Anda di halaman 1dari 4

NAMA

NO. MATRIK
NO. IC
UNIT

: MOHAMED QAMMARUL ANUAR


: 125135
: 930617-08-5093
: SEJARAH

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kurniaanNya saya dapat menyiapkan tugasan Kerja Kurusus Pendek bagi subjek Kokurikulum
Bola Baling WAJ 3109 dengan baik dan boleh dikatakan sempurna, ini di bawah tunjuk
ajar dan bimbingan En. Yazit iaitu pensyarah kami yang amat disayangi dan dikasihi
ramai pelajar. Saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik sekali atas bimbingan
beliau bersama pensyarah-pensyarah dibawah Jabatan Kokurikulum IPG Kampus Dato
Razali Ismail.
Sepanjang saya menyiapkan tugasan iaitu dalam masa yang ditetapkan, saya
berusaha untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dan mengikut kehendak soalan,
pelbagai cara saya lakukan untuk menyiapkan tugasan ini iaitu termasuk mencari
maklumat daripada internet, perpustakaan, berjumpa dengan siniar dan berbagai-bagai
cara telah saya guna kan bagi menyiapkan tugasan ini. Melalui kerja kursus ini, saya
banyak mendapat maklumat terutama sekali berkaitan dengan format penulisan kertas
kerja dan mengelolakan pertandingan. Walaupun saya telah banyak menulis kertas
kerja bagi unit Sejarah namun saya tidak pernah mengetahui format sebenar dalam
penulisan kertas kerja ini dengan khusus. Dalam pada itu, saya juga dapat mengetahui
bahawa kertas kerjan ini mempunyai banyak format dan penulisannya juga berdasarkan
kepada kedudukan kita disesebuah organisasi. Dengan menjalankan tugasan ini juga,
saya dapat mem[perkukuhkan lagi fahaman saya terhadap penulisan kertas kerja untuk
masa yang akan datang apabila bertugas sebagai guru.
Dalam menyiapkan tugasan ini juga, saya juga dapat mengenal pasti kekuatan
yang seterusnya selain dapat mengetahui fornmat sebenar kertas kerja, saya juga
dapat mengeratkan lagi hubungan silatulrahin antara saya dengan pensyarah dan
antara saya dengan kawan-kawan sekelas. Semasa menyiapkan tugasan ini, saya
sering kali berkoloborasi dengan pensyarah pembimbing saya bagi memastikan kertas
kerja yang dibuat sebagai tugasan tidak salah dan terkeluar format penulisannya.

Selain itu, saya juga sering bertukar-tukar pendapat dengan kawan sekelas saya
berkaitan dengan penulisan kertas kerja. Walaupun tugasan ini sebenarnya merupakan
tugasan yang individu namun kami telah menjalankan perbincangan bagi menambah
idea dan kefahaman tentang penulisan kertas kerja. Pada masa yang sama ini dapat
mengeratkan lagi hubungan antara saya dengan kawan-kawan sekelas saya secara
tidak langsung. Pada masa yang sama, saya juga terut menjadi tumpuan kepada ramai
kawan-kawan saya kerana mereka inginkan contoh kertas kerja yang pernah ditulis
oleh saya sepanjang berada di IPG Kampus Dato Razali Ismail.
Dalam menyiapkan tugasan ini, selain kekuatan terdapat juga beberapa
kelemahan yang dapat saya kesan sepanjang menjalankan tugasn ini seperti keliru
dengan format penulisan kertas kerja tersebut. Walaupun telah mencari maklumat
dalam internet namun msih lagi belum mencukupi. Alhamdulillah akhirnya saya telah
menemui jalan penyelesaian dengan datang bertanya dan bertemu dengan En. Yazit
selaku pensyarah pembimbing bagi subjek Kokurikulum Bola Baling. Selain itu,
syarahan yang diberikan didalam kelas juga menjadi panduan kepada saya bagi
menulis kertas kerja ini dengan baik. Dalam pada itu, nota yang dicatat oleh saya juga
semasa En. Yazit memberi kuliahnya juga turut membantu bagi memberi kefahaman
kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut masa yang telah
ditetapkan. Dalam pada itu, saya juga mengalami masalah dalam penulisan surat yang
menjadi kepada kertas kerja yang ingin dibuat. Mujurlah, En. Yazit telah memberikan
penerangan yang begitu jelas dan padat tentang format penulisan surat bagi meminta
izin menjalankan aktiviti yang telah dirancangkan dalam kertas kerja tersebut. Oleh
yang demikian, saya dapat menyiapkan tugasan tersebut dengan baik.
Selain

itu,

melalui

tugasan

ini

juga,

saya

juga

berpeluang

untuk

memperkukuhkan lagi fahaman saya tentang format penulisan kertas kerja yang betul.
Tugasan ini banyak memberi pengetahuan baharu kepada saya selaku insan yang
penuh dengan kekurangan ini. Selain itu, melalui tugasan ini juga saya banyak
memahami kaedah-kaedah yang bopleh digunakan untuk menulis kertas kerja dengan
baik terutama pada masa akan datang apabila bertugas sebagai guru. Seterusnya,
melalui tugasan ini juga dapat memberi peluang kepada saya untuk menambahkan ilmu

baru terutama sekali dalam penulisan kertas kerja. Hal ini demikian, En. Yazit pernah
berkata bahawa kertasa kerja tidak ada yang salah kerana mempunyai format yang
tidak khusus. Hal ini telah memberi kepada saya keyakinan untuk menghasilkan banyak
kertas kerja bagi melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Dalam pada itu, tugasan ini
juga memberi peluang kepada saya untuk menyebar dan berkongsi sedikit-sebanyak
ilmu yang saya ada tentang kertas kerja ini kepada kawan-kawan kelas saya.
Ketika menyiapkan tugasan ini juga terdapat banyak halangan yang saya perlu
tempuhi. Halangan pertama adalah gangguan dari siniar yang sentiasa menjerik-jerik
kerana terlalu taksub dengan permainan video. Namun begitu halangan tersebut dapat
saya atasi dengan pergi ke bilik kawan saya yang berada di blok lain. Selain itu, saya
juga menghadapi masalah dalam memulakan penulisan kertas kerja seperti penulisan
tajuk kertas kerja. Hal ini demikian, tajuk kertas kerja amat penting kerana merupakan
daya penarik pertama bagi menjalankan sesuatu aktiviti supaya mendapat kelulusan
dari pihak pentadbiran. Oleh itu, halangan tersebut dapat diatasi dengan mencari
beberapa tajuk dan meminta pendapat dari En Yazit yang merupakan pensyarah
pembimbing. Beliau amat mahir dalam memilih dan memberi idea terutama dalam tajuk
kertas kerja kerana beliau telah lama bergiat dalam penulisan kertas kerja ini.
Sememangnya, selaku manusia biasa kita tidak boleh mengelak daripada
melakukan kesilapan dan kekhilafan. Begitu juga dengan saya, terdapat beberapa
kelemahan dalam saya menyiapkan tugasan ini antaranya ialah kekurangan sumber
dan bahan rujukan. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan tugasan ini, saya tepaksa
berkongsi sumber dengan sahabat-sahabat yang lain kerana bahan rujukan yang begitu
terhad selain menggunakan Internet sebagai bahan rujukan lain. Kemudian, perasaan
tidak yakin yang terdetik walaupun sedikit, kerana ini adalah tugasan yang penting bagi
saya. Hal ini demikian kerana tugasan ini akan memberikan markah sebanyak 20%.
Jadi, format dan teknik keseluruhan menyiapakan tugasan ini begitu kurang, namun
ianya dapat diatasi dengan mendapatkan maklumat daripada pensyarah dan rakanrakan. Ini merupakan satu proses belajar yang seharusnya saya pelajari untuk masa
depan.

Akhir kata, dengan dapat menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya, saya
mengharapkan agar saya dapat mengaplikasikan apa yang saya pelajari agar dapat
saya menyiapkan diri saya dengan kemahiran dan kaedah tertentu dalam proses
pembelajaran dan pengajaran dari semasa ke semasa agar dapat menjadi seorang
guru yang cemerlang dari pelbagai aspek. Khusunya bagi menjalankan sesuatu aktiviti.

Anda mungkin juga menyukai