Anda di halaman 1dari 22

ELM3043E

TUGASAN INDIVIDU
Bagaimana guru Pendidikan Moral dapat merealisasikan hasrat negara terhadap
pembentukan perkembangan individu bermoral?

1.0 PENGENALAN
Pelajar merupakan elemen atau asset dalam negara dan bakal menjadi
pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan
program

pembangunan

negara

untuk

mencapai

Wawasan

2020.

Namun,

pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta
perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang
negatif di kalangan murid sekolah. Gejala sosial pada dewasa ini di kalangan pelajar
begitu hangat diperkatakan. Selain daripada masalah penyalahgunaan dadah,
masalah-masalah sosial yang lain seperti lepak, ponteng kelas, vandalisme, peras
ugut, lawan guru, buli merupakan masalah-masalah yang berleluasa di kalangan
pelajar sekolah. Keratan akhbar di Malaysia sering menyiarkan kes-kes seperti ini.
Masalah-masalah ini menunjukkan keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral berlaku
dalam kalangan pelajar dan gaya hidup yang tidak sihat ini telah memberi kesan
yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah merupakan sebuah agen sosialisasi
yang penting dalam merealisasikan aspirasi dan hasrat negara. Namun, tanpa guru,
hasrat negara untuk membentuk individu bermoral tidak dapat direalisasikan. Guru
merupakan agen sosialisasi dan agen perubahan serta agen pembangunan negara
yang sangat penting selain daripada sekolah. Maka, guru Pendidikan Moral dan
guru-guru lain yang bukan mengajar Pendidikan Moral sememangnya berperanan
dan bertanggungjawab untuk mendidik dan menghayati nilai moral kepada murid
sama ada secara langsung atau secara penyerapan nilai dalam mata pelajaran yang
diajar untuk merealisasikan hasrat negara terhadap pembentukan perkembangan
individu bermoral yang berketrampilan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan
spiritual. Guru juga haruslah menjadi teladan yang merupakan kayu ukur kepada
murid dalam dalam mempraktikkan prinsip yang positif di samping menyampaikan
mesej yang diingini kepada murid.
Guru juga memainkan peranan yang berkaitan dengan memberi bantuan dan
semangat, memerhati dan membentuk sahsiah yang murni dan mendisiplinkan

ELM3043E
pelajar-pelajar supaya patuh terhadap peraturan-peraturan sekolah dan norma hidup
dalam keluarga dan masyarakat.
Dengan ini, dapat dilihat bahawa tugas mendidik anak bangsa merupakan
tugas pertama guru supaya dapat melahirkan masyarakat yang bermoral, berakhlak
dan berguna pada masa akan datang. Guru Pendidikan Moral merupakan agen yang
memainkan peranan penting untuk merealisasikan hasrat negara terhadap
pembentukan perkembangan individu bermoral.

ELM3043E
1.1 Individu Bermoral

ELM3043E

Penaakulan
moral

INDIVIDU
BERMORAL
Perasaan
moral

Tingkah
laku moral

1.2 Analisis Beberapa Isu Moral di Malaysia Vandalisme

ELM3043E

ELM3043E
1.3 Analisis Beberapa Isu Moral di Malaysia Buli

ELM3043E

1.4 Analisis Beberapa Isu Moral di Malaysia Pornografi

ELM3043E

ELM3043E
1.5 Cadangan Penyelesaian Masalah

ELM3043E
2.0 PERANAN
HASRAT

GURU
NEGARA

PENDIDIKAN
TERHADAP

MORAL DALAM

MEREALISASIKAN

PEMBENTUKAN

PERKEMBANGAN

INDIVIDUAL BERMORAL

2.1 Individu Bermoral


Menurut Tam (2006), seorang insan yang berakhlak mulia yang sempurna
mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral iaitu penaakulan moral, perasaan moral
dan tingkah laku moral.
Penaakulan moral merupakan pemikiran dan pertimbangan secara rasional
dan bebas. Seseorong individu yang mempunyai pemikiran moral dapat memahami
sesuatu isu moral. Mereka dapat mengenal pasti alternative yang ada dan kesannya
semasa membuat sesutu keputusan. Mereka mempunyai kesedaran moral untuk
membuat pertimbangan yang adil dan objektif terhadap setiap pilihan alternative
berasaskan prinsip moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat
setempat. Seseorang yang mempunyai pemikiran moral juga seseorang yang
mengenali diri sendiri.
Perasaan moral merupakan kehalusan perasaan atau emosi individu yang
mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan
murah hati. Seseorang yang mempunyai emosi moral mempunyai harga diri, kawal
diri dan nurani hati. Mereka rendah diri tetapi mempunyai sikap penyayang. Di
samping itu seseorang bermoral harus mempunyai rasa malu atau bersalah bila
melakukan sesuatu yang tidak wajar dari segi moral. Namun begitu insan bermoral
tidak harus terlalu mengikut emosi kerana ia akan menjurus kepada perlakuan yang
tidak rasional. Manakala individu yang terlalu kurang perasaan moral pula akan
dilihat kurang insani atau bersifat impersonal. Oleh itu insan bermoral ialah individu
yang boleh menyeimbangkan antara pennaakulan dan perasaan di samping tingkah
laku moralnya.
Tingkah laku moral merupakan tindakan dan perlakuan individu terhadap
sesuatu keputusan yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab dan berdasarkan
nilai-nilai dan norma masyarakat tetapi mengikut kemampuan dirinya. Seseorang
individu yang mengamalkan tingkah laku moral cekap dan mempunyai kekuatan diri.
Tingkah laku moral ini adalah hasil dariapada penaakulan moral dan perasaan moral
yang mendorong seseorang bertindak secara bermoral.

10

ELM3043E
2.2 Analisis Beberapa Isu Moral Di Malaysia
2.2.1 Vandalisme
Vandalisme (2015) adalah membuat sebarang perubahan seperti melukis,
menanda, mengecat, menampal, merosakkan atau mengotorkan harta benda awam
tanpa kebenaran pihak berkuasa. Vandalisme seringkali dirujuk kepada perbuatan
merosakkan harta benda awam seperti kerusi, meja, telefon dan tandas. Kelakuan ini
biasanya dilakukan oleh pelajar yang menganggap vandalisme sebagai sebagai cara
untuk melepaskan geram atau kebosanan. Kelakuan ini membawa beban kepada
masyarakat kerana terpaksa menanggung kerugian atas perilaku musnah mereka.

Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme


Terdapat berbagai faktor yang mampu mendorong kepada berlakunya
vandalisme ini. Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor yang utama. Pelajar
menghabiskan kebanyakkan masa di sekolah. Oleh itu, pengaruh rakan sebaya
dapat memberi impak yang banyak seperti membentuk sikap, nilai dan tingkah laku
pelajar. Pelajar yang sangat mementingkan persahabatan semasa di sekolah
mengikuti langkah kawan tanpa menilai setiap perbuatan yang dilakukan kerana
mereka percaya akan kawan. Demi mengeratkan hubungan di antara kawan, pelajar
juga sanggup mengikut apa yang dilakukan oleh kawan mereka untuk menunjuk
bahawa mereka mementingkan persahabatan. Pelajar yang gagal memilih rakan
yang baik akan terikut dengan perilaku negatif rakan mereka dan salah satu daripada
perilaku tersebut adalah kegiatan vandalisme. Dengan itu, dapat dilihatkan dengan
jelas bahawa pelajar banyak terpengaruh dengan rakan sebaya. Vandalisme
biasanya dilakukan oleh pelajar dalam kumpulan di mana mereka menconteng dan
merosakkan harta benda awam kerana mereka berasa bosan dan hendak
melepaskan emosi mereka.
Faktor kedua berlakunya vandalisme ialah latar belakang keluarga yang
mendorong sifat vandalisme dalam kalangan pelajar. Bronstein (1994) juga
menunjukkan ibu bapa yang mesra dan menyokong akan memberi kesan terhadap
tingkah laku positif di kalangan anak-anak manakala ibu bapa yang suka
menghukum akan memberi kesan terhadap tingkah laku negatif di kalangan anakanak. Kebanyakkan pelajar yang melakukan vandalisme sememangnya berasal
daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup

11

ELM3043E
negatif. Ibu bapa yang telah bercerai contohnya membuatkan anak berasa sedih dan
tertekan di mana tekanan dan kesedihan ini akan mendorong pelajar untuk
melepaskan emosi mereka dan melakukan vandalisme juga dijadikan antara cara
untuk melepaskan emosi. Selain itu, ibu bapa pada masa kini kurang meluangkan
masa kepada anak mereka kerana sibuk bekerja untuk menyara keluarga. Keadaan
ini akan menyebabkan anak-anak bosan untuk berada di rumah. Mereka akan lebih
gemar untuk bersama dengan rakan-rakan mereka bagi mengisi kekosongan.
Keberangkalian untuk mereka melakukan perkara-perkara yang tidak elok boleh
wujud kerana kurangnya pengawasan dari ibu bapa. Pendapat penyelidik ini selari
dengan Arieff dan Wardah (2006) yang menjelaskan ibu bapa yang sibuk dengan
kerja boleh menyebabkan hubungan antara anak dengan ibu bapa renggang.
Apabila anak-anak pulang dari sekolah, ibu bapa tiada di rumah dan ini
menyebabkan remaja lebih suka menghabiskan masa bersama rakan sebelum
pulang ke rumah. Oleh itu,

kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna

daripada ibu bapa mendorong pelajar terjebak dalam gejala vandalisme.


Faktor ketiga berlakunya vandalisme pada masa kini ialah pengaruh media
massa. Filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur negatif
sering dipaparkan dalam media massa seperti televisyen dan Internet akan
mencemarkan minda pelajar. Pelajar masih tidak dapat membezakan perkara yang
baik dan buruk dan sering mengikuti apa yang dilihat. Oleh itu, jika pelajar sering
didedahkan dengan filem-filem yang berunsur negatif tanpa bimbingan dan tunjuk
ajar, mereka akan meniru dan mempraktikkannya dalam kehidupan. Hasil daripada
itu, kes vandalisme dalam kalangan pelajar meningkat.

Kesan-kesan Berlakunya Vandalisme


Vandalisme ini tidak mendatangkan kesan positif untuk masyarakat mahupun
negara sebaliknya hanya membebankan kerana kos untuk kerja pembersihan dan
pembaikan adalah tinggi. Di samping itu, perbuatan rakyat mencerminkan
personalitu rakyat negara kita. Cuba fikirkan bagaimana akan pelancong pandang
terhadap negara kita jika vandalisme dilakukan di tempat-tempat yang menjadi
tumpuan pelancong? Fenomena ini tentulah akan menjejaskan imej negara kita.

12

ELM3043E
2.2.1 Buli
Buli merujuk kepada situasi apabila seseorang murid terdedah kepada
tindakan yang negatif secara berulang kali dan berbentuk secara langsung atau tidak
langsung oleh seorang murid atau kumpulan yang lebih dominan (Olweus, 1996).
Munurut

Tattum

(1992),

buli

dilakukan

untuk

menyakitkan

mangsa

dan

membuatkannya berada dalam keadaan tertekan. Tingkah laku buli berlaku dalam
satu jangka masa tertentu. Remaja khususnya yang masih bersekolah sering
dikaitkan dengan masalah ini, walaupun daripada sifat semula jadinya zaman remaja
adalah zaman yang penuh bertenaga dan mempunyai potensi diri yang cemerlang.
Isu moral yang membabitkan remaja ataupun pelajar sangat membimbangkan orang
ramai.

Faktor-faktor Berlakunya Buli


Berdasarkan kajian kes yang dijalankan, pakar psikologi berpendapat
bahawa individu yang pernah mengalami penderaan fizikal, penderaan seks ataupun
penganiayaan dalam sejarah hidup, berkemungkinan besar akan melakukan jenayah
sosial. Dalam perkataan lain, latar belakang keluarga memainkan peranan yang
penting dalam membentuk tret perlakuan buli.

Ibu bapa yang sering bertelagah

cenderung untuk mempunyai anak-anak yang mempunyai risiko menjadi lebih


agresif.

Penggunaan kekerasan dan tindakan-tindakan yang keterlaluan dalam

usaha untuk mendisiplinkan kanak-kanak oleh ibu bapa, penjaga dan guru secara
tidak langsung boleh menggalakkan perlakuan buli di kalangan kanak-kanak
(Stevens et al., 2002). Tindakan ahli keluarga yang secara keterlaluan mendera
akan mengajar kanak-kanak tersebut bahawa tingkah laku ganas dan aggresif
merupakan tingkah laku yang paling sesuai dan efektif bagai mencapai sesuatu
matlamat. Kanak-kanak tersebut belajar bahawa tindakan menentang adalah cara
bagi mereka untuk menyelesaikan masalah.
Persekitaran dan budaya sekolah turut mempengaruhi interaksi, aktiviti dan
tingkah laku

pelajar di sekolah.

Oleh itu, faktor kedua berlakunya buli ialah

pentadbiran dan budaya sekolah. Pengurusan serta pengawasan disiplin sekolah


yang lemah akan mengakibatkan wujudnya tingkah laku buli di sekolah (Pearce dan
Thompson, 1998). Sesungguhnya, pelajar akan menjadi semakin nakal jika
mendapati sekolah tidak mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap
pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Selain itu, buli juga boleh berlaku akibat

13

ELM3043E
daripada keadaan kelas yang sesak serta kekurangan guru di sekolah. Keadaan
kelas yang sesak serta kekurangan guru di sekolah menyebabkan pelajar tidak dapat
diselia dan dikawal dan seterusnya menjadi penyumbang kepada berlakunya buli di
sekolah.
Kes buli juga berpunca daripada proses urbanisasi dan industrialisasi
kerana proses ini mengendurkan kawalan sosial (Gottfredson, D.C., McNeil, R.J. &
Gottfredson, G.D., 1991) yang wujud dalam masyarakat tradisional. Proses ini
menyebabkan masyarakat bebas melakukan apa-apa sesuka hati seperti membuli.
Pada masa dulu, hubungan antara anggota masyarakat adalah begitu erat. Mereka
saling menolong dan mengambil berat. Hubungan yang erat ini membentuk kawalan
sosial yang dapat memelihara tingkah laku masyarakat. Masyarakat pada masa
tersebut akan mengelakkan perbuatan yang melanggar norma dan nilai masyarakat
kerana perbuatan tersebut akan mencemarkan nama diri dan nama baik keluarga.
Namun, proses urbanisasi dan industrialisasi telah menyebabkan masyarakat pada
masa kini tidak lagi mempunyai hubungan yang erat antara satu sama lain dan
seterusnya melakukan perbuatan yang tidak baik tanpa memikirkan maruah diri dan
keluarga seperti membuli.

Kesan-kesan Berlakunya Buli


Kesan yang wujud terhadap pembuli ialah seperti suka melanggar peraturan
sekolah, bersikap lebih angkuh dan pelbagai lagi kesan-kesan negatif yang akan
merosakkan diri pembuli. Manakala kesan negatif terhadap mangsa buli pula adalah
seperti takut hendak ke sekolah, suka menyendiri dan sebagainya. Kebanyakkan
pelajar yang terlibat dalam buli ini tidak sedar akan kesan-kesan buruk buli. Kesankesan negatif ini juga akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran
pelajar dan seterusnya merosakkan masa depan mereka.

14

ELM3043E
2.2.3 Pornografi
Pornografi (2015) bermaksud bahan bertulis atau visual yang merangsang
keinginan seksual, dan bertujuan untuk memberahikan pemerhati atau pembaca. Ia
juga dikenali sebagai "porn", "smut" dan bahan-bahan lucah. Pada dewasa ini,
masalah pornografi telah menjadi keprihatinan yang besar bagi guru kerana terdedah
kepada unsur-unsur pornografi boleh mengakibatkan pelbagai kesan-kesan yang
tidak sihat.

Faktor berlakunya Penyalahgunaan Pornografi


Salah satu faktor berlakunya penyalahgunaan pornografi adalah keinginan
pelajar untuk tidak ketinggalan informasi. Pelajar yang mengalami proses pencarian
jati diri akan mencari identifikasi melalui imitasi. Hal ini menyebabkan pelajar
mempunyai keinginan yang besar untuk mengetahui sesuatu yang mereka tidak
seharusnya mengetahui. Menurut Wati (2013), remaja selama ini umumnya telah
menempatkan media massa sebagai sumber informasi seksual yang lebih penting
dibandingkan orang tua dan rakan sebaya kerana media massa memberikan
gambaran yang lebih baik mengenai keinginan seksualiti remaja.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga boleh menyebabkan pelajar atau
remaja menonton pornografi. Terdapat informasi yang menyatakan pelajar sering
melihat kawannya menonton film porno di laman web di sekitar rumahnya sehingga
menimbul rasa ketertarikan mereka untuk menonton film porno melalui internet.
Pornografi pada dewasa ini lebih mudah diakses dan didapatkan. Ini
menjadi salah satu faktor pelajar atau remaja ketagih dengan pornografi. Di sekolah,
Internet sudah disediakan dengan tujuan mengakses dan mencari maklumat dan
informasi secara cepat dan mudah. Namun akses ke internet ini telah
disalahgunakan oleh pelajar untuk mengakses laman web pornografi. Tambahan
pula, pelajar juga boleh memuat turun ataupun menonton film pornografi melalui
telefon bimbit mereka. Kecanggihan dan perkembangan teknologi pada masa kini
membawa manfaat dan juga masalah dalam masa yang sama.

15

ELM3043E
Kesan-kesan Penyalahgunaan Pornografi
Penyalahgunaan atau ketagihan pornografi boleh mendatangkan kesankesan yang tidak sihat seperti menggalakkan seks luar nikah dan penzinaan. Ia juga
boleh menyumbang ke arah penganiayaan seksual kanak-kanak dan keganasan
seks. Seseorang yang ketagihan dengan pornografi akan memupuk sikap, nilai dan
perilaku yang negatif. Seseorang yang terbiasa menonton film pornografi akan
terganggu proses pendidikan seksnya. Contohnya, seseorang itu akan berkembang
menjadi seseorang yang merendahkan wanita secara seksual dan memandang seks
bebas sebagai perilaku normal.
Tambahan pula, ransangan seksual melalui bahan pornografi di Internet
mengganggu kapasiti memori-bekerja (working memory) dan menyebabkan
seseorang individu sukar memberi perhatian terhadap keadaan sekeliling serta
melemahkan kebolehan membuat keputusan dengan baik. Pornografi yang ditonton
oleh pelajar ataupun remaja merupakan sensasi seksual yang diterima sebelum
waktunya. Hal ini akan meninggalkan kesan mendalam di bawah otak sadar yang
seterusnya membuat mereka susah untuk memberi konsentrasi, malas belajar dan
tidak bergairah untuk melakukan aktiviti.

16

ELM3043E
2.3 Cadangan Penyelesaian Masalah
Dengan analisis beberapa isu-isu moral di Malaysia seperti yang dinyatakan,
kita haruslah sedar betapa serius masalah-masalah moral dalam kalangan pelajar
ataupun remaja pada masa kini. Masalah-masalah ini jika tidak ditangani dengan
berkesan akan mendatangkan kesan yang negatif kepada pelajar, remaja ataupun
institusi sekolah. Guru Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam
menangani masalah gejala pelajar di samping merealisasikan hasrat negara
terhadap pembentukan perkembangan individu bermoral. Knoff (1985) menjelaskan
bahawa guru harus melahirkan pelajar yang lebih bertanggungjawab terhadap diri
sendiri dan juga dapat mengawal tingkah laku dirinya sendiri. Berbagai cara boleh
dilaksanakan dalam usaha menangani masalah keruntuhan moral pelajar supaya
pelajar menuju ke arah pembentukan individu bermoral.
Antara cara yang berkesan yang boleh diamalkan dalam usaha menangani
masalah moral pelajar ialah melalui pembinaan nilai-nilai, tingkah laku dan
tatasusila yang timbul atas kesearan pelajar sendiri dengan bantuan guru
menerapkan nilai-nilai dalam diri pelajar. Pernyataan ini juga di sokong oleh Abd
Rahim Abd Rashid (2001) yang menjelaskan pendidikan perlu memainkan peranan
yang berkesan bagi menyemai dan menanamkan nilai-nilai murni sebagai langkah
membentuk dan melahirkan masyarakat yang mempunyai kualiti moral, sosial dan
kerohanian. Pembinaan nilai serta tingkah laku yang baik hendaklah diserapkan
secara beransur-ansur tetapi bukannya secara paksaan. Untuk menjayakan
penerapan nilai-nilai murni, guru hendaklah melaksanakan pelbagai strategi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan strategi
seperti membina kelas yang bercirikan demokrasi, mengajar nilai merentas kurikulum
dan menggunakan pembelajaran kooperatif untuk penerapan nilai-nilai murni dalam
kalangan

murid.

Usaha

ini

dapat

membawa

kepada

keupayaan

pelajar

mendisiplinkan diri tanpa tekanan dari mana-mana pihak dan pembentukan akhlak
dan sahsiah pelajar seterusnya dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.
Selain itu, suasana pembelajaran yang harmonis haruslah diwujudkan
supaya pelajar berasa sekolah seperti rumah keduanya. Guru perlu bersifat positif
dan berdedikasi dalam menyampaikan pengajaran. Pelajar juga perlu dibimbing
dengan kasih sayang walaupun melakukan kesilapan. Suasana pembelajaran yang
harmonis juga memerlukan guru yang suka bergaul mesra dengan pelajar dan
memahami perasaan dan kehendak mereka. Seseorang guru yang memiliki sifatsifat yang mulia dalam diri mereka seperti peramah, mesra, penyayang, bertimbang
17

ELM3043E
rasa, kemas dan suka buat lawak akan lebih suka didampingi oleh pelajar. Suasana
pembelajaran seperti ini bukan sahaja dapat memperkembangkan potensi dan
mengawal emosi pelajar secara menyeluruh seimbang, tetapi dapat membantu guruguru atau pihak sekolah mewujudkan sekolah penyayang. Suasana yang sihat dalam
proses pembelajaran merupakan asas penting dalam melahirkan pelajar yang
bermoral tinggi serta berilmu.
Untuk mewujudakan sekolah penyayang, guru seharusnya menjadi contoh
dan teladan yang baik kepada pelajar.. Segala gerak laku dan perbuatan guru yang
disenangi atau sebaliknya akan diperhatikan dan ditiru oleh pelajar. Oleh itu, segala
tingkah laku dan perbuatan guru akan mempengaruhi sikap dan pembelajaran
pelajar. Contohnya cara guru berpakaian, gaya berjalan, cara pertuturan dan lain-lain
penampilan diri guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar terutama guru yang
menjadi idola kepada pelajarnya. Justeru, guru yang mempunyai personaliti baik
serta perwatakan bersih akan dapat melahirkan generasi yang berakhlak. Hal ini
seterusnya dapat mengelakkan masalah-masalah sosial daripada berlaku.
Seperti yang diketahui, pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu
juga merupakan hasil daripada proses pendidikan yang melibatkan intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Peranan guru sebagai pendidik bagi membentuk generasi yang
bermoral pada masa sekarang dan masa akan datang adalah sangat penting kerana
guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi berperanan membentuk insan yang
berketrampilan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang
diperkenalkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya masalah-masalah
moral dapat dielakkan. Dari segi intelek, guru haruslah melatih pelajar untuk berfikir
secara logik dan rational serta memahami sesuatu dengan lebih mendalam. Guru
boleh memulakan usaha ini menerusi pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Contohnya, guru Pendidikan Moral haruslah memastikan pelajar memahami setiap
nilai yang dipelajari. Guru boleh mengadakan pelbagai aktiviti untuk memastikan
kefahaman murid seperti kuiz Pendidikan Moral, lakonan dan simulasi. Menerusi
aktiviti ini, pelajar dapat memahami dan mengaplikasi nilai-nilai murni yang telah
diajar. Jika pelajar dapat memahami nilai-nilai yang diajar dengan mendalam,
mereka akan mengetahui apa yang patut dibuat dan apa yang tidak sepatutnya
dilakukan. Dengan ini, saya pasti masalah-masalah moral dapat dikurangkan. Dalam
memperkembangkan potensi murid dari segi rohani pula, guru boleh menerapkan
nilai-nilai murni melalui aktiviti atau program. Contoh aktiviti yang pernah dilihat ialah
guru Pendidikan Moral memperkenalkan nilai murni pada setiap perhimpunan. Pada
pendapat saya, semasa memperkenalkan nilai murni tersebut, guru haruslah
18

ELM3043E
memberi contoh yang sesuai untuk digunakan dalam kehidupan seharian supaya
pelajar dapat mengaitkan diri dengan nilai yang diperkenalkan. Nilai murni yang
diperkenalkan pasti dapat membantu mengurangkan masalah-masalah moral kerana
pelajar belajar untuk memahami dan mengaplikasikan nilai-nilai yang dipelajari
seperti kejujuran, integriti dan hormat-menghormati dalam kehidupan mereka.
Ramlah (2004) mentakrifkan motivasi sebagai sesuatu kuasa yang
menggerakkan seseorang melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat dan
kejayaan. Seseorang individu yang bermotivasi dalam kehidupan adalah antara ciri
seorang insan bermoral. Oleh itu, guru berperanan untuk memberikan motivasi dan
semangat kepada murid untuk memperkembangkan pelajar dari segi emosi untuk
mencapai hasrat negara terhadap pembentukan perkembangan insan bermoral.
Guru Pendidikan Moral boleh mengadakan ceramah atau kempen yang dapat
memberi motivasi dan semangat kepada pelajar untuk belajar. Melalui kempen dan
ceramah motivasi, pelajar yang agak lemah akan diberi semangat untuk tidak
berputus asa dan terus berusaha. Saya berpendapat bahawa jika pelajar bermotivasi
untuk belajar, mereka akan menjauhi perlakuan yang tidak baik. Selain daripada
ceramah, guru Pendidikan Moral juga boleh memberi motivasi kepada pelajar melalui
sistem ganjaran di dalam kelas. Contohnya, sistem bintang yang diamalkan oleh
sesetengah guru di mana bintang diberi kepada pelajar yang berkelakuan baik dan
hadiah akan diberi kepada mereka yang telah mencapai quota bintang yang telah
ditetapkan. Pada pendapat saya, pelajar berasa gembira semasa diberi ganjaran dan
mereka akan berusaha lagi pada masa datang manakala pelajar yang tidak diberi
ganjaran akan berasa sedih dan membuat refleksi diri supaya mereka akan
berkelakuan baik pada masa depan dan untuk mendapat hadiah daripada guru.
Saya berpendapat bahawa murid yang kerap membuat refleksi diri jarang akan
melakukan masalah-masalah moral di sekolah.
Selain itu, pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Moral juga
haruslah melibatkan aktiviti yang melibatkan murid untuk berinteraksi dan membuat
pergerakan di kelas seperti menyanyi dengan membuat pergerakan dan berlakon
supaya dapat memperkembangkan murid dari segi fizikal bagi mendorong murid
menjadi insan yang seimbang dan seterusnya memperkembangkan insan bermoral.
Jika murid-murid dapat melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti seperti ini, mereka
akan membina badan yang cergas dengan minda yang cerdas. Dengan adanya
minda yang cerdas, murid-murid akan berfikir secara lebih rasional dan tidak akan
membuat keputusan untuk membuat tingkah laku yang tidak baik.

19

ELM3043E
3.0 RUMUSAN
Masalah sosial yang melanda remaja pada masa kini dipengaruhi beberapa
faktor. Dalam esei ini, faktor-faktor yang dijelaskan adalah pengaruh rakan sebaya,
latar belakang keluarga, pengaruh media massa, bentuk pentadbiran dan budaya
sekolah, proses urbanisasi dan industrialisasi dan faktor pelajar sendiri.
Dalam membentuk generasi yang bermoral, tindakan tersebut hendaklah
dilakukan bermula daripada awal. Ini bersesuaian dengan peribahasa melentur
buluh biar dari rebungnya. Melalui peranan-peranan yang dimainkan oleh guru
Pendidikan Moral dan didikan moral yang positif serta nilai murni yang diterapkan
oleh guru, saya amat berharap pelajar dapat menjauhkan diri daripada terjebak
dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan
manfaat. Bekas Perdana Menteri, Tun Sri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan
subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah juga
bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di bangku sekolah. Hal ini demikian
kerana negara memerlukan generasi yang berpengetahuan, berwibawa dan
berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif.
Namun, bukan sahaja peranan guru Pendidikan Moral tetapi semua pihak
haruslah bekerjasama untuk menghapuskan masalah sosial yang semakin
meruncing ini supaya masalah-masalah moral ini tidak akan menjejaskan hasrat
negara untuk memperkembangkan insan yang bermoral dan seimbang dari segi
intelektual, rohani, emosi dan jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Negara.
Remaja pada masa kini juga seharusnya lebih kuat dan mempunyai jati diri
yang mantap supaya dapat mengawal diri dari gejala-gejala sosial. Sesungguhnya,
remaja yang unggul, berkualiti dan bermoral adalah remaja yang dapat
membangunkan negara supaya lebih setanding dan maju dengan negara-negara
lain.

20

ELM3043E
RUJUKAN
Abd Rahim Abd Rashid. (2001). Nilai- nilai murni dalam pendidikan: Menghadapi
perubahan dan cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Arieff Salleh Rosman dan Wardah Mokhtar (2006). Membentuk Jati Diri Remaja.
Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Bronstein, P. (1994). Patterns of Parent-Child Interaction in Mexican Families: A
Cross Cultural Perspective. Behavioral Development. 17(3). 423-469.
Gottfredson, D.C., McNeil, R.J., & Gottfredson, G.D. (1991). Social area
influences on delinquency: A multilevel analysia. Journal of Research
in Crime and Delinguency, 28, 197-226.
Knoff, H.N. (1985). Discipline in the School: An inservice and consultation program
for educational staff. The school counsellor, 28, 211-217.
Mohamad Khairi Othman Asmawati Suhid. (2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam
Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Mumi: Satu Sorotan.
Malim-Sea Journal of General Studies, 2, 117-130.
Olweus, D. (1996). Bullying of students by teachers. Bergen, Norway: Alma Mater
Forlag.
Pearce, J.B., & Thompson, A.E. (1998). Practical approaches to reduce the impact of
bullying. Arch Dis Child, 79, 528-531.
Pornografi. (2015). Dalam Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dimuat turun dari http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/x-ray-dada/220
Ramlah Jantan. (Eds.).(2004). Psikologi Pendidikan Pendekatan Kotemporari.
Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Stevens V., Bourdeaudhuij I.D., & Oost P.V. (2002). Relationship of the family
environment to childrens involvement in bully/victim problems at school.
Journal of Youth and Adolescence, 31(6), 419-428.
Tam Yeow Kwai (2006). Pendidikan Moral: Konsep dan Pedagogi Pendidikan Moral.
Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

21

ELM3043E
Tattum, D dan Tattum, E (1992). Social Education and Personal Development, David
Fulton, London.
Vandalisme. (2015). Dalam Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Manjung. Dimuat
turun dari http://www.mpm.gov.my/pengenalanvandalisme
Wati, F.A. (2013). Persepsi Remaja Tentang Film Porno Studi Kasus Di SMK Nuri
Samarinda. Ejournal Sosiatri-Sosiologi, 1(3), 1-10.

22

Anda mungkin juga menyukai