk mewujudkan rasa kebersamaan ini, produksi dan cara pendistribusian semua sumbersumber ekonomi diatur oleh negara.
Dengan demikian sistem ekonomi sosialis merupakan suatu sistem yang memberikan
kebebasan yang cukup besar kepada setiap orang untuk melaksanakan kegiatan ekonomi
tetapi dengan campur tangan pemerintah. Pemerintah mengatur pelbagai hal dalam ekonomi
untuk menjamin kesejahteraan masyarakat

Ciri-ciri Sistem Ekonomi Sosialis

1. Lebih mengutamakan kebersamaan (kolektivisme) :

Masyarakat dianggap sebagai satu-satunya kenyataan sosial, sedang individu-individu

fiksi belaka.
Tidak ada pengakuan atas hak-hak pribadi (individu) dalam sistem sosialis.
peranan pemerintah sangat kuat

Pemerintah bertindak aktif mulai dari perancangan, pelaksanaan hingga tahap

pengawasan.
Alat-alat produksi dan kebijaksanaan ekonomi semuanya diatur oleh negara.

2. Sifat manusia ditentukan oleh pola produksi :


Pola produksi (aset dikuasai masyarakat) melahirkan kesedaran kolektivisme
(masyarakat sosialis).

Pola produksi (aset dikuasai individu) melahirkan kesedaran individualisme


(masyarakat kapitalis).
Mengabaikan pendidikan moral.

Anda mungkin juga menyukai