Anda di halaman 1dari 5

1.

Pendahuluan

1.1

Pengenalan

1.2

Objektif Kajian Kes (dalam bentuk tingkah laku & perlakuan)

1.3

Kepentingan Kajian Kes

Kenapa masalah keyakinan diri perlu diberi perhatian? Apakah kebaikannya?


Nyatakan tiga rujukan.

2.0

Kajian Kes dalam Kaunseling

2.1

Langkah-langkah Kajian Tindakan

2.2

Proses kaunseling dan langkah-langkah semasa sesi.


Bina hubungan dan selidik kes, penstrukturan, akta kaunselor.
Cadangan Aplikasi Kaedah dan Teknik Teori REBT
ABCDE

2.3

Justifikasi Pemilihan Kaedah dan Teknik

3.0

Method Kajian Kes

3.1

Huraian Kes (senario masalah)

3.2

Cara Mengumpul Data

Rakaman audio
Temu bual berstruktur
refleksi

3.3

Cara Menganalisis Data

3.4

Cara Menyemak Data

4.0

Penutup

SENARAI RUJUKAN

Pendahuluan
1.1

Pengenalan

1.2

Objektif Kajian Kes (dalam bentuk tingkah laku & perlakuan)

1.3

Kepentingan Kajian Kes

Kenapa masalah keyakinan diri perlu diberi perhatian? Apakah kebaikannya?


Nyatakan tiga rujukan.

2.0

Kajian Kes dalam Kaunseling

2.1

Langkah-langkah Kajian Tindakan

2.2

Proses kaunseling dan langkah-langkah semasa sesi.


Bina hubungan dan selidik kes, penstrukturan, akta kaunselor.
Cadangan Aplikasi Kaedah dan Teknik Teori REBT
ABCDE

2.3

Justifikasi Pemilihan Kaedah dan Teknik

3.0

Method Kajian Kes

3.1

Huraian Kes (senario masalah)

3.2

Cara Mengumpul Data

Rakaman audio
Temu bual berstruktur
refleksi

3.3

Cara Menganalisis Data

3.4

Cara Menyemak Data

4.0

Penutup

SENARAI RUJUKAN

2.0

LATAR BELAKANG KES


Berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian pengkaji semasa menjalankan sesi

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pengkaji mendapati bahawa salah satu masalah
yang wujud ialah tentang keyakinan diri. Pengkaji melihat pelajar sukar untuk berinteraksi di
hadapan kelas dengan yakin. Justeru itu, pengkaji merancang untuk melibatkan seorang klien
lelaki (pelajar Tahun 5) sebagai peserta kajian kes bagi membantu klien mengatasi masalah
kurang keyakinan diri dengan menggunakan Teori Rasional Emotif Tingkah Laku.

Pemilihan subjek kajian bagi kajian kes ini akan dibuat berdasarkan kepada latar
belakang klien. Dalam hal ini, pengkaji akan membuat sesi kaunseling individu bersama klien
terlebih dahulu. Klien akan diberikan borang Biodata Murid (BK03) untuk mengisi maklumat
yang berkaitan dengan latar belakang pelajar seperti alamat tempat tinggal, pekerjaan penjaga
dan prestasi akademik. Melalui perincian maklumat seperti ini, pengkaji akan dapat membuat
interpretasi terhadap latar belakang klien tersebut sama ada sesuai untuk dijadikan sebagai subjek
kajian dalam kajian kes ini.

Maklumat yang diperolehi pengkaji daripada borang BK03 iaitu borang Biodata Murid
akan membolehkan pengkaji untuk mengetahui taraf kehidupan dan sosioekonomi klien tersebut
berdasarkan kepada maklumat pekerjaan dan pendapatan penjaga. Biasanya, klien yang datang
daripada keluarga yang berpendapatan rendah akan mempunyai prestasi akademik yang rendah
dan menyebabkan pelajar dalalm golongan ini mempunyai kurang keyakinan diri. Donald Hirsch
(2007) juga turut menyatakan "Children growing up in poverty and disadvantage are less likely
to do well at school. This feeds into disadvantage in later life and in turn affects their children".

Dari segi prestasi akademik, pengkaji akan mendapatkan maklumat daripada guru kelas
dengan membuat analisis terhadap pencapaian akademik pelajar tersebut pada semester lepas.
Sekiranya pencapaian pelajar itu kurang memberangsangkan, pengkaji akan memilih klien
tersebut sebagai subjek dalam kajian kes. Selain itu, ciri-ciri personaliti yang menunjukkan body
language dan eye contact yang bersifat mengelak adalah kriteria yang akan dipilih dalam
pelaksanaan kajian kes ini.

Berdasarkan pengalaman pengkaji, pelajar akan mengelak untuk bertentang mata dengan
guru sekiranya mereka tidak yakin tentang apa yang mereka perkatakan. Sepatutnya, semasa
menyampaikan pendapat di hadapan kelas, pelajar mesti menunjukkan nilai keberanian dan
kesungguhan. Charles Tidwell (n.d) mengatakan bahawa "...eye contact is interpreted as
attentiveness and honesty we are taught that we should look people in the eye when
talking...". Oleh itu, elemen seperti body language dan eye contact merupakan antara elemen
yang menunjukkan sejauhmana keyakinan diri seseorang invidu.

Pada masa yang sama, kriteria lain perlu dilihat ialah tentang interaksi sosial klien di
dalam bilik darjah. Klien yang bersifat introvert seperti kurang bercakap dan bermain dengan
rakan-rakan juga merupakan elemen yang ingin dicari untuk menentukan subjek kajian yang
ideal untuk menyertai kajian kes ini. Hal ini turut dijelaskan melalui Jurnal Bahasa Inggeris Bil.7
Tahun 5 yang menjelaskan bahawa "Introverted students are those who have difficulty
participating in classroom activities. Often times these students remain unnoticed by teachers
and peers because of their general shyness and passivity in the classroom. Brynes (1984, seperti
yang dinyatakan dalam Elham Shafiei, 2011).

Sehubungan dengan perkara dan elemen yang telah dinyatakan, maka kriteria seperti latar
belakang, prestasi akademik dan ciri-ciri personaliti klien akan diambil kira dalam menentukan
kesesuaian subjek kajian yang bakal dipilih untuk menjadi sebahagian daripada kajian kes ini.