Anda di halaman 1dari 2

Fungsi Majlis Tertinggi

PENGERUSI
Bertanggungjawab terhadap Pengerusi Cawangan dan
bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan pengurusan, pembangunan,

pentadbiran dan kegiatan Cabang.


Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cabang.
Mempunyai satu undi Penentuan dan akan menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat

semasa disahkan.
Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK Cabang dalam

perlaksanaan tugas mereka.


Menentukan akaun Cabang disediakan untuk diaudit, diluluskan dan dikemukakan

ke Cawangan.
Bertanggungjawab di dalam memastikan belanjawan dan perancangan belanjawan

Cabang tersusun rapi.


Terlibat dalam tugas-tugas rasmi dengan Kementerian, Jabatan Kerajaan dan
BSMM.

NAIB PENGERUSI 1

Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.

Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan jawatan sehingga


Pengerusi baru dilantik.

Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan Cabang.

Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Cabang.

NAIB PENGERUSI 2
(Bergantung pada keperluan Cabang dan tugas-tugasnya seperti Naib Pengerusi I)

SETIAUSAHA

Bertanggungjawab terhadap Setiausaha Cawangan dan menjadi Pegawai


Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabang dan Unit.

Membantu Jawatankuasa Cabang dalam memelihara perhubungandengan Badanbadan Kerajaan, Swasta dan Pertubuhan lain di peringkat Cabang.
Bertanggungjawab memberi bantuan sekretariat dan susulan untuk Jawatankuasa

Cabang terutama kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi

Menyelaras semua kegiatan Cabang.

Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan Peruntukan Tahunan


dan Penyata Kewangan.

Menjadi Pegawai Pentadbiran peringkat Cabang termasuk bertanggungjawab


mengenai semua dokumen, buku, rekod, pendaftaran dan insuran kepunyaan
Cabang.

BENDAHARI

Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan akan bertanggungjawab


menyimpan rekod akaun, menyediakan Penyata Penerimaan dan Pembayaran,

Pendapatan dan Perbelanjaan dan Kunci Kira-kira bulanan dan tahunan.


Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di Cabang dan Unit.
Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai yang dilantik oleh

Jawatankuasa Cabang.
Bertanggungjawab menyediakan Belanjawan Tahunan untuk dikemukakan dalam

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan memajukan ke Cawangan.


Menasihati Jawatankuasa Cabang dalam pengawasan kewangan dan audit.
Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta Cabang seperti tanah,

bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat dan lain-lain.


Menyelia dan mengemukakan akaun yang disatukan ke Cawangan sebelum 30 Mac
setiap tahun.

Anda mungkin juga menyukai