Anda di halaman 1dari 2

SMART HOLIDAY

PENDIDIKAN ISLAM F4
JUN 2016
IMAM AL SHAFIE
RIWAYAT HIDUP

PENDIDIKAN

SUMBANGAN

Nama Penuh
: Muhammad b Idris b Usman al Abbas b Usman Syafi b as Saib
Gelaran
: "As-Syafie" sempena nama datuknya, Syafie bin Saib.
Keturunan
: Quraisy, berhubungan dengan Rasulullah, ibu bapa berasal dari Mekah
Tempat & Tahun Lahir
: Ghazah, Palestin, 150H, bapanya sudah meninggal dunia
Meninggal Dunia
:204H, Mesir, 54 tahun Masihi ketika berusia 54 tahun
Imam as-Syafie adalah seorang imam mazhab yang empat, iaitu pengasas "MazhabSyafie".
i.
Ketika berusia sembilan tahun,beliau hafaz Al-Quran.
ii.
Diwaktu berumur dua belas tahun, beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muattok, karangan Imam
Malik dan seterusnya berguru dengan Imam Malik ketika berusia dua puluh tahun.
iii.
Imam as-Syafie belajar dan mendalami bahasa dan kesusasteraan Arab sehingga mahir dalam bidang
penulisan.
iv.
Beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil
Haram.
v.
Imam as-Syafie bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman, Iraq dan negara-negara lain dengan tujuan
untuk menuntut ilmu. Antara ilmu-ilmu yang dipelajarinya termasuklah ilmu hadis, ilmu fikah dan AlQuran.
vi.
Imam as-Syafie sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau membahagikan waktu
malamnya kepada tiga bahagian:
o 1/3 malam untuk berehat.
o 1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan.
o 1/3 malam untuk beribadat.
i.
Imam as-Syafie adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada Al-Quran, hadith, Ijmak Ulama,
Qias dan Masolih Al-Mursalah.
ii.
Pendapat Imam as-Syafie diterima oleh sebahagian besar orang-orang Islam kerana segala fatwanya
sesuai dengan suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu kaum. Antara kitab-kitab karangannya
yang termashyur termasuklah bidang dalam usulfikah; kitab yang membicarakan dengan jelas tentang
cara mengambil hokum daripada Al-Quran dan hadis.
a) Abtal Al-Istihsan.
b) Ahkam Al-Quran.

c) Ar-Risalah.
d) Dalam bidang fikah; kitab yang membicarakan hukum-hukum fikah. Kitab
Al-MukhtasaAl-Kabir.
Al-Mukhtasar as-Saghir.
Al-Farid.
Al-Umm.
e) Dalam bidang hadis; beliau telah menyusun sebuah kitab menjelaskan tentang perselisihan hadishadis nabi.
Al-Masnad.
Al-Amali.
Ikhtilaf Al-Hadis.
f) menghasilkan berbagai-bagai jenis kitab dalam bidang ilmu tafsir, akhlak, ilmu falak, ilmu
kedoktoran dan lain-lain yang member sumbangan yang besar kepada ahli fikir Islam.
g) Mazhab as-Syafie berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, Indo China, Sri Lanka, Armenia,
Kurdistan dan di Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura dan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai