Anda di halaman 1dari 17

PEMAHAMAN ( 011)

Masa : Satu jam lima belas minit

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B,
C, dan D.
BAHAGIAN A
( 20 markah )

Soalan 1 hingga 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1.

2.

Apabila dewasa nanti __________ ingin menjadi pakar bedah, kata Julia kepada
neneknya.
A

kamu

kami

saya

kita

Wahai, Laksamana! Bersiap sedialah kerana __________ akan berangkat ke

Majapahit sebelum matahari terbit esok, titah Sultan Mansur Syah.
A

beta

hamba

tuanku

baginda

3.

4.

Anand __________ Maklumat tentang pulau-pulau pelancongan di Malaysia kepada

Cikgu Hasnol sebentar tadi.
A

melaporkan

mengumumkan

membekalkan

menyerahkan

Setelah melihat banyak tamu di rumahnya, Fatin berasa __________ untuk keluar dari
biliknya.
A

malu

selesa

bangga

rindu

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah ini.

5.

Ayah menggunakan __________ gergaji untuk memotong dahan-dahan pokok besar

yang tumbang itu.
A

sebuah

sebilah

selaras

sebatang
2

6.

7.

8.

Rumah teres dua tingkat itu kelihatan __________ kerana sudah lama tidak didiami
orang.
A

baharu

layu

suram

usang

Air sungai itu menjadi __________ akibat penerokaan hutan yang tidak terkawal.
A

kelat

ketat

keruh

kasar

Kamarul __________ kerana dia tidak dapat menyertai program khidmat masyarakat
di kampungnya.
A

gusar

celaru

keliru

kecewa

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah ini.

9.

10.

11.

Penggunaan tengkolok __________ popular sebagai pelengkap pakaian pengantin

lelaki.
A

masih

telah

belum

pernah

Hana pergi ke pejabat pos __________ mengeposkan rakan penanya sekeping poskad.
A

akan

untuk

demi

dengan

Hari Pahlawan disambut pada setiap tahun bagi mengenang jasa __________ tanah
air kita.
A

ketua-ketua

anak-anak

budak-budak

perajurit-perajurit

12.

Gamat mampu hidup walaupun badannya __________ dan akan bercantum semula
setelah dicampak ke dalam laut.
A

dipotong-potong

disiat-siat

dicarik-carik

dilumat-lumat

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah ini.

13.

Encik Dahlan __________ surat khabar yang berlonggok di situ sebelum

menghantarnya ke pusat kitar semula.
A

ikatan

terikat

pengikat

mengikat

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14.

Laut itu tercemar semenjak sebuah petempatan baru dibina di persisiran pantai itu.
A

Pencemaran persisiran pantai itu berpunca daripada pembinaan sebuah

petempatan sementara di kawasan laut.

Semenjak sebuah petempatan sementara dibina di persisiran pantai itu, lautnya

menjadi tercemar.

15.

Di kawasan persisiran laut yang tercemar itulah dibina sebuah petempatan

sementara.

Semenjak laut itu tercemar, sebuah petempatan sementara dibangunkan di

persisiran pantai itu.

Aktiviti mendaki gunung dapat menguji kekuatan mental dan fizikal seseorang.
A

Kekuatan mental dan fizikal seseorang dapat diuji melalui aktiviti mendaki
gunung.

Seseorang yang kuat mendaki gunung dapat menguji aktiviti mental dan
fizikalnya.

Mental dan fizikal seseorang yang kuat dapat diuji ketika aktiviti mendaki
gunung.

Aktiviti mendaki gunung dapat menjadikan seseorang itu kuat dari segi mental
dan fizikal.

Pilih ayat yang betul.

16.

Sepasukan burung merpati sedang terbang bebas di angkasa.

II

Ayam jantan kesayangan datuk berkokok pada setiap pagi.

III

Syarikat itu terpaksa ditutup kerana mengalami kerugian yang teruk.

IV

Puan Aiza menurunkan tanda tangan pada borang perakuan itu selepas
membacanya.

I dan II

I dan III

II dan III

II dan IV

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.

Rumah panjang di Sarawak didiami oleh kaum Iban. Rumah ini dibina di tepi sungai
dengan bertiang tinggi. Tujuannya adalah supaya tidak terjejas oleh banjir. Selain itu, dapat
mengelakkan penghuninya daripada gangguan binatang buas.
Tiang rumah panjang diperbuat daripada kayu yang keras dan tidak mudah reput.
Bumbungnya daripada daun rumbia. Dinding rumah panjang pula diperbuat daripada kulit
kayu atau buluh. Sementara itu, buluh, papan atau kulit kayu digunakan sebagai lantai.
Tangga rumah diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik.
Rumah panjang mempunyai tiga ruang, iaitu tanju, ruai dan bilik. Ruai ialah ruang
terbuka. Di ruang inilah kebanyakan aktiviti diadakan. Antaranya, tempat berkumpul semasa
keramaian, tempat bermesyuarat, tempat mengadakan majlis perkahwinan dan tempat
menyambut tetamu. Bahagian di atas bilik dan ruai pula dipanggil sadau, iaitu tempat tidur
anak dara.
Tanju ialah serambi atau beranda terbuka. Bahagian ini tidak berbumbung dan tidak
bertutup. Hal ini demikian kerana tanju dijadikan tempat menjemur hasil pertanian.
Contohnya, padi, cili, lada, jagung, kepingan getah, dan sebagainya.

Setiap rumah panjang mempunyai seorang ketua. Ketua rumah panjang dipanggil
Tuai Rumah. Tuai Rumah dipilih oleh penghuni rumah panjang berdasarkan pengalamannya.
Tuai Rumah juga mestilah memiliki akhlak yang baik.
Dipetik dan diubah suai daripada Wikipedia.

17

18

19

Mengapakah rumah panjang mempunyai tiang yang tinggi?

A

Untuk menarik perhatian masyarakat luar

Untuk menampung jumlah penghuni yang banyak

Untuk mengekalkan ciri-cirinya sebagai rumah tradisional

Untuk mengelakkan daripadanya bahaya banjir dan gangguan binatang buas.

Apakah kegunaan tanju?

A

Tempat tidur anak dara

Tempat menjemur hasil tani

Tempat menyambut tetamu

Tempat mengadakan majlis perkahwinan

Bagaimanakah pemilihan ketua rumah panjang dilakukan?

A

Mengikut adat tradisi kaum Iban

Berdasarkan pengalaman dan akhlaknya

Melalui undian para penghuni rumah panjang

Menerusi kebolehannya membina rumah panjang

20

Pilih penyataan yang benar tentang petikan.

A

Rumah panjang mempunyai tiga ruang.

Rumah panjang didiami oleh kaum Bidayuh

Ruai ialah ruang tertutup untuk mengadakan pelbagai aktiviti

Bumbung rumah panjang diperbuat daripada kayu bulat yang ditakik.

BAHAGIAN B
[ 30 MARKAH ]

Soalan 21
Garisi penjodoh bilangan yang terdapat dalam ayat di bawah ini.

Beberapa kaki cendawan yang aneh ditemukan di Taman Cendawan, Bukit Cahaya
Seri Alam.

Penyambut tetamu itu mengenakan serawan kerongsang pada baju kebayanya.

Semasa menyambut tetamu Hari Raya Aidilfitri yang lalu, Cikgu Ernizah menerima
beberapa keping kad ucapan daripada anak muridnya.

Penyajak terkenal itu mendeklAmasikan dua rangkap sajak dengAn penuh syahdu.

[4 markah]

Soalan 22
a.

Tulis ayat majmuk daripada ayat-ayat tunggal di bawah ini.

Ayat tunggal :
(a)

Lori yang membawa anak-anak ayam itu terbabas.

(b)

Lori yang membawa anak-anak ayam itu terbalik.

Ayat majmuk :

_____________________________________________________________________

10

[2 markah]
b.

Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]

c.

Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]
11

Soalan 23
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hampir setiap hari kita mendengar tentang kes kemalangan jalan raya. Mengikut
statistik, kecuaian pengguna jalan rayalah yang menjadi penyebab utama meningkatnya kadar
kemalangan jalan raya. Peningkatan kes ini sangat membimbangkan. Oleh hal yang
demikian, pengguna terutamanya murid-murid hendaklah berhati-hati dan berdisiplin di jalan
raya.
Banyak cara yang dapat dilakukan untu menjaga keselamatan diri di jalan raya.
Pertamanya, murid-murid yang berbasikal semasa pergi dan pulang dari sekolah perlu
memastikan basikal berada dalam keadaan yang selamat. Brek, lampu, dan loceng mestilah
berfungsi dengan baik.
Seterusnya, mereka harus memakai baju pantul cahaya jika berbasikal dalam keadaan
gelap atau semasa cuaca buruk. Pemakaian baju pantul cahaya ini penting supaya mereka
mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain. Dengan ini, mereka dapat mengelakkan
diri daripada dilanggar oleh kenderaan lain akibat keadaan yang kurang jelas.
Kemalangan jalan raya turut melibatkan pejalan kaki. Sebagai pejalan kaki, muridmurid mestilah sentiasa berwaspada. Mereka hendaklah berjalan mengikut arah yang
bertentangan dengan laluan kenderaan. Apabila berjalan mengikut arah yang bertentangan
dengan laluan kenderaan, murid-murid dapat melihat kenderaan dari arah hadapan. Mereka
dapat mengelakkan diri daripada dilanggar dari belakang juga. Di samping itu, murid-murid
perlu menggunakan lintasan pejalan kaki atau jejantas apabila ingin melintas.

a.

Peningkatan kadar kemalangan raya berpunca daripada ________________________

_____________________________________________________________________
[1 markah]

b.

Apakah yang harus dipakai oleh penunggang basikal ketika cuaca buruk?

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]
12

c.

Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah

ditunjukkan sebagai contoh.
Sebelum menunggang basikal , pastikan
brek, lampu, dan loceng berfungsi dengan
baik.
Kemalangan jalan raya
melibatkan pejalan kaki.

jarang

BETUL

sekali

Pejalan kaki dinasihatkan berjalan mengikut

arah yang bertentangan dengan kenderaan.
Penggunaan lintasan zebra dan jejantas
penting untuk mengelakkan berlakunya
kemalangan jalan raya.

SALA

[2 markah]

Soalan 24
Baca petikan laporan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan Lawatan ke Ladang Ternakan Rusa

Pada 13 Jun 2016, Persatuan Kemahiran Hidup telah mengadakan lawatan sambil
belajar ke ladang ternakan rusa. Ladang rusa itu deberi nama DParadise Deer Valley. Ladang
tersebut terletak di Rawang, Selangor. Lawatan itu disertai 44 orang murid dan dua orang
guru penasihat. Mereka bertolak pada pukul 8:00 pagi dan tiba pada pukul 9:30 pagi.
Para peserta diberi taklimat oleh pengurusan ladang itu, iaitu Encik Muhammad Fathi
bin Mohamed Akhbar. Menurut beliau, penternakan rusa kurang mendapat perhatian para
pengusaha. Mereka menganggap rusa sebagai ternakan eksklusif yang bernilai tinggi dan
sukar untuk diternak. Sebaliknya, beliau menyangkal dakwaan tersebut. Hal ini demikian
kerana kos kandang, kos makanan, dan kos perubatan rusa lebih rendah berbanding dengan
kos lembu dan kambing.

13

Kemudian, para peserta dibawa melawat ke lot ternakan rusa pada padang ragut. Lot
ternakan rusa itu seluas 1.2 hektar. Uniknya, ladang ternakan rusa itu turut menawarkan
perkhidmatan menghasilkan baka rusa serta pusat jualan induk rusa, anak rusa, tanduk rusa,
serta kulit rusa.
Walaupun keletihan kerana terpaksa berjalan jauh, semua peserta kelihatan gembira.
Mereka banyak menimba pengalaman menarik di ladang tersebut. Secara keseluruhannya,
lawatan ini berjaya mencapai matlamatnya. Pihak persatuan merancang untuk mengadakan
lebih banyak aktiviti seperti ini pada masa hadapan.

Disediakan oleh,

20 Jun 2016

Ahmad Hisyam Zakuan

(AHMAD HISYAM BIN ZAKUAN)
Setiausaha Persatuan Kemahiran Hidup,
Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau.
a.

Perkataan bernilai dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

_____________________ .
[1 markah]

b.

Mengapakah penternakan rusa kurang mendapat perhatian para pengusaha?

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]

c.

Apakah keistimewaan ladang ternakan rusa tersebut?

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]
14

d.

Adakah semua murid wajar menyertai lawatan sambil belajar? Mengapa?

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[3 markah]

Soalan 25
Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Si Mamat lari dikejar angsa,

Dipatuk pula ayam serama,
Kurangkan kerja, luangkan masa,
Dengan keluarga makan bersama.
Ada sirih, adalah kapur,
Buat santapan Raja Safwan,
Bantulah ibu bersihkan dapur,
Ringankan beban, hindarkan kotoran.
Duri terpegang, tercucuk isi,
Mengkuang dilayur perlu dijaga,
Kesihatan dijaga, minat dikongsi,
Berkebun sayur bersama keluarga.
Tinggi sekali pokok saga,
Tumbuh subur sepanjang jalan,
Kesihatan berkumpul seisi keluarga,
Televisyen ditonton sebagai hiburan.
Manisnya rasa janganlah ragu,
Buah naga terkenallah sudah,
Pilihlah sehari dalam seminggu,
Bersama keluarga kita beriadah.

15

a.

Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]

b.

Mengapakah kita perlu membantu ibu membersihkan dapur?

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[1 markah]

c.

Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi penyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Menjaga kesihatan dengan bercucuk tanam

Menonton televisyen seisi keluarga sebagai suatu kewajipan

[1 markah]

16

Pilihlah sehari dalam seminggu,

Bersama keluarga kita beriadah.

d.

Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

17

Anda mungkin juga menyukai