Anda di halaman 1dari 17

Bil

1.
2.

Perkara
Penghargaan
Penulisan Ilmiah

Muka Surat
1

1.0 Pengenalan
2
2.0 Kepentingan Pengurusan Bengkel dan Keselamatan
2-3
3.0 Ciri-ciri sebuah Bengkel Reka Bentuk Teknologi yang
Lengkap
4.0 Reka Bentuk Pelan Bengkel Reka Bentuk Teknologi 3-4
yang Berkesan
5.0 Punca-punca Berlaku Kemalangan Dalam Bengkel
5-6
6.0 Pencegahan Kemalangan dan Amalan Keselamatan
7-8
Bengkel
7.0 Amalan di Bengkel
8-9
8.0 Penutup
9-11
3.
Refleksi
4.
Rujukan
5.
Lampiran
Isi Kandungan

12
13-14
15
16-22

Penghargaan
Pertama sekali, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat
masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
Pada mulanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada
pensyarah tercinta saya, Tuan Halif Bin Md Saleh kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tunjukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.
Sekian, terima kasih.

1.0 Pengenalan
Hoyle (1980) menyatakan bahawa pengurusan bengkel berkait rapat dengan
pengetahuan dan pengalaman dalam menguruskan bengkel Kemahiran Hidup.
Pengalaman dan pengetahuan akan memainkan peranan yang penting bagi
mendapatkan pengurusan bengkel yang terkawal, tersusun, terancang dan
bersistematik. Menurut kajian ini, pengurusan bengkel ialah cara guru atau pihak
yang menguruskan bengkel Reka Bentuk Teknologi dalam usaha untuk memastikan
keselamatan pelajar semasa berada di dalam bengkel.
Bagi memastikan proses keselamatan dapat diurus dan dilaksanakan dengan
efektif, Stanton dan Willenbrock (1990) menyarankan aspek keselamatan mesti
dijadikan sebahagian daripada prosider dan aktiviti sesebuah organisasi. Mereka
mencadangkan proses ini mesti disepadukan dengan sistem pengurusan dan
perancangan organisasi, bukannya dilaksanakan dalam bentuk program tambahan
kepada aktiviti pengurusan yang sedia ada.
2.0 Kepentingan Pengurusan Bengkel dan Keselamatan
Pengurusan yang cekap dalam memastikan aspek keselamatan amat perlu
dititikberatkan.

Antara kepentingan pengurusan bengkel dan keselamatan adalah mewujudkan


keselamatan bengkel, alatan, dan bahan. Kita dapat lihat jika lebihan bahan kerja
seperti habuk kayu, potongan kayu-kayu kecil, batang besi dan sebagainya tidak
diurus dengan betul dan bertaburan di atas lantai bengkel. Ini menyebabkan
pergerakan kita akan tergangung dengan kehadiran bahan-bahan tersebut dan
risiko terjatuh meningkat secara tidak langsung. Ia juga menyebabkan hilang fokus
semasa mengalihkan barang ke tempat yang baru.
Kita juga dapat mengelakkan diri berlaku kemalangan. Kemalangan akan
mudah berlaku jika tiada sistem pengurusan diwujudkan dalam sesebuah bengkel.
Dengan adanya sistem pengurusan, ia memberi tanggungjawab bengkel kepada
seseorang. Ini memudahkan laporan, aduan serta pengawasan dijalankan.
Peraturan yang ada hendaklah dipatuhi dan pihak pengurusan sentiasa memastikan
bahawa pengguna bengkel mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi
mengurangkan risiko kemalangan di dalam bengkel.
Pengurusan bengkel yang baik juga dapat mengelakkan pembaziran masa dan
tenaga serta menjimatkan wang. Seperti mana yang diperjelaskan, sesebuah
bengkel mempunyai pelbagai peralatan, kelengkapan dan barangan yang bernilai
tinggi. Sekiranya kemudahan berkenaan tidak diuruskan dengan baik dan
bersistematik, berkemungkinan risiko berlakunya kemalangan secara tidak
langsung meningkat. Kos untuk memperbaiki bahan alatan dan peralatan juga
akan meningkat jika tidak diurus dengan baik. Penyelenggaraan alatan juga perlu
diberi perhatian bagi memastikan alatan tersebut selamat digunakan.
Kepentingan yang seterusnya adalah dapat mewujudkan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan, sekaligus mewujudkan suasana bengkel yang
kondusif.

Pelajar-pelajar

dan

guru

dapat

menjalankan

pengajaran

dan

pembelajaran dengan lebih efisien. Pelajar-pelajar juga boleh mendapat ilmu dalam
suasana yang begitu selesa dan kondusif.
Pengurusan yang baik juga dapat membantu pelajar menghasilkan produk yang
lebih berkualiti. Dalam bengkel yang mempunyai pengurusan yang baik, produkproduk yang dicipta akan lebih berkualiti kerana mempunyai peralatan atau alatan
yang berfungsi baik. Persekitaran yang bersih juga akan memudahkan kerja
menghasilkan produk.
3.0 Ciri-ciri sebuah bengkel Reka Bentuk Teknologi yang lengkap
Sesebuah bengkel perlulah drancang dengan baik. Faktor yang dijangka
berkaitan perlulah diperincikan oleh mereka yang pakar. Ini bagi memastikan
bengkel mencapai maklumat yang dikehendaki selaras dengan keperluan semasa

dan masa hadapan. Terdapat beberapa ciri-ciri yang perlu diambil kira untuk
dijadikan panduan untuk tujuan perancangan.
Yang pertama adalah pelan lantai bengkel. Perancangan pelan lantai mestilah
teratur. Ini merupakan salah satu petunjuk yang penting dalam merancang bengkel.
Terdapat tiga jenis pelan lantai iaitu pelan lantai proses untuk mengumpulkan
mesin-mesin di suatu lokasi mengikut jenis mesin. Ini akan menghasilkan satu
ruangan kerja yang sama.
Ciri yang kedua adalah kemudahan pengajaran. Kemudahan pengajaran akan
memaksimumkan lagi pembelajaran dalam bengkel. Dalam sesebuah bengkel,
ruang untuk tunjuk cara perlu disediakan. Ruang terhad akan menyebabkan
kesukaran kepada guru untuk melakukan aktiviti.
Ciri yang ketiga adalah bunyi. Sebuah bengkel yang baik memerlukan bahan
kalis bunyi yang sesuai. Ini bagi mengelakkan bunyi bising yang berlebihan akan
menggangu proses pengajaran dan pembelajaran. Tahap kebisingan bagi sesebuah
bengkel tidak boleh melebihi 150 dB (decibel). Jika seseorang didedahkan dengan
bunyi bising pada tahap 90 dBdalam jangka masa lapan jam, ianya boleh
mengakibatkan kehilangan pendengaran.
Ciri yang keempat adalah warna. Pengunaan warna yang sesuai boleh
meningkatkan tahap keselamatan dalam sesebuah bengkel. Contohnya, penggunaan
warna yang sesuai pada bahagian lantai akan mengurangkan kadar silauan dan
menghasilkan suasana yang lebih ceria.
Selain itu, ciri yang kelima ialah pencahayaan. Pencahayaan perlu diberi
penekanan dalam sesebuah bengkel. Sesebuah bengkel biasanya menggunakan
lampu untuk menerangi dan menambahbaikkan kadar pencahayaan. Cahaya asli
daripada cahaya matahari perlu diberi keutamaan. Selain daripada menjimatkan
kos, cahaya matahari lebih terang daripada cahaya lampu.
Bengkel am merupakan salah satu ciri yang perlu dititikberat. Bengkel adalah
alternatif yang boleh dipertimbangkan untuk digunakan di peringkat sekolah.
Perancang perlu mempunyai kepakaran yang tinggi merancang bengkel ini.
Bengkel-bengkel am ini jika berjaya dihasilkan perlu beroperasi secara unit-unit
kecil bagi setiap bidang pembelajaran yang bersesuaian.
Sistem stor di sesebuah bengkel juga amat penting. Hal ini demikian kerana
penyimpanan amat penting dan berkait rapat dengan saiz bengkel. Dalam
merancang sesebuah bengkel, bahan, mesin dan peralatan yang dimiliki haruslah
disimpan di tempat yang sesuai. Antara kebaikannya ialah penyediaan bahan

pembelajaran yang lebih pantas, memastikan alatan berada dalam keadaan selamat
dan mewujudkan bengkel yang lebih terurus dan tersusun.
Ciri yang seterusnya adalah kebersihan bengkel. Aspek yang perlu dirancang
ialah laluan pengangkutan bagi bahan, mesin dan peralatan bengkel, tempat bahan
buangan, sistem penyedut bahan, lekapan lain seperti bekalan elektrik, gas, udara
mampat dan sebagainya. Rangkaian sistem penghantaran bagi lekapan elektrik,
gas,dan udara mampat sebaik mungkin berada di atas bangunan bengkel. Puncapunca bekalan elektrik diletakkan berada sehampir dengan bekalan elektrik.
Bekalan air perlu mempunyai singki yang baik dan sistem saliran yang sempurna
berhampiran laluan keluar bengkel. Selain itu, gas dan bahan merbahaya perlu
diasingkan dalam ruangan khas yang mempunyai perlindungan keselamatan yang
baik. Sistem pengumpulan habuk perlu disediakan secara berpusat dan mesin
penyedut mudah alih perlu disediakan. Sistem pengudaraan juga perlu dirancang
dengan baik bagi mengelakkan pengumpulan haba yang tidak sesuai untuk proses
pembelajaran dan pembelajaran.
4.0 Reka Bentuk Pelan Bengkel Reka Bentuk Teknologi yang Berkesan
Reka Bentuk Pelan Bengkel yang telah saya telah reka adalah Bengkel Elektrik
dan Elektronik. Aspek pertama yang dapat dilihat adalah ruang dan kawasan kerja.
Ruang bengkel perlu mempunyai saiz yang sesuai dengan bidang kursus mata
pelajaran yang dijalankan untuk memudahkan penyeliaan kerja. Pelan di atas telah
menunjukkan stesen-stesen kerja individu, kawasan pameran, laluan untuk kerja,
kawasan menempatkan alatan, tempat letak alatan kesihatan dan kebakaran serta
stor barang. Pintu keluar masuk juga telah ditetapkan mengikut peraturan pihak
bomba dan penyelamat.
Aktiviti amali dalam bengkel mendedahkan kita kepada risiko kemalangan.
Oleh itu peralatan perlindungan diri dalam bengkel perlu disediakan dan disimpan
dalam rak-rak. Peti kecemasan juga disediakan dan lengkap dengan alatan yang
dicadangkan oleh pihak hospital. Peti kecemasan harusnya diletakkan di tempat
berdekatan dengan stesen guru dan mudah dilihat.
Selain itu, kawasan mencuci tangan perlu disediakan untuk menjaga kebersihan.
Tong sampah juga disediakan untuk kebersihan bengkel dan memudahkan pelajar
membuang sisa-sisa kerja apabila menjalankan amali. Dalam sesebuah bengkel,
risiko untuk terjadinya kebakaran adalah tinggi. Oleh itu, pencegahan kebakaran

seperti pemadam api perlu disediakan dan ditempatkan di tempat yang mudah
untuk dicapai atau mudah dilihat.
Rak-rak untuk menyimpan alatan-alatan tangan dan bahan-bahan juga perlu
disediakan supaya alatan-alatan tidak berselerak selepas menjalankan amali.
Kaunter pinjaman alatan perlu disediakan supaya alatan yang telah dipinjam atau
dibawa keluar dari bengkel tidak akan hilang. Tempat pameran projek pelajar juga
perlu ada supaya projek pelajar tidak rosak dan hilang. Carta-carta organisasi,
peraturan juga perlu diletakkan di papan notis supaya murid sentiasa diingati
peraturan-peraturan di dalam bengkel.

5.0

Gambar ini menunjukkan


Gambar
ini menunjukkan
contoh
Punca-punca
berlaku kemalangan
dalam bengkel
Bentuk
rak penyimpanan
projekmerupakan
pelajar.
Kemalangan
sesuatu kejadian yangcontoh
tidakbengkel
dapatReka
dijangkakan
Teknologi yang kondusif.
mengakibatkan kecederaan ataupun kerosakan harta benda. Antara faktor
kemalangan adalah faktor fizikal, faktor kemanusiaan dan faktor pentadbiran.
Dalam faktor fizikal, persekitaran yang buruk sentiasa menyebabkan
kemalangan berlaku. Kawasan tempat kerja yang tidak diberi perhatian seperti
tidak dibersihkan, licin dan berselerak sering membawa kemalangan dan
kecederaan. Pencahayaan yang tidak mencukupi akan menyebabkan individu sukar
untuk melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna. Kebisingan yang terlalu
tinggi melebihi tahap yang sepatutnya akan memberikan gangguan semasa
membuat kerja. Sistem pengudaraan yang tidak kondusif juga akan mengganggu
kecerdasan minda dan tumpuan individu kerana suasana bengkel yang sangat
panas dan tidak selesa. Penyimpanan, pengendalian dan pelupusan yang tidak
sistematik boleh membawa akibat buruk kepada persekitaran.
Selain itu, peralatan dan mesin yang terdapat di bengkel juga sering berlakunya
kemalangan jika tidak diurus dengan betul. Susun atur mesin yang tidak sesuai
dengan ruang lantai kerja akan menyebabkan ruang kerja terhad dan berlakunya
kemalangan. Keadaan mesin atau peralatan tangan yang telah lama atau tidak
diselenggarakan tidak sesuai digunakan lagi kerana akan membawa kemalangan.
Penggunaan mesin atau peralatan tangan yang salah mudah membawa kecederaan

kepada pengguna. Seterusnya, penggunaan dan penyimpanan peralatan yang tidak


teratur akan menyebabkan bengkel menjadi berselerak dan pelajar-pelajar
mungkin ditimpa kemalangan.
Di samping itu, pengurusan sistem pendawaian amat penting kerana akan
membawa kemalangan yang tidak diingini. Pendawaian yang telah melebihi 40
tahun adalah tidak selamat untuk digunakan lagi ataupun terdapat kecacatan pada
pendawaian yang menyebabkan kebocoran arus elektrik mudah membawa
kemalangan berlaku. Beban lebih had seperti pendawaian tambahan tanpa
kebenaran juga merupakan salah satu punca kemalangan dalam aspek sistem
pendawaian. Pemasangan wayar yang salah pada alatan yang digunakan akan
membawa bahaya atau berlakunya kemalangan kepada pelajar atau guru.
Kemalangan juga sering berlaku disebabkan oleh kecuaian dan kesilapan
manusia sendiri seperti kurang memberi tumpuan kepada kerja atau berkhayal
semasa kerja. Pengguna yang kurang pengetahuan juga mudah ditimpa
kemalangan. Hal ini demikian kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan yang
mencukupi berkenaan dengan kerja yang dilakukan dan langkah-langkah
keselamatan yang perlu dilakukan semasa membuat kerja. Mereka kurang latihan
untuk melakukan tugas dan bersikap tidak ambil tahu mengenai sesuatu yang
diperlukan dalam melaksanakan tugas dengan betul.
Seterusnya, individu yang sentiasa tidak berdisiplin, bergurau semasa kerja,
gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di dalam bengkel dan mengambil
jalan pintas semasa membuat kerja mudah terlibat dalam kemalangan. Emosi,
kesihatan, keletihan, kurang peka, mengantuk semua ini akan menyebabkan
individu melakukan kesilapan semasa membuat amali dan secara tidak langsung
akan berlaku kemalangan.
Selain daripada faktor manusia, faktor pentadbiran yang tidak sistematik juga
akan

membawa

berlakunya

kemalangan

di

dalam

bengkel.

Contohnya

penguatkuasaan peraturan keselamatan yang tidak dilaksanakan dengan baik.


Guru yang kurang atau tiada memberi arahan-arahan keselamatan sebelum
memulakan tugas dan kawalan kelas yang lemah akan menyebabkan murid-murid
hilang kawalan sehingga mereka tidak mendengar arahan dan terjadinya
kemalangan. Sikap guru dan pentadbir sekolah yang tidak serius dalam pengurusan
bengkel seperti tiada memberi latihan pencegahan keselamatan untuk kesedaran
tentang keselamatan di dalam bengkel akan menjadikan bengkel tempat yang tidak
selamat.

6.0 Pencegahan kemalangan dan amalan keselamatan bengkel


Pencegahan kemalangan adalah merupakan elemen yang perlu ada di dalam
sistem pengurusan yang baik. Kita diketahui bahawa kemalangan berlaku kerana
pekerja atau pelajar telah melakukan pekerjaan yang tidak selamat dan bekerja
dalam persekitaran yang tidak selamat.
Para pelajar mestilah memastikan lantai berada dalam keadaan kering dan
dibersihkan sebaik sahaja selesai bekerja. Lantai yang kotor dan licin boleh
mengganggu tumpuan kerja seseorang dan boleh mengakibatkan kemalangan.
Selain itu, kawasan kerja perlu mempunyai susun atur yang baik dan peralatan
yang tidak digunakan perlulah disusun ditempatnya semula untuk memudahkan
barang tersebut dicari semula oleh orang lain apabila hendak menggunakannya.
Sisa-sisa kerja yang tidak digunakan pula perlulah dibuang ke tempat yang
dikhaskan kerana sisa-sisa tersebut amat berbahaya kepada diri kita dan orang lain
yang boleh membawa kecederaan. Contohnya serpihan logam yang tajam.
Ruang berjalan kaki juga mestilah bersih daripada segala lebihan projek dan
alatan yang digunakan. Hal ini dapat mengelakkan pelajar daripada tersepak atau
terjatuh di atas lebihan projek atau alatan yang digunakan sehingga boleh
mengundang kepada kecederaan. Di samping itu, sistem pengalih udaraan dan
pencahayaan perlu berfungsi dengan baik di dalam bengkel kerana keadaan di
dalam bengkel semasa bekerja sangat sesak, bising dan panas. Oleh itu
pencahayaan dan pengudaraan yang baik membantu menstabilkan semula keadaan
di dalam bengkel agar sejuk dan selesa.
Peraturan penggunaan alat dan kelengkapan juga perlu dipatuhi bagi menjamin
keselamatan pengguna di tempat kerja. Elakkan daripada menggunakan peralatan
atau

mesin

sekiranya

tidak

tahu

kaedah

penggunaannya.

Jika

salah

mengendalikannya mungkin boleh menyebabkan kemalangan. Bahagian mesin


yang berputar mesti mempunyai pelindung keselamatan. Pastikan peralatan dalam
keadaan baik sebelum digunakan dan setiap alat dan mesin mempunyai pembumian
sempurna. Gunakan peralatan dan mesin dengan langkah yang betul. Apabila
mendapati peralatan yang rosak perlu segera dibaiki bagi mengelakkan
kemalangan.
Latihan keselamatan juga perlu dijalankan kerana ia merupakan suatu amalan
untuk mencegah kemalangan. Cara berpakaian perlu dititikberatkan bagi
menjamin keselamatan pengguna ketika melaksanakan kerja. Pakaian yang dipakai
semasa bekerja hendaklah sesuai dan mematuhi etika pemakaian yang telah

ditetapkan. Barang perhiasan seperti jam tangan, cincin dan rantai hendaklah
ditanggalkan sebelum kerja dimulakan. Barang-barang tersebut hendaklah
disimpan kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat
tersangkut atau menjadi pengalir elektrik semasa litar pintas berlaku.
Pelindung keselamatan seperti kasut getah, sarung tangan, apron dan gogal
serta

pelindung

muka

harusnya

diguna

semasa

membuat

kerja

mengimpal,memotong dan merivet untuk mengelakkan berlakunya kemalangan


dan kecederaan. Oleh itu, penggunaan alat pelindung keselamatan sangat berguna
semasa projek sedang dilakukan.
7.0 Amalan di Bengkel
Sesuatu kemalangan boleh terjadi berpunca dari keadaan tempat kerja yang
tidak sesuai dan tidak selamat. Bengkel dan bilik khas yang selamat amatlah
penting untuk mencegah berlakunya kemalangan. Dalam amalan bengkel, terdapat
langkah keselamatan 4M yang perlu dipatuhi iaitu membersih, menyusun atur,
menilai dan mendisiplin.
Amalan yang pertama adalah membersih. Kita harusnya sentiasa mengamalkan
kebersihan di bengkel supaya sentiasa dalam keadaan yang bersih, kemas, selesa
dan selamat. Kebersihan diri dan mental juga amat dititikberat. Pelajar haruslah
sentiasa berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek. Kebersihan mental
iaitu berfikiran positif. Mesin penyedut juga perlu disediakan untuk pembersihan
dalam bengkel.
Amalan yang kedua ialah menyusun atur. Kita harus menggunakan alat yang
terdapat dalam bengkel mengikut kegunaannya. Selepas menggunakan, alat-alat
harus disimpan di tempat yang betul seperti rak-rak penyimpanan alatan tetapi
bukannya berselerak di meja bengkel.
Amalan yang ketiga adalah menilai. Kita harusnya membuat penilaian tentang
diri sendiri dan tempat kerja. Kita perlunya melaksanakan sikap penuh
bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan tempat kerja. Kita sewajarnya
melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan pertolongan cemas serta
penggunaan alat pemadam api untuk keselamatan diri dan orang lain.
Amalan yang keempat adalah mendisiplin. Kita harusnya sentiasa mematuhi
peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri. Hal ini perlu
dititikberatkan kerana kemalangan sering mudah berlaku jika pelajar tidak
mematuhi peraturan am di bengkel.
Terdapat peraturan-peraturan keselamatan di dalam bengkel,antaranya ialah:
Memberikan perhatian pada kebersihan bengkel;

Memastikan lantai bengkel sentiasa kering dan tidak berminyak;


Memastikan terdapat alat pemadam api di dalam bengkel;
Memastikan bengkel bersih dan kemas;
Memastikan bengkel mempunyai pengudaraan dan percahayaan yang

mencukupi;
Membekalkan bengkel dengan peti pertolongan cemas.

Peraturan keselamatan alatan dalam bengkel:

Menggunakan alatan tangan mengikut kegunaan yang betul;


Berhati-hati semasa menggunakan alatan tangan;
Menyimpan semua alatan dan bahan di tempat yang selamat;
Memastikan alatan yang digunakan adalah betul dan dalam keadaan
yang baik.

Gambar ini menunjukkan contoh


penyimpanan alat-alat tangan yang
kemas.

Peraturan keselamatan diri:

Berbaju lengan pendek

atau melipat baju yang berlengan panjang;


Menanggalkan tali leher dan memasukkannya ke dalam baju;
Memakai kasut untuk mengelakkan kemalangan;
Menggunakan gogal dalam kerja-kerja tertentu;
Memakai apron jika perlu;
Mendapat kebenaran guru sebelum menggunakan mesin;
Mengikut arahan guru semasa berada di dalam bengkel
Berambut pendek atau mengikat rambut yang panjang.

Contoh pakaian yang


sesuai di dalam
bengkel.

Peraturan am penggunaan dan keselamatan bengkel Reka Bentuk Teknologi:

Masuk setelah mendapat kebenaran dan arahan daripada guru


Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah
Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel
Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan

penyeliaan daripada guru


Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan
Jika berlaku kemalangan atau kecederaan, segera beritahu guru yang

berkenaan
Pastikan bengkel

dalam

keadaan

selamat

dan

selesa

ketika

penggunaannya dan bersih serta kemas sebelum meninggalkannya.

Gambar ini menunjukkan


contoh peraturan-peraturan
Penutup am di bengkel Reka Bentuk
Kesimpulannya,
Teknologi.
pengurusan
bengkel

8.0

melibatkan
perancangan

dan

pengendalian bengkel yang meliputi proses-proses menyediakan kemudahan asas di


bengkel. Pengurusan bengkel juga melibatkan pengurusan alatan dan bahan yang
meliputi pengurusan, pemilihan dan kawalan alatan, kaedah penyusunan dan
penyimpanan alat. Selain itu, punca-punca yang akan menyebabkan berlakunya
kemalangan di bengkel juga perlu dititikberatkan dan pencegahan serta amalan
bengkel perlu dilaksanakan untuk mengelakkan kecederaan dan kemalangan
berlaku. Pengurusan bengkel memerlukan guru-guru yang berpengetahuan dan
berpengalaman dalam hal pengurusan bengkel supaya kerja-kerja penyelenggaraan
dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Tanggungjawab guru Reka Bentuk
Teknologi bukan setakat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi
juga

melibatkan

tanggungjawab

guru

dalam

pengendalian

bengkel

bagi

memastikan prestasi pelajar-pelajar meningkat serta cemerlang selaras dengan


kehendak kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020.

Refleksi
Bersyukur kehadrat ilahi kerana dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh
masa yang diberikan. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi bantuan serta nasihat dari pensyarah pembimbing saya iaitu Tuan Halif Bin
Md Saleh.
Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya berdepan dengan pelbagai cabaran
dalam mencari maklumat dan mengumpul maklumat tentang pengurusan bengkel dan
ciri-ciri serta amalan di bengkel. Banyak maklumat telah saya perolehi setelah pergi ke
perpustakaan. Di sana, terdapat banyak bahan ilmiah tentang subjek ini yang dapat
saya gunakan dalam menyiapkan kerja kursus sini. Bukan itu sahaja, di perpustakaan
terdapat bahan bacaan tentang subjek kemahiran hidup yang menjadi perkaitan dalam
tugasan ini. Walaupun begitu, kekeliruan tentang fakta sering berlaku kerana
kurangnya pemahaman yang mendalam terhadap fakta tersebut.
Antara cabaran yang telah saya lalui semasa menyiapkan tugasan ini ialah
kurangnya pemahaman tentang bagaimana untuk melaksanakan tugasan ini. Ini
merupakan kali pertama bagi saya mengetahui tentang pengurusan bengkel Reka
Bentuk dan Teknologi. Banyak ciri-ciri yang perlu diambil berat semasa menguruskan
bengkel. Bukan itu sahaja, saya juga menghadapi kesukaran dalam mengenalpasti
masalah-masalah yang menjadi kemalangan berlaku dalam bengkel dan cara
pencegahannya. Saya perlu bnayak mencari pencegahan-pencegahan yang efektif
dalam menyelesaikan masalah-masalah kemalangan di dalam bengkel. Saya juga perlu
melukis pelan sebuah bengkel dengan memenuhi ciri-ciri asas sebuah bengkel. Setelah

melakukan beberapa perbincangan bersama rakan serta pensyarah, masalah ini dapat
diatasi.
Bukan itu sahaja, dalam menyiapkan tugasan ini, saya berdepan masalah dalam
memilih bahan yang harus dimasukkan dalam tugasan ini. Bahan yang terdapat dalam
internet terlalu ramai sehingga saya perlu membuat analisis terhadap maklumatmaklumat yang telah saya cari dan memilih maklumat-maklumat yang sesuai. Setelah
melakukan kolaborasi, jalan penyelesaian telah dapat dicapai.
Di samping itu, walaupun begitu sibuk dengan tugas-tugas lain, saya telah
belajar sesuatu perkara yang telah saya fahami setelah sekian lama. Pengurusan masa
yang berkesan akan membantu kita dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
Ditambah dengan tugas sebagai seorang guru di sekolah pada masa akan datang dan
sebagai seorang pelajar di institut ini maka seharusnya pengurusan masa yang betul
harus diamalkan. Pengurusan masa yang betul membantu kita dalam mengurus diri
dan tugas yang akan kita tempuhi.
Kesimpulannya, walaupun berdepan dengan cabaran tersebut, ia akan menjadi
satu panduan yang sangat berguna kepada saya dalam menempuhi dunia pembelajaran
yang sentiasa berubah mengikut zaman. Saya juga berharap agar segala ilmu
pengetahuan yang saya perolehi dalam menyiapkan tugasan ini dapat diaplikasikan
dalam dunia pendidikan yang sebenar. Di samping itu, saya mempelajari sesuatu yang
tersirat dalam menyiapkan tugasan ini. Walaupun saya menghadapi kekangan dalam
masa semasa menyiapkan tugasan ini, namun dengan pengurusan masa yang efektif,
kerja kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Rujukan
Buku Ilmiah
Ahmad Athory Hussin (1991), Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hassan Salim (1997), Panduan Keselamatan Bengkel Di Sekolah. Edisi Pertama.
KualaLumpur.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002), Huraian Sukatan Pendidikan KH Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah.Kuala Lumpur:
Zulkifli Bin Mohd Salleh, Zainal Bin Abdul Rahim Dan Tuslah Binti Abdan (2008),
Buku

Teks

Kemahiran

Hidup

Bersepadu

Tingkatan

1.

Selangor.

Cerdik

Publications.Sdn.Bhd.
Internet
KemahiranHidup2U.

Diakses

pada

20

Ogos

2016

dari

http://kemahiranhidup2u.blogspot.com/2010/09/pengurusan-bengkel-kemahiranhidup.html
Mohd Khairul Azhar Bin Yusof (2014), Amalan Keselamatan Bengkel Dalam Kalangan
Pelajar Kolej Vokasional Temerloh. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun

Hussien Onn

Malaysia. Diakses

pada 18 Ogos

2016 dari

http://eprints.uthm.edu.my/7093/1/MOHD_KHAIRUL_AZHAR_BIN_YUSOF_24.pdf
Mohd Najib Bin Saher (2015), Amalan Pengurusan Keselamatan Bengkel Kemahiran
Hidup (KHB) Sekolah Menengah Harian Daerah Batu Pahat. Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Diakses pada 19 Ogos
2016

dari

http://eprints.uthm.edu.my/7067/1/MOHD_NAJIB_BIN_SAHER_24.pdf

JANUARI 2015
PPK Sebutir Mutiara : Nota Padat Kemahiran Hidup. Diakses pada 20 Ogos 2016 dari
http://imann9969.blogspot.com/2009/03/nota-padat-kemahiran-hiduphbls1103.html
Zainol Bin Abdun@Mohamed (2008), Amalan Pengurusan dan Penyelenggaraan
Bengkel Dalam Kalangan Guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu Di 12 Buah Sekolah
Menengah Di Negeri Perlis. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Diakses
pada

19

Ogos

2016dari

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/ZAINOLBP050214D2008TTP.
pdf

Anda mungkin juga menyukai