Anda di halaman 1dari 1

Kebaikan Bersenam

Bersenam adalah aktiviti fizikal yang boleh mengeluarkan peluh dan


selalunya dilakukan pada waktu pagi atau petang. Kelas pendidikan jasmani
dan kesihatan di sekolah juga ada aktiviti bersenam.
Bersenam boleh menyihatkan tubuh badan. Apabila bersenam badan
akan mengeluarkan peluh. Perpeluhan dapat menyingkirkan sisa toksin
dalam tubuh. Selain itu dapat mengawal suhu badan kita. Dengan itu, kita
akan jadi lebih sihat.
Bersenam juga dapat bantu mengawal berat badan dan mengatasi
masalah obesiti. Bersenam akan meningkatkan metabolisme badan dan
membakar lemak. Maka bersenam adalah cara terbaik untuk menurunkan
atau mengawal berat badan.
Bersenam juga dapat meningkatkan stamina diri. Apabila kerap
bersenam, badan akan mampu melakukan aktiviti-aktiviti fizikal dan tidak
mudah penat. Kita akan lebih cergas dalam menjalankan aktiviti harian.
Bersenam juga dapat membantu otak menjadi cerdas. Apabila kerap
bersenam, minda akan menjadi lebih cerdas kerana dapat berfikir dengan
baik. Ini penting untuk murid kerana dapat memikirkan idea-idea yang
bernas.
Bersenam juga dijadikan sebagai aktiviti riadah. Ini dapat
menenangkan fikiran kerana bersenam boleh melegakan tekanan atau stres.
Apabila aktiviti ini dilakukan bersama kawan-kawan atau ahli keluarga, ini
dapat mengeratkan hubungan sesama mereka
Kesimpulannya, banyak manfaat yang kita dapat dengan bersenam
dan banyak kesan positif yang dapat kita nikmati. Kita haruslah melakukan
aktiviti senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari dalam dua atau tiga
kali seminggu. Ingatlah bahawa bersenam demi kesihatan atau cara hidup
yang lebih sihat kerana bak kata pepatah, 'badan cergas, otak cerdas'.

Anda mungkin juga menyukai