Anda di halaman 1dari 2

Pernyataan Masalah

Pecahan merupakan topik yang mencabar dalam Matematik. Hal ini kerana pelajar
menganggap pecahan agak kurang penggunaannya dalam kehidupan seharian murid tidak
seperti topik wang yang sangat dekat dengan pelajar. Pelajar selalunya mempunyai masalah
untuk membuat penolakan dan penambahan dengan cara yang biasa. Contohnya,

7 8
+
10 9
Cara biasa yang selalu guru ajarkan kepada murid adalah dengan menyamakan penyebut
dibahagian bawah setiap nombor pecahan dengan cara mendarab setiap nombor penyebut
sehingga nombornya sama.Contohnya,

7
8
+
10 9 9 10
Nombor pengangka pula hendaklah didarabkan dengan angka yang sama didarabkan pada
penyebut. Hasil kedua-dua pendaraban pada anga penyebut dan pengangka akan
menghasilkan pecahan yang baru dengan penyebut yang sama.Contohnya,

7 9 8 10
+
10 9 9 10
63 80
+
90 90
143
90

Masalah timbul apabila pelajar kurang mengingati langkah langkah untuk menyamakan
nombor penyebut dan keliru untuk mendarab nombor pengangka dengan dengan angka
yang sama didarabkan pada penyebut. Selain itu, tulisan nombor yang sama dan terlalu
banyak kadangkala mengelirukan pelajar untuk mendarab.Akibatnya, pelajar mungkin
tersalah tulis nombor dan gagal untuk mendapatkan jawapan yang betul.

Contoh kesalahan pelajar,

79 89
+
10 9 9 10

63 72
+
90 90
135
90

Masalah kedua yang mungkin timbul adalah pelajar mungkin keliru dengan penambahan
selepas mendapatkan nombor pecahan yang baru.Hal ini mungkin terjadi kerana murid tidak
mempunyai satu cara untuk mengingati perbezaan proses penambahan pecahan dan
operasi penambahan biasa.

7 9 8 10
+
10 9 9 10

63 80
+
90 90
143

= 180