Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
(B01-03-04-LE2-IS1)

TAJUK KEMAHIRAN DAN


TAHAP

JURUELEKTRIK TAHAP 3 (SEMESTER 4)

No. DAN TAJUK MODUL

M04 LOW VOLTAGE ELECTRICAL SWITCH BOARD

No. DAN TAJUK


PENGALAMAN
PEMBELAJARAN

LE1 INSTALL LOW VOLTAGE SUB SWITCH BOARD

OBJEKTIF PRESTASI
AKHIRAN

PERFORM LOW VOLTAGE ELECTRICAL SWITCH BOARD


USING BLUEPRINT MAINS SWITCH BOARD AND TOOL
ETC; SO THAT IT IS MOUNTED FIRMLY ARCCORDING TO
SPESIFICATION AND REGULATIONS.

LE2 INSTALL LOW VOLTAGE MAINS SWITCH BOARD

112

ISI KANDUNGAN
LE2 INSTALL LOW VOLTAGE MAINS SWITCH BOARD

TASK 04.06 Install low voltage mains swtich board

113

No. & TAJUK


PENGALAMAN
PEMBELAJARAN
No. & TAJUK
TUGASAN

LE2 INSTALL LOW VOLTAGE MAINS SWITCH BOARD

TASK 04.06 Install low voltage mains swtich board

Code No. : B01-03-04-LE2-IS1a

TAJUK :

Muka : 1 drpd : 13

PENGENALAN KEPADA PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH

TUJUAN :
Kertas Penerangan ini bertujuan menerangkan rekabentuk dan fungsi aksesori peralatan yang terdapat pada
papan suis utama voltan rendah bekalan tiga fasa untuk sesuatu pepasangan industri serta dapat memantapkan
lagi pengetahuan dan kemahiran dalam melakukan kerja-kerja penyelengaraan pepasangan elektrik.
PENERANGAN
Pada umumnya penggunaan papan suis utama dalam pepasangan elektrik adalah bertujuan untuk mengawal
kemasukan bekalan dan pengagihan bekalan kebeban beban pengguna. Papan suis utama ( PSU )
adalah satu komponen atau perkakas pemasangan elektrik yang mula-mula sekali menerima bekalan
elektrik sebelum ianya diagih-agihkan ke bahagian-bahagian beban lain atau bangunan. Ia juga
merupakan pusat kawalan kepada keseluruhan pemasangan voltan rendah.
1. Spesifikasi penggunaan papan suis utama.

a.

Di dalam PSU inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan perlindungan. Bekalan
masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF di PSU. Alat dan komponen perlindungan utama yang
mengawal dan melindungi keseluruhan pemasangan ditempatkan di sini.

b.

Peranan, saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada keupayaan membawa arus. Ada
sesetengah PSU hanya mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elektrik.

2. Jenis-jenis rekabentuk papan suis utama.


Rekabentuk papan suis utama adalah sama dengan jenis dengan sub papan suis yang biasa digunakan iaitu:a. Jenis melekat didinding ( wall mounted ).
b. Jenis Cubicle.
Jenis melekat didinding biasanya untuk pemasangan kecil iaitu kurang daripada 150 ampiar
cubicle untuk pepasangan sederhana dan pemasangan besar.

manakala jenis

114

Code No. : B01-03-04-LE2-IS1a

Muka: 2 drpd: 13

Rajah 1 : Gambarajah papan suis utama jenis cubicle.

3. Jenis-Jenis Kemasukan Bekalan Papan Suis Utama


Rekabentuk papan suis utama adalah mengikut kemasukan bekalan dan keperluan beban pepasangan. Ini
adalah betujuan memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan keselamatan. Berikut adalah rekabentuk jenis
kemasukan papan suis utama:a.
b.

c.

Papan Suis Utama Satu Kemasukan.


Papan Suis Utama Dua Kemasukan.
Papan Suis Utama Satu Kemasukan dari bekalan pihak pembekal serta satu Papan Suis Utama
Kecemasan Automatik.(EMS Board).

115

Code No. : B01-03-04-LE2-IS1a

Muka : 3 drpd : 13

4. Binaan papan suis utama


Bagi jenis cubicle binaan papan suis menggunakan rangka utama yang akan menyokong berat segala peralatan
yang terdapat di dalam papan suis. Kekuatan rangka hendaklah minima 10G berbentuk U section channel.
Rangka yang baik adalah dari jenis berlubang-lubang dengan saiz yang sesuai dan dengan jarak 25mm supaya
tidak mengurangkan kekuatan mekanikalnya. Jenis ini dipanggil jenis modular dimana ia boleh ditambah dan
dibesarkan dengan mudah iaitu dengan menyambung sahaja rangka tambahan.
Disekeliling bahagian luar ditutup dengan kepingan logam dengan tebal tertentu (tebal minima 14G dibahagian
belakang dan tepi papan suis). Palang bas pembumian dengan keraratan rentas yang mencukupi dipasang
dibahagian bawah sebelah dalam papan suis meliputi keseluruhan sistem pembumian.
5. Klas
Terdapat tiga klas PSU.
a. Tiada kompartmen iaitu tiada dinding pemisah di antara bahagian-bahagian dalam PSU.
b. Sebahagian berkompartmen iaitu sebahagian sahaja dipisahkan daripada yang lainnya.
c.

Sepenuhnya berkompartmen iaitu semua bahagian diasingkan dari yang lain.

Jenis mana yang kita mahukan bergantung kepada keperluan, kesesuaian, tahap keselamatan
dan harga yang perlu kita bayar. Jenis yang paling baik dan mahal ialah setiap komportmen
dalam PSU diasingkan dengan dinding logam supaya apabila berlaku percikan api bahagian lain
tidak terlibat.Selain mahal ianya juga berat.

Jenis sederhana baik hanya memisahkan sebahagian sahaja kompartmen terutama bahagian
yang menempatkan pemutus litar udara (ACB), kerana disinilah selalunya berkemungkinan
besar berlaku percikan api elektrik.

Jenis yang paling mudah dan murah ialah tiada langsung pemisah di antara kompartmen di
dalam PSU tersebut.

6. Lokasi papan suis


Di antara keperluan bilik suis adalah:
a. Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi bagi mengurangkan perbelanjaan submains
dan kabel.
b. Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca-punca air.
c.

Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja operasi dan senggaraan mudah
dijalankan.

d. Ditempatkan didalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci.

116

Code No. : B01-03-04-LE2-IS1a

Muka: 4 drpd: 13

7. Keperluan bilik suis


Diantara keperluan bilik suis adalah:
a. Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik.
b. Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proff netting supaya serangga
tidak dapat masuk.
c.

Ruang kosong berukuran minima 2.5kaki dibahagian belakang dan minima 4.5 kaki
dibahagian hadapan PSU untuk kerja-kerja senggaraan .

d. Mempunyaisaluran-saluran yang mencukupi untuk kemasukan dan keluar kabel.


e. Bilik suis hendaklah dilengkapkan dengan alat pemadam api jenis gas yang dibenarkan
seperti CO2
f.

Lampu biasa,lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah yang mencukupi
hendaklah disediakan di dalam bilik suis.

g. Rajah skema dan tikar getah dengan saiz yang sesuai hendaklah dipaparkan didalam bilik
PSU.
8. Perkakas suis dan komponen papan suis.
Terdapat berbagai alat dan perkakasuis dalam sub papan suis bagi membuat kawalan perlindungan dan
pengagihan bekalan ke beban.
8.1.

Bus-bar kuprum

Bas-bar merupakan kepingan pengalir yang selalunya diperbuat dari campuran kuprum dan bersalut. Ia
mengalirkan dan mengagihkan bekalan elektrik daripada pemutus litar utama ke pemutus-pemutus litar
yang lain. Ianya digunakan menggantikan kabel disebabkan mudah membuat sambungan dan kemas
serta mudah melakanakan kerja pemasangan. Kedudukan bas- bar dipasang mendatar atau menegak
dalam sub papan suis.
Saiz Bus-Bar Kuprum Voltan Rendah

Kadaran Arus Pemutus Litar

6.3 mm x 25 mm

250 Amp

6.3 mm x 31.5 mm

300 Amp

6.3 mm x 40 mm

400 Amp

6.3 mm x 50 mm

500 Amp

6.3 mm x 60 mm

600 Amp

6.3 mm x 80 mm

800 Amp

6.3 mm x 100 mm

1000 Amp

2 x 6.3 mm x 60 mm

1200 Amp

2 x 6.3 mm x 80 mm

1600 Amp

117

Code No. : B01-03-04-LE2-IS1a


8.2.

Muka: 5 drpd: 13

Pemutus Litar Udara PLU (Air Circuit Breaker)

Pemutus litar udara digunakan pada papan suis utama untuk pepasangan sederhana atau besar seperti
jenis cubicle. Ia adalah sebuah alat bagi memutus atau menyambungkan bekalan seperti pengasing.
Pemutus litar udara dipasang daripada jenis yang boleh ditarik keluar kerana lebih mudah untuk kerjakerja penyelenggaraan.
8.3.

Pemutus Litar Bekas Beracuan ( Moulded Case Circuit Breaker - MCCB)

Pemutus litar bekas beracuan di gunakan pada papan suis utama bagi mengawal arus kemasukan utama
dan kawalan kebeban. Ia adalah sebuah alat perkakasuis voltan rendah yang padu digunakan untuk
menyambung dan memutuskan litar secara manual dan apabila terdapat beban lebih ia boleh terpelantik
secara automatik. Jenis-jenis pemutus litar yang biasa digunakan adalah
i. Jenis hydrolik magnetik- ( Type B)
ii. Jenis haba dan magnetik - (Type C)
8.4.

Alatubah arus ( Current transfomer )

Alatubah arus adalah komponen penting dalam pepasangan sub papan suis. Ia adalah alat untuk
menurunkan arus utama di bas bar bagi mendapatkan arus yang kecil dan sesuai untuk operasi komponen
komponen seperti alat jangka dan perlindungan.
Jenis-jenis alatubah arus dan spesifikasi.
i. Jenis pengukuran - klas 1atau 3 atau 5 dan kuasa tanggungan 5VA atau 15VA
ii. Jenis perlindungan klas 10P10 dan kuasa tanggungan 15VA.
Nisbah alatubah arus adalah 100/5A, 200/5A, 300/5A , 400/5A, 600/5A, 800/5A 1000/5A
Untuk kegunaan alat geganti perlindungan arus bocor kebumi (Earth Leakage Relay ) menggunakan
alatubah arus galangan (Z ct ). Alat ubah arus jenis ini akan mengesan arus tidak seimbang dalam
pemasangan tiga fasa. Semua pengalir fasa dan pengalir neutral akan melalui hanya pada satu alatubah
arus galangan.
8.5.

Geganti perlindungan

Geganti perlindungan adalah satu komponen perlindungan litar berfungsi menentukan pada tahap kerosakan
dan berupaya menyalurkan bekalan ke gegelung pelantik bagi memutuskan litar secara automatik.
i. Jenis geganti beban lebih IDMT aruhan piring atau elektronik
ii. Jenis geganti rosak kebumi IDMT aruhan piring atau elektronik

118

Code No. : B01-03-04-LE2-IS1a

Muka: 6 drpd: 13

Rajah 2 : Gambarajah skematik geganti perlindungan

a) Tatahan geganti perlindungan.


Penyelarasan geganti di tatahkan pada beban lampau kerana arus semasa beban lampau adalah lebih rendah
daripada arus semasa litar pintas.
Tatan yang biasa digunakan adalah
a) Ip x 100% = catat masa kendalian ( tidak terpelantik )
b) Ip x 120% = catat masa kendalian ( Terpelantik dalam tempoh 5 minit /saat )
c) Ip x 150% = catat masa kendalian (Terpelantik sertamerta / saat )
Contoh tatahan: Beban berterusan 600 A. Saiz PLU 600 A dan Nisbah alatubah 600/5A
Peratus tatahan
100 %
120 %
150 %

Ip
600 A
720 A
900 A

Is
5A
6A
7.5 A

Masa kendalian
0 saat
5 minit
1 saat

Operasi geganti
Tidak kendali
Kendali
Kendali

119

Code No. : B01-03-04-LE2-IS1a

Muka: 7 drpd: 13

120

Setiap tatahan EFR mestilah sesuai dengan nilai galangan bumi bagi memberi kesan kendalian operasi
EFR . Untuk mencari nilai galangan bumi pada sesebuah papan suis utama adalah seperti berikut:
Galangan Bumi = _____________Ve_______________
1.5 x Tatah EFR primary x Nisbah alatubah
8.6.

Alat pengukur

Setiap papan suis utama dipasang alat pengukur bertujuan rujukan pepasangan dan penyelenggaraan. Alatalat jangka yang dipasang seperti jangka volt, jangka amp, jangka faktor kuasa (Cos Phi) , jangka tenaga
kWh dan jangka kehendak maksima (kW atau A).
8.7.

Lampu Penunjuk

Setiap papan suis utama dimestikan memasang lampu pandu atau penunjuk bekalan bertujuan panduan
keselamatan kepada pengguna semasa berada dibilik suis. Sekiranya lampu menyala ini menandakan peti
suis sedang beroperasi. Terdapat tiga jenis warna lampu yang dipasang untuk membezakan antara talian
tiga fasa seperti warna merah , kuning dan biru.
Jenis lampu yang dipasang adalah daripada jenis neon menggunakan bekalan litar satu fasa
(240 V ).
Rajah 3: Gamabarajah skematik alat jangka di PSU

PANEL KAPASITOR BANK


MCCB

200A TPN MCCB

PF

KWH

ELR
100A

0CR / EFR

100A

B
V
S

A
S
Auto PFR
7 Step

100A

150A

1600A
TPN
600A
TPN
ACB

B
R
Y
b) Tatahan geganti perlindungan
rosak ke bumi
Is
Ip

AS
VS 0.5
Ampiar
Peratus
10 %

0.75
15 %

1
20 %

Code No. : B01-03-04-LE2-IS1a

1.25
25 %

1.5
30 %

1.75
35 %

2
40 %

Muka: 8 drpd : 13
100A

100A

9. Panel Kapasitor Bank .


Pembetulan atau pembaikan faktor kuasa memerlukan pemasangan peralatan yang mempunyai ciri-ciri
3 x 30 kVar 3 step
berlawanan dengan kuasa reaktif yang menjadi punca faktor kuasa rendah.
Capacitor
Bank
415
Cara yang
paling mudah,
murah
danVpraktikal membaiki faktor kuasa di PSU ialah dengan pemasangan
Kapasitor
Bank.
Kapasitor
mempunyai
ciri-ciri yang berlawanan
dengan gelung.
Gelung mempunyai ciri-ciri
STORAGE
150A
50 Hz
mengekori (lagging) manakala kapasitor mempunyai ciri-ciri mendahului (leading).
121

122