Anda di halaman 1dari 1

Aku sebuah peti sejuk. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Johor.

Aku
berjenama Panasonic. Aku berbentuk empat segi tepat serta mempunyai dua
buah pintu. Badanku berwarna hijau muda. Tenaga elektrik diperlukan untuk
menghidupkanku.
Setelah tubuhku disiapkan, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak
besar. Di sekeliling badanku diletakkan polisterina untuk memastikan
keadaan diriku stabil.
Di kedai tersebut, aku dipamerkan bersama-sama rakan-rakanku yang
lain. Aku berpeluang berkenalan dengan televisyen, mesin basuh dan
pelbagai barangan elektrik yang lain. Ramai pengunjung datang melawatku.
Selepas lima hari tinggal di kedai itu, aku telah dibeli oleh seorang suri
rumah. Aku telah dihantar ke rumah wanita tersebut dengan menaiki sebuah
lori. Aku diletakkan di bahagian dapur. Wanita tersebut memasukkan
pelbagai jenis barangan ke dalam tubuhku. Dia menyimpan telur, sayursayuran, buah-buahan dan air minuman ke dalam badanku.
Tuan aku selalu menjaga kebersihan badanku. Setiap hujung minggu,
wanita tersebut akan membersihkan badanku dengan mengunakan serbuk
pencuci dan air suam.
Aku amat gembira sejak tinggal di situ. Tuanku dan keluarganya
menjaga aku dengan baik. Aku berjanji kepada diriku akan terus berkhidmat
selagi diperlukan.