Anda di halaman 1dari 4

Definisi permainan tradisional

Permainan yang dimainkan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk


mengisi masa senggang.

Merupakan satu cara masyarakat pada zaman dahulu berhibur kerana


pada masa tersebut tiada media elektronik yang boleh menghiburkan
mereka.

Terdiri daripada gasing, wau, dam haji, galah panjang, ketingting bulu
ayam, tarik upih, konda kondi

FAKTOR-FAKTOR PERMAINAN TRADISIONAL DIPINGGIRKAN:1. Pengaruh besar yang dibawa oleh pelbagai permainan yang moden dan
sofistikated - lebih relevan dengan perkembangan kemajuan sains dan
teknologi; - permainan komputer, permainan video, mesin kawalan jauh,
permainan robot, dan seumpamanya.
2. Sikap dan pandangan masyarakat hari ini yang beranggapan permainan
tradisional sudah ketinggalan zaman dan hanya layak berada di muziummuzium.
3. Semakin

kurang

jumlah

pejuang

atau

aktivitis

yang

aktif

memperjuangkan nasib permainan tradisional; jika ada pun sekadar hidup


segan mati tak mahu.
4. Pihak-pihak
mahupun

bertanggungjawab

swasta

tidak

sama

menunjukkan

ada

di

pihak

komitmen

yang

kerajaan,

NGO

tinggi

untuk

memartabatkan seni permainan tradisional sebagai khazanah budaya dan


bangsa negara.
5. Generasi

muda

tidak

atau

jarang-jarang

didedahkan

dengan

keistimewaan dan kelebihan permainan tradisional sehingga menyebabkan


mereka gagal mengenali budaya sendiri; tak kenal maka tak cinta.
6. Pemikiran masyarakat moden hari ini lebih ke arah mengumpulkan harta
kekayaan dan kejayaan anak-anak dalam pelajaran; Mereka menghadapi

kekangan masa untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, makan angin apatah


lagi untuk bergiat cergas mengisi masa dengan bermain permainan
tradisional yang memakan masa yang lama.
7. Kesukaran untuk mendapatkan peralatan permainan tradisional, bersaiz
besar, harga yang mahal juga menjadi faktor kenapa permainan tradisional
semakin dilupakan.
8. Terlalu kurang penganjuran pertandingan permainan tradisional oleh
pihak-pihak bertanggungjawab menyebabkan permainan jenis ini semakin
lesu di bumi sendiri; Penganjuran permainan tradisional dari peringkat
rendah hingga ke peringkat dunia akan lebih mempopularkan permainan
tradisional. Contohnya permainan sepak raga yang diberikan sedikit inovasi
dan dikenali dengan permainan sepak takraw telahpun popular sehingga ke
peringkat antarabangsa.
9. Penggiat-penggiat permainan tradisional di desa serta kampung tidak
mendapat apa-apa bantuan dan dukungan daripada pihak kerajaan, apatah
lagi daripada pihak swasta yang hanya bergerak atas dasar keuntungan
perniagaan semata-mata.
10.

Institusi-institusi pendidikan tinggi seperti IPTA dan IPTS dingin serta

beku dalam usaha menubuhkan jabatan pengajian yang bertanggungjawab


mengkaji asal usul sejarah, melatih siswa-siswi dan memerkasakan segala
bentuk seni budaya turun-temurun agar tidak ditelan kemajuan.

Faktor Kepupusan Budaya Tradisional


1. Kegilaan terhadap permainan yang menggunakan teknologi moden
menyebabkan permainan tradisional terus terpinggir.
2. Sikap segelintir generasi pada masa kini yang menganggap permainan
tradisional adalah ketinggalan zaman dan hanya wujud pada zaman
puntung asap sahaja haruslah dikikis.

3. Kecanggihan permainan moden melekakan generasi pada masa kini


yang telah menjadi kera sumbang kerana asyik terperap di dalam
kamar sahaja.
4. Sikap acuh tak acuh sesetengah pihak dalam mengembalikan
kegemilangan permainan tradisional ini menyebabkan permainan ini
semakin terus dilupakan.
Langkah-Langkah
1. Warisan nenek moyang ini akan luyput ditelan zaman jika tiada usaha
untuk menggemilangkan kembali tradisinya.
2. Tiada lagi deraian ketawa jiran tetangga dan rakan taulan yang
mengiringi setiap langkah permainan seperti gasing dan wau.
3. Jangan kita biarkan nostalgia nenek moyang hanya tinggal dalam
lipatan sejarah yang dikuburkan sendiri oleh cucu-cicitnya yang tidak
tahu menghargai warisan bangsa.
4. Kecenderungan masyarakat moden untuk hidup seperti enaun dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan permainan
tradisional ini hanya tinggal dalam buku-buku dan majala-majalah
sahaja.
5. Sepatutnya generasi pada masa kini tampil sebagai pewaris pusaka
tradisi nenek moyang yang terbilang.
6. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk mempopularkan
warisan ini kerana permainan tradisional ini merupakan satu daripada
warisan silam yang perlu dipertahankan.
7. Permainan tradisional merupakan sumber hiburan utama masyarakat
silam tetapi kini perkembangan teknologi moden telah merubah
segala-galanya.
8. Permainan tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri dan
merupakan warisan budaya bangsa Malaysia. Hilang budaya, maka
lenyaplah sesuatu bangsa.
9. Sudah tiba masanya langkah-langkah konkrit diambil bagi
mempertahankan permainan-permainan tradisional ini. Jika tidak
permainan-permainan ini akan lenyap ditelan zaman.

10. Kita tidak harus membiarkan sahaja warisan bangsa dibawa oleh angin
lalu kerana sejarah yang berlaku banyak mengajar kita akan erti
kehidupan yang sebenar. Justeru, hubungan yang renggang dapat
dieratkan dengan adanya permainan tradisional seperti congkak,
konda kondi, dan ketinting bulu ayam ini.
11. Kita tidak mahu anak bangsa kita menjadi manusia robotik yang hanya
tahu menggunakan mesin sahaja tetapi tandus dalam hubungan sosial
dengan masyarakat.
12. Kita perlu mewujudkan acuan sendiri dan tidak terikut-ikut dengan
budaya hedonisme masyarakat barat.
13. Kita tidak mahu menjejaskan ikatan kemesraan jika hanya tinggal di
dalm mahligai indah tanpa bergaul dengan masyarakat sekitar akibat
terlalu asyik dengan permainan komputer.
14. Kita tidak harus bersikap dingin terhadap warisan bangsa kita hingga
meminggirkan khazanah yang amat berharga dan menjadi daya
tarikan pelancong asing ke negara kita.
15. Janganlah kita menjadikan asakan pengaruh video, televisyen, internet
dan pawagam sebagai alasan untuk tidak mempopularkan permainan
ini kepada golongan muda.
Kesimpulan
1. Biar sebagus mana sekalipun permainan moden, permainan tradisional
tidak patut sekali-kali dipinggirkan.

Anda mungkin juga menyukai