Anda di halaman 1dari 4

TAKSONOMI??

- Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam


pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma
itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]
- Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan
untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.
- Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang
seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
- Terdapat tiga domain utama dalampendidikan iaitu :
Domain Kognitif - melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
Domain Afektif - melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
Domain Psikomotor - melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan.
Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956.
Dalam hal ini, tujuan pendidikan dibahagi menjadi beberapa domain (ranah,
kawasan) dan setiap domain tersebut dibahagi lagi ke dalam pembagian yang
lebih terperinci berdasarkan hierarkinya.

Menjurus kepada kognitif (pemikiran).


Tidak menafikan psikomotor dan afektif tetapi menekankan kognitif.
Aspek - fakta, teori dan hukum
Tujuan - membina kemahiran pemikiran dan pemahaman. Contohnya ,
senaraikan isi penting yang terdapat dalam cerpen.
Terdapat enam (6) aras bagi Taksonomi Bloom

Pengetahuan

Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian
Bagi tahun 1, tidak semestinya setiap aras dalam Taksonomi Bloom diserapkan
ke dalam soalan mereka.

1. Pengetahuan (Knowledge)

Tujuan - mengingat semula semua perkataan tanpa berlaku sebarang perubahan.


Objektif am - untuk mengetahui fakta
Objektif Khusus - murid dapat melabel, menyatakan dan menuliskan.
Kata kunci - apakah, di manakah, siapakah
Selalunya soalan berbentuk pengetahuan tidak lebih daripada 2 atau 4 soalan
dalam sesuatu soalan peperiksaan dan soalan pengetahuan berbentuk negatif
(kecuali, sebaliknya) tidak melebihi 20%.
2. Pemahaman (Comprehension)

Kebolehan memberi penjelasan/ makna sesuatu perkara.


Aras yang tinggi sedikit berbanding aras pengetahuan.
3 perkara penting dalam peringkat ini ialah :
- terjemahan isi kepada huraian

- memberi tafsiran/makna sesuatu maklumat

- ekstrapolasi (tafsiran lanjut) berdasarkan maklumat yang digambarkan.

Tujuan - untuk memahami sesuatu bahan, menjelaskan dan menjangkakan


kemungkinan.

Objektif Am - faham, jelas, dapat menterjemah dan menelaah pelajaran.


Objektif Khusus - menjelaskan, merumuskan dan membezakan.
Contoh-contoh soalan : ringkaskan cerita kefahaman, membandingkan, soalan
yang melibatkan perkataan antonim atau sinonim dan bertanyakan tujuan.

3. Aplikasi (Application)

Tujuan - Pengetahuan mujarat (abstrak) untuk menyelesaikan masalah maujud


(konkrit).

Tujuan - Pengetahuan mujarat (abstrak) untuk menyelesaikan masalah maujud


(konkrit).
Objektif Am - menggunakan dan menjelaskan.
Objektif Spesifik - menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkaitkan.
Jenis soalan - bagaimana, jelaskan...
Aras aplikasi juga menekankan penggunaan kaedah, prinsip, hukum dan teori.
Mesti memahami dan tahu akan aras pengetahuan dan pemahaman.
4. Analisis

Kebolehan menceritakan dan menyusun perkara2 yang telah dipelajari kepada


beberapa bahagian.
Tujuan - menaakul sebab (mencari sebab) dan musabab (akibat). Contoh: berikan
faktor2
meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.
Objektif Am (implisit) : mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai
kerelevanan data, sebab dan akibat.
Objektif spesifik : meencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan
struktur dan organisasi.
Cth soalan : Yang manakah.....
5. Sintesis

Menguji kebolehan calon mencantumkan, menggabungkan dan


mengintegrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan.
Tujuan - membentuk sesuatu yang baharu.
Objektif am - menulis karangan, cadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan
karya.
Objektif spesifik - Menggabungkan, mengubah, mereka cipta, merancangkan,
menulis, mencipta.
Contoh : Buat ayat majmuk daripada soalan mudah
Bina ayat daripada perkataan yang diberikan.

Cipta sesuatu yang baharu tanpa bantuan.


Kosa kata popular : Gabungkan, mereka bentuk, kumpulkan, karangkan,
susunkan.
Contoh : 1. Mencadangkan : senaraikan beberapa cara kamu boleh
menyelesaikan masalah itu.

Contoh : 2. Mencipta : Huraikan satu perancangan yang boleh membuktikan....

6. Penilaian

Menguji kebolehan calon membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikan,


memberi pendapat sesuatu penyatuan dsb.
Tujuan - membuat penilaian dan pertimbangkan berdasarkan kriteria tertentu.
Objektif Am - menimbangkan nilai, ketekalan dan kecukupan data.
Objektif Spesifik - menilai membuat pertimbangan
Jenis - Sejauhmana, nilaikan, apa pendapat kamu..
Kosa kata popular - nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikan, bandingkan, ulaskan,
huraikan, buktikan..
Contoh soalan - pada pendapat kamu, ujian yang mana lebih sesuai untuk
penilaian pendidikan ujian lisan atau bertulis

Anda mungkin juga menyukai