Anda di halaman 1dari 13

SOSIOLGI SUKAN

NO MATRIK

800404015029002

NO. KAD PENGENALAN

800404015029

NO. TELEFON

0133684901

E-MAIL

banjarmasin_4480@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN :

IPGM Temenggong Ibrahim

KANDUNGAN
BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1.0
2.0
3.0

PENGENALAN
DEFINISI
BENTUK KEAGRESIFAN DALAM SUKAN
3.1 BENTUK INSTRUMENTAL
3.2 BENTUK BERMUSUHAN
3.3 ASERTIF

4.0

TEORI-TEORI KEAGRESIFAN DALAM SUKAN


4.1 TEORI NALURI SIGMUND FREUD
4.2 TEORI BREDEMEIRE
4.3 TEOI KEKECEWAAN-KEAGRESIFAN
4.5 TEORI KEKECEWAAN-KEAGRESIFAN YANG
DIKAJI SEMULA
4.6 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA

5.0
6.0
7.0
8.0

KEJADIAN KEAGRESIFAN DALAM SUKAN


CARA MENGATASI KEAGRESIFAN
KESIMPULAN
RUJUKAN

1.0 Pengenalan

Keagresifan dalam sukan ialah satu fenomena tingkah laku yang sentiasa berlaku dalam
sukan atau perminan sehingga boleh mengundang atau menyebabkan kecederaan yang amat
serius dan kesakitan secara fizikal dan psikologikal. Keagrifan dalam sukan ini juga ada
kalanya sehingga menyebabkan kematian.
2.0 Definisi Keagresifan
Terdapat beberapa definisi berkaitan keagrifan dalam sukan yang diutrakan oleh penyelidik.
Menurut Silva (1981), keagresifan sebagai satu perlakuan untuk menyakitkan atau
mengakibatkan kecederaan fizikal, serta mental kepada benda hidup yang berusaha untuk
mengelakkan tindakan tersebut. Wann ( 1997 ), satu tindakan yang bermatlamat untuk
mengakibatkan kecederaan secara fizikal, verbal atau psikologikal ke atas seseorang yang
bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan atau perbuatan yang mendatangkan
kerosakan harta benda yang berpunca dari kemarahan..
Menurut Baron dan Richardson (1994), keagresifan merupakan apa saja bentuk tindakan dan
perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda hidup yang lain
dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan. Selain daripada itu, keagresifan
boleh takrifkan sebagai satu keganasan dalam sukan yang boleh menyebaban kecederaan yang
serius. Kebiasaan keganasan ini terjadi dalam sukan yang memerlukan kontak seperti sukan
ragbi, bola sepak, hoki ais dan sebagainya. Namun begitu, keagresifan dalam sukan bukan
sahaja berpunca daripada peserta atau atlit malah faktor-faktor lain seperti penyokong, dan
kepengadilan yang berat sebelah boleh menjadi punca keagresifan iu berlaku.
Menurut Gill ( 1986 ) bagi menghasilkan sesuatu tingkah laku atau tindakan yang
dikotegorikan sebagai agresif mesti menepati empat kriteria iaitu yang pertama keagresifan itu
adalah satu tingkah laku berbentuk fizikal semata-mata tanpa perasaan, sikap atau motivasi.
Kedua, keagresifan satu tingkah laku yang dilakukan dengan sengaja iaiu tanpa niat.Ketiga,
Keagresifan satu tingkah laku yang ditujukan kepada benda hidup. Yang terakhir ialah
keagresifan suatu tingkah laku yang dilakukan dengan niat untk mencederakan seseorang
individu sama ada dari segi fizikal atau mental.
Kesimpulan dari definisi-definisi tadi, terdapat persamaan iaitu kedua-duanya memasukkan
unsur niat, perlakuan secara verbal dan psikologikal serta mangsanya bermotivasi untuk

mengelakkan diri dari dicederakan. Perbezaan ketara di antara kedua-duanya adalah elemen
kerosakan harta benda. Baron dan Richardson tidak mengambil kira kerosakan harta benda
sebagai hasil dari tindakan yang agresif.
3.0 Bentuk-Bentuk Keagresifan dalam sukan
Terdapat tiga bentuk keagresifan yang berlaku dalam sukan iaitu bentuk keagresifan
instrumental, bentuk bermusuhan dan tindakan asertif.
3.1 Bentuk Instrumental
Bentuk instrumental ialah suatu perlakuan yang menyebabkan berlakunya kecederaan kepada
pemain-pemain lawan. Perlakuan agresif ini bukanlah bertujuan untuk menganiaya atau
mencederakan tetapi untuk mencapai matlamat yang berupa ganjaran atau maruah diri.
Sebagai contoh, tindakan agresif seorang pemain pertahanan keatas pemain penyerang
pasukan lawan dengan niat untuk mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak dapat
beraksi dengan baik seperti menjaringkan gol atau membuat hantaran kepada rakannya yang
lain. Matlamat utama pemain pertahanan ini ialah untuk memastikan pasukannya memenangi
perlawanan tersebut. Dalam contoh ini, niat untuk mencederakan (penyerang pasukan lawan)
masih ada, tetapi matlamat utama pemain pertahanan tersebut ialah untuk memenangi
perlawanan. Perlu ditegaskan di sini bahawa kedua-dua jenis tindakan agresif di atas
sebenarnya salah serta tidak boleh diterima dalam konteks sukan. Ini kerana niat untuk
mencederakan pemain pasukan lawan masih ada sedangkan tindakan ini bersalahan dengan
peraturan mana-mana jenis sukan. Penggunaan strategi ini khususnya di peringkat profesional
perlu dibenteras kerana tindakan pemain profesional ini lazimnya akan menjadi ikutan pemain
muda.
3.2 Bentuk Bermusuhan atau Ketara
Menurut Dollard, et al., ( 1939 ) Bentuk keagresifan bermusuhan suatu perlakuan agresif yang
dilakukan dengan niat untuk menyakitkan seseorang secara fizikl stsu psikologikal. Di dalam
bentuk bermusuhan ini pemain menetapkan matlamat untuk mencederakan pemain pihak
lawan sehingga menyebabkan pemain tersebut mengalami kecederaan dan teraniaya. Silva
1984, menyatakan keagresifan ketara merujuk kepada tindakan agresif yang berpunca
daripada rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain (ataupun objek) serta

dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan dan ganjarannya pula
( kepuasan ) apabila melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya.
Sebagai contoh, seorang pemain penyerang telah dikasari sepanjang perlawanan oleh seorang
pemain pertahanan pasukan lawan dengan cara yang agak kasar, tetapi perlakuan kasar
tersebut tidak dihukum oleh pengadil. Oleh kerana terlalu marah, penyerang tadi telah
menyiku pemain pertahanan lawan tersebut (mendatangkan kecederaan) semasa perebutan
bola dengan niat untuk membalas dendam (mengakibatkan kesakitan). Tindakan ini
dikategorikan sebagai keagresifan ketara kerana tindakan yang dibuat oleh penyerang tadi
berdasarkan rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan pemain pertahanan. Niatnya
pula untuk mengakibatkan kesakitan kepada pemain pertahanan tersebut dan ganjarannya
( kepuasan ) pula adalah melihat pemain tersebut menanggung derita kesakitan akibat
tindakannya.

3.3 Tindakan Asertif


Jenis tindakan asertif ini sering kali disalah tafsirkan maksudnya kerana jarang sekali
digunakan istilah ini dalam konteks sukan. Tindakan ini merujuk kepada penggunaan fizikal
atau verbal dengan cara yang dibenarkan ( mengikut peraturan permainan ) untuk mencapai
sesuatu matlamat ( kemenangan ). Dalam konteks ini, niat untuk mencederakan individu yang
lain tidak timbul.
Jika tindakan berlaku akibat tindakan asertif, ia tidak boleh dikira sebagai satu tindakan yang
agresif kerana tindakan tersebut dibenarkan mengikut peraturan-peraturan permainan dan
tiadanya

niat

untuk

mengakibatkan

kecederaan

kepada

pemain

lawan.

Sebagai contoh, penggunaan terjahan ( tackle ) untuk menghadkan pergerakan atau merampas
bola dari pemain lawan dalam permainan ragbi dibenarkan serta termaktub dalam peraturan
permainan selagi tackle tadi dilakukan tidak menyalahi peraturan. Bagaimanapun, jika
berlaku kecederaan kepada pemain lawan akibat tackle bersih yang dilakukan, ia tidak
dianggap sebagai tindakan yang agresif kerana ia dilakukan dengan bersih serta mengikut
peraturan tanpa ada niat untuk mencederakan pemain lawan.
Dalam situasi pertandingan, tugas untuk memastikan sama ada pelakuan itu dianggap sebagai
perlakuan yang agresif atau asertif terletak ditangan pengadil. Adalah amat sukar untuk

menentukan dan menilai niat seseorang pemain apabila mereka melakukan sesuatu dalam
konteks permainan kerana ia berlaku dengan pantas khususnya dalam sukan yang bercorak
dinamik serta kemahiran terbuka (open skills).

4.0 Teori Teori Keagresifan


Terdapat beberapa teori yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar psikologi bagi
menerangkan faktor berlakunya keagresifan dalam sukan;
4.1 Teori Naluri Sigmund Freud
Menurut Gill ( 1986 ) setiap individu dilahirkan dengan tenaga naluri keagresifan dan tenaga
ini membina satu dorongan dalaman yang harus dipuaskan. Beberapa tingkah laku yang tidak
begitu agresif boleh dijadikan ejen untuk mengurangkan doronga ini. Semua tenaga ini harus
dikeluarkan dan proses ini digelar sebagai katarsis. Seorang kanak-kanak yang merajuk dan
menghentakkan kakinya sedang melepaskan tenaga yang dipanggil katarsis. Melalui cara ini,
mereka akan memperoleh kepuasan buat seketika. Salah satu contoh dalam sukan adalah
apabila bola yang dikawal seorang pemain bola sepak telah dirampas oleh pemain pihak
lawan. Pemain yang kehilangan bola itu tadi akan cuba merampas kembali bola tersebut yang
enggan melakukan terjahan ( takle) yang kasar.
4.2 Teori Bredemeire
Teori ini dibuat berdasarkan teori Jean piaget mengenai perkembangan kognitif. Teori ini
menerangkan tentang alasan moral, kehendak atau kemahuan dalam keagresifan berkaitan
dengan tahap alasam moral. Teori ini beranggapan tingkahlaku agresif manusia sebaga
sesuatu yang tidak beretika. Keagresifan yang terjadi mesti mendapat perkaitan antara tahap
alasan moral dan tingkah laku yang dapat dilhat dalam keagresifan sukan itu sendiri. Dalam
sukan lasak seperti permainan ragbi permainan yang agresif boleh diterima kerana terdapat
dalam peraturan kecuali permainan yang dianggap kotor seperti memijak pemain lawan. Bagi
seseorang yang masih belum memahami keagresifan dalam sukan yang sebenar akan
bercelaru apabila melihat permainan yang agresif seperti ragbi.

4.3 Teori kekecewaan-Keagresifan


Kekecewaan berlaku apabila sesuatu motif yang amat diingini oleh seseorang itu tidak dapat
dicapai kerana pergerakan ke arah motif itu dihalang atau dihentikan ( Dollart, Dood, Miller,
Moowrer dan Sears, 1939). Sebagai contoh apabila seorang pemain bola sepak tertekan akibat
keputusan pengadil kerana menjatuhkan pemain lawan walaupun baginya ia adalah bersih.
Keputusan pengadil yang tidak adil baginya mengakibatkan pemain itu mungkin akan
bertindak agresif dengan melakukan sesuatu perbuatan yang lebih kasar secara sengaja
alaupun dia tahu dia akan dikenakan kad kuning atau kad merah.
4.4 Teori kekecewaan- keagresifan yang dikaji semula
Teori ini dikaji semula dengan membuat perbandingan dengan teori pembelajaran sosial.
Dalam teori ini, kekecewaan tidak semestinya diakhiri dengan tindak balas agresif tetapi
boleh berubah menjadi agresif dengan syarat wujudnya ransangan tertentu yang mencukupi.
Tingkah laku agresif akan berlaku apabila beberapa ransangan, terutamanya ransangan negatif
yang bergabung dengan kekecewaan yang akhirnya keanresifan pun berlaku.
Ransangan ini erupakan tanda atau isyarat yang menghubungkaitkan antara kekecewaan dan
keagresifan. Perasaan marah merupakan asas berlakunya keagresifan. Terdapat jugafaktorfaktor lain seperti kemuraman dan kedukaan yang merupakan ransangan negatif yang boleh
mencetuskan tingkah laku agresif. Atlet yang berada dalam sesuatu pertandingan akan berada
dalam keadaaan arousal ( kebangkitan psikologi ) dan sekiranya kekecewaan yang berterusan
kan menyebabkan tahap kebangkitan tadi terus meningkat sehingga boeh menyebabkan
berlakunya perbuatan yang agresif.
4.5 Teori pembelajaran Sosial Bandura
Teori pembelajaran sosial Bandura ialah satu teori berkaitan pemerhatian dan peniruan.
Dalam keagresifan sukan, kanak-kanak memerhati orang dewasa melakukan sesuatu tindakan
yang ganas akan terikut-ikut dengan perbuatan tersebut berbanding dengan golongan kanakkanak yang tidak ada pengalaman pendedahan menonton perbuatan ganas ( Bandura, 1973).
Kajian ini menerangkan bagaimana teori pembelajaran sosial yang menekankan keagresifan
yang boleh dipelajari atau dilatih melalui tingkah laku pemrhatian kepada tingkah laku yang

agresif. Sebagai contoh, apabila seorang penonton bola sepak melihat orang lain bertindak
ganas semasa menonton perlawanan bola sepak tersebut akan meniru tingkah laku negatif itu
tanpa memikirkan kesannya. Bagi mereka apa yang dilihat atau ditonton adalah satu
pembelajaran secara sedar atau tidak sehinggakan mereka boleh meniru atau melakukan
perkara itu semula sama seperti yang dilihat.
Walaupun wujud banyak punca atau faktor yang menyebabkan berlakunya keagresifan dalam
sukan tetapi masih ada cara untuk mengatasinya dan salah satunya ialah peranan juruatih yang
lebih berkesan mengawal atlet atau pemainnya.
5.0 Kejadian Keagresifan dalam Sukan
Tingkah laku agresif atau ganas dalam sukan melibatkan beberapa individu seperti atlet atau
pemain, pegawai, jurulatih dan penonton. Seseorang atlet akan melakukan keagresifan apabila
berada dalam keadaan tertekan dan kekecewaan. Kekecewaan boleh berpunca dari keputusan
pertandingan dan keputusan pengadil yang dirasakan berat sebelah. Kekecewaan ini akan
menyebabkan pemain akan bertindak lebih agresif semata-mata memuaskan hatinya.
Keagresifan yang berpunca daripada pegawai atau jurulatih biasanya terjadi apabila mereka
memberi tekanan yang melampau kepada pemainnya. Jurulatih juga boleh membangkitkan
semangat anak buahnya. Dalam keadaan yang menang, pemain mungkin lebih bersemangat
untuk berman dengan mempamerkan aksi yang lebih baik. Bagi pasukan yang kalah, tekanan
daripada jurulatih dan emosi yang tidak terkawan akan melahirkan tindakan yang agresif
kepada pasukan lawan.
Selain daripada atlit atau pemain dan jurulatih, penonton yang hadir menyaksikan juga boleh
menimbulkan banyak tindakan agresif. Tingkah laku agresif ini boleh berlaku di kalangan
pemain yang berada di atas padang atau dikalangan penonton dengn penonton pihak lawan.
Di Malaysia tindakan agresif penonton biasanya berlaku dalam sukan bola sepak. Ada kalanya
keagresifan penonton ini melibatkan kecederaan yang serius. Keganasan di kalangan
penonton biasanya terjadi kepada penonton kepada pasukan yang kalah. Kekecewaan
kekalahan pasukannya menyebabkan penonton bertindak liar dengan membakar harta-harta
dalam stadium, melontar botol air kepada pemain di padang dan membuat provokasi.
Contohnya bekas penjaga gol Kelantan yang bertindak menerpa dengan kaki ke arah

penonton. Kejadian ini harus dipandang serius kerana boleh menjejaskan imej sukan negara.
Keagresifan biasanya berlaku disebabkan gangguan sama ada gangguan dalaman atau
gangguan luaran. Gangguan dalaman ialah berpunca daripada tekanan dan kebimbangan.
Semakin besar pertandingan semakin kuat tekanan yang dihadapi. Gangguan luaran pula
boleh berpunca daripada visual, ganguan bunyi dan kamunikasi.
Dalam satu kajian tentang kesan gangguan serta provokasi penonton ke atas pemain bola
keranjang, didapati bahawa pemain yang tidak terganggu dengan gangguan tersebut
menunjukkan prestasi serta kemahiran motor yang baik jika dibandingkan dengan mereka
yang terganggu. Prestasi pemain yang terganggu menurun kerana rasa marah serta tahap
kebangkitan yang keterlaluan menyebabkan mereka menjadi lebih agresif sehingga
mengurangkan tumpuan terhadap permainan. Kesannya, prestasi mereka akan merosot.
Contoh yang sering kita lihat ialah dalam permainan bola sepak, apabila seseorang pemain itu
diprovokasi oleh penonton atau pemain lawan, pemain itu akan menunjukkan keagresifan
yang membawa kepada layangan kad kuning ataupun kad merah. Kesan daripada keagresifan
pemain tersebut menyebabkan prestasi pasukan terjejas.
Perbezaan ketara mata atau jaringan akan mempengaruhi sikap atau tingkah laku dalam
permainan. Kajian dibuat keatas permainan bola sepak dan hoki ais mendapati semakin besar
berbezaan mata atau jaringan, semakin banyak kekasaran yang akan dilakukan oleh pemain
pasukan yang sedang ketinggalan ( Cox 1999 ).
Lokasi Perlawanan juga boleh menjadi faktor berlakunya keagresifan dalam sukan. Biasanya
pasukan yang bermain ditempat sendiri akan bertindak lebih agresif kerana mereka mendapat
sokongan penyokong sendiri serta ingin menjaga maruah pasukan sebagai tuan rumah.
Bagaimanapun, menurut Russell (1981), ia bergantung kepada corak keagresifan yang
ditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan.Bagi sukan bola sepak, pasukan yang
bermain di tempat lawan biasanya lebih agresif kerana mereka ingin mempertahankan
kedudukan mereka, manakala bagi hoki ais, ia adalah sama jika bermain di tempat sendiri
ataupun di tempat lawan (Cullen&Cullen, 1975).
Penggunaan Steriod menyebabkan seseorang hilang kawalan dan bertindak di luar batasan. b
Salah satu sebab pengharaman penggunaan steroid dalam sukan ialah kerana kesan
sampingannya. Antara kesan sampingan penggunaan steroid adalah peningkatan keagresifan

individu yang mengambil atau menggunakan steroid. Justeru itu, sebagai jurulatih atau
mereka yang terlibat dalam sukan, perlu memastikan agar atlet tidak terlibat dalam
pengambilan bahan terlarang ini demi kebaikan orang lain.
6.0 Cara Mengatasi Keagresifan dalam Sukan
Ada kalanya keagresifan dalam sukan tidak dapat dielakkan tetapi masih ada cara untuk
mengatasinya dan jurulatih memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah
tersebut. Berikut ialah beberapa aspek yang difikirkan perlu diberi perhatian dalam mengatasi
keagresifan dalam sukan.
6.1 Aspek Kurikulum Sukan
Melentur buluh biarlah dari rebongnya. Begitu juga dengan masalah keagresifan daam sukan.
Satu kurikulum sukan perlu diperkenalkan diperingkat sekolah rendah lagi di mana dalam
kurikulum ini mempunyai modul yang mengajar etika sebagai penonton dan sebagai ahli
sukan ataupun atlet. Dalam adanya etika ini nilai-nilai murni dapat disemai secara terus. Oleh
itu semangat kesukanan tinggi dan tulen dapat dibentuk sejak dibangku sekolah lagi. Dengan
adanya program sukan secara terus dalam menyemai nilai-nilai murni, adalah diharapkaan
sikap mulia dalam aktiviti sukan dapat dibentuk bermula dari pengajaran pendidikan jasmani
diperingkat awal sekolah.
Melalui pendidikan sukan seorang guru bukan sahaja mendidik atlet malah jurulatih juga
perlu mengahadiri program bagaimana untuk membentuk seorang atlet yang bernilai murni
dan beretika.
6.2 Kursus Motivasi
Selain daripada kurikulum sukan, kursus-kursus motivasi juga perlu kerap diadakan bila-bila
masa sebagai salah satu program kesedaran terhadap pentingnya semangat kesukanan
dikalangan atlet atau pemain. Selain daripada atlet jurulatih juga harus mendalami kursus
berkaitan semangat kesukanan dan jati diri.
6.3 Teknik Mengurus Perasaan

Adat ketika bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Namun berapa ramai yang
boleh menerima kekalahan dalam pertandingan. Sebagai pemain, jurulatih dan pegawai sukan
harus ada satu kemahiran dalaman iaitu teknik mengawal perasaan semasa pertandingan dan
dapat menerima sesuatu keputusan secara rasional dan sentiasa menyedari keupayaan diri
sendiri dan menghargai orang lain atau pihak lawan. Selain itu, para atlet dan jurulatih harus
sentiasa menanamkan sikap bahawa kemenangan bukanlah segala-galanya.
6.4 Teknik Mengurus Keagresifan
Setiap individu harus mempamerkan satu tingkah laku altenatif yang perlu dipraktikan secara
berulang kali supaya akan menjadi satu kelaziman pada diri sendiri. Antara tingkah laku
tersebut adalah menggunakan masa lapang secara produktif, tegaskan pendirian, pengurusan
konflik yang dihadapi secara langsung tanpa berselindung, mengelakkan diri dari tingkah
laku menyalahkan orang lain dan memberikan tindak balas yang positif kepada orang lain.
Selain itu tingkah laku yang perlu diamalkan adalah penilaian semula matlamat dan harapan,
berehat dan relaksasi buat sementara waktu. Teknik ini dapat mengurangkan tekanan dan
keagresifan dalam diri seseorang ( Adam, 1980 ).
6.5 Penyesuaian Diri
Setiap atlet atau pasukan dalam sesebuah pertandingan mempunyai tekanan nya tersendiri.
Tekanan hidup tidak seharusnya dielakkan kerana tekanan hidup adalah satu-satunya
fenomena yang dapat menyiap dan mematangkan manusia untuk menghadapi kecemasan atau
bahaya dengan berada pada tahap yang lebih berjaga-jaga.
Kita harus menyesuaikan diri dengan sebarang bentuk tekanan yang umum brbanding
tekanan semasa pertandingan yang lebih khusus. Penyesuaian seperti ini boleh membantu
individu menghadapi kesukaran mengatasi sesutu yag serius kerana ia telah pun membiasakan
diri dengannya ( Selye, 1978 ).
6.6 Peranan Jurulatih
Peranan jurulatih sangat penting bagi atlet atau pasukan semasa pertandingan sedang
berlangsung dalam mengawal emosi atlet atau pemainnya apabila mengalami kekecewaan

kerana kekalahan, kesakitan fizikal, kesilapan pengadil, keaiban atau bermain di bawah
keupayaan sebenar. Menurut Papanek ( 1977 ), jurulatih perlu memainkan peranan aar
keagresifan dapat dikawal. Apa yang perlu dilakukan adalah meleraikan segala kekusutan
yang dialami atau dirasai oleh pemainnya daripada menmbulkan keahresifan. Oleh itu,
pemain-pemain akan mempunyai kemahiran mengawal emosi dan tindak balas hasil daripada
kekecewaan tersebut. Jurulatih juga disarankan supaya tidak memberikan tekanan yang terlalu
tinggi seperti memastikan kmenangan seiap kali bermain ( Widmeyer, 1984 ).

7.0 Kesimpulan
Berdasarkan semua maklumat yang telah dikupas berkaitan keagresifan dalam sukan, ia satu
perbuatan yang terjadi atau dilakukan berdasarkan faktor-fakor yang telah dibincangkan tadi.
Keagresifan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja terutama mereka yang tidak boleh mengawal
emosi dan tidak boleh menerima kekalahan. Namun begitu terdapat cara-cara mengatasi
keagresifan ini supaya tingkah laku agresif ini dapat dikurangkan. Dalam sukan semua yang
terlibat harus memainkan peranan penting dalam mengurangkan tingkah laku agresif dalam
sukan terutamanya sikap agresif yang membawa kepada keadaan yang lebih negatif.

Rujukan :

Dr Mohar Kasim, Nurhaziyanti Mohamad ( 2011 ) HBPE4203 Psikologi dan Sosiologi


Sukan. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn.Bhd.
http://azharpjpk.blogspot.com/2009/08/keganasan-keagresifan-dalam-sukan.html
http://www.pearsonschoolsandfecolleges.co.uk/FEAndVocational/SportsStudies/ALevel/OCR
ALevelPE2008/Samples/A2PEStudentBookSamplePages/PEforOCR
%28A2%29SBCH08.pdf
http://www.scribd.com/doc/38288777/PSIKOLOGI-SUKAN

Anda mungkin juga menyukai