Anda di halaman 1dari 11

Tambahan pula, orang-orang sepanyol dan Portugal ingin merampas balik tanah

mereka daripada penguasaan orang Islam.


Perdagangan rempah ratus. Perlu difahami bahawa setelah Portugis berjaya
mencari kepulauan Maluku, perdagangan rempah-rempah semakin meluas. Dalam
masa yang singkat Lisabon berkembang menjadi pusat perdagangan rempah-ratus di
Eropah Barat. Selanjutnya, pihak Inggeris boleh mengambil keuntungan besar dalam
perdagangan rempah-rempah kerana Inggeris mendapatkan rempah-ratus secara
bebas dan dengan harga yang murah di Lisbon. Rempah-rempah itu kemudian
diniagakan di daerah-daerah Eropah Barat bahkan sampai di Eropah Utara. Namun,
Inggeris mula mengalami kesukaran untuk mendapatkan rempah-rempah dari pasaran
Lisbon akibat konflik dengan Portugis hasil daripada Perang 80 Tahun. Oleh itu, Inggeris
kemudian berlayar ke Timur demi mencari daerah penghasil rempah-ratus. Akhirnya,
para pelaut dan pedagang Inggeris ini masuk ke India pada tahun 1600. Inggeris
membentuk kongsi dagang yang diberi nama East India Company (EIC). Dari India
inilah para pelaut dan pedagang Inggeris belayar ke Kepulauan Nusantara untuk
meramaikan perdagangan rempah-rempah. Di samping ekspedisi tersebut, ada
beberapa rombongan pelaut Inggeris yang melewati jalur yang pernah ditempuh para
pelaut Sepanyol. Misalnya kumpulan Pelgrim Father yang merupakan kumpulan pelaut
Inggeris yang menggunakan Kapal Mayflower. Tahun 1607 kumpulan Pilgrim Father
berjaya mendarat di Amerika bahagian Utara. Mereka kemudian membina tanah jajahan
di Amerika Utara di Massachusetts.
Dari segi ekonomi, desakan ekonomi berlaku apabila sikap ingin mendapatkan
barangan dari Timur seperti emas, sutera dan rempah ratus. Hal ini kerana pada abad
ke-15 Masihi, pedagang Islam dan Itali yang berjaya menguasai perdagangan degan
Timur telah mendapat keuntungan yang besar. Oleh itu, Raja Sepanyol dan Raja
Portugal saling bersaing dalam usaha ini. Misalnya, Sepanyol banyak menumpukan
penerokaannya ke Amerika Latin namun mereka turut menjelajah ke Timur.
Faktor penjelajahan kuasa Barat juga disebabkan oleh dasar memecahkan
monopoli saudagar-saudagar Islam. Orang Eropah memerlukan barang-barang dari
Timur seperti rempah ratus, ubat-ubatan dan kapas. Perdagangan rempah dikuasai oleh
pedagang-pedagang Islam dan Itali yang mengaut keuntungan besar dengan menjual
barang-barang tersebut pada harga yang tinggi. Keadaan ini mendorong negara-negara

Eropah khususnya Portugal dan Sepanyol mencari jalan laut ke Timur untuk
mendapatkan barang-barang tersebut pada harga yang murah. Mereka juga mahu
memecahkan monopili perdagangan saudagar-saudagar Islam.
Keadaan ini telah menyebabkan pihak Paus di Rom mendesak agar satu
perjanjian diadakan untuk menetapkan pengaruh masing-masing. Oleh itu, Perjanjian
Tordesillas telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak tersebut pada tahun 1494.
Perjanjian ini telah menetapkan pembahagian pengaruh antara Portugal dan Sepanyol
untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan akibat daripada pencarian tanah jajahan
baharu oleh kedua-dua kuasa tersebut.

Lantasnya,

perjanjian tersebut telah

menetapkan bahawa kawasan penguasaan Portugal adalah Timur dari kepulauan


Tanjung Verde dan Hindia Barat di Lautan Atlantik manakala kawasan di sebelah
baratnya di bawah penguasaan Sepanyol.
SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA Konsep Sistem Pemerintahan Beraja Mengikut
Kamus Dewan, raja bermaksud orang yang mengetuai dan memerintah sesebuah
negara atau bangsa, menjadi kepala negara, kepala negeri atau kepala suku. Mengikut
Encyclopedia Britanica, raja lelaki dan ratu bagi perempuan adalah pemerintah tertinggi
dalam negeri, lebih tinggi kedudukannya daripada mana-mana pentadbir. Pemerintahan
beraja adalah fenomena seluruh dunia secara keturunan sempurna atau raja
berperlembagaan. Biasanya dalam bentuk monarki dan raja juga dianggap sebagai
penghubung antara rakyat dengan tuhan. Pemerintahan beraja atau Monarki (dari
bahasa Yunani "monos archein", bermaksud "satu pemerintah") merupakan satu bentuk
kerajaan di mana Raja menjadi ketua negara. Monarki atau sistem pemerintahan beraja
adalah sistem tertua di dunia. Pada awal kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah takhta
kerajaan di dunia, tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala pada
dekad kelapan abad ke-20, hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada jumlah
tersebut, hanya empat negara mempunyai raja atau monarki yang mutlak dan
selebihnya terhad kepada sistem perlembagaan. Pembentukan dan perluasan empayar
telah menyebabkan status seseorang raja itu meningkat daripada raja kepada maharaja
seperti yang berlaku di China semasa pemerintahan Dinasti Chin dan di India semasa
pemerintahan Dinasti Maurya. Republik ialah negara yang ditadbir oleh wakil-wakil yang
dipilih oleh rakyat. 1

2. Ciri Ciri Sistem Pemerintahan Beraja Institusi Tertinggi Raja merupakan institusi
yang tertinggi. Raja mempunyai kuasa pengurus dalam segala tindakan penggubalan
dan perlaksanaan dasar. Raja juga mempunyai kuasa mutlak. Raja Sebagai Tuhan Raja
dianggap

sebagai

tuhan.

Rakyat

hendaklah

mentaati

dan

menghormati

raja

sepenuhnya. Raja menganggap rakyat sebagai hambanya. Buktinya: apabila rakyat


mengadap raja, mereka akan menyembah dan menyebut perkataan terakhir seperti
patik yang hina dan sebagainya. Secara Warisan Institusi raja adalah berterusan secara
warisan. Ada juga yang berjaya menjadi raja setelah berjaya menggulingkan raja yang
sedia ada. Mereka menggunakan kekuatan ketenteraan dan pengaruh yang dimiliki
untuk menggulingkannya. Undang-undang di Tangan Raja Raja melebihi undangundang dan hukuman di tangannya. Raja boleh mengampun kesalahan walaupun yang
melakukan kesalahan itu dirinya sendiri. Hal ini bermakna raja kekal daripada sebarang
hukuman. Rakyat tidak boleh dipersoalkan tindakan atau peraturan yang digubal oleh
raja. Rakyat mesti menurut apa sahaja perintah raja. Keistimewaan Raja Raja sentiasa
istimewa daripada orang lain. Keistimewaan ini dapat dilihat dari cara berpakaian,
bertutur, majlis-majlis tertentu, mempunyai daulat, ada lambang kekuasaan seperti cop
mohor, pedang, keris, mahkota, cokmar, pending dan sebagainya. 2
3. Cara Pemerintahan Raja akan dibantu oleh pembesar-pembesar yang menjalankan
tugas. Hal ini bermakna pemerintahan adalah secara berpusat. Pemerintahan berpusat
di ibu kota negeri untuk seluruh jajahan takluk. Berkuasa Penuh Raja berkuasa penuh
dalam hal ehwal kewangan dan ekonomi juga. Segala sumber yang mendatangkan
keuntungan dikuasai oleh baginda seperti pungutan cukai, hasil, pertanian, perniagaan
dan semua perkhidmatan. Raja dianggap sebagai tuan punya tanah di mana segala
penggunaan terhadap tanah hendaklah dalam pengetahuan raja. Agama Dalam bidang
agama, raja bertindak sebagai ketua agama dan dinasihati oleh tokoh agama yang
bertindak sebagai penasihat. Pertahanan Dalam bidang pertahanan, raja mempunyai
kuasa kerahan ke atas rakyat. Rakyat hendaklah sentiasa bersedia untuk berperang jika
diperintahkan. Hal ini kerana raja tidak mempunyai tentera yang khas. Tentera raja
hanya pengawal istana sahaja. Oleh itu, rakyatlah yang bertindak sebagai tentera.
Perbelanjaan Perbelanjaan istana dan peribadi adalah dibiayai dengan menggunakan
pendapatan negara / cukai atau sumbangan pembesar. 3
4. Sistem Pemerintahan Beraja Mesir Pada asalnya Mesir dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu Mesir Utara dan Mesir Selatan.Pada tahun 3100 SM, Raja Menes telah

menyatukan Mesir Utara dan Mesir Selatan.Baginda merupakan pengasas dinasti Mesir
purba dan merupakan raja Mesir yang pertama.Dinasti pertama di Mesir ialah Dinasti
Thinite. Baginda telah mewujudkan sistem negara beraja dan dinasti di Mesir. Memphis
dijadikan ibu kotanya. Dalam sistem dinasti, raja-raja yang memerintah Mesir berasal
dari satu keluarga. Mesir telah diperintah oleh 30 buah dinasti untuk kira-kira 3000 tahun
yang dibahagikan kepada 3 zaman iaitu Kerajaan Mesir Purba (3500 SM -2700 SM SM),
Kerajaan Mesir Pertengahan (2400 SM 1800 SM) dan Kerajaan Mesir Baru atau
Empayar (1600 SM 1000 SM). Pemerintah Mesir atau raja-raja Mesir digelar Firaun
( yang bererti Rumah Besar). Firaun yang paling masyhur ialah Ramses II yang telah
membina empayar Mesir dan piramid yang besar. Begitu juga dengan Tutmose III dan
Amenhotep III dan IV. Firaun berada pada kedudukan teratas dalam pemerintahan
negara Mesir. Baginda memerintah secara mutlak dan menguasai semua tanah dan air
di Mesir..Firaun menguasai pentadbiran, ekonomi dan angkatan tentera. Darjatnya
begitu tinggi hinggakan dianggap sebagai anak kepada ketua tuhan tuhan atau anak
tuhan Amon Re ( tuhan matahari). Pada akhir dinasti kelima , Peranan Firaun sebagai
Jelmaan Horus berubah . Firaun yang menaiki takhta akan menjadi Tuhan Horus( Tuhan
Langit ) tetapi menjadi Tuhan Osiris selepas kematiannya , Kepercayaan ini amat
popular dalam semua lapisan masyarakat manakala kepercayaan Tuhan Re popular
dalam kalangan golongan diraja dan aristokrat . Rakyat sangat menghormati dan
mentaati Firaun.Rakyat dikenakan cukai dalam bentuk barang seperti gandum,felek,
lembu, kayu kayan, arak dan sebagainya. Dengan cukai begitu rupa, Firaun memiliki
gudang-gudang yang besar. Baginda menjadi ketua agama dan ketua angkatan tentera.
Baginda juga menggubal undang-undang. 4
5. Mereka memiliki banyak harta dan kadang-kadang hampir sama banyaknya dengan
harta Firaun. Dalam urusan pentadbiran, baginda dibantu oleh golongan bangsawan,
gabenor (pegawai kerajaan) dan paderi. Golongan bangsawan berkuasa penuh dalam
daerah dan kuasa mereka kekal turun temurun. Kerajaan Mesir dibahagikan kepada
beberapa daerah dan ditadbir oleh pegawai kerajaan. Salah satu ciri utama yang
membezakan pemerintahan beraja di Mesir dengan tamadun tamadun lain adalah
konsep dualisme . Berdasarkan konsep ini , bumi ditafsirkan mempunyai kaitan dengan
ciri ciri seperti North and South , Portions of Horus and Portions of Seth , The two
Lands atau The Two Banks . Firaun dari Mesir Selatan pula akan memakai mahkota
putih manakala Firaun dari Mesir Utara akan memakai mahkota merah . Sifat Duolisme
ini diperkukuhkan lagi dengan penggunaan lambang , gelaran dan alat alat kebesaran

seperti penggunaan lambang sedge untuk Mesir Selatan manakala Mesir Utara
menggunakan Lambang lebah yang mana terdapat pada monumen monumen diraja ,
perabut dan kain . Selain itu , penggunaan gelaran nama Two Ladies iaitu Dewi Nekhbet
sebagai tuhan penaung Mesir Selatan manakala Dewi Buto untuk Mesir Utara . Ciri
kedua yang membezakan Tamadun Mesir dengan tamadun lain adalah dari segi
pewarisan takhta . Dari segi teori dan praktikal , takhta akan diwarisi oleh anggota
keluarga sebelah perempuan . Hanya puteri mahkota yang berhak mewarisi takhta .
Namun selepas berkahwin , hak memerintah akan diserahkan kepada suaminya dan
puteri mahkota akan menjadi Great Wife ataupun permaisuri . Kebiasaannya , Puteri
mahkota akan dikahwinkan dengan abang kandungnya sendiri bagi mengekalkan
kesucian darah keturunan diraja . Namun jika tiada , puteri mahkota akan berkahwin
dengan orang asing seperti janda Raja Tutankhamun yang telah menulis surat kepada
Raja hittite , Suppiliulimus untuk menghantarkan putera mahkota untuk dikahwinkan
dengannya . 5
6. SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA INDIA Dalam tamadun awal India ( Tamadun
Sungai Indus) yang bermula pada tahun 2500 SM, pemimpin adalah dari golongan
pendeta dan berkuasa mutlak (kerajaan bersifat teokrasi).Ini bermakna, India pada
masa itu belum lagi melaksanakan pemerintahan beraja. Semasa India diperintah oleh
Dinasti Maurya yang diasaskan oleh Chandragupta Maurya (321 SM), India
mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak dan secara monarki.Gelaran raja
bertukar menjadi maharaja apabila perluasan kuasa ke kawasan-kekawasan sekitar
dilakukan. Kerajaan ini kuat dengan bantuan 700,000 orang tentera yang cekap tetapi
tiada belas kesihan. Petani-petani dikenakan cukai yang berat di bawah pengawasan
pegawai-pegawai raja yang sangat zalim. Raja memerintah dengan bantuan Majlis
Penasihat. Empayar dibahagikan kepada 5 bahagian atau wilayah dan setiap wilayah
diketuai seorang wizurai. Kerajaan ini mempunyai Pejabat Peperangan yang
mengandungi 6 Jabatan dan Perkhidmatan Perisik yang teratur. Pentadbiran awam
termasuk Badan Perdagangan, Jabatan Kerja, Badan Upah dan Pendaftaran kelahiran,
kematian dan pendapatan. Bandar-bandar dalam empayar Maurya ditadbir oleh satu
badan yang dibahagikan kepada 6 jawatankuasa dan dianggotai 30 orang ahli. Ada ahli
sejarah berpendapat, Chandragupta Maurya ini menjalankan sistem pemerintahan
awam untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara dengan memperbaiki sistem
keadilan dan pentadbiran. Ketika India diperintah oleh Maharaja Asoka (273 SM atau
269 SM) , baginda menjalankan pemerintahan dengan baik dan berperikemanusiaan

berdasarkan titah perintahnya yang diukir pada tiang-tiang batu di sepanjang jalan untuk
dibaca oleh rakyat. Semua orang diberi hak dan peluang yang sama dalam
pentadbiran.. Asoka sangat benci kepada kemusnahan, kekejaman dan permusuhan.
Baginda membawa semangat kemanusiaan baru di kalangan raja- raja hasil dari ajaran
agama Buddha yang bertindak atas rasa sensitif dan tidak mementingkan diri sendiri. 6
7. Beliau mengamalkan doktrin Ahimsa yang melarang perbuatan menyakiti atau
melukai haiwan dan manusia. Asoka juga menjalankan reformasi dalam pentadbiran
melalui Dharma-Mahamatra. Sistem ini memastikan pegawai-pegawai kerajaan di
wilayah-wilayah melaksanakan tugas berdasarkan arahan kerajaan pusat. Asoka
memerintahkan gabenor-gabenor dan pegawai-pegawainya supaya adil dan bersifat
belas kesihan. Asoka juga menyediakan rumah-rumah rehat, telaga dan pokok kayu
untuk kemudahan pengembara dan menyediakan rumah sakit bagi merawat orang dan
haiwan yang sakit. Semasa India di bawah pemerintahan raja-raja Gupta, kerajaan ini
juga tidak mengganggu kehidupan rakyat kecuali untuk membasmi jenayah, tiada
penganiaan terhadap agama. Hukuman bunuh jarang dilakukan. Kebanyakan kesalahan
yang dilakukan dikenakan hukuman denda. Sistem Pemerintahan Beraja China
Semenjak tamadun awal China (tamadun Sungai Hwang Ho di bawah pemerintahan
Dinasti Shang dan Dinasti Chou) lagi China telah mengamalkan sistem pemerintahan
beraja mutlak secara monarki. Orang China percaya, Raja diberi mandat oleh tuhan
untuk mentadbir. Pada zaman Dinasti Shang dan Chou raja berfungsi sebagai ketua
agama dan angkatan tentera. Pada masa itu China mengamalkan sistem feudal. Zaman
kemaharajaan yang paling gemilang ialah ketika China diperintah oleh Shih Huang Ti
(Dinasti Chin). Gelaran raja ditukar menjadi maharaja semasa baginda memerintah
China. Baginda menghapuskan sistem feudal dan digantikan dengan sistem
provinsi/wilayah (36 buah) yang diketuai oleh gabenor..Maharaja dibantu oleh golongan
birokrasi yang terdiri daripada pegawai kerajaan. Maharaja Shih Huang Ti mengamalkan
undang- undang yang ketat. Undang-undang Dinasti Chin diperkenalkan oleh Han Fei
Tsu, seorang ahli falsafah. Beliau menegaskan bahawa tingkah laku manusia hanya
dapat

dikawal

melalui

kekerasan

dan

undang-undang

yang

tegas.

Baginda

menggelarkan diri baginda sebagai Maharaja Chin Pertama 7


8. ( Shih bererti pertama, Hwang Ti bererti maharaja) kerana ingin mengasaskan satu
dinasti yang berlainan dari pemerintah yang terdahulu ( sistem feudal). Baginda mahu
dirinya dipuja sebagai maharaja (sebelum ini raja dianggap sebagai wakil Raja di Atas).

Oleh kerana baginda ada darah keturunan Tartar, baginda banyak dibantu oleh tentera
berkuda Tartar dalam usaha memperluaskan wilayah China. Dalam masa sepuluh
tahun, semua wilayah China tertakluk di bawah pemerintahannya. Baginda juga melatih
kumpulan penjahat menjadi askar baginda. Dalam menghadapi bahaya serangan
pelanggar-pelanggar Tartar secara besar- besaran, baginda telah membina tembok
besar negeri China. baginda telah membakar buku-buku sejarah dan falsafah yang
mengandungi unsur-unsur politik dan membunuh 400 orang sarjana pada tahun 213 SM
kerana menganggap mereka menyusahkan baginda. Bagi orang China peristiwa
pembakaran itu dianggap sebagai peristiwa pencabulan pusaka intelektual mereka.
Semasa China diperintah oleh Dinasti Han (206 SM 220 SM) , Sistem Peperiksaan
Awam bagi perlantikan pegawai-pegawai kerajaan diamalkan. Sistem ini mengutamakan
kebolehan seseorang dan terbuka kepada semua rakyat yang layak. Di bawah
pemerintahan dinasti ini, pemimpin-pemimpin wilayah tidak diberi kuasa yang luas dan
tidak dibenarkan memiliki kekayaan yang besar Tujuannya ialah supaya kerajaan pusat
menjadi teguh dan tidak dicabar. Dinasti Han mengutamakan undang-undang yang
berasaskan ajaran Confucius. Pengasas dinasti ini iaitu Liu Pang memperkenalkan satu
Hukum Kanun yang menekankan bahawa hukuman bunuh ialah bunuh, hukuman
mencederakan orang ialah dicederakan dan hukuman mencuri ialah dibayar denda
sebanyak yang dicurinya. Jika dibandingkan dengan Dinasti Chin, Dinasti Han ini
melaksanakan pemerintahan yang kurang ketat. Baginda melonggarkan sistem kerahan
buruh dan menggantikan undang-undang China yang berat dan zalim dengan hukuman
yang ringan. 8
9. Sistem Pemerintahan Beraja Melayu Di Alam Melayu, sistem pemerintahan berajanya
merupakan campuran sistem tempatan dengan pengaruh Hindu dan Buddha. Raja
adalah ketua kerajaan yang mengamalkan kuasa mutlak. Raja berkuasa membuat
undang-undang dan menjatuhkan hukuman. Raja dianggap oleh rakyatnya sebagai
dewa (atau dewaraja) atau tuhan di muka bumi. Rakyat tidak boleh mempersoalkan
tindak tanduk raja. Raja dibantu oleh para pegawai dalam pentadbiran negara.
Perlantikan para pegawai secara berangka seperti Pembesar 4, Pembesar 8, Pembesar
16 dan Pembesar 32 dipengaruhi oleh astrologi Hindu. Begitu juga dengan sistem
pewarisan pemerintahan berasaskan keturunan dipengaruhi oleh agama Hindu.
Pengaruh Hindu ini semakin jelas dalam adat istiadat pertabalan raja,penggunaan alatalat pertabalan seperti pedang dan rantai yang digunakan oleh tuhan-tuhan orang
Hindu. Raja memainkan peranan aktif dalam bidang ekonomi. Raja menguasai sumber-

sumber ekonomi utama seperti pungutan cukai, tenaga buruh dan aktiviti perdagangan.
Raja menggunakan golongan Brahman (sami Hindu) untuk menonjolkan kekuatan dan
keistimewaannya menerusi cerita dongeng, legenda dan metos. Undang-undang
dipengaruhi oleh Kod Manu dan Dharmasastra. Sistem tataurus negarapula dipengaruhi
olehkaryaArthasastra.Kita boleh lihat contoh sistem pemerintahan beraja ini dalam
kerajaan Angkor dan Srivijaya. Dalam sistem pentadbiran Kerajaan Angkor, raja
dianggap sebagai dewaraja. Raja menjadi ketua negara dan ketua tentera. Raja
mempunyai kata pemutus dalam hal perundangan.Raja dibantu oleh sebuah majlis
menteri ( yang terdiri daripada para menteri, pemimpin tentera dan hakim), gabenor
wilayah, ketua daerah dan ketua kampung. Para pegawai tinggi dikehendaki mengambil
peperiksaan kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan ilmu pengetahuan. Dalam
sistem pentadbiran Kerajaan Srivijaya pula, raja juga berkuasa mutlak dan dianggap
sebagai dewaraja. Dalam pentadbiran negara, raja dinasihati oleh sebilangan menteri.
Pentadbiran Kerajaan Srivijaya terbahagi kepada 3 jenis pentadbiran
10. iaitu pentadbiran diraja, pentadbiran ketenteraan dan pentadbiran daerah.
Pentadbiran diraja tertumpu kepada pentadbiran pusat (seperti bidang kehakiman,
pengutipan cukai dan hukuman). Pentadbiran ketenteraan diketuai oleh seorang
panglima bergelar pratisava. Pentadbiran daerah pula diketuai oleh datu yang
bertanggungjawab dalam hal ehwal tanah, kebajikan rakyat, memupuk kesetiaan rakyat
kepada pemerintah dan menjatuhkan hukuman ke atas penentang kerajaan. Kerajaan
Kedah Tua juga mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja dibantu oleh menteri
dalam mentadbir negara. Setiap daerah diketuai oleh pembesar. Sistem Pemerintahan
Beraja Mesopotamia Sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia berasal daripada dua
jawatan utama iaitu En dan Lugal . Pada zaman Archaic , teks teks dari Uruk
menyebut pemerintahan sebagai En yang berperanan sebagai ketua paderi bagi dewa
bandar . manakala pada zaman dinasti awal , pemerintah dikenali sebagai Ensi yang
bermaksud gabenor ataupun Lugal yang bermaksud raja . Ensi mempunyai kuasa ke
atas kawasan berhala . Praktikalnya , En adalah pasangan lelaki bagi Dewi ( Tuhan
Perempuan ) yang melindungi sesebuah negara kota . Bagi negara kota yang dinaungi
oleh Dewa ( Tuhan Lelaki ) pula akan berpasangan dengan paderi wanita . Oleh
kerana , paderi wanita tidak berupaya untuk memimpin angkatan tentera , maka Lugal
akan dilantik oleh Dewan Perhimpunan untuk menjawat jawatan ketua tentera . Lama
kelamaan ramai Lugal dan En telah mengisytiharkan diri mereka sebagai raja gengan
mendakwa mendapat mandat daripada Tuhan untuk memerintah . Setiap negara kota

akan ditadbir oleh seorang raja yang mempunyai kuasa mutlak dan dimiliki oleh dewa
negara kota . Seseorang raja itu akan dilantik oleh dewa negara kota yang akan
menjalankan tugas bagi pihak dewa negara kota berkenaan . Hal ini menjelaskan
bahawa raja merupakan wakil masyarakat yang dipilih oleh tuhan untuk menjalankan
pentadbiran negara . 10
11. Dari segi bidang pemerintahan , raja memainkan peranan sebagai panglima tentera ,
ketua hakim , ketua rumah berhala dan menteri kerja awan . Antara tugas raja yang
dianggap suci adalah membina dam memelihara rumah ibadat yang baru . Hal ini
adalah selaras dengan kepercayaan mereka bahawasanya manusia itu diciptakan untuk
berkhidmat kepada tuhan . Raja juga bertanggungjawab untuk melantik pegawai
pegawai pentadbiran , memberikan arahan dan nasihat kepada para pegawai . Selain itu
, raja juga akan mendengar aduan aduan daripada rakyat serta menjemput dan
meraikan pegawai pegawai tertinggi dan duta dari negara assing . Dalam bidang
keagamaan pula , raja merupakan ketua paderi. Baginda akan mengawasi kerja kerja
pembinaan dan pengurusan rumah ibadat serta berkuasa melantik para paderi malah
memainkan peranan penting dalam sambutan perayaan keagamaan seperti New Moon
atau pesta tahun baru . Bidang kehakiman pula memperlihatkan raja sebagai ketua
hakim . Baginda bertanggungjawab untuk memastikan wujud keadilan dalam dalam
negara . Setiap rakyat tanpa mengira kedudukan serta kekayaan mempunyai hak yang
sama dalam negara . Hal ini raja harus memastikan semua lapisan masyarakat
mendapat layanan dan keadilan yang sewajarnya agar memastikan golongan kaya dan
berpengaruh tidak menindas golongan miskin . Sistem Pemerintahan Beraja Eropah
Pemerintahan beraja Yunani Pada peringkat awal pembinaan negara kota Yunani sudah
wujud sistem pemerintahan yang terbahagi kepada monarki , oligarki , plutokrasi ,
aristokrasi , Tyrant dan demokrasi yang mana sistem sistem tidak diamalkan di negara
kota Sparta . 11
12. 1. Monarki Pada peringkat awal , sesebuah negara kota itu akan diperintah oleh raja
yang akan dibantu oleh sebuah badan yang dikenali sebagai Konsul , badan ini
berperanan sebagai penasihat raja . Lama kelamaan munculnya sekumpulan keluarga
Greek yang berpengaruh daripada raja . Akhirnya telah membawa kepada kemerosotan
kuasa raja serta peranan baginda sebagai ketua tentera , hakim dan agama . semua
raja di setiap negara kota kecuali Sparta telah kehilangan kuasa untuk memerintah . 2.
Oligarki Satu perubahan telah berlaku apabila jawatan raja tidak lagi diwarisi sebaliknya

akan dilantik untuk menjawatnya . Raja yang dilantik telah ditentukan tempoh
perkhidmatnnya dan pemerintahan akan dijalankan oleh sekumpulan pegawai yang
dilantik dengan dibantu oleh Konsul . Hak untuk mengundi bagi pera pegawai dan
Konsul dihadkan kepada beberapa orang . Pemerintahan Beraja Rom Zaman
pemerintahan beraja Rom adalah antara tahun 753 509 S.M . Pada zaman beraja ,
raja dilantik dengan restu Tuhan dan raja adalah pemerintah tentera , ketua hakim dan
agama . Raja mempunyai kuasa eksekutif yang dipanggil imperium yang diberikan
kepada raja oleh sebuah Dewan Perhimpunan ( Comitia Centuriata ) yang sebahagian
besar ahlinya terdiri daripada warganegara tentera . Walaubagaimanapun , dewan ini
tidak mempunyai kuasa pemutus . Semasa menjalankan pentadbiran negara , raja akan
dibantu oleh sebuah majlis yang mana anggotanya terdiri daripada golongan
bangsawan yang dipanggil Senat , anggotanya terdiri daripada 300 orang tua yang usia
mereka melewati 40 tahun . 12
13. pemerintahan Beraja Rom Suci ( Charlemagne ) Charlemagne memerintah Rom dari
tahun 768 814 M . Baginda merupakan cucu kepada Raja Charles Martel dan juga
seorang raja berketurunan Franks yang termasyur . Charlemagne dianggap sebagai raja
dan penakluk yang termasyur selepas Constantine , baginda diberi gelaran Charles The
Great ( Charles yang mulia ) . Semasa zaman pemerintahannya , baginda telah
meluaskan empayar sehingga meliputi kawasan yang cukup luas . Baginda telah
menawan Lombardy , Bavaria , Sepanyol dan meluaskan empayarnya dari utara
sempadan kerajaan Franks di perbatasan di Rhine sehingga ke sempadan Denmark
dan timur Sungai Elbe . Baginda merupakan seorang penyokong kuat Pope dan kerana
itu Pope telah mengambil peluang melantik baginda sebagai maharaja di Rom pada
tahun 800 Masihi . Atas sebab itu jugalah diwujudkan semula gelaran maharaja dan
status empayar , selain itu Charlemagne juga merupakan seorang penyokong kuat
mazhab Roman Katolik . Dikhabarkan atas kerana baginda menyokong kuat Pope ,
maka baginda telah dikatakan telah melakukan suatu pekerjaan suci . Justeru itu ,
kerajaan baginda dikenali sebagai Kerajaan Rom Suci ( Carolingian Empire ) . Kerajaan
Rom Suci yang telah didirikan oleh Charlemagne telah membawa Eropah kepada satu
tradisi , di mana bakal maharaja maharaja yang akan memerintah Rom mesti
ditabalkan oleh Pope . Pope juga berusaha menjadi ketua negara dengan maharaja di
bawah telunjuknya serta mahukan dirinnya diiktiraf sebagai ketua agama di mana
mana termasuklah di Rom Timur . Kerajaan Rom timur pula mempunyai maharajanya
sendiri dan tidak mahu dikawal oleh Pope di Rom . Hal inilah merupakan punca kepada

keretakan antara Rom dan Byzantium pada tahun 1054 M . Selepas itu mazhab Kristian
di Byzantium dikenali sebagai Ortodoks yang berlainan dengan Rom yang berpegang
kepada mazhab Kristian Roman Katolik 13