Anda di halaman 1dari 17

KANDUNGAN

M/S

1.0

Pengenalan
1.1
Definisi ICT
1.2
Kepentingan Penggunaan ICT dalam P&P

1
2
3

2.0

Penggunaan ICT dalam Konteks Pengajaran


dan Pembelajaran
2.1
Penggunaan ICT dalam Konteks Pembelajaran
2.1.1 Tutorial
2.1.2 Penerokaan (Eksploratori)
2.1.3 Aplikasi
2.1.4 Komunikasi

2.2

10
10
11

3.0
4.0
5.0

Penggunaan ICT dalam Konteks Pengajaran


2.2.1 ICT Sebagai Alat Persembahan
2.2.2 ICT Sebagai Alat Alat Demonstrasi

Kesimpulan
Rujukan
Lampiran

5
5
7
8
9

11
13
15

PENGGUNAAN ICT DALAM KONTEKS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DI POLITEKNIK MUADZAM SHAH

1.0

PENGENALAN

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di negara kite telah lama


diperkenalkan lagi. Walau bagaimanapun, Information Communication Technology
(ICT) masih boleh dianggap satu perkara baharu dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Era globalisasi ini memberi banyak kejutan kepada kita dengan pelbagai
cabaran yang perlu di atasi. Para pendidik pada zaman ini perlu meningkatkan
kemahiran untuk menghadapi cabaran yang berlaku. Jesteru itu, pensyarah perlu
bergerak maju ke hadapan seiring dengan perubahan-perubahan yang diperlukan
oleh masyarakat bagi mencapai aspirasi negara untuk mendapat taraf negara maju
bertonggakkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Kemahiran
menggunakan ICT khususnya dalam pendidikan teknikal dan vokasional (TVET)
semakin penting untuk dikuasai oleh setiap pensyarah.
Para pensyarah politeknik kini lebih tercabar lagi dengan dasar dan hasrat
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Jabatan Pengajian Politeknik untuk
melahirkan para pensyarah yang kompeten serta merealisasikan transformasi
politeknik. Komputer dikatakan sesuai dijadikan alat bagi membantu pensyarah
kerana dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika
digunakan dengan sistematik. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi,
komputer yang dihubungkan dengan jaringan Internet akan membolehkan maklumat
diperolehi dengan cepat dan pantas.

Penggunaan ICT yang membekalkan pelbagai jenis maklumat dalam pelbagai


bentuk media dan pendekatan dikatakan dapat membantu dalam pembentukan
corak ingatan yang lebih kompleks dan memudahkan capaian maklumat dilakukan.
ICT lebih berpotensi untuk mengayakan pengajaran dan pembelajaran (P&P)
berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi agar system pendidikan sentiasa
berkembang dengan pesat untuk mencapai negara maju.

1.1

DEFINISI ICT

ICT merupakan akronim daripada perkataan bahasa Inggeris Information &


Communication

Technology.

Maksud

ICT

(Information

and

Communication

Technology) dalam bahasa Melayu ialah Teknologi Maklumat dan Komunikasi. ICT
(Information and Communication Technology) ini telah digunakan dalam pelbagai
lapangan keilmuan. Keadaan ini kerana ICT (Information and Communication
Technology) bersifat fleksibel dan mudah suai dengan semua bidang. Menurut Irfan
Naufal & Nurullizam (2011) ICT (Information and Communication Technology)
meliputi semua teknologi yang membantu penyampaian maklumat seperti radio,
televisyen, telefon mudah alih, komputer dan internet. Selain daripada penyampaian
maklumat, ICT (Information and Communication Technology) turut bertindak sebagai
teknologi komunikasi sama ada jarak dekat atau jauh. Secara mudah, ICT
(Information and Communication Technology) mesti bersifat penggunaan teknologi
untuk menyampaikan maklumat dan melibatkan komunikasi antara dua pihak.
Sebarang alat ciptaan boleh digunakan selagi memudahkan penyampaian maklumat
dan komunikasi dua pihak.

1.2

KEPENTINGAN PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

Proses pengajaran dan pembelajaran seringkali berhadapan dengan situasi yang


sukar dan di luar pengalaman para pensyarah sendiri, sehingga situasi atau subjek
tersebut sukar untuk diajarkan dan yang lebih malang sukar difahami oleh para
pelajar. Visual merupakan salah satu cara yang dapat dilakukan untuk menjelaskan
sesuatu yang sukar difahami (Siswo, 2008)
Bagi memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada para pelajar,
Rosenberg (2001) menjelaskan integrasi ICT dalam P&P merupakan cara yang
terbaik dalam memahami perkara terbabit. Melalui penggunaan ICT pelajar dapat
menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan
perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat
teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar
yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.
Penelitian De Porter mengungkapkan manusia dapat menyerap suatu
material sebanyak 70% dari apa yang dikerjakan, 50% dari apa yang didengar dan
dilihat (audio visual), sedangkan dari yang dilihatnya hanya 30%, dari yang
didengarnya hanya 20%, dan dari yang dibaca hanya 10%. Kajian di atas didukung
oleh Ismail (2002) yang menyatakan bahawa daya ingatan seseorang dapat
menangkap sesuatu sebanyak:
i.

20% daripada apa yang mereka baca.

ii.

30% daripada apa yang mereka dengar.

iii.

40% daripada apa yang mereka lihat.

iv.

50% daripada apa yang mereka sebut.

v.

60% daripada apa yang mereka buat.

vi.

90% daripada apa yang mereka baca, dengar, lihat, sebut dan buat serentak

Jesteru itu, grafik dan gambar dalam internet amat menarik minat pelajar
untuk belajar dan pemahaman yang tingi ditunjukan kerana ICT merupakan dunia
serta trend terkini kepada generasi sekarang.

2.0

PENGGUNAAN

ICT

DALAM

KONTEKS

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN
Gambarajah di bawah menunjukkan perlaksanaan ICT dalam konteks pengajaran
dan pembelajaran secara terperinci:

PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

PEMBELAJARAN

PENGAJARAN

Tutorial

Alat Persembahan

Penerokaan (Eksploratori)

Alat Demonstrasi

Aplikasi

Komunikasi

2.1

PENGGUNAAN ICT DALAM KONTEKS PEMBELAJARAN

2.1.1 Tutorial
Untuk pembelajaran tutorial dalam ICT digunakan meluas untuk menyampaikan
kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran
tutorial ini merangkumi:

1.

Pembelajaran ekspositori iaitu penjelasan terperinci kepada pelajar tentang


topik yang diajar menggunakan perisian pendidikan yang telah disimpan
dalam CD ROM, Cakera Keras (Hard Disk), pendrive, laman sesawang atau
teknologi simpanan yang lain.

2.

Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan


babaknya oleh sistem.

3.

Latihan atau latih tubi yang disampaikan dan dikawal oleh sistem (Norsalleh &
Sahat, 2004).

Manakala

menurut

Engkizar

(2010)

pula,

pembelajaran

tutorial

ini

merangkumi pembelajaran ekspositori di mana guru menyampaikan maklumat


kepada murid atau pelajar yang pasif serta demonstrasi sesuatu fenomena yang
berlaku dan dikawal urutannya oleh sistem. Selain itu pembelajaran secara tutorial
ini juga merangkumi latih tubi yang perlu pelajar lakukan mengikut subjek yang juga
dikawal oleh sistem yang telah dibangunkan. Alat ICT yang biasa digunakan untuk
pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan samada yang disimpan
dalam CD ROM, cakera keras atau laman sesawang. Selain itu pelbagai kemudahan
lain digunakan, antaranya:

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

E-mail (Mel Eletronik)


NAS Storage
File Transfer Protocal (FTP)
Enjin Carian seperti Google, Yahoo & Bing
E-book
E-journal
Laman Sosial sepert Facebook, Friendster & Twitter
Eksiklopedia bebas seperti Wikipedia, Softpedia, Iefpedia dan Webopedia
(Engkizar, 2010).

Pengalaman pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT di Politeknik


Muadzam Shah (PMS) tidak hanya tertumpu kepada enjin carian seperti Google,
Yahoo & Bing. Portal E-Learning CIDOS menjadi landasan utama untuk melakukan
aktiviti penilaian dan forum bagi pemudahcara untuk berinteraksi dengan para
pelajar. Pemarkahan diambil kira dari segi latihan dan assessment yang telah
disiapkan oleh pelajar. Selain itu, portal CIDOS juga digunakan sebagai blended
learning bagi memudahkan para pelajar mengakses nota atau tugasan yang
ditinggalkan oleh pensyarah ketika bertugas di luar kawasan. Penggunaan Sistem
Maklumat Pengurusan Politeknik (SPMP) pula adalah sangat penting untuk
pensyarah bagi merekod data-data peperiksaan, kurikulum, penasihatan akademik
dan sebagainya. Manakala pelajar menggunakan platform SPMP ini untuk
pendaftaran subjek, kamsis dan menyemak keputusan peperiksaan.

2.1.2 Penerokaan (Eksploratori)


Aspek penerokaan akan berlaku apabila pelajar menggunakan kaedah ICT sebagai
alat untuk:

1.

Mencari dan mengakses serta menggunakan maklumat dari CD ROM,


internet, portal maklumat untuk tujuan pembelajaran.

2.

Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.

3.

Melihat demonstrasi sesuatu tutorial dan menganalisa sampel untuk


kefahaman secara menyeluruh.

Pendekatan secara penerokaan atau eksplanatori ini menyokong pendekatan


konstruktivisme iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran
kritis, penyelesaian masalah dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.
Di Politeknik Muadzam Shah, aspek pendekatan secara penerokaan atau
eksplanatori ini dibuat khususnya di kalangan pensyarah teknikal atau TVET.
Penggunaan program simulasi di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(JTMK) amat penting bagi menyesuaikan diri pelajar sebelum menggunakan
peralatan sebenar dengan betul. Sebagai contoh dalam pengajaran subek
rangkaian, aplikasi CISCO Packet Tracer amat penting dilakukan secara simulasi
terlebih dahulu sebelum pelajar mengaplikasikan konfigurasi tersebut pada peralatan
real device seperti Switch dan Router.
Kaedah ini amat memberi lebih kefahaman kepada para pelajar berbanding
penerangan di papan putih. Kaedah yang sama turut dilakukan oleh pensyarahpensyarah dari jabatan lain sebagai langkah penyediaan pelajar sebelum melakukan
kerja bengkel sebenar.

2.1.3 Aplikasi
Aplikasi yang dimaksudkan dalam penggunaan ICT ialah apabila pensyarah
membantu pelajar melaksanakan topik pembelajaran bukan sebagai mekanisme

penyaluran maklumat dalam P&P tetapi menggunakan aplikasi untuk menghasilkan


sesuatu contohnya penggunaan aplikasi Microsoft Office Word dan Excel untuk
menghasilkan artikel dan laporan.
Penggunaan aplikasi ICT sangat penting bagi pensyarah dan pelajar di JTMK
kerana hampir setiap subjek yang diajar memerlukan penggunaan aplikasi dalam
tutorial dan latihan praktikal. Antara aplikasi yang sering digunakan bagi program
sistem rangkaian ialah CISCO Packet Tracer, Virtual Machine dan Microsoft Visio.
Aplikasi-aplikasi ini akan digunakan oleh pelajar bagi menghasilkan latihan simulasi
dan tugasan assessment di sepanjang semester.
Manakala, dalam aspek pembinaan laman web atau video pensyarah akan
menggunakan perisian seperti Visual Basic, Dreamweaver, Adobe Photoshop dan
PHP. Selain dari kedua-dua aplikasi ini perisian Movie Maker turut digunakan untuk
penghasilan montaj atau video pendek. Bagi bidang penyelidikan dan inovasi pula
antara perisian yang digunakan ialah Statical Package for Social Science (SPSS).

2.1.4 Komunikasi
Komunikasi merupakan alat penting untuk menyampaikan maklumat. Penyampaian
maklumat yang betul dan tepat dapat membantu proses pembelajaran. Kini ICT

digunakan secara meluas dengan menggunakan pelbagai medium. ICT sebagai alat
memudahkan komunikasi apabila digunakan untuk menghubungkan pelajar dan
pensyarah dari lokasi yang berlainan. Selain berhubung, komunikasi juga digunakan
untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk.
Komunikasi dapat dilakukan menerusi pelbagai jenis seperti teks, grafik, audio, video
dan kombinasi pelbagai jenis. Dengan kepesatan teknologi terkini, pembelajaran
telah melangkah kepada satu tahap yang lebih menyenangkan manusia, ICT turut
digunakan sebagai alat pemudah komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif (Foo &
Chan, 2000).
Komunikasi dalam pembelajaran menggunakan ICT di Politeknik Muadzam
Shah lebih tertumpu kepada kaedah yang terkini seperti penggunaan sistem
pesanan ringkas (sms), infoblast TM, video conference menggunakan Skype,
WhatsApp Messenger, Facebook Chat, Twitter dan lain-lain. Namun daripada apa
yang disenaraikan penggunaan Facebook sebagai medium komunikasi adalah amat
tinggi. Keadaan ini adalah disebabkan paparan muka (interface) dan segala
kemudahan yang disediakan dalam Facebook dapat diterima oleh semua peringkat
umur. WhatsApp Messenger pula dijadikan platform untuk pelajar mendapatkan
info dan berinteraksi dengan pensyarah dengan lebih cepat.

2.2

PENGGUNAAN ICT DALAM KONTEKS PENGAJARAN

2.2.1 ICT Sebagai Alat Persembahan

Sebelum kehadiran komputer, alat yang biasa digunakan untuk persembahan dalam
pengajaran adalah menggunakan papan hitam, papan putih, kertas mahjong, kertas
bergambar, poster dan flash kad. Namun selepas kemunculan ICT tugas
pengajaran terutamanya untuk persembahan menjadi lebih mudah dan menarik
minat pelajar. Alat persembahan yang biasa digunakan adalah LCD projektor, LED
Projektor, Skrin LCD dan Skrin LED. Semua alat ini boleh disambungkan ke cpu
komputer peribadi, komputer riba dan komputer tablet (Noor Mazlan & Noraziah,
2010).
Politeknik Muadzam Shah kini dilengkapi dengan semua kemudahan untuk
persembahan secara digital. Keadaan ini dapat memudahkan para pensyarah
menggunakan peralatan persembahan yang tersedia seperti LCD projektor dan LED
Projektor untuk memaparkan slaid persembahan, video berkaitan pembelajaran dan
pengajaran, gambar dan lain-lain yang berkaitan. Pada masa akan datang, pihak
Politeknik Muadzam Shah sedang berusaha untuk menyediakan bahan tutorial
secara aplikasi interaktif dan online video supaya pelajar boleh mengaksesnya di
mana-mana sahaja dengan menggunakan gadget seperti telefon pintar, tabs,
ipad yang mempunyai sambungan Internet. Kaedah pengajaran seperti ini juga
dikenali sebagai mobile learning (M-learning).

2.2.2 ICT Sebagai Alat Alat Demonstrasi


Selain daripada LCD projektor dan LED Projektor, Politeknik Muadzam Shah turut
dilengkapi dengan Video Projektor. Alat ini amat memudahkan pensyarah

10

menunjukan sesuatu benda yang kecil dan dapat dilihat dari jauh dengan jelas dan
besar. Video Projektor ini amat sesuai digunakan ketika terdapat pelajar yang ramai
dalam satu dewan kuliah. Keupayaan Video Projektor ini juga ialah membolehkan
pensyarah membuat demonstrasi di hadapan bilik kuliah dan pelajar akan melihat
aksi demonstrasi di atas skrin besar.

3.0

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan kepentingan ICT dalam proses P&P tidak dapat dinafikan lagi
keperluannya. Pengintegrasian ICT dalam P&P merupakan saranan yang tepat bagi
pensyarah

dalam menyampaikan pesanan pembelajaran dalam bilik kuliah.

Pemilihan kaedah serta alat yang tepat juga perlu diambil kira oleh pensyarah bagi
memastikan keselarian antara mata pelajaran, waktu, situasi dan kondisi dalam
memanfaatkan ICT dalam suatu P&P pada masa berlangsungnya pembelajaran.
Secara keseluruhannya tahap kemahiran pensyarah di Jabatan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi di PMS terhadap penggunaan ICT berada di tahap yang
tinggi dalam penggunaan aplikasi-aplikasi dan alat bantuan mengajar yang
berteraskan teknologi ICT. Penggunaan ICT digunakan secara menyeluruh dalam
proses pembelajaran yang melingkupi aspek tutorial, penerokaan (eksploratori),
aplikasi dan komunikasi. Manakala, proses pengajaran juga dirancang dengan
penggunaan ICT secara optimum dari segi penyampaian secara teknologi digital
berbanding penyampaian lama yang berkonsepkan papan putih dan nota bertulis.

Pembelajaran ICT yang

ditekankan bukan sahaja tertumpu kepada

penggunaan aplikasi untuk menyiapkan tugasan malahan diperluaskan lagi ke arah


pembelajaran secara blended learning dengan keupayaan portal E-Learning

11

CIDOS dan media sosial seperti Facebook Chat memudahkan proses penyampaian
dan perkongsian maklumat antara pensyarah dan pelajar. P&P di PMS bergerak
seiring dengan kemajuan ICT terkini bagi pecerapan ilmu yang lebih mantap dan
suasana P&P yang lebih kondusif.
Tidak dapat dinafikan bahawa teknologi ICT juga dipraktikkan di jabatanjabatan lain di PMS sebagai pemudahcara dalam P&P. Penerapan ICT di setiap
jabatan di PMS mahupun di politeknik lain juga dapat memberi impak yang sangat
berkesan dari segi keselesaan belajar dan mengajar, penjimatan masa dan kertas
serta kemahiran asas ICT pelajar bagi menempuhi dunia pekerjaan kelak.
Keperluan kemahiran ICT semasa bekerja sangat penting kepada pelajar pada
masa kini kerana pihak industri lebih berminat kepada calon yang mahir dari segi
penggunaan ICT.

4.0

RUJUKAN

12

Ahmad Zanzali , Noor Mazlan and Kassim@Aziz, Noraziah (2010) Penggunaan ICT
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru
Pelatih

UTM.

Tidak

Diterbitkan.

Universiti

Teknologi

Malaysia.

Eprint.utm.edu.my. 25 Mei 2012.

Engkizar Martias. 2010. Pengintegrasian ICT Dalam Proses P&P Pendidikan Islam.
Kertas Kerja Tidak diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
http://engkizarquran.wordpress.com/2010/04/15/pengtingnya-integrasi-ictdalam-proses-pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam/. 25 Mei 2012.

Foo Say Fooi & Chan Yuen Fook. 2000. Kesedaran Dan Kesanggupan Penggunaan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengurusan Pendidikan Di
Malaysia. International Conference Education & Ict In The New Millenium.
Kuala Lumpur.

Ismail bin Che Ku. 2002. Kemahiran dan Sikap Pensyarah Pendidikan Islam
Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran di Maktab Perguruan
Islam, Kertas Kerja Sarjana. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Norsalleh Ngatimin & Sahat Md Shah. 2004. Pedagogi ICT (Information &
Communication Technology) Dalam pengajaran dan Pembelajaran Sejarah.

13

Bahan

Sejarah.

http://www.staripoh.com/muat_turun/Bahan%20PPK/bsk/b

panduan/bp_pnp_sej.pdf. 25 Mei 2012.

Rosenberg, J.M., 2001. E-learning: Strategies For Delevering Knowledge In The


Digital

Age. United State of America: McGraw-Hill.

Siswo Saroso. 2008. Upaya Pengembangan Pendidikan Melalui Pembelajaran


Berbasis Multimedia. www. pintar-board.blogspot.com, 26 Mei 2012.

5.0

LAMPIRAN

14

Aplikasi Cisco Packet Tracer

Aplikasi Dreamweaver
Gambar 1.1 Contoh aplikasi yang digunakan

15

Facebook Chat

WhatsApp Messenger
Gambar 1.2 Contoh Bentuk Komunikasi melalui ICT dalam P&P.

16

Anda mungkin juga menyukai