Anda di halaman 1dari 25

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

1.0

TAJUK KAJIAN

Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan


pembelajaran Matematik Sekolah Rendah di Sekolah Kebangsaan Kabogan,
Semporna.

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

2.0

PENGENALAN

Noriati A. Rashid et al. (2014) dalam buku Falsafah Pendidikan di Malaysia


menyatakan bahawa kurikulum kebangsaan bermatlamatkan untuk melahirkan
murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat
dan patriotisme serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja
secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 tersebut signifikan dengan enam
aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat
global seperti mana yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025). Aspirasi tersebut merangkumi pengetahuan, kemahiran
berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan
identiti nasional (Goay Teck Chong, Wong Yew Hong dan Suraini Basir, 2013).
Perkara tersebut adalah relevan dengan keperluan dunia pendidikan pada masa ini.
Salah satu aspirasi yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) ialah kemahiran berfikir. Berdasarkan takrifan yang diberikan
oleh Ragbir Kaur Joginder Singh (2013), kemahiran berfikir merupakan proses
kognitif yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian
terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan
pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal
dan munasabah terhadap proses yang dialami. Menurut Mok Soon Sang (2009),
kemahiran berfikir ini amat perlu dikuasai oleh murid kerana kemahiran tersebut
dapat membantu murid untuk memahami kandungan pembelajaran dengan lebih
efektif.
Sufean Hussin (2004) menegaskan bahawa kemahiran berfikir telah
dipraktikkan dalam

kurikulum

sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan

Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekankan
kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011,
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran berfikir aras tinggi ialah
keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Alimuddin Mohd Dom,

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

2012). KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis,


menilai dan mencipta.
Penekanan terhadap aspek KBAT dalam KSSR telah menyebabkan
kurikulum bagi mata pelajaran Matematik turut diolah dan disusun semula
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Perkara tersebut adalah penting untuk
memastikan bahawa kurikulum Matematik di sekolah rendah relevan dengan
keperluan

semasa.

Penyusunan

semula

tersebut

juga

mengambil

kira

kesinambungan yang berterusan ke peringkat seterusnya. Langkah yang diambil


adalah selaras dengan keperluan untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran
matematik kepada murid yang mempunyai latar belakang dan keupayaan yang
pelbagai. Dengan pengetahuan dan kemahiran tersebut, mereka berkemampuan
untuk meneroka ilmu, membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam menghadapi
serta menangani perubahan dan cabaran masa depan.
Dalam konteks kurikulum Matematik, aspek KBAT dapat diterapkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran menerusi aktiviti penyoalan soalan aras tinggi.
Soalan

tersebut

mengaplikasi,

menggalakkan

menganalisis,

pembelajaran

mensintesis

dan

kerana

memerlukan

menilai

maklumat.

murid

Menurut

Parimalarani Sivasubramaniam et al. (2015), terdapat dua jenis soalan dalam


matematik iaitu soalan rutin dan soalan bukan rutin. Soalan rutin melibatkan
penyelesaian masalah yang memberi fokus terhadap penggunaan satu set prosedur
yang diketahui atau yang telah ditetapkan. Manakala, soalan bukan rutin pula
melibatkan penyelesaian masalah yang memerlukan analisis dan penaakulan
matematik. Oleh yang demikian, proses pengajaran dan pembelajaran Matematik
seharusnya memberi penekanan terhadap soalan bukan rutin kerana soalan
tersebut mengandungi elemen-elemen KBAT yang dapat meningkatkan kefahaman
murid terhadap konsep Matematik.

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

3.0

PERNYATAAN MASALAH

Pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011 telah
menyebabkan berlakunya transformasi terhadap sistem pendidikan. Salah satu
daripada transformasi tersebut ialah penekanan terhadap Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid.

Signifikan dengan perkara tersebut,

pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah rendah juga seharusnya


mengimplementasikan elemen-elemen KBAT seperti mana yang ditekankan oleh
KSSR. Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik
Sekolah Rendah, KBAT diaplikasikan menerusi penyoalan soalan aras tinggi yang
memerlukan penaakulan matematik yang kompleks yang mana mempunyai
kepelbagaian jalan penyelesaian. Namun demikian, masih terdapat sesetengah
guru yang kurang memahami cara untuk mengintegrasikan KBAT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Matematik di dalam bilik darjah. Perkara ini sudah
tentu

menyebabkan

pelaksanaan

KBAT

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran Matematik di sekolah rendah tidak dapat dilakukan secara efektif.


Dalam pelaksanaan KBAT dalam konteks pengajaran dan pembelajaran,
guru merupakan individu yang memainkan peranan yang penting. Hal ini demikian
kerana, guru merupakan individu yang berperanan sebagai penyampai ilmu
pengetahuan kepada murid. Untuk melaksanakan KBAT dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik di dalam bilik darjah, kesediaan guru merupakan faktor
utama yang memainkan peranan penting. Berdasarkan pernyataan tersebut, guru
seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan berkaitan dengan bidang
pendidikan khusus, bidang pendidikan umum dan bidang pendidikan pengetahuan
serta pengetahuan berkenaan dengan KBAT. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran, pendekatan dan strategi pengajaran seharusnya mengaplikasikan
elemen-elemen KBAT. Susun atur bilik darjah juga memainkan peranan penting
dalam pelaksanaan KBAT iaitu susun atur seharusnya menggalakkan interaksi
sosial dalam komuniti bilik darjah. Oleh yang demikian, pengkaji melakukan kajian
terhadap pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik Sekolah Rendah di Sekolah Kebangsaan Kabogan,
Semporna.

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

4.0

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran
dan pembelajaran Matematik Sekolah Rendah di Sekolah Kebangsaan Kabogan,
Semporna adalah seperti yang berikut:

i.

Untuk megetahui bidang-bidang pendidikan yang merangkumi bidang


pendidikan umum, bidang pendidikan khusus dan bidang pendidikan
kandungan yang perlu dikuasai oleh guru dalam pelaksanaan KBAT bagi
mata pelajaran Matematik.

ii.

Untuk mengetahui strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang


digunakan oleh guru Matematik ketika melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.

iii.

Untuk mengetahui tahap pengaplikasian soalan-soalan KBAT oleh guru


Matematik ketika melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah.

iv.

Untuk mengetahui susun atur bilik darjah

yang diaplikasikan oleh guru

Matematik untuk melaksanakan KBAT di dalam bilik darjah.


v.

Untuk mengetahui sejauh mana tahap pelaksanaan KBAT dalam mata


pelajaran Matematik Sekolah Rendah.

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

5.0

PERSOALAN KAJIAN

Kajian pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik Sekolah Rendah di Sekolah Kebangsaan Kabogan,
Semporna dijalan adlaah untuk menjawab persoalan kajian yang berikut:

i.

Apakah bidang-bidang pendidikan yang merangkumi bidang pendidikan


umum, bidang pendidikan khusus dan bidang pendidikan kandungan yang
perlu dikuasai oleh guru dalam pelaksanaan KBAT bagi mata pelajaran
Matematik?

ii.

Apakah strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan


oleh

guru

Matematik

ketika

melaksanakan

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran di dalam bilik darjah>


iii.

Bagaimanakah pengaplikasian soalan-soalan KBAT oleh guru Matematik


ketika melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah?

iv.

Bagaimanakah susun atur bilik darjah

yang diaplikasikan oleh guru

Matematik untuk melaksanakan KBAT di dalam bilik darjah?


v.

Sejauh manakah tahap pelaksanaan KBAT dalam mata pelajaran Matematik


Sekolah Rendah?

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

6.0

KUMPULAN SASARAN

Pengkaji telah melakukan kajian pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


(KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Sekolah Rendah di Sekolah
Kebangsaan Kabogan, Semporna. Kumpulan sasaran kajian terdiri daripada empat
orang guru Matematik dan murid-murid tahun 4 Terbilang. Jadual 6.1 menunjukkan
latar belakang responden yang diperolehi menerusi soal selidik.
Responde
n
1

Maklumat
Nama
Umur
Pengalaman
Mengajar
Kelayakan
Akademik
Nama
Umur
Pengalaman
Mengajar
Kelayakan
Akademik
Nama
Umur
Pengalaman
Mengajar
Kelayakan
Akademik
Nama
Umur
Pengalaman
Mengajar
Kelayakan
Akademik

Norasmi binti Haji Mohd Taha


40 tahun
15 tahun
ISMP Pendidikan Matematik
Noor Izyan binti Abdullah
32 tahun
6 tahun
ISMP Pendidikan Matematik
Solahuddin bin Mansur
29 tahun
4 tahun
ISMP Matematik Pendidikan Rendah
Ahmad Basri bin Lahaji
27 tahun
2 tahun
ISMP Sains Pendidikan Rendah

Jadual 6.1: Latar Belakang Responden

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

7.0

KAJIAN LITERATUR

Kurikulum Matematik Sekolah Rendah pada masa ini menekankan penguasaan


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid. Perkara tersebut
adalah signifikan dengan keperluan dan kehendak semasa bidang pendidikan
seperti mana yang ditekankan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu. Hal ini bermakna, KBAT memerlukan proses kemahiran berfikir secara
intelek dengan pemikiran yang meluas serta mendalam sama ada mencari makna
dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau
menyelesaikan
menggabung

masalah.
dan

Seterusnya,

menghubung

kait

seseorang

murid

perlu

memahami,

maklumat

antara

satu

sama

lain,

mengkategorikan dan memanipulasi untuk membolehkan penemuan makna dan


kefahaman yang baharu. Hal ini demikian bagi membolehkan murid berupaya
menggunakan pengetahuan ke arah penyelesaian yang baharu bagi setiap
permasalahan atau peristiwa.
Menurut A. Rahman Haron et al. (2015) menerusi kajian beliau, guru
merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan KBAT
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Berdasarkan
pernyataan tersebut, guru seharusnya menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang
matematik menerapkan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengetahuan ialah domain kompetensi guru matematik yang mempunyai pengaruh
yang kuat ke atas pelaksanaan KBAT dalam konteks Matematik. Guru matematik
perlu menguasai pengetahuan kandungan matematik dengan baik untuk menjadi
guru matematik yang kreatif dan berkesan. Guru matematik yang kurang menguasai
kandungan subjek matematik akan menghadapi masalah untuk mengajar dan
menerapkan unsur-unsur KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara
rinkasnya, pengetahuan terhadap bidang Matematik adalah perlu dalam kalangan
guru untuk melaksanakan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Matematik.

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

Azhari Mariani dan Zaleha Ismail (2013) menerusi kajian mereka


menyatakan bahawa kemahiran guru matematik dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran adalah perlu dalam pelaksanaan KBAT. Kemahiran yang guru
Matematik harus kuasai untuk melaksanakan KBAT secara lebih berkesan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran termasuklah kemahiran memilih strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang bersesuaian. Perkara tersebut
adalah penting kerana dapat memastikan keberkesanan pelaksanaan KBAT dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran. Menerusi penguasaan terhadap kemahirankemahiran tersebut, guru dapat meningkatkan tahap kefahaman murid terhadap
sesuatu topik pembelajaran. Tahap kefahaman yang tinggi dalam kalangan murid
sudah tentu dapat membantu murid untuk berfikir secara KBAT kerana murid
berupaya untuk mengaplikasikan pengetahuan yang mereka peroleh dalam konteks
yang berbeza.
Nurul Huda Ngasiman (2014) menerusi kajiannya menyatakan bahawa
pembelajaran secara koperatif dalam kalangan murid adalah perlu untuk
menerapkan unsur KBAT. Menerusi pembelajaran secara koperatif, kefahaman
murid terhadap pembelajaran dapat ditingkatkan. Hal ini demikian kerana, muridmurid melakukan pembelajaran secara dalam kumpulan yang mana mereka
berbincang antara satu sama lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.
Perbincangan

yang

dilakukan

oleh

murid-murid

tersebut

menggalakkan

percambahan idea yang mana mampu meningkatkan kefahaman murid dalam


sesuatu pembelajaran. Pembelajaran koperatif adalah relevan dengan pelaksanaan
KBAT kerana menekankan suasana pembelajaran secara penerokaan. Oleh yang
demikian, suatu kajian berkenaan dengan pelaksanaan KBAT di sekolah rendah
dilakukan untuk mengetahui aspek-aspek pelaksanaan KBAT dalam pengajaran
dan pembelajaran Matematik.

10

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

8.0

METODOLOGI KAJIAN

Antara kaedah yang digunakan oleh pengkaji sepanjang kajian pelaksanaan


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik Sekolah Rendah di Sekolah Kebangsaan Kabogan, Semporna adalah
seperti yang berikut:

i.

Temu bual
Pengkaji telah melakukan temu bual bersama dengan ketua panitia
Matematik sekolah tersebut berkenaan dengan tahap pelaksanaan KBAT
dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Sekolah Rendah. Perkara
yang dibincangkan dalam temu bual tersebut termasuklah pengetahuan
yang perlu guru miliki.strategi dan pendekatan yang guru tersebut gunakan
untuk melaksanakan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

ii.

Pemerhatian
Pengkaji telah melakukan pemerhatian terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan oleh ketua panitia Matematik sekolah tersebut
untuk melihat aspek pengaplikasian KBAT dalam konteks proses pengajaran
dan pembelajaran Matematik di dalam bilik darjah. Antara aspek yang
diperhatikan adalah berkenaan dengan strategi dan pendekatan pengajaran
yang

guru

gunakan

dalam

melaksanakan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran Matematik, susun atur bilik darjah dan beberapa aspek lain.
iii.

Analisis bahan pengajaran


Pengkaji telah melakukan penganalisisan terhadap bahan pengajaran yang
digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik
Sekolah Rendah di sekolah sasaran. Antara bahan-bahan pengajaran yang
dianalisis oleh pengkaji ialah buku teks, lembaran kerja dan buku latihan
murid. Menerusi penganalisisan tersebut, pengkaji dapat mengetahui
bentuk-bentuk soalan yang guru berikan kepada murid.

iv.

Soal selidik

11

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

Pengkaji telah melakukan soal selidik terhadap empat orang guru Matematik
sesi pagi di sekolah sasaran melalui pengedaran borang soal selidik seperti
mana yang terdapat dalam lampiran. Antara perkara yang terkandung dalam
borang soal selidik termasuklah latar belakang, pengetahuan berkaitan
KBAT, kemahiran berkaitan KBAT, amalan pengajaran dan pembelajaran
berkaitan KBAT dan implikasi KBAT terhadap pencapaian murid.

12

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

9.0

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan terhadap Puan Norasmi binti Mohd
Taha yang juga merupakanketua panitia Matematik SK Kabogan, terdapat beberapa
maklumat yang pengkaji peroleh berkenaan dengan pelaksanaan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran Matematik di sekolah sasaran.
Menurut beliau, kesediaan guru memainkan peranan yang penting dalam
pelaksanaan KBAT. Berdasarkan pernyataan tersebut, guru perlu menguasai
kursus-kursus yang telah dipelajari ketika berada dalam bidang pendidikan yang
merangkumi kursus pendidikan kandungan, kursus pendidikan khusus dan kursus
pendidikan umum. Kursus pendidikan kandungan merupakan kursus yang sangat
penting untuk dikuasai oleh guru kerana membantu guru untuk meningkatkan
pemahaman murid terhadap isi pembelajaran. Hal ini demikian kerana, guru
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bidang Matematik yang
membolehkan guru tersebut menjelaskan secara terperinci berkenaan sesuatu topik
pembelajaran kepada murid. Manakala, kursus pendidikan khusus dan kursus
pendidikan umum melengkapkan guru dengan kemahiran yang diperlukan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Menerusi penguasaan terhadap kursus
bidang pendidikan khusus, guru dapat membantu guru dalam aspek pengurusan
bilik darjah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Penguasaan
terhadap kursus pendidikan khusus guru membantu untuk melaksanakan
pengajaran secara lebih efektif kerana guru memilih kaedah pengajaran yang
menerapkan unsur-unsur KBAT. Intihanya, pengetahuan guru terhadap kandungan
dalam sesuatu mata pelajaran merupakan perkara yang dalam pelaksanaan KBAT
di samping kemahiran pedagogi dan aspek pengurusan bilik darjah (Rajendran,
2001).
Antara langkah yang diambil oleh guru Matematik di sekolah sasaran untuk
meningkatkan kesediaan mereka dalam pelaksanaan KBAT dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik ialah menghadiri kursus KBAT sekolah rendah yang
dianjurkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Semporna. Menerusi
kursus tersebut, guru dapat meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan dengan
aspek-aspek pelaksanaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik
yang merangkumi aspek strategi dan pendekatan. Perkara tersebut membantu guru

13

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

untuk meningkatkan pengetahuan mereka terhadap pedagogi Matematik masa kini


seperti mana yang dikehendaki. Pengetahuan tersebut amat berguna kepada guru
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi elemenelemen KBAT. Setelah menghadiri kursus tersebut, guru Matematik di sekolah
sasaran melakukan perbincangan sesama mereka mengenai strategi dan
pendekatan pengajaran yang relevan untuk diaplikasikan dalam konteks murid.
Selain itu, guru Matematik tersebut juga turut membincangkan mengenai lembaran
kerja yang mengandungi elemen-elemen KBAT seperti kemahiran mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta mengikut tajuk yang terdapat dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik (SK) Sekolah Rendah. Ringkasnya,
pengkaji

mendapati bahawa guru-guru Matematik di sekolah sasaran telah

mengetahui asas KBAT dalam aspek pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran Matematik.

Gambar 9.1: Temu Bual Bersama Ketua Panitia Matematik

Pengkaji telah melakukan pemerhatian terhadap proses pengajaran dan


pembelajaran yang dilakukan oleh ketua panitia Matematik untuk melihat
pendekatan dan strategi pengajaran yang dilakukan oleh guru tersebut dalam
melaksanakan KBAT. Pengkaji mendapati bahawa guru tersebut mengaplikasikan
pendekatan

konstruktivisme

dalam

melaksanakan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran. Pendekatan konstruktivisme yang diaplikasikan oleh guru tersebut


menyebabkan

murid

terlibat

secara

aktif

dalam

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran. Menurut Noriati A. Rashid et al. (2009), pendekatan konstruktivisme

14

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

menekankan interaksi sosial dalam kalangan murid untuk membina pengetahuan


secara aktif. Dalam konteks pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, guru
Matematik tersebut melaksanakan aktiviti secara berkumpulan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran sebaik sahaja selesai menjelaskan isi pembelajaran.
Guru tersebut mengarahkan murid untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan
melalui perbincangan bersama dengan rakan dalam kumpulan. Menurut guru
tersebut, pengaplikasian aktiviti perbincangan untuk menyelesaikan sesuatu
tugasan menggalakkan pertukaran pendapat dan idea dalam kalangan murid yang
mendorong ke arah KBAT. Hal ini demikian kerana, setiap murid mempunyai kaedah
dan cara yang berbeza untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru.
Dengan mengetahui pelbagai kaedah dan cara penyelesaian, murid dapat
mengaplikasikan kaedah-kaedah tersebut dalam konteks yang berlainan untuk
menyelesaikan sesuatu tugasan. Tuntasnya, guru Matematik menerapkan unsur
KBAT

menerusi

pengaplikasian

pendekatan

konstruktivisme

dalam

aktiviti

pengajaran dan pembelajaran Matematik di dalam bilik darjah.

Gambar 9.2: Pendekatan Konstruktivisme Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Matematik
Guru Matematik di sekolah sasaran juga menggunakan strategi berpusatkan
masalah bagi meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap KBAT. Mok (2009)
menyatakan

bahawa

strategi

berpusatkan

masalah

dapat

meningkatkan

pemahaman murid terhadap konsep yang disampaikan oleh guru. Strategi


berpusatkan masalah ini merupakan salah satu medium untuk meningkatkan
kemahiran murid ke arah KBAT seperti mana yang ditekankan dalam KSSR. Hal ini
demikian kerana, strategi berpusatkan masalah menggalakkan murid untuk berfikir
iaitu melakukan pengaplikasian, penganalisisan dan penilaian terhadap masalah
yang

hendak

diselesaikan.

Ketika

melaksanakan

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran, guru tersebut menggunakan soalan-soalan yang melibatkan masalah


15

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

bukan rutin iaitu masalah yang memerlukan analisis dan penaakulan matematik
yang dipetik daripada buku teks Matematik SK KSSR. Menurut Guru tersebut,
penggunaan buku teks Matematik SK KSSR dalam aktiviti
pembelajaran

adalah

relevan

dengan

memerlukan murid berfikir secara

kehendak

pengajaran dan

kurikulum

semasa

yang

KBAT. Konklusinya, pengaplikasian strategi

berpusatkan masalah yang digunakan oleh guru tersebut menggalakkan pemikiran


ke arah KBAT dalam kalangan murid menerusi penggunaan soalan-soalan yang
tedapat dalam buku teks Matematik SK KSSR yang mana melibatkan masalah
bukan rutin.

Gambar 9.3: Buku Teks Matematik KSSR Tahun 5


Pengkaji juga mendapati bahawa guru menggunakan susun atur bilik darjah
abad ke-21 bagi mengaplikasikan elemen-elemen KBAT dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran Matematik. Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2013), susun
atur bilik darjah abad ke-21 membolehkan murid terlibat secara aktif dalam
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah menerusi
pembelajaran secara koperatif dalam kumpulan yang kecil. Perkara tersebut sudah
tentu menggalakkan perbincangan dalam kalangan murid yang kemudiannya
menyebabkan berlakunya percambahan idea. Berdasarkan pemerhatian yang
pengkaji lakukan, guru Matematik tersebut membahagikan tempat duduk murid
kepada tiga kumpulan seperti yang ditunjukkan oleh Gambar 9.4. Guru tersebut
menyatakan

bahawa

susun

atur

tempat

duduk

murid

yang

sedemikian

memudahkan guru untuk melaksanakan aktiviti berkumpulan yang membolehkan


murid bertukar-tukar pendapat antara satu dengan lain. Selain daripada
menggalakkan perbincangan yang mendorong ke arah pemikiran KBAT, susun atur
tempat duduk murid seperti Gambar 9.4 memudahkan guru untuk menyampaikan

16

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

isi pembelajaran kepada murid kerana memudahkan guru bergerak di dalam bilik
darjah. Hal ini sudah tentu memudahkan guru untuk meningkatkan pemahaman
konsep Matematik dalam kalangan murid. Menurut guru tersebut, sekiranya murid
memahami konsep Matematik, murid berupaya mengaplikasikan pengetahuan yang
diperoleh untuk menyelesaikan soalan yang mengandungi masalah Matematik.
Deduksinya, susun atur bilik darjah yang guru tersebut aplikasikan ketika
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik signifikan dengan
pembelajaran pada masa kini yang menekankan pembelajaran secara koperatif.

Gambar 9.4: Pembelajaran Secara Koperatif di Dalam Bilik Darjah

Untuk mendapatkan maklumat mengenai pelaksanaan KBAT di sekolah


sasaran,

pengkaji

telah

melakukan

penganalisisan

terhadap

bahan-bahan

pengajaran yang digunakan oleh guru ketika melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

Dengan

melakukan

penganalisisan

terhadap

bahan-bahan

pengajaran yang digunakan, pengkaji dapat mengetahui sama ada soalan-soalan


yang terkandung bahan-bahan pengajaran tersebut mengandungi elemen-elemen
KBAT atau sebaliknya. Berdasarkan analisis yang telah pengkaji lakukan, guru
Matematik di sekolah tersebut menggunakan bahan-bahan pengajaran yang
mengandungi soalan-soalan KBAT di mana memerlukan kemahiran mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta dalam kalangan murid. Guru Matematik di
sekolah sasaran menggunakan buku kerja yang mengandungi soalan-soalan KBAT.
Perkara ini dapat dibuktikan menerusi latihan yang guru berikan kepada murid
seperti yang ditunjukkan oleh Gambar 9.6. Soalan tersebut merupakan soalan
KBAT

kerana

memerlukan

murid

untuk

melakukan

penganalisisan

untuk

menyelesaikan masalah yang terdapat dalam soalan tersebut. Guru tersebut

17

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

menyatakan bahawa soalan yang terkandung dalam buku kerja tersebut merupakan
contoh soalan-soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) terkini. Tujuan guru
tersebut menggunakan buku kerja dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
untuk

membiasakan

murid-murid

menjawab

soalan-soalan

KBAT

sebagai

persediaan untuk menghadapi UPSR. Hal ini demikian kerana, UPSR bermula pada
tahun 2016 mengandungi 40% item soalan KBAT (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2016). Ringkasnya, bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengandungi soalan-soalan KBAT
yang memerlukan kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta
dalam kalangan murid.

Gambar 9.5: Buku Kerja Matematik

Gambar 9.6: Buku Latihan Murid


Berdasarkan soal selidik yang pengkaji telah lakukan, penggunaan alat
berfikir turut guru Matematik tersebut aplikasikan dalam pengajaran dan

18

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

pembelajaran Matematik untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara KBAT


dalam kalangan murid. Penggunaan alat berfikir ini mampu meningkatkan
pemahaman murid terhadap sesuatu isi pembelajaran yang guru ajarkan ketika
berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini
demikian kerana, penggunaan alat berfikir ini membantu untuk mempertingkatkan
dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid yang menjadi asas
kepada pemikiran secara KBAT. Antara alat berfikir yang boleh digunakan ialah peta
minda, jadual, peta I-think dan sebagainya. Menurut guru Matematik tersebut, alat
berfikir diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik ketika
guru

menerangkan

berkenaan

dengan

konsep

Matematik.

Guru

tersebut

menyatakan bahawa penggunaan alat berfikir ini membantu murid untuk memahami
formula Matematik agar murid dapat membuat perkaitan antara formula-formula
tersebut. Sebagai contoh, penggunaan I-think mampu meningkatkan pemahaman
murid terhadap perkaitan antara pecahan, perpuluhan dan peratusan seperti mana
yang guru tersebut nyatakan. Dengan mengetahui perkaitan tersebut, murid dapat
mengaplikasikan pelbagai algoritma untuk menyelesaikan sesuatu masalah
kompleks dalam bidang Matematik. Penggunaan alat berfikir ini dapat dilihat
menerusi sudut mata pelajaran Matematik yang terdapat dalam kelas tersebut
seperti mana yang ditunjukkan oleh Gambar 9.7. Guru Matematik juga menyatakan
bahawa alat berfikir yang terdapat dalam sudut mata pelajaran Matematik tersebut
sering kali bertukar mengikut topik yang guru ajar. Konkulsinya, guru Matematik di
sekolah sasaran menggunakan alat berfikir untuk menerapkan KBAT dalam
kalangan murid.

Gambar 9.7 : Penggunaan Alat Bantu Berfikir di Dalam Bilik Darjah

KESIMPULAN

19

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

Pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011 telah
menyebabkan berlakunya perubahan dalam kurikulum Matematik sekolah rendah.
Salah satu perubahan tersebut ialah penekanan terhadap Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid. Untuk itu, peranan guru melaksanakan KBAT
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah perlu.
Berdasarkan kajian pelaksanaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik Sekolah Rendah di Sekolah Kebangsaan Kabogan, pelaksanaan KBAT
di sekolah tersebut berada pada tahap yang baik. Perkara ini dapat dilihat menerusi
persediaan yang guru-guru Matematik di sekolah tersebut lakukan. Antara
persediaan yang dilakukan oleh guru tersebut ialah memperlengkapkan diri dengan
ilmu pengetahuan berkaitan dengan KBAT serta melakukan kolaborasi antara satu
dengan lain untuk meningkatkan kualiti pembelajaran. Dari segi pendekatan dan
strategi

pengajaran

yang

digunakan,

guru-guru

Matematik

tersebut

juga

menggunakan pendekatan dan strategi pengajaran yang menjurus ke arah KBAT


seperti strategi berpusatkan masalah dan pendekatan konstruktivisme. Susun atur
bilik darjah yang guru-guru Matematik tersebut juga mengaplikasikan susun atur
bilik darjah yang menggalakkan pembelajarankoperatif yang mendorong ke arah
percambahan idea dalam kalangan murid. Pengaplikasian juga dapat dilihat
menerusi penggunaan alat berfikir yang guru-guru Matematik aplikasikan ketika
melaksanakan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

untuk

meningkatkan

pemahaman murid terhadap konsep matematik yang guru sampaikan.


umumya,pelaksanaan

KBAT

pelaksanaan

KBAT

dalam

Secara

pengajaran

dan

pembelajaran Matematik Sekolah Rendah di Sekolah Kebangsaan Kabogan berada


pada tahap yang baik. Namun demikian, pelaksanaan KBAT di sekolah tersebut
tidak sejajar dengan pencapaian murid-murid terhadap KBAT. Perkara ini dapat
dilihat menerusi markah peperiksaan yang murid peroleh ketika peperiksaan
pertengahan tahun

di mana pencapaian tertinggi murid hanya mencapaitahap

memuaskan. Oleh yang demikian, guru-guru Matematik di sekolah tersebut perlulah


memikirkan

cara

dan

kaedah

untuk

mengukuhkan

meningkatkan aspek KBAT dalam kalangan murid.

20

asas

matematik

dan

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

REFLEKSI

Pengkaji telah melaksanakan kajian berkenaan dengan pelaksanaan Kemahiran


Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di SK Kabogan, Semporna bermula pada 19 September
2016 sehingga 2016 signifikan dengan program Pengalaman Berasaskan Sekolah
yang pengkaji jalani. Pada tarikh hari pertama, pengkaji melaporkan diri ke SK
Kabogan bagi menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah di samping
menjalankan kajian pelaksanaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik di sekolah tersebut. Pengkaji telah memaklumkan kepada pihak
pentadbir sekolah berkenaan dengan tujuan PBS dan kajian yang pengkaji lakukan.
Pihak pentadbir mengarahkan pengkaji untuk berjumpa dengan ketua panitia
Matematik sekolah tersebut.
Untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian,
pengkaji telah berjumpa dengan ketua panitia Matematik sekolah tersebut berserta
dengan tiga orang guru Matematik tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Pengkaji
mengedarkan borang soal selidik kepada guru-guru tersebut untuk mendapatkan
maklumat berkenaan dengan latar belakang guru tersebut serta amalan KBAT yang
guru-guru tersebut aplikasikan di dalam bilik darjah. Setelah itu, pengkaji melakukan
temu bual bersama dengan ketua panitia Matematik untuk mengetahui tahap
kesediaan guru Matematik sekolah sasaran berkenaan dengan pelaksanaan KBAT.
Hasil daripada temu bual tersebut, pengkaji mendapati tahap kesediaan guru
Matematik di sekolah ini dalam pelaksanaan KBATberada pada tahap yang baik.
Pengkaji juga melakukan pemerhatian terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang ketua panitia Matematik jalankan. Pengkaji mendapati bahawa
guru tersebut menerapkan elemen-elemen KBAT dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik. Pengkaji telah melakukan
analisis terhadap bahan-bahan pembelajaran yang guru gunakan. Pengkaji
mendapati bahawa guru Matematik menggunakan bahan pembelajaran yang
mengandungi item-item soalan KBAT.
Kerjasama yang diberikan oleh guru Matematik di sekolah sasaran amat baik
sehingga membolehkan pengkaji memperoleh maklumat yang diingini bagi
menjawab persoalan kajian. Namun demikian, terdapat beberapa masalah yang

21

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

pengkaji hadapi semasa melaksanakan kajian ini. Antaranya , pengkaji mengalami


kesukaran untuk mencari masa temu bual yang sesuai bersama dengan ketua
panitia. Hal ini demikian kerana, ketua panitia mempunyai jadual yang padat terlibat
dalam penganjuran kursus berkaitan pedagogi Matematik yang diadakan di luar
kawasan sekolah. Oleh yang demikian, pengkaji seharusnya mencari guru
Matematik yang lain sebagai responden kajian bagi menjalankan sesi temu bual.
Selain itu, masalah yang pengkaji hadapi ialah kurangnya kerjasama daripada
murid-murid

tahun 5 sekolah tersebut. Perkara ini menyebabkan pengkaji

mengalami kesukaran untuk mendokumentasikan pengajaran dan pembelajaran


yang dilakukan oleh guru Matematik di sekolah sasaran. Untuk itu, pengkaji
seharusnya bersifat lebih tegas dalam melakukan pendokumentasian pengajaran
dan pembelajaran kerana perkara tersebut dapat mengawal disiplin murid.
Menerusi pelaksanaan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa sukatan
pelajaran dalam kurikulum Matematik telah mengalami perubahan. Kurikulum
Matematik yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
mengandungi sukatan pelajaran terbaharu berbeza dengan kurikulum Matematik
sebelum ini. Hal ini dapat dilihat apabila terdapat tajuk berkenaan dengan koordinat
serta nisbah dan kadaran yang mana tidak terdapat dalam kurikulum Matematik
sebelum ini.
Pelaksanaan kajian ini meningkatkan kefahaman pengkaji terhadap aspek
item soalan KBAT seperti mana yang ditekankan dalam KSSR. Tidak seperti
kurikulum Matematik sebelum ini, kurikulum Matematik terkini memerlukan murid
untuk menyelesaikan soalan dengan melakukan penaakulan pada tahap yang
tinggi. Hal ini demikian kerana, kurikulum Matematik masa kini menekankan
penyoalan soalan aras tinggi dalam kalangan murid. Perkara ini sejajar dengan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mula memberi perhatian terhadap
soalan-soalan KBAT.
Menerusi kajian ini juga, pengkaji dapat mengetahui bahawa kemahiran
menggunakan teknologi

menggunakan teknologi merujuk kepada keupayaan

mengguna dan mengendali alat matematik seperti abakus, kalkulator, komputer,


perisian pendidikan, laman web di Internet mula diberi perhatian dalam kerangka
kurikulum Matematik masa ini. Perkara ini relevan dengan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia yang ingin mengintegrasikan teknologi dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran.

22

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

Pengkaji juga dapat mengetahui perubahan strategi dan pendekatan dalam


pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah rendah. Kurikulum Matematik
sekolah rendah pada masa ini menekankan pembelajaran secara kontruktivisme
dan strategi berpusatkan masalah. Ini kerana, pendekatan dan strategi pengajaran
tersebut

menggalakkan

percambahan

idea

dalam

kalangan

murid

untuk

meningkatkan kefahaman konsep murid. Perkara ini sudah tentu mendorong murid
untuk berfikir secara KBAT.

23

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

RUJUKAN

A. Rahman Harun et al. (2015). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Alimuddin Mohd Dom. (2015). Gelombang 1 PPPM (2013-2015) Tercapai. Dilayari
pada

22

September

2016

daripada

http://www.utusan.com.my/rencana/gelombang-1-pppm-2013-2015-tercapai1.373552.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Matematik Sekolah Kebangsaan. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Mok Soon Sang. (2009). Murid dan Alam Belajar. Puchong: Penerbitan Multimedia
Sendirian Berhad.
Noriati A. Rashid et al. (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar
Sendirian Berhad.
Noriati A. Rashid et al. (2014). Falsafan dan Pendidikan di Malaysia. Shah Alam:
Oxford Fajar Sendirian Berhad.
Nurul Huda Ngasiman. (2014). Kaedah Pembelajaran Koperatif Terhadap
Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Matematik. Dilayari pada 19
September 2016 daripada http://eprints.uthm.edu.my/5358/1/.pdf.
Rajendran. (2012). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Tanjung Malim:
Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ragbir Kaur Joginder Singh. (2013). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sendiran Berhad.
Parimalarani Sivasubramaniam et al. (2015). Literasi Nombor. Puchong: Penerbitan
Multimedia Sendirian Berhad.
Sufean Hussien. (2004). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

24

MTES3063 Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

LAMPIRAN

25