Anda di halaman 1dari 13

Penulisan akademik

Membincangkan penggunaan satu aplikasi Web 2.0 untuk meningkatkan


pembelajaran murid dengan menggunakan analisis SWOT dalam 1500 patah
perkataan.
Istilah Web 2.0 pertama kalinya diperkenalkan oleh OReilly Media pada
tahun 2004 sebagai teknologi Web generasi kedua yang boleh dilayari secara
kolaborasi dan pengkongsian maklumat secara online. Menurut Tim OReilly, Web
2.0 dapat didefinisikan sebagai berikut: Web 2.0 adalah revolusi arus perniagaan di
industri komputer yang disebabkan oleh penggunaan internet sebagai platform, dan
merupakan suatu percubaan untuk memahami pelbagai peraturan bagi mencapai
keberhasilan pada platform baru tersebut. Istilah Web 2.0 adalah yang berkaitan
dengan aplikasi web yang memudahkan perkongsian maklumat penyertaan, saling
boleh kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna, dan kerjasama di World Wide
Web.

Laman

Web

2.0

membolehkan

pengguna

untuk

berinteraksi

dan

bekerjasama dengan satu sama lain dalam dialog media sosial sebagai pencipta
kandungan yang dihasilkan pengguna dalam komuniti maya. Contoh Web 2.0
termasuk laman rangkaian sosial, youtube, wiki, laman perkongsian video, blog,
Friendster, Myspace, Youtube, Fickr, aplikasi web, Mashup, folksonomies dan
sebagainya. Web 2.0 ini telah mengubah dunia teknologi internet di seluruh dunia.
Ini menyebabkan internet menjadi kegilaan ramai oleh pengguna internet. Misalnya
penggunaan halaman web facebook dan twitter yang sangat popular pada masa ini.
Seluruh masyarakat dunia setiap hari melayari facebook mereka untuk berkongsi
maklumat, ilmu, gambar, aktiviti mereka seharian.
Dalam bidang pendidikan, teknologi Web 2.0 telah menyediakan guru-guru
mengenai satu kaedah baru untuk mendekati pelajar-pelajarnya dengan cara yang
lebih bermakna. Pelajar lahir di zaman teknologi media baru ini kurang minat untuk
menyiapkan lembaran kerja dan mendengar ceramah yang diberikan oleh guru
mereka. Ini kerana pelajar-pelajar telah terlibat di peringkat sejagat (global).
Kekurangan penyertaan dalam bilik darjah tradisional telah menahan banyak fakta
sebaliknya pelajar berpeluang menerima maklum balas atau fakta yang lebih baik
melalui atas talian (online). Penggunaan teknologi berasaskan web dalam
pendidikan mendorong kepada anjakan paradigma peranan guru dan pelajar. Selain

daripada berperananan sebagai penyampai maklumat, guru kini berperanan sebagai


perangcang strategi kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan web
sebagai fasilitator. Manakala pelajar bukan sahaja menjadi penerima maklumat
daripada guru semata-mata tetapi pelajar kini boleh menjadi penyumbang aktif
kepada pelbagai maklumat. Penggunaan teknologi Web 2.0 yang diaplikasikan
dalam pendidikan mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui
penggunaan aplikasi tersebut, pelajar tidak sekadar mengakses Internet untuk
mendapatkan maklumat bahkan mereka juga dapat membina pengetahuan melalui
interaksi sosial. Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan pengintegrasian
teknologi Web 2.0 seperti blog dan wiki di dalam persekitaran pembelajaran
berkesan untuk meningkatkan kepuasan pelajar, meningkatkan kualiti pembelajaran
serta mewujudkan interaksi sosial diantara pelajar dan pendidik.
Dalam kerja kursus ini, saya akan menerangkan penggunaan Blog untuk
meningkatkan pembelajaran murid dengan menggunakan analisis SWOC. Apakah
itu blog? Pada amnya, log web atau blog (kata lakur daripada perkataan Inggerisnya
weblog) merupakan diari peribadi, ruang kolaboratif, saluran berita terkini dan
koleksi pautan kepada memo-memo pandangan peribadi anda untuk tatapan umum.
Pendek kata, blog anda boleh menjadi apa-apa sahaja yang anda inginkan. Terdapat
pelbagai bentuk dan jenis blog, dan tiada peraturan yang tetap mengenainya.
Ringkasnya, blog ialah satu laman web untuk anda membuat catatan secara
berterusan. Perkara baharu dipaparkan pada bahagian paling atas agar pelawat
boleh membaca catatan terkini. Kemudian mereka boleh memberi komen terhadap
entri anda, membuat pautan kepadanya atau menghantar e-mel kepada anda.
Dalam bidang pendidikan, blog digunakan bagi memenuhi pelbagai bentuk
keperluan komunikasi untuk membantu amalan e-pembelajaran. Menurut Susana
dan Sergio, blog boleh digunakan oleh pengajar dan pelajar melalui Blog Pengajar
dan Blog Pelajar. Blog Pengajar ditulis oleh pengajar kebanyakannya digunakan
sebagai satu saluran komunikasi tambahan untuk berkongsi maklumat dengan
pelajar mereka. Blog pengajar biasanya mengandungi maklumat berkaitan
kandungan kursus, pengurusan kursus, komen-komen am kepada pelajar tentang
kemajuan pembelajaran mereka, dan sebagainya. Manakala Blog Pelajar ditulis oleh
pelajar pada asasnya ialah blog pembelajaran atau blog projek. Blog pembelajaran

merupakan suatu diari pembelajaran, yang dibina serentak dengan pengalaman


pembelajaran,

dan

memberikan

laporan

tentang

kandungan

serta

proses

pembelajaran (termasuk masa yang diambil, sumber-sumber yang digunakan dan


sebagainya). Blog projek yang biasanya ditulis oleh sekumpulan pelajar pula
mencatatkan perkembangan dan dapatan projek.

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan Blog ini dilihat sebagai salah satu
kaedah yang dapat menjamin keupayaan pelajar untuk berfikir dan meningkatkan
daya imaginasi pelajar untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran yang
pelbagai. Ia juga untuk mengubah corak pembelajaran tradisional kepada moden
maka disebabkan itulah wujudnya blog-blog pendidikan. Namun begitu, laman web
berasaskan

pendidikan

perlulah

meliputi

beberapa

aspek

penting

seperti

mengandungi mesra pengguna bagi memudahkan pelajar mengakses bahan,

penggunaan bahan yang menarik dan sejajar dengan perkembangan teknologi


terkini.
Terdapat banyak kelebihan penggunaan blog dalam pengajaran dan
pembelajaran guru. Contohnya, blog merupakan satu alternatif untuk menyimpan
idea atau tugasan untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang kepada pelajar.
Dengan penggunaan blog juga dapat melatih kemahiran kreativiti pelajar semasa
mengubahsuai blog diri sendiri. Blog-blog pendidikan yang dihasilkan dihiasi dengan
pelbagai grafik seperti reka bentuk yang menarik, elemen muzik yang dimasukkan,
visual yang menarik dan sebagainya yang mampu menarik minat pelajar untuk
melayarinya. Pelajar juga akan menjadi aktif kerana pembelajaran lebih menarik dan
ia tidak terhad kepada penggunaan buku teks sahaja jika guru menggunakan blog
dalam pengajaran dan pembelajarannya. Selain itu, blog juga boleh dikunjungi pada
bila-bila masa dan di mana sahaja yang membolehkan pelajar tidak terikat dengan
masa yang terhad.

Melalui blog juga pelajar tidak akan dikenakan bayaran di

samping data dan maklumat yang dimasukkan dalam blog dapat disunting, dikutip
dan ditaksir oleh pelajar.

Pelajar juga menyatakan pendapat bahan-bahan

pembelajaran yang dimasukkan banyak membantu pelajar untuk meningkatkan


pemahaman pada sesuatu topik. Ini kerana pelajar dapat meneroka pautan-pautan
lain yang terdapat pada blog tersebut dan ia memudahkan pelajar untuk
mendapatkan bahan tambahan lain.

Oleh itu, penggunaan blog dalam proses

pengajaran dan pembelajaran adalah perlu bagi mentransformasikan pengajaran


tradisional kepada moden yang menggunakan ICT seiring dengan peredaran
zaman.
Dengan penggunaan blog, pelajar dapat mengumpul banyak maklumat
berkaitan sesuatu topik di samping dapat memberi komen dan berkongsi idea pada
ruangan yang disediakan. Penggunaan blog juga menggalakkan guru dan pelajar
berkolaborasi melalui bertukar-tukar pendapat, berkongsi idea dan komen-komen
yang positif. Dengan komen-komen tersebut dapat mencetuskan pemikiran secara
kreatif dan kritis deripada pelajar. Perkongsian pendapat antara guru dan pelajar
akhirnya dapat meningkatkan profesion dan prestasi akademik pelajar. Bukan itu
sahaja, penggunaan Blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru juga
dapat melatih kemahiran menulis dalam pelbagai bahasa dan dapat meningkatkan
pembelajaran pelajar dan akhirnya dapat membantu mereka dalam pencapaian

akademik masing-masing. Bagi pelajar yang menjadi pengikut sesuatu blog mereka
akan menerima maklumat-maklumat terbaru yang akan dihantar melalui e-mel. Ini
memudahkan pelajar mendapatkan maklumat-maklumat terbaru dari semasa ke
semasa. Menurut

Noorfazlinda Binti Othman (2010), penggunaan blog sebagai

medium penghubung yang membolehkan maklumat atau bertukar pendapat dengan


pengguna yang lain tanpa sempada atau kekangan masa.

Untuk memastikan

penggunaan blog dalam bidang pendidikan dilaksanakan maka guru perlu


mengoptimumkan penggunaan blog sebagai perantara komunikasi antara guru dan
pelajar. Menurut Kuropatwa (2005), penggunaan blog di dalam kelas mempunyai
potensi yang tinggi untuk mempengaruhi pelajar dalam banyak cara positif
antaranya medium permulaan memperkenalkan konsep baharu, forum untuk
perbincangan da menjawab kuiz di atas talian. Oleh itu, penggunaan blog pada
masa kini sangat membantu dalam sistem pendidikan di negara kita.
Walau bagaimanapun, Blog sepertinya memiliki kesempurnaan dalam
pendidikan tetapi masih ada kekurangannya seperti bahan yang disimpan dalam
blog belum tentu kesahihannya kerana ada maklumat yang dimasukkan belum di
semak dan dipantau. Dengan ini, kemungkinan besar akan menyebabkan berlaku
penyamaran identiti kerana menggunakan blog yang sedia ada dan biasanya
pengguna akan tertipu kerana sebenar tidak didedahkan. Bukan itu sahaja,
penulisan yang dimasukkan dalam blog mungkin menggunakan ayat-ayat atau
perkataan yang memburuk-burukkan bangsa, agama, masyarakat atau negara.
Blogger yang berniat jahat akan berlaku penyebaran maklumat yang negatif, gambar
lucah, video lucah atau bahan-bahan terlarang lain yang sangat mudah didapati
melalui internet. Selain itu, proses pembelajaran agak sukar kerana ada segelintir
pelajar lebih meminati pembelajaran di dalam bilik darjah berbanding dengan
internet kerana pelajar mahu dipantau dan dibantu oleh guru. Penggunaan blog juga
terhad kerana tidak semua pelajar mempunyai talian internet di rumah dan peluang
untuk mengakses hanya di rumah.
memberi

komen

atau

kritikan.

Oleh itu, terdapat pelajar yang tidak dapat


Penggunaan

blog

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran kemungkinan besar akan menjadi pembelajaran berorientasikan guru


di mana guru mengedarkan nota dan bahan daripada blog kepada pelajar kerana
pelajar tiada inisiatif untuk mendapatkan bahan dari blog guru. Dengan penggunaan
blog juga akan berlakunya kes peniruan kerana pelajar yang aktif akan sentiasa ke

hadapan untuk mengambil bahagian manakala yang pasif akan mendengar sahaja
jawapan atau pendapat yang diberikan rakan kerana pelajar malas berfikir dan
menggunakan jawapan dan maklumat yang ada sebagai jawapannya. Kadangkala
guru juga akan gagal memantau jawapan yang diberikan pelajar menyebabkan
jawapan yang diberikan kurang tepat dan tidak sesuai dikongsi oleh pelajar lain.
Di samping itu, terdapat beberapa cabaran yang akan berlaku dengan
penggunaan Blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Cabaran utama yang
wujud adalah kemahiran tenaga pengajar iaitu warga pendidik untuk menggunakan
Blog. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan kurang cekap
mengendalikan peralatan-peralatan ICT. Hal ini sangat berbeza dengan generasi
selepa sera 1990-an yang cekap dan berpengetahuan luas dalam hal penggunaan
ICT. Masih terdapat guru yang tidak tahu menggunakan komputer untuk
memasukkan data atau masih terkial-kialuntuk menaip surat rasmi menggunakan
Microsoft

Word!

Apatah

lagi

menggunakan

Blog

dalam

pengajaran

dan

pembelajarannya? Apabila guru yang tidak cekap menggunakan blog akan


menimbulkan masalah. Contohnya, guru melupakan password mereka semasa
log in blog sendiri. Sebagai akibat, masa di bilik darjah terbazir begitu sahaja
memandangkan

guru

terkial-kial

menggunakan

blog

tersebut.

Kelemahan

sebilangan guru ini menyebabkan usaha mengaplikasikan penggunaan blog dalam


pengajaran dan pembelajaran terbantut.
Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di
Malaysia dikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar
bandar. Pelajar di luar
kehidupan

seharian.

bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam


Hal

ini

menyebabkan

kesukaran

pihak

guru

untuk

menggunakan blog dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan program


pendidikan yang dibangunkan dalam blog harus digunakan secara dua hala, iaitu
memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal ini tidak dapat
dilaksanakan jika pelajar tiada komputer atau internet di rumah. Contohnya murid
tidak dapat menjawab soalan dan kuiz yang diberi oleh guru di blog guru kerana
tiada komputer dan internet di rumah. Penggunaan blog dalam pengajaran dan
pembelajaran juga akan membawa kesan yang buruk kepada keluarga yang
berpendapat rendah.

Walaupun begini, kerajaan telah mengambil langkah

menambah makmal-makmal komputer di sekolah di seluruh negara untuk melatih

pelajar menggunakan komputer sejak usia pujuk, sekaligus merapatkan jurang


pelajar bandar dan luar bandar. Dengan ini, murid-murid yng miskin dapat menjawab
soalan atau kuiz di sekolah dengan penggunaan komputer di sekolah. Manakala,
dengan usaha kerajaan memperbanyak komputer di makmal komputer sekolah juga
melibatkan kos dan komitmen yang tinggi. Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga
perlu memasang internet di sekolah, jika tidak murid-murid juga tidak dapat melayai
internet dan menggunakan blog-blog masing-masing.
Selain itu, dengan penggunaan blog dapat memberi peluang kepada guruguru untuk melaksanakan pembelajaran kolaboratif. Pembelajaran kolaboratif
merupakan pembelajaran yang membolehkan guru dan pelajar atau pelajar dan
pelajar berkongsi maklumat antara satu sama lain. Contohnya, maklumat hasil
carian internet dapat dikongsi bersama antara guru dan pelajar melalui blog. Dengan
ini, pelajar dapat meningkatkan pembelajarannya dan lebih memahami topik yang
diajar oleh guru serta tahu cara untuk berkongsi dan mencari maklumat dan akhirnya
dapat melahir insan yang berkasih sayang dan tidak mementingkan diri sendiri
sahaja. Bukan itu sahaja, dengan penggunaan blog dalam pengajaran dan
pembelajaran

juga

dapat

meningkatkan

penglibatan

pelajar dalam

proses

pembelajaran melalui ICT yang bersifat global. Dengan penggunaan Blog dalam
pengajaran dan pembelajaran, guru dapat melatih pelajar untuk meningkatkan
kemahiran menggunakan komputer. Contohnya, pelajar boleh memuat turun notanota atau latihan daripada blog guru mereka. Bukan itu sahaja, penggunaan blog
dalam pendidikan juga dapat meningkatkan produktiviti profesion keguruan dan
membantu guru dalam meningkatkan kualiti dalam pengurusan dan pentadbiran.
Selain itu, ia dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru. Contohnya,
guru membuat blog sendiri untuk memudahkan pengajaran. Guru dan pelajar boleh
menggunakan blog untuk berinteraksi. Contohnya, guru masih boleh memberi
maklumat dan soalan kepada murid-muridnya melalui blog walaupun guru berada di
luar atau menghadiri kursus semasa waktu persekolahan.
Kesimpulannya, guru perlu mendalami ilmu teknologi bagi memastikan
penggunaan

teknologi

dapat

dipelbagaikan

sejajar

dengan

perkembangan

pendidikan masa kini. Blog adalah salah satu cara mudah untuk memperoleh ilmu
atau berkongsi maklumat dengan orang lain. Oleh itu, guru perlu merancang dengan
teliti untuk memastikan penggunaan blog di aplikasikan sepenuhnya dalam

pengajaran. Penggunaan blog juga sebagai salah satu altenatif bahan bantu
mengajar yang dapat membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan
pembelajaran. Aplikasi blog dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan
ruang interaksi sosial antara guru dan pelajar untuk membuat refleksi dan
mendapatkan maklum balas berkaitan sesuatu topik. Dengan ini, adalah wajar guruguru mengaplikasikan blog untuk tujuan pengajaran bagi memastikan pelajar dapat
meningkatkan kualiti pembelajaran.

Bibliografi
Amnon Shabo, Mark Guzdial dan John Stasko. (1997). An Apprenticeship-ased
Multimedia Cuorseware for Computer Graphics Studies Provided on The
World Wide Web. Journal of Science. 29: 2/3. 103-116
Kuropatwa.(2005). Kuropatwa en technicolor (Spanish Edition). Published by

Fundacion E. Constantini.
Noorfazlinda Binti Othman.(2010). Kajian Penggunaan Blog Dalam Kalangan Pelajar
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Tesis Universiti Teknologi
Malaysia.
P. A. Brett dan M. Nash.(1998). Multimedia Language Learning Courseware: a
design Solution ti the production of a series of CD-ROMs. Journal of
Computer and Education. 32. 19-33
Susana dan Sergio. Kelebihan Logweb Atau Blog. Diperolehi pada 9 Mac 2016
daripada https://sites.google.com/site/cikprema27/kelebihan-logweb-atau-blog
Tim O'Reilly. Web 2.0: Compact Definition. Diperolehi pada 9 Mac 2016 daripada
http://radar.oreilly.com/2005/10/web-20-compact-definition.html
Yahaya, A. H. (2009). Kesediaan Guru Teknikal Terhadap Penggunaan
Teknologi

Maklumat

Pembelajaran

Di

dan

Komunikasi

sekolah Menengah

Malaysia: Jabatan Asas Pendidikan.

Dalam

Pengajaran

Teknik. University

dan

Teknologi

Anda mungkin juga menyukai