Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pendahuluan
Ketibaan abad ke-21 membawa bersama perubahan yang serba canggih serta menjanjikan
satu zaman yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, beberapa elemen utama perlu diambil kira
misalnya kadar literasi masyarakat yang semakin meningkat, kemajuan teknologi maklumat dan
komputer yang semakin canggih, serta dapatan terkini dalam kajian tingkah laku manusia.
Semakin ramai pekerja hari ini mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi serta kemahiran
yang lebih spesifik berbanding dengan masa yang lepas. Peranan guru kini menjadi semakin
rumit dan harus mengambil pendekatan yang lebih relevan agar keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dapat dikekalkan.
Setiap guru harus bersifat dinamik serta mampu menyesuaikan diri dengan kemahiran
untuk menguruskan perubahan dan inovasi yang berlaku dari semasa ke semasa. Guru yang
mengamal corak kepimpinan teragih, pengupayaan dan keputusan kolektif lebih mendapat
sambutan dan penerimaan dalam kalangan organisasi masa kini. Manakala, guru yang rigid
dan tidak mampu menyesuaikan diri untuk menghadapi cabaran baharu akan menemukan
kegagalan. Keterbukaan kepada idea baharu, kesediaan untuk mengubahsuai corak dan gaya
kepimpinan dan kerelaan mempelajari semula ilmu pengetahuan untuk bekerja dalam
persekitaran yang berpandukan teknologi canggih merupakan salah satu cabaran yang perlu
ditangani dan diatasi untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat
dikekalkan.
Transformasi dalam pendidikan dilaksanakan berlaku dengan begitu mendadak dan
meluas sehingga perubahan tersebut menghasilkan ketidaktentuan. Ketidaktentuan yang dapat
dijangka mungkin memberi panduan kepada para guru membuat persediaan untuk
menanganinya dalam cara yang sebaik mungkin. Antara perubahan yang telah mempengaruhi
pelaksanaan proses pendidikan serta perhatian semua lapisan masyarakat adalah Wawasan
Pendidikan Negara, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI), Globalisasi dalam Pendidikan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM).
2.0 Wawasan Pendidikan Negara
Wawasan Pendidikan Negara diperkenalkan pada tahun 1993, bertujuan memberi hala tuju
kepada para pendidik untuk bersama-sama melaksanakan peranan dan tanggungjawab untuk
menjayakan matlamat Wawasan 2020, iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara maju dari segi
1

ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Ini bermakna guru memainkan peranan
sebagai seorang yang memegang jawatan profesional dan merupakan pembekal tonggak
negara harus memikul tanggungjawab yang sepatutnya dalam merealisasikan Wawasan 2020
melalui pendidikan. Oleh itu, guru pada masa kini akan menghadapi cabaran dalam
menyeimbangkan keperluan perkembangan minda murid dan melahirkan masyarakat yang
bersatu pada, berilmu pengetahuan dan berdaya saing bagi menyahut cabaran Wawasan 2020
untuk membina negara bangsa yang bersatu padu dengan matlamat dikongsi bersama.
Selain itu, guru juga penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang makmur dan
mempunyai ekonomi yang dinamik, berdaya saing, giat dan kental. Malah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya merealisasikan
hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPK). Jelaslah bahawa, FPK telah
memberikan hala tuju yang jelas mengenai jenis rakyat yang negara kita ingin lahirkan dalam
mencapai Wawasan 2020 yang akan datang. Oleh itu, guru masa kini bukan sahaja berperanan
sebagai pengamal ilmu dan kemahiran, tetapi juga sebagai jurulatih dan ulama untuk
mencungkil bakat murid dan menerapkan nilai-nilai murni kepada muridnya. Sehubungan
dengan itu, guru perlu melakukan penerepan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
membentuk murid yang berakhlak mulia. Maka, beban tugas seseorang guru akan bertambah
mengikut peranannya, sebahagian guru perlu bekerja dari waktu siang hingga petang kerana
ingin menjalankan tugasnya sebagai jurulatih dalam sesuatu permainan di sekolah. Keadaan ini
akan menyebabkan guru tersebut tidak mempunyai masa rehat yang cukup, akibatnya tidak
dapat menumpukan tenaga dalam persediaan pengajaran sehingga menghadapi kegagalan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam mengatasi cabaran ini, guru boleh mengupayakan diri dengan ilmu dan
pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen
kerohanian, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi
murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi
menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Selain itu, guru boleh menjalankan kejurulatihan
sepenuh masa dimana guru dikehendaki berhenti daripada mengajar apabila menghadiri kelas.
Dengan ini, guru dapat menumpuhkan segala perhatiannya atas perkara yang sepatutnya dan
tidak membazirkan masa dalam perkara yang tidak berkenaan. Sehubungan dengan ini, kualiti
guru pada masa kini dapat dijamin dan dipertingkatkan lagi untuk melahirkan murid yang lebih
bermutu. Di samping itu, seseorang guru itu haruslah bersikap positif dalam menghadapi
2

cabaran-cabaran yang ada pada masa kini. Guru juga perlu menghapuskan sikap negatif dalam
melaksanakan tugas-tugas yang diamalkan bagi meningkatkan kualiti kerja. Sebagai
contohnya, guru perlu bersyukur kepada tuhan dan menghindari larangan tuhan serta sentiasa
beriltizam semangat berbakti.
3.0 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
Guru pada masa kini juga menghadapi cabaran yang melibatkan dasar-dasar yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sebagai contoh, Dasar Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah
dilaksanakan mulai Januari 2003. PPSMI merupakan nama rasmi bagi salah satu Dasar
Pendidikan Malaysia yang menetapkan Bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat
pendidikan. PPSMI dilaksanakan dengan matlamat supaya murid dapat menguasai ilmu Sains
dan Matematik yang pesat berkembang dan kebanyakannya didedahkan dalam bahasa
Inggeris.
Sejak dasar PPSMI diperkenalkan dalam bidang pendidikan, guru akan menghadapi
cabaran tersebut dengan tabah untuk meningkatkan usaha penggunaan dan penguasaan
bahasa Inggeris, sama ada secara formal atau tidak formal. Tetapi, jika seseorang guru yang
mengajar kedua-dua mata pelajaran ini tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik
akan menyebabkan proses pengajaran tidak dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.
Mengikut dapatan kajian Nasir (1998), guru-guru yang bukan opsyen bahasa Inggeris tidak
yakin mengajar bahasa tersebut apabila diminta berbuat demikian. Begitu juga dengan mata
pelajaran Sains dan Matematik. Kebanyakan guru tidak begitu bersedia dan tidak yakin untuk
memikul tanggungjawab tersebut apabila mereka diminta mengajar dalam bahasa Inggeris.
Kajian ini membuktikan bahawa tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru-guru
Sains dan Matematik menunjukkan keadaan yang kurang memberangsangkan. Lebih
merunsingkan apabila ada sebahagian dalam kalangan guru-guru berkenaan yang tidak
mencapai kredit dalam Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sekiranya,
seseorang guru tidak mampu menyampaikan ilmu pengetahuan yang sedia ada dalam Bahasa
Inggeris, ini akan menimbulkan perasaan kebimbingan dan hilang keyakinan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran seharian. Mengikut kajian Azizah Rajab yang meninjau tahap
kebimbangan guru sekolah rendah kebangsaan terhadap pendidikan Sains dan Matematik
mendapati bahawa tahap kebimbangan yang dialami oleh guru yang mengajar Matematik dan

Sains di sekolah rendah kebangsaan adalah pada tahap sederhana dimana 81.3 peratus guru
Sains dan Matematik menyatakan bahawa tahap kebimbangan mereka adalah sederhana,
manakala terdapat 1.3 peratus mengalami kebimbangan yang tinggi.
Dalam mengatasi cabaran tentang dasar-dasar yang ditetapkan oleh pihak kementerian,
guru yang berkenaan harus merujuk kepada buku-buku rujukan yang berkualiti jika menghadapi
masalah dalam pengajaran. Sebagai contohnya, guru membeli atau mencari buku mata
pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sebagai sumber rujukan utama, dan
sentiasa membawa buku tersebut memasuki kelas supaya menggelakkan kesalahan dalam
penyampaian isi kandungan. Selain itu, guru harus meningkatkan keyakinan kendiri dalam
penggunaan Bahasa Inggeris melalui perbualan, pengendalian mesyuarat dan perhimpunan
sekolah serta memperbanyakan bahan-bahan bacaan dalam bahasa Inggeris. Di samping itu,
guru juga perlu menunjukkan kerelaan dalam menghadiri kursus-kursus untuk menambahkan
penguasaan Bahasa Inggeris khususnya bengkel yang berkaitan dengan pengajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris. Ini dapat meringankan beban guru daripada mempelajari
kosa kata saintifik dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, perkara yang
terpenting adalah seseorang guru harus mengamalkan ilmu pengetahuan yang mencukupi
dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, ini kerana matlamat pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik adalah untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran asas, tetapi bukan
digunakan sebagai pendekatan untuk meningkatkan penguasaan sesuatu bahasa, misalnya
bahasa Inggeris di kalangan murid-murid.
4.0 Globalisasi dalam Pendidikan
Seterusnya, seseorang guru juga menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dalam
perkembangan era globalisasi terutamanya dalam penggunaan alatan yang semakin canggih
dalam sesi pengajaran. Bertitik tolak daripada itu, guru-guru pada masa kini perlu
memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang setaraf dengan perkembangan era
globalisasi yang dihadapi. Dahulu, penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan tidak
berkembang pesat seperti hari ini. Oleh itu, kebanyakkan guru-guru tidak berpeluang untuk
mendedahkan diri kepada penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan. Hal ini
menyebabkan sebahagian guru tidak mahir dalam menggunakan teknologi pada hari ini untuk
pengajaran. Mereka juga menganggap penggunaan ICT yang semakin canggih pada hari ini
merupakan sesuatu yang kompleks dan tidak mudah dipelajari. Dalam bidang pendidikan masa
kini, interactive board telah diperkenalkan di Institut Pendidikan Guru dan pada masa hadapan

mungkin akan diperkenalkan kepada sekolah-sekolah rendah. Oleh itu, guru haruslah
mempelajari teknologi ini agar dapat mengajar dengan lebih berkesan dalam kelas pada masa
hadapan.
Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru
merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat dalam
kalangan guru adalah dituntut. Mengikut statistik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia,
dalam Rancangan Malaysia ke Lapan terdapat seramai 247,804 orang guru telah mengikuti
kursus kemahiran ICT (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007) dan angka ini ambil kira ia
menghampiri jumlah keseluruhan guru di Malaysia. Namun begitu, masih banyak guru yang
belum dapat menguasai kemahiran teknologi maklumat, situasi ini kerep kali merujuk kepada
guru-guru yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman. Dalam senario ini faktor jarak,
kemudahan telekomunikasi serta akses sekolah khususnya di sekolah-sekolah pedalaman
memberikan impak yang signifikan. Rentetan daripada faktor ini, beberapa kesan akan berlaku
terhadap seseorang guru, contohnya guru yang berkhidmat di pedalaman terpaksa mengambil
kenderaan yang lama kerana perlu menghadiri kursus yang berkaitan dengan penggunaan
teknologi maklumat di sekolah, keadaan ini bukan sahaja membazirkan masa peribadi guru
tersebut malah mengurangkan minat dan semangat untuk mengajar.
Kajian yang dijalankan oleh Knirk dan Gustafson (1986) mendapati bahawa kekecewaan
dan keresahan merupakan sebahagian daripada kehidupan para pengguna sistem teknologi
maklumat. Mereka sentiasa bertungkus lumus untuk cuba mempelajari bahasa komputer.
Dapatan daripada penyelidikan tersebut menjelaskan bahawa emosi negatif akan timbul kepada
sesiapa yang sedang berusaha mempelajari teknologi maklumat, apatah lagi seseorang guru
yang kurang kepakaran dalam teknologi maklumat tetapi dipaksa untuk menguasai
pengetahuan yang berkenaan supaya rezeki mereka dapat disambung dengan berjaya.
Memandangkan guru menganggap diri telah memikul tanggungjawab yang sewajarnya untuk
mendidik anak murid mereka, maka mereka mungkin enggan mempelajari teknologi maklumat
yang sepatutnya supaya tidak menyukarkan tugas mereka. Malah, terdapat sebahagian guru
yang mengalami perasaan fobia terhadap teknologi maklumat.
Dalam menangani cabaran ini, seseorang guru harus mengamalkan sifat inisiatif dan
kesedaran yang tinggi untuk melakukan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan
supaya menambah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. selain itu, seseorang guru
harus mempunyai nilai keterbukaan untuk mempelajari penggunaan teknologi maklumat supaya

melaksanakan inovasi pengajaran dari segi pedagogi dan pentaksiran. Pengetahuan serta
sikap terhadap teknologi adalah dipengaruhi oleh kekerapan penggunaan ICT. Semakin kerap
seseorang individu menggunakan ICT, tahap pengetahuannya juga akan semakin meningkat.
Tahap pengetahuan teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan melalui kursus-kursus
teknologi maklumat. Oleh itu, guru-guru mesti bersedia mengikuti kursus-kursus teknologi
maklumat tersebut dan sanggup mengorbankan masa untuk diri dan keluarga. Oleh itu, guruguru khasnya mereka yang telah berada dalam zon selesa perlu mengubah sikap terhadap
perkembangan TMK supaya lebih kerap menggunakan TMK dalam bilik darjah.
5.0 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran baharu kesan daripada globalisasi, liberalisasi,
pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Oleh itu,
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dilancarkan pada tahun 2013 bertujuan
membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia sebagai memenuhi hasrat Wawasan
2020 menjadikan Malaysia sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.
Pada dasarnya, PPPM merupakan satu dokumen perancangan lengkap yang
mengandungi strategi 13 tahun untuk menaik taraf sistem pendidikan supaya selaras dengan
sistem pendidikan terbaik di negara maju. Untuk maju, Pelan Pembangunan Pendidikan akan
terus menggunakan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membangunkan
pendidikan seimbang sebagai asas pencapaian aspirasi setiap murid. Sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, setiap murid perlu mempunyai enam ciri utama untuk berupaya
bersaing pada peringkat global, antaranya adalah pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Oleh itu, tugas
sebagai seorang guru bukan terhad untuk menyampaikan pengetahuan sahaja, tetapi juga
membangunkan kemahiran insaniah dan membentuk sikap anak murid mahupun memumpuk
semangat cinta akan negara mereka.
Pada peringkat asasnya, seseorang guru perlu melengkap dengan pengetahuan yang
secukupi dalam dirinya, khasnya pengetahuan yang berkaitan dengan pengkhususan masingmasing. Maka seseorang guru boleh menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada melalui
menghadiri kursus atau pembacaan. Selain itu, guru juga perlu melaksanakan inovasi dalam
pengajaran dan pembelajaran supaya menjamin setiap murid dapat memiliki keupayaan literasi
dan numerasi sepenuhnya.

Di samping itu, guru yang mengamalkan strategi pemusatan guru harus membuat
pengubahan kepada pemusatan murid, dimana pengajaran dalam kelas bukan lagi dalam
situasi chalk and talk tetapi lebih kepada koperatif dan kolaborasi. Melalui pembelajaran secara
berpasukan, murid boleh memperolehi sesuatu ilmu pengetahuan dan kemahiran berasaskan
buddy learning serta berpeluang menjana idea atau pengetahuan baharu sebagai alternatif
untuk menyelesaikan masalah. Dengan demikian, kemahiran berfikir dan kemahiran memimpin
dapat disemaikan secara tidak berlangsung, mereka mempunyai keupayaan memacu
pembelajaran sendiri, dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat dan
bekerja dalam pasukan dan memimpin orang lain.
Seterusnya, guru juga perlu mempunyai penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris yang kukuh supaya dapat membangunkan kemahiran dwibahasa dalam kalangan
murid. Kedua-dua bahasa ini dinitikberatkan dalam pendidikan kerana Bahasa Melayu
merupakan bahasa kebangsaan kita malah juga sebagai bahasa perpaduan di Malaysia, maka
setiap murid wajib menguasai Bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan orang yang
berlainan bangsa, agama dan budaya. Manakala, Bahasa Inggeris merupakan salah satu
bahasa antarabangsa yang merapatkan hubungan antara Malaysia dengan dunia, maka murid
harus memantapkan Bahasa Inggeris untuk menerokai ilmu yang selanjutnya. Dengan
demikian, sebahagian guru akan menimbulkan perasaan bimbang dan takut kerana tahap
penguasaan Bahasa Inggeris mereka tidak tercapai syaratnya untuk memperkembangkan
kemahiran dwibahasa dalam kalangan murid.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga mewajibkan setiap guru membentuk
etika positif dan menanam semangat kewarganegaraan dalam kalangan murid. Maka, semua
guru wajib menerapkan nilai-nilai murni yang sepatutnya dalam pengajaran dan pembelajaran
seharian, bukan terhad kepada tanggungjawab guru agama dan moral sahaja. Keadaan
sedemikian telah memberi impak signifikan kepada para guru kerana mereka risau tumpuan
pengisian akan menjurus kepada penyampaian nilai murni, dimana penerapan moral melebihi
kandungan pembelajaran yang sepatutnya.
Bagi mengatasi cabaran tersebut, guru harus bersikap menerima dan berkeyakinan untuk
menghadapi tanggungjawab yang diberikan. Selain itu, guru juga perlu mempunyai kesedaran
dan perubahan perpekstif dimana tugas guru pada masa kini bukan sahaja mengajar, tetapi
juga mendidik, membentuk sikap, nilai dan akhlak manusia. Guru perlu bertindak sebagai
motivator dan fasilitator serta iluminator kepada muridnya untuk mencapai kemajuan. Guru juga

harus lebih banyak memberi pendedahan dan penekanan mengenai pelbagai aspek pemikiran
agar murid-murid dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis. Oleh itu, guru terpaksa
mengorbankan masa, wang ringgit dan tenaga yang tidak ternilai dalam mengembangkan bakat
dan potensi murid.
6.0 Rumusan
Sebagai warga pendidik, kita harus mempunyai komitmen bersama dalam melaksanakan
dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan. Guru juga perlu
menyedari dan menerima hakikat bahawa agenda pendidikan perlu dijayakan bersama. Setiap
warga pendidikan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas dan mendalam tentang dasar,
matlamat dan sasaran yang ingin dicapai serta strategi dan pelan tindakan yang akan
dilaksanakan. Semangat kerja sepasukan dan rasa sepunya membolehkan setiap pihak melihat
segala projek yang dilaksanakan sebagai projek kementerian bukan projek individu ataupun
sesuatu bahagian. Guru juga perlu sedar bahawa negara kita tidak akan berkembang dan
mencapai negara maju sekiranya tidak berlaku transformasi dalam bidang pendidikan.
Transformasi itu tidak mungkin dihentikan atas alasan peribadi atau sebahagian kekangan,
maka pengubahsuaian diri dalam apa jua keadaan merupakan elemen yang penting untuk
menghadapi cabaran yang akan datang pada bila-bila masa sehingga sepanjang hayat.

Rujukan
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Kad Laporan Pelaksanaan Pelan Induk
Pembangunan
Pendidikan 2006-2010. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.
Knirk, F. C. and Gustafson, K. L. (1986). Instructional Technology: A Systematic Approach
to Education. London: Holt, Rinehart and Winston.
Mohd. Nasir Mohamad Salleh (1998). Tahap Keyakinan Diri Guru Lulusan Universiti Teknologi
Malaysia ( Fakulti Pendidikan) Dalam Profesionnya Di Sekolah-Sekolah Negeri
Terengganu Darul Iman. Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda.
Noriati A. Rashid et.al. (2010).Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai