Anda di halaman 1dari 1

Novel Tingkatan 1 (2010)

Novel Hikmah
Tema

Berdasarkan novel yang telah saya kaji , novel Hikmah , karya Mohd. Faris
Ikmal , beliau telah mengutarakan satu tema dalam novel ini iaitu berpincangan
dalam keluarga Amri yang pincang angkara bapanya yang tidak
bertanggungjawab dan bersikap zalim . Tindakan bapa Amri telah
mempengaruhi sikap Amri dan telah menyebabkan Amri menjadi seorang
budak yang nakal serta sering melanggar peraturan sekolah . Bapa Amri
seorang kaki judi dan penagih dadah sering merampas wang dan barang kemas
ibunya . Kepincangan ini memporak-perondakan kehidupan seharian Amri dan
ibunya .

Persoalan

Genre novel yang telah saya kaji ialah Novel Hikmah , nukilan Mohd. Faris
Ikmal . Pelbagai persoalan telah dipaparkan oleh pengarang dalam novel ini .

Pengarang telah memaparkan persoalan tentang tanggungjawab bapa


terhadap kesejahteraan keluarga dalam novel tersebut . Persoalan tersebut
dapat dibuktikan melalui watak bapa Amri yang tidak menjalankan
tanggungjawab terhadap keluarganya . Contoh yang jelas ialah dia suka berjudi
dan mengaih dadah . Dia juga sanggup mencederakan isterinya semata-mata
untuk mendapat barangan kemas dan wang .

Selain itu , persoalan tentang kewujudan perasaan kasih saying antara manusia
turut terkandung dalam genre ini . Hal ini demikian kerana ibu Amri yang amat
menyayangi anaknya iaitu Amri walaupun hidup dalam kemiskinan . Dia masih
menghidangkan makanan kepada Amri walaupun dia sendiri dalam keadaan
lemah .

Di samping itu , pengarang juga menyelitkan persoalan tentang tanggungjawab


anak terhadap kedua-dua orang tuanya bagi melengkapkan karya beliau .
Persoalan tersebut terserlah melalui Amri . Amri sangat saying dan
bertanggungjawab terhadap ibunya . Dia sanggup mengayuh basikal sejauh
sepuluh kilometer untuk pergi ke farmasi di pekan semata-mata untuk membeli
ubat untuk ibunya yang demam dan luka .

Pendek kata , kepelbagaian persoalan yang dipaparkan oleh pengarang dapat


dijadikan pedoman oleh pembaca terutamanya para pelajar .

Disediakan oleh : Oniarai 94