Anda di halaman 1dari 7

SKRIP PENGACARA HARI GRADUASI SMK SEREMBAN 3

TAHUN 2016
PENGUMUMAN: MOHON PERHATIAN KEPAADA SEMUA HADIRIN, UNTUK
MELANCARKAN MAJLIS, SEMUA DIMINTA BERDIRI KETIKA YANG
BERBAHAGIA MASUK DAN SAMA-SAMAMENYANYIKAN LAGU NEGARAJU,
NEGERI DAN SEKOLAH.
BI
L
1

AGENDA
Ketibaan
tetamu
kehormat
Nyanyian
lagu
'Negaraku',
negeri dan
sekolah

SKRIP

TINDAKAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia


Tuan Pkharuddin Bin Hj Ghazali ke Majlis
Graduasi Kali Pertama Smk Seremban
3Tahun 2016.
Sebagai tanda cinta akan negara, Majlis
dimulakan dengan dengan nyanyian lagu
Negaraku, diikuti lagu Negeri Sembilan
dan lagu sekolah. Hadirin diminta berdiri.
*******
Hadirin dipersilakan duduk.

Protokol

Sayang merbah mencari makan,


Terbang seiring di hujung muara,
Selamat datang kami ucapkan,
Awal bismillah pembuka bicara.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Yang Berbahagia, Tuan Pkharuddin Bin Hj
Ghazali,
Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri
Sembilan,
Yang Berusaha, Pn. Hajah Amnah Binti
Alias
Pengetua SMK Seremban 3
Yang Dihormati,
En. Pachappan, A/L Rajagopal, GPK
Akademik,
En. Roslan Bin Azizi, GPK HEM,
Pn. Norhayati Bt Mat Darus, GPK
Kokurikulum,
Guru -guru serta para peserta yang
diraikan.
Seterusnya hadirin hadirat sekalian.
Assalamualaikum W.B.T, salam Sejahtera
dan salam Graduasi.

Noru
Akmal

Alu-aluan

Limpahan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan


Rahmat dan kurniaNya dapatlah kita sama-sama
berkumpul di dalam dewan yang indah ini bagi
meraikan Majlis Graduasi pelajar-pelajat Tingkatan
Lima SMK Seremban 3 Tahun 2016.

Noru
Akmal

Majlis terlebih dahulu merakamkan sekalung terima


kasih atas Keprihatinan dan kesudian Tuan

Pkharuddin Bin Hj Ghazali, Timbalan


Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan
serta semua hadirin meluangkan masa
untuk sama-sama menjayakan majlis ini.
4

Bacaan doa

Sidang hadirin,
Majlis seterusnya memohon para hadirin
untuk sama-sama memanjatkan
kesyukuran dan bermohon doa ke hadrat
Ilahi agar majlis Graduasi ini akan diterima
sebagai satu usaha yang murni dan
diberkati. Untuk itu, majlis mempersilakan
Al-fadhil Ustaz Muhd Zaid Uwais Bin
Jalaluddin untuk memimpin bacaan
doa. pada yang bukan beragama Islam,
sama-samalah bertafakur mengikut
kepercayaan masing-masing.
Dipersilakan...

Ustaz
Muhd Zaid
Awis Bin
Jalaluddin

- Bacaan Doa
Amin...Amin... Ya Rabbal Alamin.....
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Al-fadhil Ustaz atas bacaan doa itu
tadi.

Makan,
tayangan

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,


Bagi meneruskan upacara marilah samasama kita menonton tayangan multimedia
sebagai halwa telinga dan mata.
Dipersilakan...
- Tayangan Multimedia
Begitulah tadi tayangan yang
memaparkan doa dan harapan para
pendidik SMK Seremban 3 terhadap anakanak pelajar sekalian

Persembah
an

Ucapan
Pengetua

Sidang warga dewan sekalian,

Puan hajah
Amnah

Daun semulur dipekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perangsang hajatnya kami.
Bagi meneruskan acara, majlis
mempersilakan yang berusaha Puan Hajah
Amnah Binti Alias pengetua SMK
Seremban , menyampaikan ucapan buat
titipan semangan serta dorongan kepada
pelajar-pelajar yang diraikan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
- Ucapan Pengetua
Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima
kasih kepada yang Berusaha Pn hajah
Amnah Bt Alias atas ucapan sebentar tadi
6

Ucapan VIP

Hadirin yang dimuliakan,


Tak meriah majlis jika tiada muzik iringan,
Tak berseri majlis jika tiada tetamu yang
datang,
Tak lengkap acara jika tetamu kehormat
tidak berbicara.

VIP

Dengan itu, majlis mempersilakan Yang


Berbahagia Tuan Pkharuddin Bin Hj
Ghazali, Timbalan Pengarah Pendidikan
Negeri Sembilan untuk menyampaikan
ucapan
Dengan penuh takzim, majlis
mempersilakan.
- Ucapan VIP
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada
yang berbahagia Tuan Pkharuddin Bin Hj
Ghazali atas ucapan sebentar tadi.
7

Persembah
an

Hadirin sekalian, kita hangatkan majlis kita


ini dengan persembahan ..........................
oleh...........................
Dipersilakan.

Pelajar
Persembah
an

- Persembahan 1
Satu persembahan yang sungguh
menghiburkan. majlis merakankan ribyan
terima kasih.
Seterusnya, marilah kita saksikan
persembahan .............................
oleh ............................ Dipersilakan.
- Persembahan 2
Satu persembahan yang sungguh menarik
dan hebat. berikan tepukan yang gemuruh
sekali lagi.
Kita teruskan acara kita pada hari ini
dengan persembahan yang
ketiga.............................. oleh..............
dipersilakan...
- Persembahan 3
Terima kasih atas persembahan yang
begitu menarik. Sekali lagi tepukan yang
gemuruh untuk semua bakat yang
dipersembahkan sebentar tadi.

Penyampai
an Sijil dan
Anugerah

Hadirin yang dikasihi,

Pn. Tan

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil


kepada pelajar-pelajar tingkatan lima
tahun 2016.
Dengan itu, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan yang
berbahagia Tuan Pkharuddin Bin Hj
Ghazali, Timbalan Pengarah Pendidikan
Negeri Sembilan dengan diiringi oleh Puan
Hajah Amnah Binti Alias naik ke pentas
bagi menyempurnakan upacara
penyampaian sijil. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
***Rujuk senarai nama***
Tidak lengkap majlis kita tanpa
penyampaian sijil dan anugerah kepada
pelajar-pelajar pelajar.
1.Anugerah .............. ( Biodata pelajar)
2. Anugerah .............. ( Biodata pelajar)
3. Anugerah .............. ( Biodata pelajar)
4. Anugerah .............. ( Biodata pelajar)
Terima kasih kepada Tuan Pkharuddin Bin
Hj Ghazali atas kesudian menyampaikan
sijil sebentar tadi.
Sebagai tanda penghargaan daripada
pihak sekolah, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Puan Hajah
Amnah Binti Alias untuk menyampaikan
cenderamata tanda ingatan kepada
tetamu istimewa kita pada hari ini.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada Puan Hajah Amnah Binti Alias atas
kesudian menyampaikan cenderamata
sebentar tadi.

10

Sesi
Bergambar

Setrusnya adalah sesi bergambar. diminta


pelajar-pelajar yang diraikan bersedian
dan naik ke pentas.
***

Dokument
asi

Terima kasih atas kerjasama semasa sesi


bergambar sebentar tadi.

11

Jamuan
makan

Hadirin yang dihormati sekalian,

Semua

Lebat rumbia di sungai Kedah,


Batang Selasih di Tanjung Dara,
Juadah istimewa terhidang sudah,
Samalah duduk menjamu selera.
Selamat menjamu selera...
12

Penutup

Para hadirin yang dihormati,


Majlis kita telah sampai ke
pennghujungnya. Majlis merakankan
ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan atas kesudian semua
memeriahkan majlis ini.
Kepada pelajar Tingkatan Lima yang
diraikan, diharapkan majlis gilang
gemilang ini dapat membakar semangat
dan membuka ruang untuk terus berjuang
menghadapi SPM tidak lama lagi.
Sesungguhnya, doa dan harapan kami
sentiasa bersama kalian.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t dan salam
sejahtera

Noru
Akmal

Anda mungkin juga menyukai