Anda di halaman 1dari 5

Sumber: http://bebungasyurga.blogspot.my/2012/11/teks-pengacaraan-majliskhatam-al-quran.

html

. .
Yang berusaha, Puan Hajah Norhayati bt. Saad,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Penaga,
Yang dihormati, Puan Hajah Fuziah bt. Karim,
Penolong Kanan Pentadbiran,
Encik Zulkifli b. Mohamed, Penolong Kanan HalEhwal Murid, Puan Juriah bt. Ismail, Penolong
Kanan Ko-Kurikulum,
Rakan-rakan guru seterusnya
Yang dikasihi, anak-anak murid Tahun 6 sekalian..
((Selamat datang dan terima kasih diucapkan
kepada Yang berbahagia
____________________________________________________
_______________atas kesudian menerima undangan
ke Majlis Khatam Al-Quran bagi tahun 2012..))
....
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan
menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul
Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan
limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan
dalam Majlis Khatam Al-Quran ini. Mudahmudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang
cintakan al-Quran dapat direalisasikan melalui
program-program sebegini.

Sumber: http://bebungasyurga.blogspot.my/2012/11/teks-pengacaraan-majliskhatam-al-quran.html

Zikir Munajat Pembersih jiwa


Doa dipohon menjana taqwa
Bagi memberkati majlis kita pada tengahari ini,
marilah kita sama-sama menadah tangan penuh
kehambaan kepadaNya....,
Untuk itu, majlis mempersilakan adik Mohd
Syazwan bin Roslan untuk memimpin bacaan
doa.....dipersilakan.
#########
Amin..ya rabbal alamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas
pimpinan bacaan doa itu tadi..Semoga majlis kita
mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.
Hadirin sekalian,
Seterusnya majlis mempersilakan Yang
berusaha, Puan Hajah Norhayati bt. Saad, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Penaga,
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.....Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
#########

Sumber: http://bebungasyurga.blogspot.my/2012/11/teks-pengacaraan-majliskhatam-al-quran.html

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih


atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Seterusnya dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd
Fauzi b. Abdullah untuk memimpin Majlis
Khatam Al-Quran kita pada hari ini.. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
#########
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam AlQuran kita pada hari ini.Namun, majlis kita
masih belum selesai.
Acara seterusnya ialah penyampaian sijil
khatam al-Quran bagi murid-murid Tahun 6
yang telah selesai mengkhatam Al-Quran. Majlis
dengan berbesar hati mempersilakan Yang
berusaha Puan Hajah Norhayati bt. Saad, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Penaga untuk
menyampaikan sijil tersebut.Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Dipersilakan wakil murid tahun 6 Yakin untuk
menerima sijil.
Dipersilakan wakil murid tahun 6 Jaya untuk
menerima sijil.
Dipersilakan wakil murid tahun 6 Usaha untuk
menerima sijil.

Sumber: http://bebungasyurga.blogspot.my/2012/11/teks-pengacaraan-majliskhatam-al-quran.html

Dipersilakan wakil murid tahun 6 Gigih untuk


menerima sijil.
Dipersilakan wakil murid tahun 6 Maju untuk
menerima sijil
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih
kepada Yang berusaha Puan Hajah Norhayati
bt. Saad atas kesudian menyempurnakan
penyampaian sijil sebentar tadi.
Sebagai tanda hati ikhlas daripada pihak majlis,
dipersilakan Yang berusaha Puan Hajah
Norhayati bt. Saad menyampaikan tanda hati
kepada Al-fadhil Ustaz Mohd Fauzi b. Abdullah,
Khalifah Majlis Khatam Al-Quran pada hari
ini .Dipersilakan.
#########
Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha
Puan Hajah Norhayati bt. Saad atas kesudian
menyampaikan tanda hati sebentar tadi.
Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai di
penghujungnya.Saya
mewakili
seluruh
Ahli
Jawatankuasa Pelaksana Majlis Khatam al-Quran
Program j-QAF Tahun 2012, ingin mengungkapkan
ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
majlis kita pada hari ini samada secara langsung

Sumber: http://bebungasyurga.blogspot.my/2012/11/teks-pengacaraan-majliskhatam-al-quran.html

mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh


keberkatan daripada-Nya, insya Allah.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini.
Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari
ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al`Asr.
Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq
walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi
wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Taala wa ilal liqa,
maas salamah.

Anda mungkin juga menyukai