Anda di halaman 1dari 20

AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

860610495160001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / 2016

MPU3123
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

NO. MATRIKULASI

860610495160001

NO. KAD PENGENALAN

860610-49-5160

NO. TELEFON

019-9746936

E-MEL

aivenurulhasanah@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SABAH LEARNING CENTER (X02)

AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

860610495160001

ISI KANDUNGAN
Bil

Perkara

Muka Surat

Penghargaan

Abstrak

Pengenalan

Soalan I :Sejarah Bahasa Melayu Dan Peranannya


Sebagai Bahasa Lingua Franca

6-8

Soalan II :Cabaran Bahasa Melayu Dalam Menghadapi


Arus Globalisasi

9-11

Soalan III : Pencemaran Penggunaan Bahasa Melayu

Soalan IV : Langkah-Langkah Bagi Memperkasa Dan


Memartabatkan Bahasa Melayu

Kesimpulan

Rujukan
9.1.Soalan I
9.2.Soalan II
9.3.Soalan III
9.4.Soalan IV

12-14

15-17

18

19-20

AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

860610495160001

PENGHARGAAN
Assalamualaikum wtb,
Alhamdulillah, syukur kehadrat illahi kerana dengan izinNya dapat juga saya menyiapkan kertas
kerja saya ini.Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para
keluarga dan sahabat baginda sekalian.Semoga kita sama-sama mendapat syafaat daripada
baginda di akhirat kelak.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada warga kerja OUM terutamanya Pensyarah dan juga
Tutor Online saya di atas layanan mesra dan kerjasama yang diberikan kepada saya sepanjang
saya menyiapkan kertas kerja saya ini.
Kepada insan yang amat saya cintai dan insan yang amat berjasa dalam kehidupan saya iaitu
suami dan kedua ibubapa saya, saya amatlah menjunjung kasih segala pengorbanan kalian.
Kalian juga merupakan tunjang utama yang banyak membantu dan tidak jemu-jemu menabur
budi serta sokongan moral kepada saya.Redha kalian adalah kunci kejayaan saya.Tidak lupa juga
kepada ahli keluarga yang lain, semoga kalian diberkati dan dikasihi Allah.
Buat teman-teman seperjuangan yang sememangnya terlalu banyak membantu dalam menempuh
suka duka bersama, jasa baik anda semua tidak akan saya lupakan dan semoga ukhwah yang
sekian lama terjalin ini berkekalan hendaknya.
Akhir kata,semoga segala jasa kalian mendapat ganjaran yang setimpal dan semoga kita samasama mendapat keredhaan dariNya dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan
akhirat.Amin...
Sekian, Wassalammu.

AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

860610495160001

ABSTRAK

Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal-usul penutur
aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur.
Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine
Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar belakang dan pergerakan
masyarakat Melayu kuno.Dan ada ramai lagi pengkaji sejarah lain telah menemui artifak yang
berkaitan dengan latar belakang bangsa Melayu.
Tugasan ini membincangkan hala tuju bahasa Melayu secara holistic yang mencakupi
peranan,kepentingan dan cabarannya dalam pembinaan tamadun di Malaysia.Dalam tugasan ini
saya juga cuba memaparkan sejarah bahasa Melayu,cabaran bahasa Melayu dalam menghadapi
arus globalisasi dengan mengemukakan bukti releven mengenai pencemaran penggunaan bahasa
Melayu serta membincangkan langkah-langkah memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu
di persada dunia.

AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

860610495160001

PENGENALAN

Sejarah perkembangan bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata Melayu.
Mengikut Zuber Usman,perkataan Melayu berasal daripada perkataan Himalaya yang telah
disingkatkan kepada Malaya,dan kemudiannya menjadi Melayu.Perkataan Hima bererti salji
atau salju,sedangkan alaya bererti tempat.Dengan ini Himalaya bermaksud tempat sejuk seperti
di puncak gunung yang tinggi.
Ada juga pengkaji mengatakan bahawa Melayu itu daripada perkataan Malaiyur-pura
yang terpahat pada prasasti Bukit Gombak I di Sumetra Barat.Malaiyur-pura bererti kota
malaiyur atau kota gunung.Dari situ timbul perkataan malayur = malaiyu = malayu = melayu.
Selain itu, ada juga mengatakan bahawa perkataan itu berasal daripada perkataan
pamalayu, iaitu peristiwa berlaku penyerangan oleh Raja Kertanegara dari Singhasari Jawa
Timur di Hulu Jambidi sempadan Sumatera Barat.Kemudian disitu didirikan sebuah prasasti
Amoghapasa sebagai peringatan tentang berlakunya ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur
tadi ke daerah Malayu pada tahun 1286.Pamalayu bermaksud ekspedisi Malayu,iaitu
penyerangan dan seterusnya penguasaan terhadap negeri Malayu.
Begitu juga ada pendapat mengatakan perkataan Melayu itu berasal daripada perkataan
Jawa Kuno dan juga Jawa Baru iaitu mlaya dan mlayu yang bererti lari.Melalui catatan Cina pula
perkataan Melayu diambil daripada perkataan Mo-lo-yeu.Catatan Cina tersebut menyatakan
bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar
tahun 644-645 Masihi. Ada juga yang berpandangan bahawa kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di
daerah Jambi, Sumatera yang diberikan namanya berdasarkan sebatang sungai bernama Sungai
Melayu. Seorang sami Buddha yang bernama I-Tsing menggunakan perkataan tersebut apabila
menceritakan tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. Ini dapat
dikaitkan dengan kedatangan Indo-Melayu (Austronesia) yang dikatakan bergerak dari Yunan ke
Tanah Melayu.
Pada tahun 1972, pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi
merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami semenanjung Tanah
Melayu, pantai timur Sumatera dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. Bahasa yang
digunakan oleh penduduk di kawasan ini ialah bahasa Melayu.

AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

860610495160001

SOALAN I
SEJARAH BAHASA MELAYU DAN PERANANNYA SEBAGAI
FRANCA

BAHASA LINGUA

Beberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa-bahasa
yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu bahasa dengan bahasa
yang lain. Antara pengkaji yang terkenal termasuklah R.H. Geldern, J.H.C. Kern, Wilhem von
Humboldt, van der Tuuk, Otto Demwolff, P.W. Schmidt, Brandstetter, William Marsden dan lainlain. Sarjana tempatan yang turut memberi sumbangan terhadap usaha ini ialah Asmah Haji
Omar, Amat Juhari Moain, Harun Aminurrashid, Ismail Hussien dan lain-lain.
Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan
Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern,
iaitu seorang ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia
Tengah berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang ditemui. Kapak
tua tersebut ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween dan
Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Beliau
menyimpulkan bahawa kapak tua di Nusantara itu dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah
bersama-sama dengan bahasanya sekali.
Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga mengatakan
bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan beberapa perkataan.
Beliau mendapati ada beberapa perkataan yang terdapat di kepulauan Nusantara itu terdapat juga
di Madagaskar, Taiwan, beberapa pulau di kepulauan Pasifik dan di Filipina. Beliau juga
mendapati bahawa perkataan yang digunakan berasal daripada induk yang sama, iaitu Asia.
Selain dua tokoh tersebut, William Marsden yang membuat kajian terhadap bahasa Melayu
mendapati bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan bahasa serumpun. Pendapat yang
kedua mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Nusantara yang bermaksud bahasa
Melayu itu bermula dari Nusantara. Dalam kajian ini, istilah filum digunakan bagi
menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, bahasa Melayu didapati
tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama: bahasa
Austroasia, Tibet-China dan Austronesia.

AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

860610495160001

Rajah 1 : Pembahagian Filum Austris


Peranan bahasa perhubungan atau lebih dikenali sebagai lingua franca sangat penting
terutamanya dalam satu masyarakat yang pelbagai suku kaum atau etnik (penduduk yang
menuturkan bahasa pertama yang berbeza antara satu sama lain). Bahasa untuk berkomunikasi
ini biasanya adalah bahasa yang paling banyak dan kerap digunakan dalam kehidupan seharian.
Penduduk yang berhubung sesama mereka, sama ada untuk tujuan sosial ataupun perdagangan,
bahasa yang digunakan sebagai lingua franca merupakan bahasa yang telah dipersetujui dan
difahami bersama.
Istilah lingua franca berasal daripada nama salah satu masyarakat Jerman Kuno yang
tinggal di sekitar Sungai Rhine, terutama di bahagian selatan Perancis. Bahasa ini digunakan di
bahagian timur wilayah Mediterranean, terutama di pelabuhan pada Zaman Pertengahan sekitar
tahun masihi 1000 sehingga abad ke-15, oleh pedagang dan tentera perang. Bahasa ini
merupakan campuran daripada bahasa-bahasa Itali, Sepanyol, Perancis, Arab, Parsi, Yunani dan
Turki. lingua franca merupakan bahasa yang diketahui oleh kebanyakan penutur walaupun
hanya pada peringkat yang asas sahaja. Di alam Melayu contohnya, terdapat berbagai-bagai
bahasa dan bahasa Melayu pula berperanan sebagai lingua franca yang utama. Selain itu,
menurut Holmes (2001) pula, lingua franca adalah penggunaan sesuatu bahasa untuk
berkomunikasi di antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza satu sama lain.
Di Asia Tenggara bahasa Melayu adalah bahasa lingua franca.Menurut James
T.Collins,bahasa melayu tidak hanya bertindak sebagai lingua franca

tetapi lebih penting

AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

860610495160001

sebagai bahasa latin di Asia Tenggara.Malah menurut seorang sarjana British yang ditulis pada
tahun 172, menyatakan bahawa bahasa melayu telah menjadi bahasa perhubungan antarabangsa.
Bahasa melayu menjadi lingua franca adalah disebabkan kelenturan dan kesederhanaan sifat
bahasa melayu itu sendiri.Dengan sifat sedemikian bahasa Melayu mudah menerima kosa kata
yang dipinjam daripada bahasa asing.Kerana itulah,bahasa Melayu masih mampu bertahan
hingga hari ini.Malahan,bahasa Melayu menjadi bahasa utama di Malaysia,Indonesia dan Brunei.

AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

860610495160001

SOALAN II
CABARAN BAHASA MELAYU DALAM MENGHADAPI ARUS GLOBALISASI

Abad ke-21 atau lebih dikenali sebagai era globalisasi merupakan satu zaman yang penuh
dengan cabaran terutama pada kedudukan bahasa Melayu di dalam negara ini.Dalam
Perlembagaan Persekutuan Perkara 152, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan
dilindungi keistimewaannya berbanding bahasa lain. Banyak fungsi dan peranan bahasa ini
dalam menjamin kelangsungan hidup rakyat Malaysia. Selain daripada menjadi bahasa rasmi dan
bahasa perantaraan, bahasa Melayu juga menjadi faktor perpaduan sejagat dan menjadi bahasa
ilmu dalam bidang pendidikan. Bahasa Melayu merupakan satu-satunya bahasa yang difahami
oleh seluruh rakyat Malaysia dan mempunyai kemampunan untuk menyatukan pemikiran
seluruh rakyat. Walaupun bahasa telah menyumbangkan banyak kebaikan kepada negara, namun
beberapa halangan timbul dalam usaha untuk terus memartabatkan bahasa kebangsaan ini.
Permulaan abad ke-20 merupakan era penjajahan Barat ke atas Kepulauan-kepulauan
Melayu iaitu Inggeris bagi Semenanjung Tanah Melayu dan utara Borneo,Belanda bagi
kepulauan Sumatera, Jawa,selatan Borneo,Sulawesi ,Meluku, Madura dan Bali, dan Sepanyol
bagi kepulauan Filipina.Keadaan yang sedemikian telah menyebabkan kedudukan bahasa
Melayu sebagai lingua franca mula merosot di rantau ini. Dalam konteks ini, pihak penjajah
telah memaksa menggunakan bahasa mereka sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar
pendidikan terhadap jajahan takluk mereka. Setelah sekian lama, kemerdekaan tercapai barulah
bahasa Melayu telah dikembalikan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan
lingua franca di rantau ini
Cabaran utama bahasa Melayu sebagai bahasa nasional adalah lemahnya sokongan,
jagaan, kawalan, peneguhan dan penegasan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan. Wujudnya persepsi serong terhadap keperluan atau cara sesebuah negara memilih
bahasa dan bahasa Inggeris dianggap mampu membawa kemajuan negara telah memusnahkan
kemajuan dan keupayaan bahasa kebangsaan.Persepsi masyarakat yang sentiasa melihat bahasa
Melayu sebagai bahasa yang tidak maju dan tidak berdaya saing. Mereka sentiasa memandang
enteng kepentingan bahasa ini dan lebih cenderung untuk menghormati penggunaan bahasa asing
seperti bahasa Inggeris sebagai penanda aras kehebatan sesebuah negara. Memang tidak
dinafikan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa penting dan banyak kebaikannya
9

AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

860610495160001

terutama dalam hal komunikasi dan perhubungan luar serta pendidikan tinggi. Akan tetapi jika
kita melihatnya dalam konteks dalam negara, bahasa Melayu ternyata mempunyai kepentingan
yang lebih tinggi memandangkan ia adalah bahasa rasmi negara dan penggunaannya sentiasa
diutamakan.
Bahasa Inggeris menjadi bahasa komunikasi dalam kalangan kelas atasan dan kelas
menengah bagi bukan Melayu dan komunikasi akan dijalankan dalam bahasa Melayu sekiranya
ada orang Melayu dalam proses komunikasi tersebut Golongan elit politik dan elit ekonomi
menganjurkan agar bahasa Inggeris diperhebat penggunaannya.Seolah-olah nasib dasar negara
berada di tangan golongan elit ini,tanpa langsung menghayati Perlembagaan Negara yang
mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.Kesudahannya,bahasa
Melayu semakin terpinggir dari jiwa bangsa Melayu dan masyarakat Malaysia,kerana kuatnya
kepercayaan bahawa jika hendak mencapai kemajuan,bahasa Inggeris perlu dikuasai dengan
baik.
Apabila bahasa Inggeris diturunkan statusnya selepas 10 tahun kemerdekaan, bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar dalam pendidikan menjadi semakin
berkembang. Bahasa Inggeris hanya tidak digunakan lagi dalam upacara-upacara rasmi kerajaan,
di pejabat-pejabat kerajaan atau sebagai bahasa pengantar di universiti dan sekolah-sekolah,
tetapi tidak dalam bidang lain seperti bidang perundangan, perniagaan, perbankan, perubatan,
pergigian dan sektor swasta masih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam
urusan mereka.Bahasa Inggeris kembali memberi cabaran terhadap bahasa Melayu apabila
kerajaan memperkenalkan polisi penswastaan dan pensyarikatan apabila pengkorporatan institusi
pengajian tinggi awam dan pusat pendidikan tinggi swasta diwujudkan. Gejala ini menjadikan
martabat dan status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu tercabar. Dasar
bahasa dicabar,dan kedudukan dan peranan bahasa Inggeris meningkat.Keadaan ini merugikan
(Jeniri Amir,2009).
Kedudukan bahasa Melayu sentiasa tergugat sejak dahulu lagi dan memuncak pada tahun
2003 apabila kerajaan menukar dasar pendidikan yang membabitkan mata pelajaran Sains dan
Teknologi.Secara drastik,masyarakat diseru untuk menguasai bahasa Inggeris jika hendak
maju.Kegagalan menguasai bahasa Inggeris dianggap punca pengangguran 80 000 siswazah.
Bagi sesetengah institusi kerajaan yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi

10

AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

860610495160001

seperti Universiti Islam Antarabangsa disebabkan kepentingan lain yang boleh menyumbang
kepada kemenjadian pelajar dan sumbangan terhadap negara.
Kurangnya bahan rujukan dan buku teks yang ditulis dalam bahasa tempatan
(bahasa Melayu) sama ada karya asli ataupun terjemahan juga menjadi salah satu faktor
kurangnya kebergantungan dan keyakinan masyarakat pada bahasa Melayu.Kebergantungan
pada buku bahasa Inggeris menyebabkan perkembangan kepustakaan dalam bahasa Melayu
menjadi lembab kerana tidak ada galakan dan motivasi unyuk menulis dalam bahasa
Melayu.Permintaan terhadap buku bahasa Melayu juga tidak ada.Keadaan ini diburukkan lagi
oleh rendahnya minat membaca dikalangan rakyat walaupun kadar celik huruf sekitar 96
peratus.Bangsa Malaysia akan terus menjadi bangsa pengguna dan bukannya bangsa pengeluar
hingga akhirnya minda turut ditawan oleh ideology negara pengeluar berkenaan.
Pada abad ke-21 kini,pengaruh media elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa
Melayu dari segi pertuturan,ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya. Menjadi satu trend atau
ikutan kepada golongan remaja dalam penggunaan bahasa Melayu rojak. Kecanggihan teknologi
maklumat pada abad ke-21 iaitu penggunaan telefon bimbit untuk menghantar pesanan ringkas
menggunakan bahasa rojak menyebabkan berlakunya kerancuan bahasa.Kerancuan bahasa ialah
penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturannya sama ada dari segi sintaksis, morfologi,
fonologi, kosa kata, istilah dan sebagainya, yang mengakibatkan kekacauan dan ketidaktekalan
dari segi pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata dan istilah.

11

AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

860610495160001

SOALAN III
PENCEMARAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU
1.Pencemaran Bahasa Melayu Dalam Media Eletronik
Pencemaran atau kecelaruan bahasa dari sudut definisinya ialah penggunaan bahasa yang
bercampur aduk antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau lebih dikenali dengan bahasa
rojak. Contoh penggunaannya ialah pada perkataan sureheboh.Masalah ini berpunca melalui
media elektronik yang banyak menggunakan bahasa campuran Melayu Inggeris.Kecelaruan
bahasa yang dapat dikesan oleh masyarakat umum adalah melalui media siber iaitu internet.
Ianya seiring dengan bercambahnya laman-laman sosial yang banyak memberi pengaruh.
Contohnya laman facebook, Instagram dan Tweeter Laman- laman seperti ini amat diminati oleh
masyarakat masa kini terutama peringkat remaja. Sememangnya melalui laman tersebut dapat
mendekatkan hubungan antara yang jauh dengan yang dekat. Namun ianya akan menjadi
sebaliknya apabila setiap komunikasi menggunakan bahasa yang mudah dan bercampur
aduk.penggunaan bahasa baku mereka agak lemah. Antara dialek Kelantan ialah tok se
dangapo.

2.Pengaruh Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Rosakkan Bahasa


Sepertimana

yang

telah

diketahui

umum,

sistem

pesanan

ringkas

yang

menjadi alat penghubung pada masa sekarang banyak membawa kemudaratan kepada
penyalahgunaan bahasa Melayu. Hal ini menjadi semakin membimbangkan apabila ianya
menjadi punca kemerosotan penguasaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat terutama pelajar
sekolah. Ini kerana

mereka terbawa-bawa singkatan

tersebut dalam penulisan esei di

sekolah. Penggunaan bahasa ringkas yang menjadi penghubung dalam sistem pesanan
12

AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

860610495160001

ringkas tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya ianya hanya digunakan untuk tujuan
perhubungan semata-mata. Namun, masalah yang timbul sekarang penyalahgunaan bahasa
tersebut terbawa-bawa kepada penggunaan rasmi sehingga merosakkan bahasa asal. Walaupun
ianya merupakan kesalahan besar dalam penulisan, namun untuk komunikasi sistem pesanan
ringkas

ia

menjadi

perkara

yang

baik

kerana

dapat menjimatkan ruang serta kos.

Contoh bahasa dalam sistem pesanan ringkas (SMS) ialah, awal lg lapuasa pn dak lg dan
aittxkan tgk accident mlm td trus hilg ingtn kot.

3.Mengutamakan Bahasa Inggeris


Kebanyakan pengacara majlis atau program di televisyen dan radio dalam pengendalian
sesuatu program, sudah menjadi kewajiban untuk mencampuradukkan bahasa mereka. Dalam
mengendalikan sesuatu program atau rancangan, pengacara pada peringkat awal menggunakan
bahasa Melayu. Namun, perkara yang sebaliknya telah berlaku iaitu dalam pertengahan program
hingga akhir, pengacara mencampuradukkan penyampaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
walaupun programnya lebih kepada berbahasa Melayu dan penontonnya majoritinya berbangsa
Melayu.

13

AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

860610495160001

4.Penggunan Bahasa Yang tidak menepati Tatabahasa Melayu

5.Kesalahan Ejaan Dan Maksud Ayat


Kesalahan ejaan dan maksud seringkali terjadi apabila penutur kurang pengetahuan
mengenai bahasa Melayu.

14

AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

860610495160001

SOALAN IV
LANGKAH-LANGKAH BAGI MEMPERKASA DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

Pihak kerajaan perlu memastikan kedudukan bahasa Melayu itu sejelasnya seperti yang
termaktub dalam Perlembagaan. Sebarang dasar yang ingin diperkenalkan perlulah dikaji dengan
lebih teliti sebelum diputuskan. Kedudukan bahasa Melayu hari ini sudah terjejas, namun masih
belum terlambat untuk pihak kerajaan mengukuhkannya kembali. Antaranya kerajaan haruslah
memberi peluang kepada bahasa Melayu menjalankan fungsinya sebagai bahasa ilmu secara
holistik. Bahasa Melayu juga perlu digunakan secara sepenuhnya dalam bidang ilmu di negara
kita. Sejarah lampau membuktikan bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dengan
melahirkan pelbagai teknokrat dalam pelbagai bidang.
Menjadikan Bahasa Inggeris Bahasa Kedua
Malaysia telah terkesan dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat. Realitinya,
bahasa teknologi maklumat yang paling dominan di dunia ialah bahasa Inggeris. Keadaan ini
sudah tentu memberi kesan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat. Oleh
itu, kita seharusnya mempelajari bahasa teknologi maklumat supaya perbendaharaan kata
berkenaan teknologi maklumat dalam bahasa Melayu diperkaya.Bahasa Inggeris tetap dipelajari
kerana ilmunya. Semua negara mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selain bahasa
ibunda. negara Korea Selatan, dan Jepun merupakan sebuah negara yang maju dalam bidang
sains dan teknologi, namun mereka tetap mempertahankan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris
tetap dipelajari.
Mendukung Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
Sikap masyarakat kita yang acuh tidak acuh dalam menggunakan bahasa Melayu
standard dan lebih parah lagi menggunakan bahasa Inggeris boleh menyumbang kepada
kemerosotan penggunaan bahasa Melayu. Berbangga bertutur dalam berbahasa Inggeris sepatah
dua atau ingin menunjuk yang kita lebih pandai dalam bahasa tersebut perlulah dielakkan. Kita
bukan bersikap rasis terhadap bahasa Inggeris atau anti bahasa Inggeris. Namun bagi

15

AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

860610495160001

mendukung bahasa Melayu sebagai rasmi negara yang telah termaktub di dalam perlembagaan.
Justeru, wajar untuk kita mengambil semangat ini dan meletakan bahasa Melayu pada
kedudukan tertinggi dan berusaha menterjemahkan di dalam urusan seharian kita. Kita tidak
menghalang sesiapa pun untuk bertutur atau menggunakan bahasa tersebut, tetapi perlulah bijak
untuk melihat kepada suasana atau situasi wajar atau tidak untuk kita menggunakannya.

Mengekalkan Identiti Bahasa Melayu.


Bagi menterjemahkan hasrat negara, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) komited di bawah pimpinan Prof.Dr. Awang Sarian telah mengambil
pendekatan untuk melaksanakan audit bahasa bagi agensi kerajaan. Pendekatan ini diambil oleh
DBP adalah untuk memastikan agensi-agensi yang terlibat menggunakan bahasa Melayu dengan
betul terutama dalam urusan rasmi.Hal ini, adalah seiring dalam usaha kita untuk memartabatkan
bahasa

Melayu

sebagai

bahasa

rasmi

negara

dalam

kerangka

152

perlembagaan

Malaysia.Pendirian tegas kerajaan untuk terus memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama dalam sistem pendidikan negara adalah satu jaminan untuk membela,
memelihara serta memartabatkan bahasa Melayu, sesuai dengan statusnya sebagai bahasa
kebangsaan. Langkah

ini,

telah

menjadikan

bahasa

Melayu

kembali

dominan

dan

diperkasa.Rakyat Malaysia harus menerima hakikat bahawa nasionaliti linguistik bahasa Melayu
dan juga nasionaliti budaya etnik Melayu, adalah asas pembentukan negara bangsa dan negara
Malaysia itu sendiri. Penerimaan ini perlu dilakukan atas nama kepentingan negara.
Kempen Penggunaan Bahasa Melayu Secara Berterusan
Tun Mahatir sewaktu menjadi Perdana Menteri Malaysia pernah berkata bahawa maju
bangsa Melayu majulah Bahasa Melayu. Konteks pengerak pembangunan negara yang
dinyatakan disini ialah pembangunan negara daripada segi ekonomi, politik dan sosial. Bahasa
Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Dalam mengejar arus
globalisasi masa kini, elemen yang membantu kepada agenda pembinaan negara bangsa ini ialah
sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantarnya (Abu

16

AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

860610495160001

Hassan Othman, 1997).Bagi mengekalkan kewujudan bahasa khususnya bahasa Melayu,


beberapa usaha telah dijalankan. Sebagai contoh ialah Program Gerakan Cintailah Bahasa
Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 oleh Perdana Menteri Malaysia, bertujuan untuk
membina kesedaran dan mewujudkan budaya berbahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat
pengguna bahasa di Malaysia. Pelbagai kempen kesedaran bahasa telah dijalankan supaya
masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu khususnya akan lebih menghargai bahasa
kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia.Usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui pelbagai
kempen dan penglibatan masyarakat di setiap peringkat perlulah berterusan bagi memastikan
bahasa Melayu terus jitu.

17

AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

860610495160001

KESIMPULAN
Segala cabaran yang telah dilalui oleh bahasa Melayu untuk menjadi bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi negara bukanlah suatu proses yang mudah. Pelbagai rintangan dalaman dan
luaran yang ditempuhi sebelum akhirnya bahasa Melayu terbukti dan berjaya menjadi bahasa
utama yang dihormati kini. Bahasa Melayu telah diuji lagi apabila Akta Pendidikan 1996 dan
Pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sedikit sebanyak
mencalarkan rekod cemerlang bahasa Melayu. Usaha-usaha untuk menyakinkan masyarakat
terhadap kemampuan bahasa Melayu tidak harus terhenti dengan kesilapan-kesilapan yang
dilakukan oleh pemimpin politik. Demi kelangsungan bahasa Melayu, semua pihak perlu
mengembeleng usaha dan peranan menghormati dan menjulang bahasa Melayu pada peringkat
yang lebih tinggi. Penyelidikan dan pembangunan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam
bidang Sains dan Teknologi perlu diperhebatkan lagi bagi keutuhan bahasa Melayu. Proses ini
sangat penting untuk menyediakan bahasa Melayu supaya mampu menjadi bahasa utama semasa
negara menjengah tahun 2020. Kesedaran untuk mengimbangi keperluan negara-bangsa dan
tuntutan dunia, menjadikan bahasa Melayu akan terus kukuh sebagai satu dasar negara dan sebagai
satu bahasa ilmu, walaupun payah untuk subur dan mewangi dipersada negara.

Jumlah Patah Perkataan : 2895 Patah Perkataan

18

AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

860610495160001

9.0 RUJUKAN
9.1.SOALAN I
Asmah Haji Omar. (1985). Susur galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Asmah Haji Omar. (2006). Bahasa Melayu di samudera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohammed Azlan.M.(2010). Lingua Franca Di Sarawak: Aplikasi Teori Pilihan Bahasa.
Journal of Language Studies. Volume10(2),97-116. from
https://core.ac.uk/download/files/365/11491403.pdf
Marzukhi Nyak.,A.(1996).Nota Dan Panduan Lengkap Bahasa Melayu STPM Kertas 1 Dan
2.Kajang,Selangor.Makruf Publisher & Distributor Sdn.Bhd
Rasid Melebek.,Amat Juhari.M.(2006).Sejarah Bahasa Melayu.Kuala Lumpur:Utusan
Publication & Distributor Sdn Bhd.
Salleh Yaapar.Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://eseminar.dbp.gov.my/dokumen/wacanafikrah_okt.pdf
9.2.SOALAN II
Jaafar Jambi.(2008).Cabarann dan Proses Pemantapan Bahasa Melayu. Jurnal Pengajian
Melayu, Jilid 19,68-90.
Jeniri Amir. (2009). Bahasa Negara Dan Bangsa.Ampang/Hulu Kelang,Selangor:Dewan
Bahasa dan Pustaka.
9.3.SOALAN III
Jeniri Amir. (2009). Bahasa
Bahasa dan Pustaka.

Negara Dan Bangsa.Ampang/Hulu Kelang,Selangor:Dewan

Marzukhi Nyak.,A.(1996).Nota Dan Panduan Lengkap Bahasa Melayu STPM Kertas 1 Dan
2.Kajang,Selangor.Makruf Publisher & Distributor Sdn.Bhd

19

AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

860610495160001

9.4.SOALAN IV
Amar Maarof .,A.(2012).Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris Di Malaysia:Pengalaman Selari Berdasarkan Buku Lee Kuan Yew,My Lifelong
Challenge,Singapore Bilinguale.Kuala Lumpur.
Jaafar Jambi.(2008).Cabarann dan Proses Pemantapan Bahasa Melayu. Jurnal Pengajian
Melayu, Jilid 19,68-90.
Jeniri Amir. (2009). Bahasa

Negara Dan Bangsa.Ampang/Hulu Kelang,Selangor:Dewan

Bahasa dan Pustaka.


Ku Hasnita,K,Samsu., Adlina Halim ,Mohd Hafiz Sulaiman.(2013). Keupayaan Bahasa Melayu
di Persada Antarabangsa. International Journal of the Malay World and
Civilisation,1(1):55-65.Retrieved 5 Mei 2016, from
http://www.ukm.my/iman/v2/wp-content/uploads/makalah/IMAN1_4.pdf

20

Anda mungkin juga menyukai