Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Pergilah ke mana sahaja pasti ramai yang mengetahui Negara Malaysia sebagai sebuah Negara
yang mempunyai masyarakat majmuk berbilang kaum tetapi masih mampu mempertahankan
perpaduan dalam kalangan masyarakatnya.Di situlah uniknya Malaysia. Mengulas tentang
kemajmukan masyarakat, Berghe (1967) telah menyenaraikan ciri-ciri masyarakat majmuk iaitu:
a. Tidak ada penyesuaian nilai di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain
b. Tidak wujud keseragaman dari segi kebudayaan
c. Selalu berlaku konflik dan penentangan antara kelompok yang ada
d. Tiap-tiap kelompok itu mengekalkan kuasa otonomi mengikut bahagian sistem social
mereka.
e. Unsur paksaan serta saling bergantungan dalam bidang ekonomi sebagai factor asas
untuk berlakunya interaksi.
f. Pemecahan pucuk pimpinan berdasarkan kepada kepentingan kelompok tertentu.
Kemajmukan masyarakat Malaysia boleh dilihat dalam pola bahasa, kebudayaan dan agamanya
serta struktur ekonomi.Selain itu, sebagai masyarakat majmuk budaya politik masyarakat
semenanjung Malaysia juga berpecah mengikut garis ras, tradisi dan lain-lain sentiment. Tiaptiap komuniti pula akan beusaha menjaga, memupuk serta memperkuatkan kepentingan kaum
masing-masing. Jika diteliti terdapat tiga kaum utama di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan
India (Muhammad, 1994). Kaum-kaum ini masing-masing mempunyai adat dan budaya
tersendiri.Berfokus kepada kaum Cina, kaum Cina merupakan kaum yang berasal dari Negara
China dan terdiri daripada beberapa subetnik yang lebih khusus seperti Hokkian, Kanton, Hakka,
Teociu, Hailam dan lain-lain (Cushman & Gungwu, 1991)
Tiga kawasan asal orang Cina ialah Kwantung, Fuchien dan Kwangsai.Tiap-tiap wilayah ini pula
dipecahkan kepada daerah yang lebih kecil hingga ke peringkat kampung.Setiap suku kaum pula
mempunyai aktiviti ekonomi yang berbeza. Sebagai contoh, ramai orang Hokkien menceburi
bidang perniagaan hingga kepada import-eksport, orang Hakka melombong dan orang Teochew
bertani serta menjadi nelayan (Mohamad, 1994).
Sebelum British camput tangan, pemerintah-pemerintah Melayu sememangnya membawa masuk
buruh-buruh Cina untuk melombong. Kapitan dilantik untuk mengendalikannya.Manakala di
Johor pula menggunakan system Kangcu untuk menggalakkan pertanian. Sultan Johor

mengeluarkan surat kepada pemodal Cina untuk mengusahakan tanaman lada dan gambir.
Nisbah jantina penghijrah menjadi tidak seimbang apabila kebanyakannya adalah lelaki
dewasa.Hal ini menimbulkan beberapa masalah sosial.Keadaan ini menyebabkan ramai buruh
pulang ke China.Kerajaan telah mengeluarkan Peraturan Sekatan Penghijrahan yang mula
dikuatkuasakan pada tahun 1933.Kemasukan pendatang Cina lelaki disekat tetapi membenarkan
pendatang wanita.Hal ini telah mendorong kemasukan penghijrah wanita dan antara tahun 19301938 dianggarkan 190 ribu penghijrah wanita Cina membanjiri Tanah Melayu. Kedatangan
wanita Cina telah mendorong orang Cina berkeluarga dan mewujudkan kehidupan yang lebih
baik.Selepas tahun 1930, kerajaan British melaksanakan dasar imigrasi yang lebih
ketat.Kesannya kemasukan penghijrah ke Tanah Melayu berkurang dengan banyak (Mohd Isa,
2002).
2.0

KAJIAN MENGENAI ASAL USUL RAKAN CINA DI TEMPAT PELAJAR

Sejarah Cina Kelantan memang menarik dan boleh dibandingkandengan Melaka di mana kain
sarong dan pelikat yang cukup sinonim. Yang bezanya ialah Cina Kelantan mempunyai
hubungan yang begitu akrab dengan Melayu, tidak hairanlah ada antara mereka dipanggil dengan
nama Melayu. Istilah Cina Peranakan selalu digunakan bagi merujuk kepada kelompokkelompok orang Cina di Malaysia yang telah mengalami proses akultrasi dengan masyarakat
Melayu dan pengaruh persekitaran tempatan.Istilah inipada mulanya dipakai apabila kita
merujuk kelompok Cina Baba dan Nyonya di Negeri-negeri Selat yang terdiri dari Melaka, Pulau
Pinang dan Singapura. Cina Peranakan masih mengekalkan identiti Cina dan juga agama
moyang mereka , agama Buddha tetapi kelainan agama ini tidaklah dapat dibezakan sangat
antara Cina Peranakan dengan Melayu terutama pada penglihatan orang dari luar Kelantan.
Walaupun tiada rekod bertulismengenai kedatangan awal orang Cina ke Kelantan, namun mereka
percayakedatangan awal nenek moyang mereka ke negeri itu adalah lebih awal dari kedatangan
Cina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Menurut huraian dalam maklumat yang ditemui,
budaya mereka dibahagikan kepada dua iaitu Fronstage dan Backstage. Frontstage
bermaksud pengamalan dan gelagat mereka di dalam masyarakat di luar rumah. Mereka
bercakap dialek Kelantan sesame mereka, bercucuk tanam, berbual di anjung,memakai kain
pelikat bagi lelaki, dan memakai kain batik bagi kaum wanita. Ada juga yang

berkelubung kepala jika keluar rumah. Cina Peranakan ini juga memakan budu dan ulamulaman. Nama mereka juga menggunakan nama Melayu seperti Gan Awang,Tan Awang Besar,
Lau Cheng San atau Che Hassan, Che Midah, Mek Su dannama-nama lain mencerminkan
bagaimana proses asimilasi telah merubahdan membentuk budaya tersendiri di kalangan
masyarakat tempatan. Manakala Backstage pula ialah gelagat dan budaya mereka jika berada
dalam rumah. Ini bermaksud, mereka masih lagi mengekalkan budaya Cina seperti sembahyang,
adat perkahwinan dan juga upacara pengkebumian.
Melalui tugasan ini rakan Cina ditempat saya belajar adalah
Nama: Lim Chung Yau
Umur: 42 Tahun
Tempat Tinggal: Kampung Sakar Sungai, Pasir Mas, Kelantan( perkampungan orang Cina dan
orang Melayu)
Pekerjaan: pemilik bengkel dan alat ganti kereta mutiara auto sparepart
Nama gelaran di kelantan: Ali
Nama isteri: Chua Chu Sin
Latar Belakang
Melalui temu bual yang telah kami jalankan terhadap responden ini yang lebih dikenali sebagai
Ali, masyarakat Cina yang menetap di Kelantan sebenarnya berasal dari Tanah Besar China.
Petempatan mereka di Tanah Melayu khususnya di negeri Kelantan bermula sejak zaman
pemerintahan sebelum merdeka apabila penduduk daripada Negara China dibawa masuk oleh
British untuk bekerja sebagai buruh dilombong-lombong. Kesannya, mereka terus menetap di
Tanah Melayu dan membina keluarga di sini.Menurut Aya, nenek moyang keluarganya adalah
orang Hokkien telah menetap diKelantan selama 4 generasi dan dipercayai generasi pertama
yang datang menetap di Kelantan berasal daripada Beijing. Ayah dan ibunya pula memang
dilahirkan di Kelantan dan menetap secara tetap di Kelantan. Sehingga kini, masih terdapat
saudara maranya di sana, Cuma tidak diketahui secara terperinci petempatan mereka di sana
kerana telah terputus hubungan.

3.0

KESAN KEDATANGAN TAMADUN CHINA TERHADAP MASYARAKAT


MALAYSIA

Hari ini tamadun China telah bersama-sama rakyat Malaysia dalam segala aspek pembangunan
dan perkembangan negara Malaysia. Masyarakat Cina merupakan penyumbang terbesar kepada
ekonomi negara. Sebahagian besar masyarakat Cina dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu
dengan baik dengan kaum kaum lain-lain. Masyarakat Cina juga turut melibatkan diri dalam
bidang pentadbiran kerajaan, politik, pertahanan dan keusahawanan.
Sosial
Semasa British menjajah Tanah Melayu mereka telah membawa masuk masyarakat cina ke
negeri Pulau Pinang pada tahun 1786, Singapura pada tahun 1819 dan negeri-negeri selat pada
tahun 1826 (Mohamad, 1994).. Hal ini kerana, kepentingan kaum ini kepada British, disebabkan
mereka sudah selesa berada di Tanah Melayu maka secara tidak langsung mereka tidak lagi
berminat untuk pulang ke Tanah Air mereka.Justeru hal ini menyebabkan pendudukTanah
Melayu menjadi menjadi masyarakat majmuk. Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu
jelas menunjukkan proses pembentukan masyarakat majmuk telah bermula. Justeru, pihak
kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah agar tiada seorang pun yang akan tercicir.
Seterusnya, kerajaan memperkenalkan pelbagai dasar seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan,
Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan merupakan agenda
utama untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara melalui kebudayaan. Dasar ini juga
berdasarkan tiga prinsip penting yang telah ditetapkan dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan
1971. Prinsip yang telah ditetapkan oleh kongres ialah Dasar Kebudayaan harus berteraskan
kepada kebudayaan rakyat rantau ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh
diterapkan, tetapi unsur Islam merupakan unsur yang terpenting dalam pembentukan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan (Mohamad, 1994).
Pendidikan
Seterusnya, dalam sektor pendidikan pula sebelum kedatangan masyarakat cina atau sebelum
Tanah Melayu merdeka penduduk Tanah Melayu hanya belajar di sekolah-sekolah pondok.

Namun, pada abad ke19 British telah membawa masuk golongan imigran ke Tanah Melayu
menyebabkan sistem pendidikan berubah. Justeru, apabila golongan imigran tiba di Tanah
Melayu mereka telah menubuhkan sekolah, seperti masyarakt Cina mereka telah membina
sekolah pertama di Melaka pada tahun 1815 (Mohamad, 1994).
Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu menyebabkan kerajaan memperkenalkan
satu lagi dasar khusus untuk pendidikan iaitu Dasar Pelajaran Kebangsaan.Dasar Pelajaran
Kebangsaan diperkenalkan kerana kerajaan menyedari bahawa pentingnya diwujudkan satu
sistem pendidikan kebangsaan untuk mengantikan sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi
kehendak Negara (Mohamad, 1994) . Sekolah jenis vernakular yang telah lama wujud tetap
diteruskan namun ia akan menggunakan bahasa Melayu dalam sistem pembelajaran. Hal ini
kerana, melalui perkara 152 yang telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia mengatakan
bahawa bahawa Melayu merupakan bahasa rasmi, manakala bahasa ibunda keturunan lain
dijamin kebebasan penggunaannya.
Ekonomi
Sebelum kemasukan Cina ke Tanah Melayu ekonomi masyarakat melayu hanya tertumpu di
kawasan pertanian dan bekerja sebagai nelayan atau dengan istilah lain ekonomi sara hidup. Chai
Hon Chan mengatakan bahawa:
The malays, therefore, could not be regarded as an available source of labour supply. When
they worked it was for themselves, on their on land, and very few could be persuaded to accept
employment as agricultural labourers or on public work
Namun, pada sekitar abad ke19 setelah British membawa masuk masyarkat Cina ke Tanah
Melayu ekonomi Tanah Melayu berubah secara mendadak. Hal ini kerana, british menggalakan
kedatangan imigran cina ke tanah melayu kerana berpendapat bahawa orang cina mempunyai
semangat kerja yang kuat, berdaya saing dan bersifat keusahawanan. Justeru, kemasukan imigran
cina ini telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Perubahan
ekonomi hasil daripada kemasukan buruh-buruh dari Cina yang telah mempelopori ekonomi
sehingga kesannya pada hari ini kita dapat lihat bahawa kejayaan yang kita kecapi menunjukkan
bagaimana interaksi budaya dan kesepaduan antara dua bangsa yang berbeza mampu
memberikan impak yang positif ia bukan hanya tertumpu kepada ekonomi dan sosial. Malah

politik juga telah berkembang hasil daripada imigran ini.Jelaslah bahawa, imigran cina telah
membawa impak keatas sosiobudaya masyarakat melayu pada abad ke-19. Oleh itu, idea british
untuk membawa imigran cina merupakan pencetus kepada perubahan dan perkembangan
ekonomi di Tanah Melayu.
Sistem Politik
Peralihan yang telah dicapai semenjak kedatangan rakyat Cina ke Tanah Melayu turut mengubah
sistem politik di Tanah Melayu. Sistem politik merupakan salah satu wadah dalam
menyelesaikan konflik yang timbul dalam kalangan masyarakat yang berlainan latar belakang
dan meraka telah cuba sedikit sebanyak untuk bersuara mengenai hak-hak dalam berpolitik. Hal
ini demikian kerana, semenjak British mengambil alih tampuk pemerintahan di Tanah Melayu.
Rakyat Cina yang bermastautin di Tanah Melayu menyuarakan untuk terus kekal berada supaya
mereka dapat terus hidup dalam keadaan yang cukup selesa dan mempunyai penempatan yang
menjamin kelestrian hidup bersama.Rakyat Cina berhasrat untuk terus kekal dan menjanjikan
taat setia kepada Negara .
4.0

SATU PERAYAAN DALAM MASYARAKAT CINA

Hari Chap Goh Mei


Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai
menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan
mengadakan upucara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan
juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi
meraikan Chap Goh Mei.
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan
berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang
secucuk.
Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk
mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan
yang sesuai.

Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan
Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang bendera
besar "Chingay".

5.0

EMPAT PERANAN TAMADUN CHINA DALAM PEMBINAAN BUDAYA


MALAYSIA

Keluarga
Prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat begitu dihayati oleh
tamadun-tamadun tradisional. Keluarga yang dimaksudkan pada lzimnya adalah keluarga
extended. Dalam sesebuah keluarga wujud hierarki kuasa yang menentukan kedudukan kaum
lelaki dan kedudukan kaum perempuan. engamalan seperti ini telah menjadi warisan turuntemurun dalam sesebuah keluarga tradisional. Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian
yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang paling penting.

Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan seperti ini merupakan penafian hak seseorang dan
bertentangan dengan keadilan. Konsep kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula begitu
mementingkan kasih sayang dan hormat-menghormati. Berdasarkan hakikat tersebut, bukanlah
persoalan kedudukan kaum lelaki dan kaum perempuan dalam sesebuah keluarga itu yang lenjadi
persoalan utama, tetapi setiap mereka harus menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam
lingkungan kasih sayang dan hormat-menghormati.
Kemunculan komuniti Baba dan Nyonya terutama sekali di Melaka dan Cina peranakan di
Kelantan suatu interaksi yang ketara dalam masyarakat Melayu. Mengikut catatan De Eredia
orang Cina telah menetap semenjak tahun 1613 di Melaka dan membentuk komuniti tersendiri
pada awal kurun ke-17 dan telah berkahwin dengan wanita tempatan. Oleh sebab itu mereka

terpaksa menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja semasa berjual beli tetapi juga semasa
berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan kalangan keluarga mereka sendiri. Dengan
demikian proses pembudayaan Melayu telah berlaku ke atas mereka lalu melahirkan budaya
kacukan Cina-Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya. Satu ragam atau dialek bahasa
Melayu telah muncul menjadi bahasa pertuturan mereka yang dikenali sebagai Melayu Baba
walaupun mereka sendiri mengenalinya sebagai bahasa Melayu sahaja. Dialek Melayu Baba ini
diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar dalam perdagangan di kalangan pelbagai kaum dan
bangsa bandar-bandar utama di Alam Melayu seperti Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan
Jakarta. Dialek Melayu Baba Melaka berbeza dengan bahasa Melayu baku dari beberapa sudut.
Kata pinjaman dari bahasa Cina telah banyak terserap terutamanya dari dialek Hokkien iaitu
berkaitan dengan adat, kekeluargaan dan agama orang Cina. Kini ramai di kalangan komuniti
Baba telah berkahwin dengan komuniti Cina yang lain dan menyerap kembali ciri-ciri budaya
Cina (Hashim Hj. Musa, 2005: 146-147).
Seni Cina
Hasil arca di Malaysia juga turut dipengaruhi oleh Negara China. Hasil arca di NegaraChina
biasanya tidak diperbuat sebagai objek seni tetapi untuk tujuan keperluan istiadat,agama atau
pengkebumian. Tetapi di Malaysia, hasil arca dijadikan sebagai hiasan oleh penduduk Melayu.
Seni hias yang paling penting termasuk seni tembikar, seni ukir, seni logam, seni lakuer, perabot
dan tekstil. Hasil tembikar berkilat telah wujud seawal kurun ke-2 SM dan porselin
diperkembangkan pada kurun ke-6, lebih awal daripada penemuannya di Eropah. Di Malaysia,
porselin boleh didapati pembuatannya di Kuala Kangsar, Perak yang dijadikan sebagai aktiviti
sumber pendapatan bagi penduduk desa di sana. Secara umumnya, dapat disimpulkan mengenai
beberapa aspek penting dalam bidang bahasa dan kesusasteraan, dan kesenian dalam tamadun
China. Pertama, pencapaian kesusasteraandan kesenian Cina telah memperkayakan tamadun
Cina. Kedua, kegunaan bahasa Cina berterusantanpa gangguan. Misalnya di Malaysia,
penduduknya berbilang kaum dan terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan kaum. Bagi
penduduk yang berbangsa Cina, mereka masih mengamalkan budaya dan bahasa Cina sebagai
bahasa untuk mereka berinteraksi sesama mereka.Ketiga,kesusasteraan Cina mempunyai fungsi
sosial dan politik selain fungsi sastera (Universiti Malaya, 2002).

Di Malaysia,masih terdapat karya-karya kesusasteraan dari Negara Cina yang dijadikan sebagai
panduan dan sumber rujukan oleh sebilangan penduduk Cina yang menetap di sini. Keempat,
sifat harmoni diutamakan. Sastera Cina menegaskan cirri zhonghe,iaitu harmoni antara emosi
denganrasional,selaras dengan semangat zhongyong (kesederhanaan) dalam tamadun Cina.
Konsepkesederhanaan ini turut diamalkan di Rantau Asia Tenggara termasuklah Malaysia
walaupun pembangunan ekonomi membangun dengan pesat.
Sains dan Teknologi Cina
Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15sehingga
kurun ke-11 SM. Di peringkat awal permulaannya,budaya Cina sangat menghargai kemahiran
dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung
kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologiyang lain
misalnya, teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan (cating of iron),pengeluaran
porselin,pembuatan kertas dan loyang, dipercayai telah wujud pada masa yang lebih awal lagi.
Bagaimanapun ,berikutan perkembangan sejarah,budaya Cina menjadi satu dengan elit birokratik
begitu dominan. Mengikut sejarah Melayu di Malaysia pada masa dahulu, kerajaan Melayu
Melaka pernah menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan China bertujuan untuk
mendapatkan pengaruh dari Kerajaan China dan mengelakkan daripada serangan asing. Selain
itu, Negara China juga turut menyumbang ilmu mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas dan
porselin yang telah dijadikan sebagai barang dagangan di Asia Tenggara khasnya di Tanah
Melayu pada suatu ketika dahulu. Ini menunjukkan bahawa Negara China adalah Negara yang
membekalkan barang dagangan pada masa dahulu.
Kegiatan Ekonomi
Dalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks 'Moral Semesta'
(Moral Universe). Dengan sebab itu wujud konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddhisme
sebagaimana yang termaktub dalam eight fold path. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan
dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini
menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral
manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia.

Konsep 'wang', 'laba', 'ganjaran', 'pasaran' dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbanganpertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan,
rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti dalam kegiatan ekonomi moden.
Perkara yang membezakan ekonomi tamadun tradisional dari ekonomi zaman moden adalah
kayu pengukurnya.
6.0

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada tamadun China yang btelah dibawa melalui politik, ekonomi, sosial dan
sebagainya telah merubah landskap masyarakat yang ada di Malaysia yang kaya dengan pelbagai
kaum dan budaya yang mampu hidup dalam satu kesatuan Malaysia dan masing-masing meresap
budaya tamadun masing-masing sebagai satu keperluan untuk kelansungan hidup bersama yang
perlu dilakukan. Hasilnya wujud Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur dengan
pelbagai budaya, bangsa dan agama

Rujukan
J. Cushman & W.Gungwu.(1991). Perubahan Identitas Orang Cina di Asia Tenggara. Jakarta:
Pustaka Utama Graiti
Mohamad Idris Saleh.(1994). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors
Mohd Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors, hlm. 172
Chai Hon Chan. (1967). The Development of British Malaya 1896-1909, New Yorh: Oxford
University Press hlm. 102

Universiti Malaya. (2002), Tamadun Islam dan Tamadun Asia. KualaLumpur :Universiti
Malaya,hlm 320-321.

Anda mungkin juga menyukai