Anda di halaman 1dari 6

AYAT AKTIF DAN PASIF

Ayat Aktif
Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek
dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan
meny-).
Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini
mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata
sendi oleh.
Ayat Aktif
sudah menyiapkan semua kerja

1.Saya
sekolah.
2. Ayah membelah kayu api itu.
3.Mereka
sedang
menganyam
mengkuang itu.

Ayat Pasif
1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan.

2. Kayu api itu dibelah oleh ayah.


tikar 3. Tikar mengkuang itu sedang dianyam oleh
mereka.

MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF


1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.

2.Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.

3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A
dalam peperiksaan percubaan SPM.

4.Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.

5.Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.

6.Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.

7.Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.

8.Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu.

9.Ketua kampung menegur sikap Azman dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung.

10.Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah.

11. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.

12. Hanisah membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.

13. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.

14. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.

15. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.

16. Rakyat Malaysia sangat mementingkan perpaduan.

1. Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan

2.
3.

4.
5.
6.
7.
8.

sekolah.
Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi.
Pelajar itu dihadiahi oleh guru bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A
dalam peperiksaan percubaan SPM.
Penculik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.
Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman. (KGND II)
Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.
Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya dibanteras oleh pihak berkuasa.
Beberapa langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk membantu pengusaha industri
kecil itu /Beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu telah diambil oleh

pihak kerajaan.
9. Sikap Azman dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung ditegur oleh ketua
kampung.
10. Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh penduduk setempat.
11. Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.
12. Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanisah di kantin.
13. Gambar itu saya lukis kelmarin setelah diminta oleh Farah. (KGND I)
14. Tugasan yang diberi perlu kamu siapkan pada hari ini juga. (KGND II)
15. Panglima Garang perlu tuan hamba temui segera. (KGND II)
16. Perpaduan sangat dipentingkan oleh rakyat Malaysia

Anda mungkin juga menyukai