Anda di halaman 1dari 4

KONSEP PERAKUANAN ASAS

1. KOS SEJARAH
2. PENGUKURAN WANG STABIL
3. ENTITI BERASINGAN
4. USAHA BERTERUSAN
5. KETEKALAN
6. TEMPOH PERAKAUNAN
7. MATERIALITI
8. REALISASI
9. PEMADANAN
10. KONSERVATISMA
11. PENDEDAHAN PENUH
12. KEOBJEKTIFAN

KOS SEJARAH(HISTORICAL COST)

Aset direkod pada harga kos atau belian


Sebab objektif dan boleh dibuktikan
Contoh: AA membeli sebuah kereta dengan harga RM20,000 pada 21 Ogos 2002. Harga pasaran
meningkat kepada RM 25,000 pada keesokannya. Apakah nilai yang harus kepada direkod oleh
Perniagaan AA. Kenapa?
Penyelesaian:: Nilai yang direkod adalah RM 20,000 , kerana nilainya telah dipersetujui dan
bersamaan dengan tarikh berlakunya belian

Pengukuran Wang (Monetary Unit)

Wang digunakan sebagai alat pertukaran dan direkodkan dalam buku perakaunan dan ia dianggap
stabil.
Contoh: Satu urusniaga telah berlaku dalam Perniagaan AA tetapi nilainya dalam wang tidak dapat
dipastikan. Akauntan perniagaan membuat keputusan tidak merekod urusniaga tersebut sehingga nilai
dalam wang dapat dipastikan.
Penyelesaian: Tindakan tersebut adalah tepat kerana pelaporan urusniaga perlu dipastikan dan
dilaporkan dalam nilai wang yang tepat dan nilai ini tidak akan diubah mengikut nilai inflasi

Entiti Berasingan (Separate Entity)

Perniagaan dan pemilik adalah dua entiti yang berbeza.


Perniagaan tiada kaitan dengan hak peribadi pemilik .
Contoh: En AA membeli sebuah kereta untuk kegunaan isterinya. Beliau telah merekodkan pembelian
ini ke dalam rekod perniagaanya. Selain itu semua perbelanjaan minyak petrol untuk kereta tersebut
turut direkod dalam buku perniagaannya.

Penyelesaian: En. AA tidak mematuhi konsep entiti berasingan. Pembelian kereta dan perbelanjaan
minyak petrol adalah perbelanjaan peribadi bukannya perbelanjaan perniagaan. Ia tidak boleh direkod
dalam buku perniagaannya.

Usaha Berterusan (Going Concern)

Perniagaan ditubuhkan untuk diteruskan dan dimajukan.


Tidak dibubarkan dalam jangka pendek.
Menilai aset tetap secara berterusan dalam operasi perniagaan untuk menghasilkan pendapatan.
Contoh: Perniagaan AA membeli sebuah kenderaan berharga RM20,000 dengan anggaran jangka
hayatnya selama 10 tahun. Harga pasaran kenderaan tersebut adalah RM25,000. Adalah dicadangkan
kenderaan tersebut disusutnilaikan untuk tempoh 5 tahun kerana perniaagaan dijangka akan
dibubarkan dalam jangkamasa tersebut.
Penyelesaian: Cadangan ditolak kerana bertentangan dengan konsep usaha berterusan. Kenderaan
perlu direkod pada nilai RM20,000 dan disusutnilaikan selama 10 tahun kerana perniagaan diandaikan
akan beroperasi untuk jangkamasa yang tidak boleh ditetapkan

Ketekalan (Consistency)

Kekalkan semua kaedah yang digunakan.


Tujuan mudah buat perbandingan antara tahun-tahun lepas dan firma lain
Laporan itu adil dan dapat dipersembahkan.
Contoh: Perniagaan AA menggunakan kaedah garislurus dalam menilai susutnilai semua aset tetap
syarikat. Syarikat bercadang untuk menukar kaedah penilaian kepada kaedah baki berkurangan untuk
semua aset tetap. Adakah tindakan ini mematuhi konsep ketekalan?
Penyelesaian: Tidak mematuhi konsep ketekalan, kerana sesuatu kaedah yang telah digunakan perlu
diteruskan penggunaannya untuk tahun-tahun seterusnya.

Tempoh Perakaunan (Accounting Period)

Perniagaan disediakan untuk satu tempoh biasanya 12 bulan, membolehkan prestasi entiti dapat diukur
dan dibandingkan.
Contoh: Perniagaan AA telah ditubuhkan pada 1 Januari 2006. Perniagaan ini menutup akaun
perniagaannya setiap 12 bulan iaitu pada 31 Disember setiap tahun. Jelaskan konsep perakaunan yang
terlibat.
Penyelesaian: Tindakan ini adalah amalan biasa perniagaan dan ia memenuhi konsep tempoh
perakaunan di mana penyata kewangan disediakan untuk setiap 12 bulan.

Materialiti (Materiality)

Dianggap material atau tidak dari segi nilai (angka) dan maklumat jika ia boleh mengubah keputusan
yang akan dibuat oleh pembuat keputusan.
Penentuan materialiti:a) perlu buat bandingan.
b) imbangan dari segi saiz, ciri-ciri dan sifat.

Contoh: Dua peralatan telah dibeli pada harga RM10 dan RM10,000 masing-masing. Usia guna
dijangkakan selama 10 tahun. Dicadangkan kedua-dua peralatan disusutnilaikan selama 10 tahun.
Berikan pendapat anda.
Penyelesaian: Menurut konsep materialiti adalah tidak material untuk mengira susutnilai ke atas
peralatan berharga RM10. Ia lebih sesuai dilaporkan sebagai belanja. Sementara RM10,000 adalah
material untuk disusutnilaikan selama 10 tahun.

Realisasi (Realisation)

Hasil hanya diambilkira jika ia benar-benar berlaku.


Kriteria: berlaku pertukaran hakmilik.
pembeli sanggup bayar.
kestabilan nilai matawang.
pembeli berupaya bayar.
Contoh: En AA adalah pengusaha tembikar. Beliau telah menerima tempahan 100 pasu tembikar dan
telah menerima bayaran sebanyak RM100. Beliau telah merekodkan tempahan tersebut dan
mengiktiraf hasilnya pada tarikh tempahan diterima. Berikan pendapat anda.
Penyelesaian: En AA tidak boleh mengiktiraf tempahan tersebut sebagai hasil kerana urusniaga
pertukaran hak milik belum berlaku dan bayaran tersebut hanyalah sebagai deposit. Tindakannya tidak
menepati konsep realisasi.

Pemadanan (Matching/Accrual)

Belanja yang dikeluarkan untuk mendapatkan hasil untuk tempoh yang sama.
Tujuan ketahui jumlah sebenar hasil & belanja untuk sesuatu tempoh perakauanan.
Contoh: En AA tidak merekodkan belanja utiliti dalam bulan Disember sebanyak RM 2000 kerana bil
hanya diterima dalam bulan Januari berikutnya.
Penyelesaian: Tidak mematuhi konsep pemadanan kerana belanja tempoh semasa perlu direkodkan
dalam tempoh perakaunan semasa.

Konservatisme / Pruden (Conservatism / Prudent)

Jika ada jangkaan dalam kerugian akan diambilkira tetapi jangkaan keuntungan tidak diambilkira.
Aset tidak terlebih nyata dan liabiliti tidak terkurang nyata

Contoh: Perniagaan AA telah disaman dan peguam syarikat menjangkakan syarikat akan kalah dalam
perbicaraan tersebut dan dijangka perlu membayar RM10,000 sebagai pampasan. Apa pendapat anda?
Penyelesaian: Jangkaan kerugian tersebut perlu dicatat dalam Penyata Kewangan.

Pendedahan Penuh (Full Disclosure)

Mendedahkan semua fakta penting yang berkaitan dengan organisasi.


Contoh: Perniagaan AA telah membuat perubahan dalam kaedah penilaian stok yang digunakan.
Syarikat tidak mendedahkan perkara ini dalam penyata kewangan bagi tempoh perakaunan berkenaan.
Penyelesaian: Tindakan ini tidak mematuhi konsep pendedahan penuh di mana perubahan yang dibuat
itu perlu dilaporkan dalam nota kepada akaun. Tujuannya adalah untuk memaklumkan perubahan yang
berlaku kepada pengguna penyata kewangan.

Keobjektifan (Objectivity)

Semua data perakaunan harus ada bukti yang menyokong berlakunya urusniaga.
Tujuan elak daripada akauntan beri pendapat yang subjektif dan tidak tepat.
Rekod boleh dipercayai benar dan tepat.
Contoh: Perniagaan AA menjalankan dasar di mana hanya urusniaga tunai sahaja dikeluarkan resit, tetapi
bagi urusniaga pemulangan barang jualan tiada sebarang dokumen dikeluarkan. Beri pendapat anda.
Penyelesaian: Syarikat tidak mematuhi konsep objektiviti untuk urusniaga pemulangan barang jualan
kerana semua urusniaga yang berlaku perlu disahkan dengan pengeluaran dokumen tertentu. Selain
sebagai bukti ia juga dapat memudahkan perekodan dibuat.

Anda mungkin juga menyukai