Anda di halaman 1dari 12

SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

TOPIK 5

TOPIK 5

SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

PENGENALAN
Dalam topik ini kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan topik
Makkiyah dan Madaniyah. Antaranya ialah Konsep Makkiyah dan Madaniyah, Surah-surah
Makkiyah dan Madaniyah dan keraguan-keraguan berkaitan dengan Makkiyah dan
Madaniyah .

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda dapat:
1. menghuraikan konsep Makkiyah dan Madaniyah;
2. menjelaskan ciri-ciri dan petanda-petanda ayat Makkiyah dan Madaniyah; dan
3. mengenalpasti surah-surah Makki dan madani serta ayat-ayat Makki yang berada
dalam surah Madani dan sebaliknya.

PETA MINDA

68

OUM

TOPIK 5

5.1

SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

KONSEP MAKKIYAH DAN MADANIYAH

Kota Makkah dan Madinah sering dikaitkan dengan ibadah Haji. Dalam
konteks Ulum Al-Quran Kota Makkah dan Madinah mempunyai pengertian
yang lebih luas daripada itu. Mari kita sama-sama mendalaminya.

5.1.1

Pengertian

Makki dan Madani umumnya bermaksud ilmu yang membincangkan hal-hak yang
berkaitan dengan bahagian-bahagian Al-Quran yang Makki dan bahagian Al-Quran
yangmadani. Ia merangkumi erti dan makna, cara mengenali petanda-petandanya,
mahupun bahagian-bahagiannya. Secara lebih khusus Makki bermaksud bahagianbahagian kitab suci al-Quran di mana sebahagiannya termansuk Makki dan sebahagian
yang lain termasuk Madani.
Para sarjana al-Quran khususnya, berselisihan pendapat mengenai pentakrifan yang
sesuai dan tepat terhadap ayat serta surah Makkiyyah dan Madaniyyah. Walaupun secara
umumnya, Rasulullah (s.a.w.) tidak meletakkan ketentuan sesuatu ayat al-Quran tersebut
bersandarkan Makkiyyah atau Madaniyyah sebagaimana diungkapkan oleh al-Qadi Abu
Bakar dalam kitabnya al-Intisar. Namun sandaran kepada keprihatinan para Sahabat dan
Tabi`in (r.a.) dalam menghafaz secara terperinci setiap penurunan ayat al-Quran tersebut
bagi memenuhi tuntutan kesahihan dalam berhujjah dan memelihara kemurnian Kalam
Allah.
Jesteru itu paling kurang terdapat 4 pendapat atau teori yang merujuk kepada pentakrifan
ayat Makkiyyah dan madaniyah dari pelbagai aspek:1.

Aspek Masa Penurunan Ayat (Mulahazhatu Zamani Nuzuli) atau Teori Histari

Bermaksud: Mana-mana ayat al-Quran yang diturunkan sebelum Hijrah sama ada ia
diturunkan di Mekah mahupun di Madinah adalah Makkiyah manakala surah serta ayatayat yang diturunkan selepas penghijrahan rasul dinamakan ayat atau surah Madaniyah.
Teori ini bersandarkan kepada Hadith yang diriwayat oleh Abu Amr dan Uthman b Said alDarimi:

!+@ !  ">= '< F "!     $% &' +; $% &'
!% ;] '&   ">= '< G&YZ ! "! F[ $% &'
Maksudnya: Al-Quran yang diturunkan di Mekkah dan yang dirurunkan dalam perjalanan
hijrah ke Madinah adalah termasuk Makki. Dan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad dalam perjalanan beliau setelah tiba di Madinah adalah termasuk Madani.

OUM

69

SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

TOPIK 5

Pendapat ini adalah yang paling tepat sekali jika dilihat dari segi kesyumulan dan
pengkhususannya. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh `Uthman bin Sa`id al-Razi,
Yahya bin Salam berkata: Apa jua ayat al-Quran yang diturunkan di Mekah dan di dalam
perjalanan ke Madinah sebelum Nabi Muhammad (s.a.w.) tiba di Madinah adalah dikira
sebagai Makkiyyah.
Pendapat ini juga pendapat mashur dan majoriti sarjana muslim kerana;

Ia pendapat yang menyeluruh dan tepat.

Pendapat ini juga tidak mempunyai percanggahan antara satu dengan lain.

Mendapat sokongan daripada ulama yang mashur seperti Imam Bukhari dan lainlain ulama.

Ayat-ayat berikut membuktikan asas-asas pendapat tersebut;

Ayat 3 surah Al-Maidah yang diturunkan di Padang Arafah tetap dikira ayat Madani
kerana ia diturunkan sebelum penghijrahan nabi.

Ayat 58 surah Al-Nisa diturunkan di dalam Kabah semasa penaklukan Kota Mekah
tetap dikira ayat Madani.

2.

Aspek Tempat Penurunan Ayat (Mulaahazhatu Makanin Nuzuli) atau Teori


Geografi

Bermaksud: Mana-mana ayat al-Quran yang diturunkan di Mekah dan kawasan sekitarnya
seperti Mina, Arafah dan Hudaybiyyah adalah dikira sebagai Makkiyyah walaupun ia
diturunkan selepas Hijrah dan apa-apa surah serta ayat yang diturunkan di Kota Madinah
dan sekitarnya diistilahkan ayat atau surah Madaniyah. Tempat di sekitar Madinah
termasuklah Badar, Quba dan Uhud.
Kelebihan pendapat ini ialah hasil rumusan pengertiannya jelas dan tegas. Kejelasannya
ialah dinamakan ayat atau surah Makki ialah ayat atau surah yang diturunkan di Mekkah
meskipun ayat atau surah itu turun di Mekah sesudah penghijrahan Nabi ke Madinah.
Pendapat ini kurang tepat berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di kawasan alAsfar, Tabuk dan Baytul Maqdis yang tidak dapat dimasukkan dalam mana-mana kategori
ini. Ayat-ayat tersebut tidak dikira sebagai Makkiyyah mahupun Madaniyyah. Adapun
mana-mana ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Mekah selepas Hijrah pula dikira
sebagai Makkiyyah.
Kekurangan pendapat ini jelas dirasai apabila merujuk kepada Hadith Nabi yang diriwayat
oleh Al-Tabrani daripada Abu Umamah;

        :  


"
"$% &' ()# :    ! #! 

70

OUM

TOPIK 5

SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

Maksudnya: Dari Abu Umamah berkata Rasulullah s.a.w bersabda; Al-Quran itu
diturunkan pada tiga tempat Mekkah, Madinah dan Syam Al-Walid menyatakan Yakni di
Baitul Maqdis.
Apabila dibuat penelitian yang lebih jauh pendapat ini juga menimbulkan beberapa
persoalan antaranya yang sangat menonjol ialah;

Ia hanya menghadkan takrifan kepada sesuatu tempat

Ada juga sebahagian ayat Al-Quran yang tidak diturunkan di Mekah dan Madinah
atau di sekitar kedua-dua bandar tersebut.

Ada sebahagian ayat pula diturunkan ketika nabi sedang musafir.

3.

Aspek Pengkhususan (Khitab) Penurunan Ayat (Mulazhahatul Mukhatibiina Fi


Nuzuli) atau Teori Subjek

Bermaksud: Mana-mana ayat al-Quran yang ditujukan khusus (al-Mukhatab) untuk


penduduk Mekah dikira sebagai Makkiyyah begitulah di sebaliknya.
Pendapat ini merujuk kepada firman Allah (s.w.t.) iaitu:

yang bermula dengan dikira

yang bermula dengan & >&^< '=

sebagai Makkiyah
dikira sebagai Madaniyah

Perkaitan petanda ini adalah berdasarkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Madinah dan
Makkah. Pada umumnya masyarakat Makkah biasanya hidup dalam kekufuran manakala
keimanan dirujuk kepada masyarakat Madinah.
Teori ini berdasarkan Hadith yang diriwayat dari Abu Ubaid dari Makmun b Mihran yang
berbunyi;

, -. / (' # ! $ 0# #"*   + 


"2 -.   #10# #" * + !
Maksudnya: Bahagian dalam Quran yang dimulakan dengan Ya ayyuhannas dan Ya Bani
Adam adalah surah Makki. Dan yang dimulai dengan Ya ayyuhalazina manu adalah
Madani.
Kekuatan teori bentuk ini ialah rumusan yang senang difahami. Ini disebabkan ia merujuk
kepada kriteria khitab atau nida. Ciri-ciri kehidupan di kedua-dua bandar ini jelaskan
dikhitabkan di permulaan ayat.

OUM

71

SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

TOPIK 5

Pendapat ini juga tidak menyeluruh dan mempunyai beberapa keraguan antaranya;

Ada banyak ayat yang tidak memulakan dengan sighah yang ditentukan tadi, jadi
apakah istilah untuk ayat atau surah yang tidak mempunyai petanda-petanda atau
sighah-sighah tersebut.

Ada juga sebahagian daripada ayat madaniyah yang diturunkan mempunyai sighah
ayat-ayat Makki. Begitulah di sebaliknya.

Contohnya ayat 1 surah al-Nisa yang bermula dengan Ya Ayyuhan nas tetapi ia
diturunkan di Madinah. Begitu juga ayat 21 surah al-Baqarah dan surah al-Nisa ayat 133.

Dan al-Quran itu sendiri merupakan khitab Allah bagi semua makhluknya.

4.

Teori Isi Kandungan (Mulahazhatu Ma Tadammanat as-Suratu)

Ia bermaksud teori content analysis iaitu surah atau ayat yang memuatkan cerita-cerita
umat dan para Rasul terdahulu di namakan Makkiyah. Manakala surah atau ayat yang
memuatkan hukum-hukum hudud, faraid dan seumpamanya adalah ayat Madani.
Kelebihan teori ini adalah keriterianya yang jelas dan khusus serta ia mudah difahami.
Pengkaji hanya melihat isi kandungan tertentu yang dizahirkan daripada ayat atau surah
tersebut.
Kelemahanya pula ialah pada tanda-tanda yang membezakan kedua-dua jenis surah
tersebut. Pengkaji perlu lebih dahulu mendalami isi-isi kandungan yang terdapat di dalam
atau ayat tersebut.

5.1.2

Ciri-ciri Makki dan Madani

Menurut sarjana kajian al-Quran sheikh Abd Fattah Qadhi bahawa tidak ada diterima apaapa pesanan daripada Rasulullah SAW dan khabar yang sah (sabit) yang menentukan
ciri-ciri ayat Makki dan Madani. Baginda tidak tidak diperintahkan untuk melaksanakannya.
Ia juga tidak menjadikannya satu perkara yang fardhu dalam agama. Para sahabat juga
tidak perlu menentukan hal sedemikian. Mereka sendiri menyaksikan waktu wahyu
diturunkan di samping juga mengetahui sebab-sebab dan situasi-situasi yang
menyebabkan sesuatu ayat diturunkan.
Berdasarkan kajian para sarjana al-Quran berkaitan dengan aspek yang menentukan ayat
al-Quran tersebut diletakkan di bawah kategori Makkiyah atau Madaniyah, beberapa
aspek utama perlu dijadikan garis panduan terutamanya topik yang berkaitan dengan ciriciri (al-Dawabit) ayat Makkiyah atau gaya bahasa ayat dan isu-isu yang diterkandung di
dalam ayat tersebut (al-Mumayyizat al-Mawdu`iyyah Wa Khasais al-Uslub).
Dalam mempraktikkan kesahihan kedudukan penurunan sesuatu ayat al-Quran itu, para
ulama telah menetapkan 2 kaedah atau metod asas bagi mengenalpasti sama ada ayat
tersebut adalah Makkiyyah atau Madaniyyah. Dua metod tersebut ialah:-

72

OUM

TOPIK 5

SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

(a)

Metod al-Naqli
Bermaksud: Sandaran melalui riwayat-riwayat yang sahih daripada kalangan para
Sahabat Nabi dan Tabi`in.

(b)

Metod al-Ijtihadi
Bermaksud: Sandaran melalui penelitian terhadap garis panduan ayat Makkiyyah
atau Madaniyyah itu sendiri sebagaimana yang telah ditetapkan dan diputuskan
oleh para sarjana al-Quran.
Garis panduan tersebut terdiri daripada 2 perkara:(i)

Ciri-ciri ayat Makkiyyah


Jadual 5.1: Tanda-tanda Ayat Makkiyyah (al-Dawabit)

Bil.

al-Dawabit/Petanda

1.

Setiap surah yang mengandungi sajadah. Contoh dalam surah al-Sajadah pada
ayat ke-1:

.. ?K<0L'3 >?;3I<'  6I7J 3 !3 GH


7 6 !43F 30<' !6D+CE 5C<= 3 #>1B 3>93#A<' 6 > ?@6# 3;7<= :83)39 55
2.

Setiap surah yang mengandungi lafaz + , disebut sebanyak 33 kali dalam 15


surah.

3.

Setiap surah yang mengandungi


kecuali surah al-Haj, di mana ayat
tersebut bermula dengan ciri-ciri ayat Madaniyyah, namun para `ulama
berpendapat ia adalah ayat Makkiyyah iaitu pada ayat ke-77:

6$7 304#5 3#

..?KE7'3 !66J?
3! !66H? 3!  6)5+?   63N 3 #>1B 304#5 3# :83)39 55
4.

Setiap surah yang mengandungi kisah-kisah para Nabi dan umat-umat yang
terdahulu kecuali surah al-Baqarah.

5.

Setiap surah yang mengandungi kisah Nabi Adam (a.s.) dan Iblis kecuali surah
al-Baqarah.

6.

Setiap surah yang dimulakan dengan Huruf Hijaiyyah melainkan surah alBaqarah dan Ali `Imran serta ikhtilaf pada surah al-Ra`d.

OUM

73

SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

TOPIK 5

Jadual 5.2: Gaya Bahasa dan Topik Ayat Makkiyyah


(al-Mumayyizat al-Mawdu`iyyah Wa Khasais al-Uslub)

Bil.

al-Mumayyizat al-Mawdu`iyyah Wa Khasais al-Uslub

1.

Setiap surah yang mengandungi seruan kepada mengesakan Allah dan beribadat
hanya kepadaNya, mengakui perutusan para Nabi, hari kebangkitan dan
pembalasan, menyebut tentang hari kiamat dan kedahsyatannya, menyebut
tentang api neraka dan azabnya, menyebut tentang kenikmatan syurga,
menyebut tentang perbalahan kaum al-Mushrikin yang berdalilkan akal sematamata dan menyebut tentang tanda-tanda kekuasaan Allah.

2.

Setiap surah yang menceritakan tentang keistimewaan akhlak Islam dan


kemuliaannya di samping meletakkan asas-asas Shari`ah Islamiyyah.

3.

Setiap surah yang menceritakan kisah-kisah para perutusan Allah dan perihal
umat-umat yang terdahulu sebagai satu paparan pengajaran.

4.

Setiap surah yang pendek beserta kekuatan lafaz dan ibaratnya serta
menggunakan lafaz sumpah (Qasm) bagi menguatkan sesuatu makna.
(ii) Ciri-ciri ayat Madaniyah
Jadual 5.3: Tanda-tanda Ayat Madaniyyah (al-Dawabit)

74

Bil.

al-Dawabit/petanda

1.

Ayat-ayat yang menjelaskan keizinan berjihad, berperang serta peraturanperaturan yang berkaitan dengan kedua-duanya.

2.

Ayat yang mengemukakan dialog-dialog dengan Ahli Kitab, ia termasuklah


ajakan mereka memeluk dan menerima ajaran Islam.

3.

Ayat yang mengutuk dan menghentam sifat-sifat dan watak-watak orang-orang


munafik kecuali surah al-Ankabut.

4.

Ayat yang menjelaskan persoalan hukum-hukum seperti hukum-hukum


jenayah, hudud, faraid, civil kemasyarakatan dan kenegaraan.

OUM

TOPIK 5

SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

Jadual 5.4: Gaya Bahasa dan Topik Ayat Madaniyyah


(al-Mumayyizat al-Mawdu`iyyah Wa Khasais al-Uslub)

Bil.

al-Mumayyizat al-Mawdu`iyyah Wa Khasais al-Uslub

1.

Setiap surah yang mengandungi seruan kepada mengesakan Allah dan


beribadat hanya kepadaNya, mengakui perutusan para Nabi, hari kebangkitan
dan pembalasan, menyebut tentang hari kiamat dan kedahsyatannya,
menyebut tentang api neraka dan azabnya, menyebut tentang kenikmatan
syurga, menyebut tentang perbalahan kaum al-Mushrikin yang berdalilkan akal
semata-mata dan menyebut tentang tanda-tanda kekuasaan Allah.

2.

Setiap surah yang menceritakan tentang keistimewaan akhlak Islam dan


kemuliaannya di samping meletakkan asas-asas Shari`ah Islamiyyah.

3.

Setiap surah yang menceritakan kisah-kisah para perutusan Allah dan perihal
umat-umat yang terdahulu sebagai satu paparan pengajaran.

4.

Setiap surah yang pendek beserta kekuatan lafaz dan ibaratnya serta
menggunakan lafaz sumpah (Qasm) bagi menguatkan sesuatu makna.

5.1.3

Faedah Mempelajari Ayat Makkiyyah dan Madaniyyah

Abu al-Qasim al-Hasan bin Muhammad bin Habib al-Naysaburi dalam kitabnya al-Tanbih
`Ala Fadli `Ulum al-Quran ada menyebut bahawasanya Mempelajari kepentingan
kedudukan Ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah di dalam al-Quran adalah merupakan
salah satu dari ilmu-ilmu al-Quran yang tinggi martabatnya..
Secara umumnya, terdapat 3 faedah utama dalam keperluan mengetahui dan
memperlajari ilmu Makkiyyah sebagaimana yang ditulis oleh Shaykh Manna` al-Qattan
dalam kitabnya Mabahis Fi `Ulum al-Quran:1.

Membantu golongan Mufassirun dalam mentafsir al-Quran. Ini kerana pengetahuan


dalam ilmu penurunan ayat-ayat al-Quran dapat membantu dalam memahami ayat
al-Quran dan mentafsirkan dengan penafsiran yang tepat dan sahih.

2.

Membantu dalam mendalami gaya bahasa al-Quran dan mengambil pengajaran


daripadanya. Ini dapat membantu para pengkaji dan pendakwah dalam menyusun
strategi dakwah dan kaedah terbaik untuk memperbaiki akidah, sosial masyarakat
dan isu-isu semasa berpandukan al-Quran.

3.

Membantu dalam mengetahui susur galur Sirah Nabawi melalui ayat-ayat al-Quran
dan berpegang dengan sejarah tersebut. Ini kerana setiap penurunan wahyu Allah
kepada perutussanNya berjalan di atas susur galur kejadian dan peristiwa sama ada
ianya berlaku di Mekah mahupun di Madinah.

4.

Mudah mengetahui mana ayat atau surah yang turun terlebih dahulu dan mana pula
ayat atau surah yang turun kemudian.

OUM

75

SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

TOPIK 5

5.

Mengetahui mana ayat atau surah yang bacaannya telah dnasakh (dihapus dan
diganti) dan mana pula ayat yang menasakhkannya kehususnya bila dua ada dua
ayat yang menerangkan sesuatu masalah tetapi ketetapan hukumnya berbeza antara
satu sama lain.

6.

Mengetahui sejarah pensyariatan hukum-hukum Islam yang menggambarkan


kebijaksanaan Allah Taala.

7.

Mengetahui hikmah disyariatkan sesuatu hukum seperti hukum minum arak yang
dilakukan berperingkat-peringkat.

8.

Menambahkan kepercayaan kepada kewahyuan al-Quran kerana melihat


kebijaksanaan dalam menetapkan hukum-hukum sehingga hukum itu mudah
difahami dan dihayati.

9.

Meningkatkan keyakinan terhadap kesucian dan kemurniaan al-Quran

10. Situasi masyarakat yang terdapat pada kedua-dua tempat juga dapat difahami.

5. 2

SURAH-SURAH MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH

5.2.1

Bilangan dan Nama Surah

Menurut jumhur ulama jumlah keseluruhan surah di dalam Al-Quran ialah 114. Ulama
salaf pula berpendapat sebanyak 113 kerana menggabungkan surah Al-Anfal dengan
surah Al-Baraah, surah yang tidak mempunyai Basmalah. Atas inisiatif sarjana muslim
selepasnya Al-Quran dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil. Pembahagian tersebut
asasnya adalah memudahkan penghafazan dan pengkajian. Unit-unit tersebut
merangkumi juzuk, hizib, rubuk, ain dan lain-lain bentuk pembahagian yang memudahkan.

Untuk melihat simbol-simbol yang berkaitan dengan unit-unit kecil tersebut anda dapat
lihatnya di bahagian belakang Mushaf cetakan Madinah dan Mushaf cetakan Malaysia.

Surah-surah Makkiyyah
Berdasarkan pendapat Jumhur ulama juga surah-surah Makki berjumlah 86 surah. Surahsurah Makki disusun mengikut ururtan turunnya adalah seperti berikut; Al-Alaq, Al-Qalam,
Al-Muzammil, Al-Muddasthir, Al-Fatihah, Al-Lahab, Al-Takwir, Al-Aala, Al-Layl, al-Fajr, AlDuha, Al-Nasrah, Al-Asr, al-Adiyat, Al-Kauthar, Al-Takathur, Al-Maun, al-Kafirun, al-Fil, AlFalaq, Annas, Al-Ikhlas An-Najm, al-Abasa, Al-Qadr, al-Shamsu, al-Buruj, al-Tin, alQuraish, al-Qariah, al-Qiyamah, al-Humazah, al-Mursalat, Qaf, Al-Balad, al-Tariq, alQamar, Sad, al-Akraf, al-Jin, Yasin, al-Furqan, Fatir, Maryam, Waqiah, taha, al-Shuara,alNaml, al-Qasas, al-Isra, Yunus, Hud, Yusuf, al-Hijr, al-Anam, al-Saffat, Luqman, Saba, alzumar, al-mukmin, al-Fussilat, al-Syura, al-Zukruf, al-Dukhan, al-Jasiah, al-Ahqaf, alZariyat, al-Ghasiah, al-Kahf,al-Nahl, Nuh, Ibrahim, Anbiya, al-mukminun, al-sajadah, alTur, al-Mulk, al-Haqqah, al-maarij, an-Naba, am-naziat, al-infitor, al-insyiqaq, al-Rum, alankabut dan al-Muttoffifin.

76

OUM

TOPIK 5

SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

Surah-surah Madaniyyah
28 surah adalah surah madaniyaah. Surah-surah tersebut yang disusun mengikut urutan
turunnya ialah; al-Baqarah, al-Anfal, Ali Imran, al-Ahzab, al-Mumtahanah, al-Nisa, alZalzalah, al-hadid, Muhammad,al-Raad, al-Rahman al-Insan, al-Talaq,al-Bayyinah, alHasr, al-Nur, al-Haj, al-munafiqun, al-Mujadalah, al-Hujurat, al-Tahrim, al-Taghabun, alSaff, al-Jumuah, al-Fath, al-Maidah, al-Taubah dan al-Nasr.
Surah-surah yang Diperselisihkan antara Makkiyah atau Madaniyah
Terdapat 12 surah yang diperselisihkan samada ia surah makkiyah atau surah Madaniyah.
Surah-surah tersebut ialah;
1.

al-Fatihah,

2.

al-Raad,

3.

al-Rahman,

4.

al-saffat,

5.

al-taghabun,

6.

al-tatfif,

7.

al-Qadar,

8.

al-Bayyinah,

9.

al-Zalzalah,

10. al-ikhlas,
11. al-Falaq dan
12. An-nas.

5.2.2

Ayat atau Ayat-ayat Makkiyyah dalam Surah-surah Madaniyyah

Sarjana al-Quran menjelaskan terdapat 6 surah Madani yang terdapat ayat atau ayat-ayat
Makki di dalamnya. Ayat atau ayat-ayat tersebut ialah;
1.

Ayat 281 surah al-Baqarah yang bermula

2.

Ayat 3 surah al-Maidah yang bermula

3.

Ayat-ayat 30-36 surah al-Anfal yang bermula

OUM

77

SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

4.

Ayat-ayat 128-129 surah al-Taubah

5.

Ayat-ayat 52-55 surah al-Hajj

6.

Ayat 13 surah Muhammah

5.2.3

TOPIK 5

Ayat-ayat Madaniyyah dalam Surah-surah Makkiyyah

Terdapat 34 surah-surah Madaniyyah yang mengandungi beberapa ayat Makkiyah. Ayatayat Madaniyah tersebut ialah;
1.

Ayat 20,23,91,93,114,141,151 dan 153 surah Al-Anaam.

2.

Ayat-ayat 163 dan 170 surah al-akraf.

3.

Ayat-ayat 40 dan 94-96 surah Yunus.

4.

Ayat-ayat 12, 17 dan 114 surah hud.

5.

Ayat-ayat 1-3 dan 7 surah yusuf.

6.

Ayat 28-29 surah Ibrahim.

7.

Ayat 87 surah al-Hijr.

8.

Ayat-ayat 126-128 surah al-Nahl.

9.

Ayat-ayat 26, 32-33, 57, 73 dan 80.

10. Ayat-ayat 28,83 dan 101 surah al-Kahfi.


11. Ayat-ayat 71 dan 58 surah Maryam.
12. Ayat 130-131 surah Toha.
13. Ayat 68-70 surah al-Furqan.
14. Ayat-ayat 197 dan 224-227 surah al-Syuara,
15. Ayat-ayat 52 dan 55 surah al-Qasas,
16. Ayat 1-11 surah al-Ankabut,
17. Ayat 17 surah al-Rum.
18. Ayat 27-29 surah Luqman.
19. Ayat 16-20 surah al-sajadah.
20. Ayat 6 surah Saba.
21. Ayat 45 surah Yasin.

78

OUM

TOPIK 5

SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

22. Ayat 52-54 surah al-Zumar.


23. Ayat 56-57 surah al-mumin.
24. Ayat 23-25 dan 27 surah al-Syura.
25. Ayat 54 surah al-Zukruf.
26. Ayat 10, 15 dan 35 surah al-Ahqaf.
27. Ayat 38 surah Qaf.
28. Ayat 32 surah al-Najm.
29. Ayat 45-46 surah al-Qamar.
30. Ayat 81-82 surah al-Waqiah.
31. Ayat 17,33,48 dan 50 surah al-Qalam.
32. Ayat 10-11 dan 22 surah al-Muzammil.
33. Ayat 48 surah al-Mursalat.
34. Ayat 4-7 surah al-Maun.

OUM

79