Anda di halaman 1dari 1

Kanang Anak Langkau

Kanang yang berbangsa Iban dan beragama Pagan dilahirkan pada 2 Mac 1945 di Karangan
Manok Nanga Meluan, Julau, Sarawak. Kanang merupakan anak kelima daripada enam orang
adik-beradik. Ketika kecil, ibu bapanya berpisah dan dia telah dihalau dari rumah kerana
terlalu nakal. Kemudian, dia dipelihara oleh datuk dan neneknya.
Kanang bersekolah hingga Darjah Tiga di Local Authority. Selepas itu, dia melakukan
pelbagai kerja seperti menjadi tukang masak, penoreh getah, dan mengangkut penumpang
dengan menggunakan perahu berenjin. Seterusnya pada 21 April 1960, dia telah berjaya
dalam temu duga dan diterima menjadi tentera sebagai Iban Tracker. Kanang berkahwin
dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniai enam orang anak. Kanang meneruskan
khidmatnya dengan Rejimen Ranger dan seterusnya dilantik sebagai eskut. Pada 1 Januari
1966, dia dinaikkan pangkat sebagai Lans Koperal. Pada bulan Mac 1973, dia berpindah ke
kem Terentak Melaka, dia berkhidmat dalam Batalian Kelapan Rejimen Ranger. Di sana, dia
dinaikkan pangkat sebagai Ketua Seksyen.
Ketika menyertai Gerakan Pukat, di Hutan Tanah Hitam Perak, dia telah mendapat cedera
parah ketika bertempur dengan pengganas komunis. Akibat daripada kecederaan tersebut, dia
tidak sedarkan diri dan terlandar di wad selama setahun. Banyak orang yang menyangka
bahawa Kanang tidak akan hidup lama tetapi umurnya masih panjang. Pada tahun 1980,
Kanang telah dianugerahi pingat Panglima Gagah Berani (PGB) sebagai mengenang jasa dan
keberaniannya menentang pengganas komunis. Pada tahun 1981 pula, Kanang dikurniai
bintang keberanian Seri Pahlawan Gagah Perkusa (SP).
Kanang meneruskan khidmat sebagai jurulatih di Sekolah Tempur Pegawai Muda. Pada 1 Mei
1981, dia telah dinaikkan pangkat sebagai Staf Sarjan dan seterusnya menjadi Kuatermaster
Sarjan. Pada 1 Oktober 1980, dia dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran II dan sebagai
Pegawai Waran I pada 17 Ogos 1985. Kanang bersara pada 30 Mei 1986. selepas bersara, dia
dianugerahi Bintara Bintang Sarawak oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasajasanya.
Pengajaran yang boleh diambil daripada tokoh Kanang ini ialah keberanian dan semangat
kental dalam perjuangan untuk mempertahankan kedaulatan negara dan semangat cinta akan
negara di kalangan anggota tentera.