Anda di halaman 1dari 20

___________________________________________________________________________________________

1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


Ruj. Kami
Tarikh

: IPRM 05/04 Jld.37(90)


: 2 Jun 2016

Guru Besar
..
..
Tuan/Puan,
PROGRAM INTERNSHIP PISMP AMBILAN JANUARI 2013
MULAI 11 JULAI 2016 hingga 05 OGOS 2016 (04 MINGGU)
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan pelajar berikut yang sedang mengikuti kursus Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP) ambilan Januari 2013 di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
akan menjalani program Internship di sekolah tuan/puan mulai 11 Julai 2016 hingga 05 Ogos 2016
(04 minggu).
3.

Maklumat guru berkenaan adalah seperti berikut:Nama

No. Kad Pengenalan :


Opsyen

4.
Kerjasama, perhatian dan tindakan pihak tuan/puan amat kami sanjung tinggi dan didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Cintai Bahasa Kita
Saya yang menurut perintah
(BAHAROM BIN MOHD NOOR)
Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar
Seremban.
s.k

i.
ii.

Timbalan Pengarah IPGKRM.


Fail Timbul

PISMP AMBILAN JANUARI 2013


(INTERNSHIP)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
JADUAL KERJA PENYELIAAN INTERNSHIP
(11.07.2016 hingga 05.08.2016)

Aktiviti dan Tindakan

Minggu
Dan
Tarikh

Minggu 1
11.07.2016
15.07.2016

Catatan
PELAJAR

PERANCANGAN AKTIVITI
/ PROJEK
Berbincang dengan mentor
dan pengurus sekolah

MENTOR

Bimbingan

PENGURUS
SEKOLAH
Memberi
kerjasama

Minggu 2
18.07.2016
22.07.2016

Minggu 3
25.07.2016
29.07.2016

Minggu 4
01.08.2016
05.08.2016

PERANCANGAN AKTIVITI
/ PROJEK
menyediakan kertas
cadangan projek
PELAKSANAAN AKTIVITI /
PROJEK

PENILAIAN AKTIVITI /
PROJEK
menyediakan laporan
bertulis 8 -10 muka surat

Bimbingan

Memantau
perancangan
projek

Bimbingan

PENILAIAN
BERSAMA

Pemantauan
IPGK

Memantau
pelaksanaan
projek

Pemantauan
IPGK
Pencalonan kes
lemah/gagal

PENILAIAN
BERSAMA

Pemantauan
IPGK

Nota :
1. Buku rekod mengajar dan semua penyediaan bahan berkaitan pelaksanaan Internship
WAJIB ditulis tangan.
2. LAPORAN BERTULIS (8 10 muka surat) dibenarkan ditaip dengan kemas.
3. Pengurus sekolah dan mentor hendaklah menggunakan Borang PR3 semasa membuat
penilaian bersama
4. Pelajar dikehendaki menghantar satu salinan laporan yang telah disemak oleh Mentor ke
Unit Praktikum.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR


GARIS PANDUAN RINGKAS PELAKSANAAN INTERNSHIP
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

PISMP KPM-IPGM AMBILAN JANUARI 2013


TEMPOH : 11 JULAI 2016 HINGGA 05 OGOS (4 MINGGU)
1. KONSEP
Internship ialah peringkat transisi profesional yang bertujuan untuk mengaitkan pengalaman amalan
profesional pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai
aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta aktiviti
rutin sekolah yang telah menjadi budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat
kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan pensyarah pembimbing.
Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri,
membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru
permulaan yang berkesan.
2. OBJEKTIF
Melalui program internship, pelajar akan dapat:
a)
Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi
sebenar di sekolah
b)
Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam
melaksanakan tugas
c)
Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan kejelekitan
pasukan
d)
Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah dalam pelbagai situasi
e)
Menguruskan masa, emosi dan tekanan secara berkesan sesuai dengan sahsiah seorang guru
f)
Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah serta
menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan
g)
Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program
pendidikan semasa
h)
Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan.
i)
Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan
nilai profesionalisme keguruan secara
berterusan.
3.

PROSEDUR PELAKSANAAN
a)
Syarat
Pelajar telah menyempurnakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan praktikum
mengikut struktur kursus yang telah ditetapkan.
b)

Penempatan
Pelajar ditempatkan di sekolah yang sama semasa menjalani Praktikum 3. Sebarang
perubahan sekolah tertakluk kepada pengurusan pihak Unit Praktikum IPGKRM.

c)

Tempoh
Pelajar perlu menjalani Internship selama empat minggu semasa semester lapan.

d)

Bilangan Waktu Mengajar


i. Minimum 2 waktu seminggu
ii. Maksimum 4 waktu seminggu
iii. Pelajar wajib mengajar mata pelajaran Major sahaja.
iv. Pelajar Major Prasekolah dikehendaki mengajar 1 hari pengajaran sepenuhnya
dalam seminggu.
3

4.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


a)
Pelajar
i.
Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum
ii.
Memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamat dan objektif internship
iii.
Berbincang dengan pengurus sekolah dan mentor untuk mencapai persefahaman
tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing semasa internship
iv.
Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan staf
sokongan di sekolah
v.
Mematuhi dan mengamalkan Etika Profesion Perguruan, peraturan IPG, dan peraturan
sekolah
vi.
Hadir ke sekolah dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah sepanjang tempoh
praktikum
vii.
Menandatangani buku rekod kehadiran pada setiap hari persekolahan
viii.
Mendapatkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran
ix.
Menulis persediaan mengajar sebelum melaksanakan pengajaran mengikut bilangan
waktu mengajar yang telah ditetapkan
x.
Menyediakan perancangan dan pelan tindakan projek atau aktiviti yang berkaitan
dengan pembangunan diri murid atau perkembangan profesional guru di sekolah
xi.
Melaksanakan projek atau aktiviti dan menilai keberkesanannya
xii.
Mengamalkan penulisan jurnal reflektif berdasarkan isu atau masalah yang kritikal
semasa Internship. Penulisan jurnal dibuat berdasarkan tempoh masa yang diambil
bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau isu yang difokuskan
xiii.
Melibatkan diri dan membantu pengendalian sekurang-kurangnya satu komponen
kokurikulum
xiv.
Melengkapkan dan mengemaskinikan portfolio Internship
xv.
Melengkapkan dan menghantarkan borang kehadiran Internship ke Unit Praktikum
IPGKRM
xvi.
Menyerahkan Portfolio
berserta soft copy (CD) Internship yang lengkap
mengikut unit kepada Unit Praktikum pada minggu kedua selepas tamat Internship.
b)

5.

Pengurus Sekolah
i.
Menerima maklumat yang diberikan oleh Unit Praktikum IPGKRM
ii.
Memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamat dan objektif Internship
iii.
Melantik Mentor untuk membimbing pelajar semasa Intership
iv.
Memaklumkan kes-kes disiplin kepada pihak IPGKRM
v.
Menilai prestasi pelajar dalam Internship dengan menggunakan Borang PR3

PROJEK/AKTIVITI INTERNSHIP
Pelajar dikehendaki memilih mana-mana projek/aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum atau
kokurikulum yang dijalankan di sekolah.
Contoh projek/aktiviti yang boleh dilaksanakan:
i.
Melaksanakan tugas sebagai guru kelas
ii.
Menguruskan perhimpunan mingguan
iii.
Merancang dan mengelolakan pertandingan peringkat sekolah
iv.
Merancang dan menguruskan program motivasi peringkat sekolah
v.
Merancang dan mengelolakan projek/aktiviti keceriaan dan kebajikan komuniti
sekolah
vi.
Merancang dan menguruskan pertandingan sukan
vii.
Merancang dan menguruskan aktiviti unit beruniform
viii.
Merancang dan menguruskan pelaksanaan kursus dalaman untuk warga sekolah

6.

PENILAIAN INTERNSHIP
Penilaian prestasi pelajar dalam internship dibuat oleh pengurus sekolah dan Mentor pada minggu
akhir berasaskan kepada komponen-komponen yang dinyatakan dalam Jadual 6.1
Komponen Penilaian

Rujukan

Wajaran

1. Kemahiran interpersonal
dan intrapersonal

Pengurus sekolah dan


Mentor

10%

2. Perancangan projek/aktiviti

Porfolio Internship

10%

3. Pelaksanaan projek/aktiviti

Portfolio Internship

30%

4. Penilaian projek/aktiviti

Portfolio Internship

10%

5. Jurnal reflektif

Portfolio Internship

10%

6. Sikap dan sahsiah

Pengurus sekolah dan


Mentor

30%

Jumlah

100%

Jadual 6.1: Komponen Penilaian Internship


7.

SYARAT PELANTIKAN MENTOR

a)

b)
c)

Mentor yang dilantik hendaklah mengajar opsyen yang sama dengan guru pelatih dan telah
disahkan dalam jawatan.
Mentor tidak dibenarkan membimbing 3 orang guru pelatih.
Bagi mana-mana sekolah yang ditempatkan 3 orang guru pelatih IPGKRM, pihak sekolah boleh
melantik 2 orang Mentor.

SEGALA URUSAN SURAT-MENYURAT HENDAKLAH DIALAMATKAN KE :-

Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
Beg Berkunci No 43,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
(u.p.: Ketua Unit Praktikum)
Tel
: 06 7654000 samb. 4043 (Unit Praktikum)
Faks : 06 7624822
E-mel : unitpraktikumipgkrm@yahoo.com.my
Disediakan oleh :
EN. BADRUL HISHAM GHAZALI
Ketua Unit Praktikum
IPG Kampus Raja Melewar, Seremban
Tel
: 019 3446126
E-mel : badrul69@ymail.com

LAMPIRAN 1
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
( Laporan antara 8-10 muka surat)
NAMA PELAJAR

:...

PROGRAM

:...

NAMA SEKOLAH

:...

NAMA PROJEK/AKTIVITI:.
TEMPOH PELAKSANAAN:.
OBJEKTIF

1)

......

2)

...

3)

4)

...

STRATEGI PELAKSANAAN:
1)

2)

3)

REFLEKSI:
1)

2)

Kekuatan Projek/Aktiviti

Kelemahan Projek/Aktiviti :

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

KESIMPULAN :

LAMPIRAN 2
PENULISAN REFLEKSI
Definisi Refleksi:

Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang
dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)

Amalan refleksi merupakan pelakuan memikirkan semula pengalaman pelajar.


Memerlukan
penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat andaian sebab musabab
berasaskan fakta pemerhatian, temu bual dan soal selidik.

Refleksi dalam Internship membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi
pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan
pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif.

Tujuan Refleksi:

Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan.

Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti setiap
tugasan secara berterusan.

Memperkembang keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap
tugas yang dijalankan.

Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan.

Ciri-ciri Refleksi:

Bermula dengan mengingat kembali

Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu

Menentukan usaha secara sedar (conscious effort)

Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif

Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam Internship


Merupakan proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Internship oleh pelajar sendiri melalui
refleksi untuk mempertingkat kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh dilaksana ialah:
1.

2.

Hendaklah dibuat selepas setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar seperti membincangkan:

Sejauh manakah objektif aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan tercapai ?

Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti ?

Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki pelaksanaan aktiviti tersebut ?

Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambah baikkan
pelaksanaan aktiviti tersebut ?

Melaksanakan proses refleksi berpandukan format refleksi seperti di Lampiran 2A

LAMPIRAN 2A
CATATAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

2. Analisis isu / perkara yang difokus:


2.1 Kekuatan:

2.2 Kelemahan:

3. Cadangan penambahbaikan:

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

BORANG PR3
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJA MELEWAR

IPGKRM- 39

BORANG PENILAIAN INTERNSHIP

Perhatian: Borang ini digunakan untuk penilaian internship yang perlu dilengkapkan
oleh Mentor dan Pengurus Sekolah.

Nama Pelajar : _________________________________________________

No. K.P.: _______________________

Ambilan: _________________________ Major :_______________________ Elektif :_________________________


(bulan tahun)
Sekolah : _______________________________________________________________________________________
Rumusan untuk Internship
Petunjuk Tahap
Tahap 1
:
Tahap 2
:
Tahap 3
:
Tahap 4
:
Tahap 5
:

Terdapat banyak kelemahan


Terdapat beberapa kelemahan
Pencapaian sederhana
Baik dalam banyak aspek
Amat baik, cemerlang dalam banyak aspek

KRITERIA PEMARKAHAN MENGIKUT TAHAP


Tahap

Peratus 10%

Peratus 30%

1
2
3
4
5

0.0 2.9
3.0 3.9
4.0 6.4
6.5 7.9
8.0 10.0

0.0 5.9
6.0 11.9
12.0 19.4
19.5 23.9
24.0 30.0

Arahan: Sila bulatkan angka yang berkenaan


Aspek
A. INTERPERSONAL & INTRAPERSONAL
(10 markah)
-

Tahap
1

Komunikasi
Hubungan dengan murid
Hubungan dengan kakitangan sekolah
Hubungan dengan ibu bapa dan masyarakat
setempat
(Rujuk Portfolio Internship)

B. PERANCANGAN PROJEK/AKTIVITI
(10 markah)

D.
-

E.
-

Mengikut jadual perancangan


Penglibatan aktif peserta
Pengendalian projek/aktiviti lancar
Maklum balas/komen peserta

PENILAIAN PROJEK/AKTIVITI
(10 markah)

Mengenal pasti masalah


Mengenal pasti punca masalah
Merancang strategi penyelesaian masalah
Melaksanakan strategi penyelesaian masalah
Penilaian kendiri dan rumusan

4 5

__________
1

4 5

Markah B =
__________

4 5

Markah C =
__________

Menyediakan laporan projek/aktiviti


Cadangan penambahbaikan
Laporan akhir pelaksanaan projek/aktiviti

JURNAL REFLEKTIF
(10 markah)

Markah A =

- Pelan tindakan disediakan


- Matlamat jelas dan sesuai
- Menyatakan dengan jelas pihak terlibat
- Tempoh masa pelaksanaan projek/aktiviti sesuai
(Rujuk perancangan)
C. PELAKSANAAN PROJEK/AKTIVITI
(30 markah)

Ulasan

4 5

Markah D =
__________

4 5

Markah E =
__________

10

Aspek

Tahap

F. SIKAP DAN SAHSIAH


(30 markah)

Mempunyai matlamat
Bermotivasi tinggi- berusaha mencapai matlamat
Berfikiran terbuka- dengar pandangan orang lain
Mampu mempengaruhi dan memimpin orang
berusaha mencapai matlamat
- Mampu menyelesaikan masalah
(Rujuk Portfolio Internship)
Jumlah Keseluruhan Markah

Ulasan

4 5

Markah F =
__________

= (A + B + C + D + E +F ) = _________%
RUMUSAN KESELURUHAN

Tandatangan Mentor

Tandatangan Guru Besar dan Cop

_____________________________________
(
)

_______________________________________
(
)

Tarikh:

_________________________

11

LAMPIRAN 3A
PANDUAN PENGGUNAAN BORANG PENILAIAN INTERNSHIP (PR3)
1.

Borang PR3 digunakan untuk membuat penilaian Internship.

2.

Pengurus sekolah dan guru pembimbing perlu membuat perbincangan sebelum membuat rumusan
dan penilaian pada borang PR3.

3.

Lapan komponen yang mengandungi aspek-aspek tertentu disediakan sebagai fokus membuat
rumusan. Setiap aspek disediakan tahap yang digunakan sebagai petunjuk pencapaian pelajar.

4.

Borang rumusan PR3 ini tidak boleh diberikan kepada pelajar.

A.

INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL


Tahap 1

Tidak ada komitmen


dalam menjalankan
tugas.
Tidak ada usaha untuk
mewujudkan hubungan
dengan kanak-kanak,
kakitangan sekolah, ibu
bapa dan masyarakat
setempat.

Tahap 2
Semangat bekerja dan
komitmen kurang
ketara, menghadapi
masalah memilih
pendekatan profesional,
sukar menerima
teguran, menghadapi
kesulitan berhubung
dengan rakan-rakan
secara sosial dan
profesional.
Ada masalah hubungan
dengan kanak-kanak,
kakitangan sekolah, ibu
bapa dan masyarakat
setempat.

B.

Ada tanda-tanda minat


dan komitmen;
menunjukkan
kesanggupan untuk
menyesuaikan diri
dengan rakan, kanakkanak, kakitangan
sekolah, ibu bapa dan
masyarakat.
Kadang kala
menghadapi kesukaran
dengan rakan, kanakkanak, kaki tangan
sekolah, ibu bapa dan
masyarakat.

Tahap 4
Menunjukkan
keupayaan profesional
yang baik selaras
dengan peranannya.
Dapat menyesuaikan
diri dengan rakan,
kanak-kanak, kaki
tangan sekolah, ibu
bapa dan masyarakat.

Tahap 5
Menampilkan sifat-sifat
profesional yang amat
baik, mudah diterima
sebagai rakan sejawat,
kakitangan sekolah, ibu
bapa dan masyarakat
dan dapat
menyesuaikan diri
dengan persekitaran.
Berjaya menarik minat
kanak-kanak. Memiliki
semangat dan komitmen
kerja yang amat tinggi.

PERANCANGAN PROJEK/AKTIVITI
Tahap 1

Perancangan
projek/aktiviti tidak
jelas, tidak teratur,
strategi tidak sesuai,
tidak ada sumber
rujukan, persembahan
sangat lemah

C.

Tahap 3

Tahap 2
Perancangan
projek/aktiviti kurang
jelas, kurang teratur,
strategi kurang sesuai,
sumber rujukan sangat
terhad, persembahan
lemah

Tahap 3
Perancangan
projek/aktiviti jelas,
tetapi kurang teratur,
strategi sesuai, sumber
rujukan terhad,
persembahan mengikut
format

Tahap 4
Perancangan
projek/aktiviti jelas dan
teratur, strategi sesuai,
sumber rujukan sesuai
dengan tajuk,
persembahan mengikut
format

Tahap 5
Perancangan
projek/aktiviti sangat
jelas dan teratur,
strategi sesuai, sumber
rujukan pelbagai dan
sesuai dengan tajuk,
persembahan kreatif
dan mengikut format

PELAKSANAAN PROJEK/AKTIVITI
Tahap 1

Tidak jelas, tidak


teratur, tidak mengikut
jadual perancangan.

Tahap 2
Kurang jelas, kurang
teratur,mengikut jadual
perancangan.

Tahap 3
Jelas, tetapi kurang
teratur,mengikut jadual
perancangan.

Tahap 4
Jelas dan
teratur,mengikut jadual
perancangan.

Tahap 5
Sangat jelas dan
teratur,mengikut jadual
perancangan.

12

D.

PENILAIAN PROJEK/AKTIVITI
Tahap 1

Tahap 2

Tahap 3

Tahap 4

Tahap 5

Tidak jelas, tidak


teratur menyediakan
laporan projek/aktiviti

Kurang jelas, kurang


teratur menyediakan
laporan projek/aktiviti

Jelas, tetapi kurang


teratur menyediakan
laporan projek/aktiviti

Jelas dan teratur teratur


menyediakan laporan
projek/aktiviti

Sangat jelas dan teratur


menyediakan laporan
projek/aktiviti

Cadangan
penambahbaikan
Laporan akhir
pelaksanaan
projek/aktiviti

Cadangan
penambahbaikan
Laporan akhir
pelaksanaan
projek/aktiviti

Cadangan
penambahbaikan
Laporan akhir
pelaksanaan
projek/aktiviti

Cadangan
penambahbaikan
Laporan akhir
pelaksanaan
projek/aktiviti

Cadangan
penambahbaikan
Laporan akhir
pelaksanaan
projek/aktiviti

E.

CATATAN REFLEKTIF
Tahap 1

Tahap 2

Kurang berusaha untuk


menilai diri

Ada usaha untuk menilai


kekuatan dan kelemahan
diri, tetapi tidak dapat
menghubug kaitkan
sebab dan akibat tentang
tindakan yang telah
diambil.

Sentiasa berusaha
menilai kekuatan dan
kelemahan diri.

Kurang mengaitkan
situasi dan pengalaman
untuk membuat inferens.

Dapat mengaitkan
situasi dan pengalaman
untuk membuat
inferens.

Tidak dapat
menghubung kaitkan
sebab dan akibat
tentang tindakan yang
telah diambil.
Tidak menunjukkan
usaha untuk merancang
dan membuat tindakan
susulan.

F.

Tahap 3

Dapat menghubungkait
sebab dan akibat yang
telah diambil.

Tahap 4

Tahap 5

Berjaya menilai kekuatan


dan kelemahan diri.

Sangat berjaya menilai


kekuatan dan
kelemahan diri.

Dapat menghubungkait
sebab dan akibat tentang
tindakan yang diambil
Dapat mengaitkan sebab
dan akibat untuk
membuat inferens.
Dapat meramal kesan
sesuatu tindakan dan
bertindak berlandaskan
bukti, seterusnya
merancang langkah
susulan.

Dapat menghubungkait
sebab dan akibat
tentang tindakan yang
diambil
Dapat mengaitkan
sebab dan akibat untuk
membuat inferens.
Dapat meramal kesan
sesuatu tindakan dan
bertindak
berlandaskan bukti,
seterusnya merancang
langkah susulan.

SIKAP DAN SAHSIAH


Tahap 1

Tahap 2

Tahap 3

Tahap 4

Tahap 5

a. Penampilan Diri
Pakaian tidak sesuai
dengan profesion dan
tempat.

Pakaian kurang sesuai


dengan profesion dan
tempat.

Berpakaian kemas,
bersopan santun,
berbudi bahasa.

Tidak berupaya
menyesuaikan diri
dengan keadaan dan
situasi.

Kurang berupaya
menyesuaikan diri
dengan keadaan dan
situasi.

Cuba berusaha untuk


menimbulkan suasana
mesra dan
menyenangkan dalam
kalangan murid.

Berpakaian kemas,
berbudi bahasa, sopan
santun, memiliki sifat
mesra dan mempunyai
perawakan dan
kewibawaan sebagai
seorang guru.

Menunjukkan
keyakinan diri dalam
segala perlakuan.
Mesra dan memiliki
sifat kecindan serta
dapat menimbulkan
kesan yang
menyenangkan.
Bersopan santun,
berbudi bahasa dan
berwibawa sebagai
seorang guru.
Amat berjaya di dalam
menyesuaikan diri
dengan keadaan dan
situasi

13

b. Keprihatinan
Tidak prihatin terhadap
keperluan murid yang
berbeza dan
bermasalah

Kurang peka terhadap


keperluan murid dan
kurang berusaha untuk
menangani masalah

Peka terhadap
keperluan murid dan
berusaha menangani
masalah

Menunjukkan sifat-sifat
kemanusiaan, peka,
mesra dan sabar
terhadap masalah dan
keperluan murid.

Amat prihatin dan


menunjukkan sifat
kemanusiaan seperti
peka, mesra,
bertimbang rasa,
sabar, empati dan
akrab serta mengambil
berat terhadap
masalah, kepentingan,
kebajikan dan
keselamatan murid.
Dapat mengambil
tindakan yang amat
sesuai dengan masalah
yang dihadapi.

c. Pekerti
Tidak dapat
menyesuaikan tingkah
laku sebagai seorang
guru.

Sukar menyesuaikan
tingkah laku sebagai
seorang guru.

Berbudi bahasa dan


tahu menyesuaikan
tingkah laku sebagai
seorang guru

Berpekerti terpuji, luhur


dan bersifat mulia
sebagai model kepada
guru di sekolah.

Sentiasa menunjukkan
budi pekerti yang
luhur, terpuji, berbudi
bahasa serta dapat
menyesuaikan
tingkahlaku sebagai
seorang guru
Amat sesuai sebagai
model kepada murid

d. Sifat Profesional
Tidak memperlihatkan
ciri-ciri profesionalisme
seperti
bertanggungjawab,
beriltizam, dedikasi,
sanggup berkorban
masa, menyumbang
idea.
Menyediakan
persediaan mengajar
yang tidak kemas

Kurang mempunyai
kesedaran ciri-ciri
profesional.
Menyediakan persediaan
mengajar yang kurang
kemas

Mengamalkan ciri-ciri
profesional,
bersemangat, iltizam,
menyumbang idea dan
pandangan.
Menyediakan
persediaan mengajar
yang kemas

Sedia berkorban masa


dan tenaga
Menunjukkan
tanggungjawab dan
iltizam
Bekerja sebagai anggota
profesional dalam
pasukan sekolah.
Menyediakan persediaan
mengajar yang kemas

Sedia berkorban masa


dan tenaga dalam
melaksanakan tugas
Sentiasa menunjukkan
tanggungjawab dan
iltizam yang tinggi
Bekerja dengan
bersungguh-sungguh
sebagai anggota
profesional dalam
pasukan sekolah.
Menyediakan
persediaan mengajar
yang amat kemas dan
teratur

14

LAMPIRAN 4
GURU PEMBIMBING SEBAGAI MENTOR
1.

Pendahuluan
Pementoran ialah satu program sokongan untuk peningkatan profesional guru-guru. Pendedahan
melalui program ini membolehkan guru mengukur kemampuan refleksi secara praktik. Hal ini akan
menjadikan mereka lebih prihatin terhadap keperluan penilaian kendiri ke atas kemahiran dan sikap
yang ada pada diri masing-masing. Pendekatan ini akan dapat membantu peningkatan dalam proses
pencerapan klinikal dan penilaian kendiri di kalangan guru pembimbing dan pelajar. Oleh itu, guru
pembimbing merupakan kumpulan sokongan yang perlu membimbing pelajar menimba ilmu,
kemahiran dan pengalaman masing-masing secara bersama.

2.

3.

Objektif
1.1

Membentuk asas pementoran untuk memberi sokongan semasa amalan profesional.

2.2

Membentuk permuafakatan dan perkongsian pintar antara sekolah dan institut perguruan.

Tanggungjawab Mentor
3.1

Rancangan Pembinaan Individu (Individual Development Plan)


Kaunseling dan bimbingan yang spesifik diperlukan daripada guru pembimbing bagi tujuan
pembinaan pengalaman dan mengukuhkan kecekapan pelajar.

3.2

Mentoring dan Maklum Balas


Guru pembimbing mesti berperanan secara aktif dalam memantau kemajuan dan prestasi
pelajar (mentee). Sesi maklum balas dan refleksi yang lebih konsisten perlu diadakan bagi
merenung dan mengkaji semula Rancangan Pembinaan Individu. Pemerhatian klinikal
hendaklah sentiasa dijalankan dan penilaian formatif diambil kira dalam setiap perbincangan.

3.3

Penasihat Strategi Kerjaya


Guru pembimbing memberi bimbingan secara umum yang berkaitan dengan peluangpeluang yang ada dalam organisasi dan latar belakang kerjaya serta syarat yang diperlukan
untuk meningkatkan potensi dan prestasi seseorang pelajar. Guru pembimbing dengan
pengalaman yang luas tentang sejarah dan budaya persekitaran sekolah merupakan individu
yang paling layak untuk membantu pelajar belajar mengenai kehidupan di sekolah dan dalam
blilik darjah.

3.4

Pembimbing dalam Bilik Darjah


Mentor ini akan dilihat sebagai seorang pembimbing, model, pemberi penjelasan dan
memberi resipi untuk membantu para pelajar. Dengan bimbingan melalui latihan-latihan
yang lebih praktikal dan sistematik pelajar akan belajar mengambil alih tugas dan
tanggungjawab guru bilik darjah. Mentoring akhirnya menggerakkan pelajar ke arah suatu
kefahaman yang lebih mendalam mengenai cara mengajar supaya dapat dipastikan yang
pembelajaran telah berlaku dalam bilik darjah. Cara ini mereka akan dipandu ke arah
perubahan, pertumbuhaan dan perkembangan sebagai seorang guru.

3.5

Sponsoring dan Pengantaraan


Guru pembimbing merupakan penyedia hala tuju dan membantu menyusun tugasan membina
secara berterusan dan mempromosikan tanggungjawab. Sebarang perhubungan yang saling
menyokong memerlukan perhatian yang aktif oleh kedua pihak. Pelajar perlu mendapatkan
bimbingan, nasihat, bersikap terbuka kepada sebarang pandangan dan cadangan guru
pembimbing di samping sentiasa bersedia berkongsi masalah dan maklumat secara
profesional.
15

4.

Prinsip Bimbingan
4.1

Mendengar lebih daripada bercakap.

4.2

Mencelah hanya apabila perlu.

4.3

Kolaboratif (membangkitkan isu dan mengembangkan daya penyelesaian masalah)

4.4

Komitmen kepada perkembangan berterusan.

4.5

Belajar mengajar menerusi inkuiri penemuan dan refleksi.

4.6

Menggunakan pengalaman mengajar pelajar.

4.7

Bersifat menyokong dan bukan menyerah.

4.8

Kesedaran dan amalan nilai-nilai asas (amanah, kasih sayang, kerajinan dll).

16

LAM-PT05-12

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 - INTERNSHIP


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
REFLEKSI AMALAN PROFESIONAL
Nama Sekolah: ...............
Pengkhususan: .
Pensyarah Pembimbing : ....................................................................................
Guru Pembimbing : ............................................................................................
Saudara/Saudari,

Soalan-soalan berikut bertujuan membantu anda membuat refleksi mengenai pengalaman Amalan Profesional yang telah anda lalui. Sila jawab
semua soalan dengan jujur dan ikhlas. Semua maklumat yang anda beri akan dirahsiakan.
Untuk menjawab soalan-soalan berikut, sila bulatkan angka di hujung setiap pernyataan yang anda rasa paling tepat menggambarkan
pandangan anda mengenai kualiti penyeliaan yang diterima daripada pensyarah pembimbing dan guru pembimbing.
Sila guna Ruang
Pensyarah untuk penilaian ke atas Pensyarah Pembimbing dan Ruang Guru untuk Guru Pembimbing. Angka "1" menunjukkan anda sangat
tidak puas hati dengan kenyataan tersebut dan angka "5" pula menunjukkan anda sangat berpuas hati.
Bagi menjawab pernyataan di bahagian 1, 2, 3, 4 dan 5, sila gunakan skala Likert 5 poin berikut serta bulatkan pada jawapan yang bertepatan
dengan pendapat anda.
Sangat Tidak
Puas Hati
1

Tidak
Puas Hati
2

Agak
Puas Hati
3

Puas
Hati
4

Sangat
Puas Hati
5

Kualiti Penyeliaan dan bimbingan yang diterima:


Pernyataan
1

Pensyarah Penyelia

Guru Pembimbing

PERANCANGAN

Menulis hasil pembelajaran dengan tepat.

Menulis isi pembelajaran yang sesuai dengan hasil pembelajaran

Merancang kaedah dan strategi p&p yang sesuai

Memilih sumber p&p yang sesuai dan menarik

Memilih nilai-nilai murni yang sesuai

Menyenaraikan unsur-unsur yang sesuai (kemahiran pelbagai kecerdasan)

PELAKSANAAN

Melaksanakan set induksi

Menjelaskan perkembangan pengajaran mengikut urutan/langkah

Melaksanakan kaedah pengajaran yang berkesan

Menguasai teknik penyoalan

Mengendalikan aktiviti pengayaan dan pemulihan

Menguruskan bilik darjah yang kondusif

Menerap nilai-nilai murni di bilik darjah

Mengurus masa pembelajaran dengan berkesan

Membuat penilaian di akhir p&p

AMALAN REFLEKSI

Membimbing penulisan refleksi p&p secara berkesan

Membina pemikiran reflektif terhadap p&p

Menyemak dan menilai portfolio Amalan Profesional secara berterusan

SIKAP DAN SAHSIAH

Penampilan saya semasa bertugas

Keprihatinan saya terhadap GDL

Pemilikan budi pekerti semasa interaksi di kelas

Sifat profesional semasa bertugas

17

5.

Pada keseluruhannya, bimbingan yang diberi berkesan untuk membantu saya dalam :
Pensyarah
Penyelia

Pernyataan

Guru Pembimbing

Merancang pengajaran saya.

Melaksana pengajaran saya

Memupuk nilai keguruan

6.

Nyatakan perkara-perkara lain yang anda ingin luahkan atau sebarang cadangan.
_________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________

18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS RAJA MELEWAR
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
AMBILAN JANUARI 2013

LAPORAN
INTERNSHIP
(11 JULAI 2016 05 OGOS 2016)
NAMA PELAJAR
NO. KAD PENGENALAN
KUMPULAN / UNIT
NAMA SEKOLAH
NAMA MENTOR

:
:
:
:
:

19

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 - INTERNSHIP

LAM-PT05-09

BORANG KEHADIRAN INTERNSHIP

NAMA SEKOLAH:

Borang K

..................................................................................................

ALAMAT: ............................................................................................................................... No. Telefon: ..............................


PERHATIAN: Sila tanda kehadiran dengan tanda ( / ) di dalam ruang yang berkenaan.

MINGGU 1
BIL

NAMA

MINGGU 2

MINGGU 3

MINGGU 4

MAJOR

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
CATATAN : .................................................................................................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................................................................................................................
Tandatangan Pelajar :

Tandatangan Guru Besar:

..............................................................
(
)

.......................................................................
(
)

Tarikh:
Tarikh:
Setiap cuti mestilah disertakan dengan salinan surat akuan doktor (MC) atau surat kebenaran
20

Anda mungkin juga menyukai