Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum WBT

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia .

Yang Berbahagia Datin Jayanthi A/P Devan, Penolong Kanan HEM,


Yang Berusaha, Encik Fuad Bin Abdullah, Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian

Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana pada
hari ini kita dapat bersama-sama berkumpul sempena Sambutan kemuncak Bulan
Kemerdekaan ke 59 peringkat sekolah untuk tahun 2016.

Sehati, Sejiwa.. sekali lagi dipilih sebagai TEMA sambutan Hari


Kebangsaan untuk tahun ini. Saya percaya tema ini akan memberikan kesan mendalam
dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati kita semua sebagai
seorang warganegara Malaysia yang cintakan tanah air. Sememangnya, kita sebagai
rakyat di negara ini sangat bertuah kerana terus dikurniakan suasana kehidupan yang
aman, harmoni dan sejahtera.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Pada tanggal 31 Ogos 2016 nanti genaplah negara kita menyambut


kemerdekaan untuk kali ke 59. Sebagai generasi muda pada hari ini saya percaya
kamu semua masih kurang arif mengenai peranan dan erti kemerdekaan sebenar. Pada
zaman sekarang erti kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan secara
fizikal semata mata tetapi kita harus sentiasa berwaspada dan menghindari penjajahan

mental melalui pengaruh-pengaruh negatif serta amalan-amalan yang merosakkan


negara kita.
Jika dibiarkan, tentu negara kita akan dijajah sekali lagi meskipun bukan secara
fizikal tetapi impaknya dilihat agak setaraf dan mungkin lebih parah. Saya
sememangnya tidak mahu perkara itu berlaku khususnya dalam kalangan murid-murid
SK Seksyen 11 Kota Damansara. Biarlah kita terus menanam semangat kemerdekaan
melalui cara pemikiran minda kelas pertama sekali gus mempertahan kemerdekaan
yang telah diperjuangkan oleh para pemimpin negara yang terdahulu.

Kita sebagai rakyat Malaysia, seharusnya berasa bangga dengan amalan


budaya budi perkerti yang tinggi yang telah berjaya menyatupadukan seluruh rakyat
yang berbilang kaum sekali gus mengekalkan kedaulatan negara Malaysia yang kita
cintai. Kedaulatan yang kita nikmati inilah yang telah membolehkan negara kita
membangun dengan pesatnya. Pelbagai infrastruktur dan kemudahan awam yang baik
disediakan untuk keselesaan rakyat jelata. Lebih-lebih lagi kebijaksanaan para
pemimpin dalam menyatupadukan rakyat sehingga akhirnya masyarakat di seluruh
negara hidup dalam suasana aman dan harmoni.

Murid-murid sekalian,

Tahukah anda bahawa sebelum merdeka, tahap pendidikan penduduk Malaysia


berada dalam keadaan daif dan sangat ketinggalan jauh? Tidak kelihatan bangunan
sekolah-sekolah yang cantik dan bersih seperti sekarang. Kebanyakannya, dibuat
daripada kayu papan dan kelihatan usang. Matapelajaran yang diajar pula sekadar
untuk membolehkan rakyat tahu membaca. Tiada buku rujukan disediakan dan
kebanyakan ilmu yang dituntut adalah bergantung kepada pengetahuan guru yang
mengajar. Masyarakat kita kebanyakannya tidak mampu untuk menghantar anak-anak

mereka ke sekolah. Ini kerana kedaifan hidup menjadikan mereka tidak berkemampuan
untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak.
Setelah 59 tahun merdeka, keadaan ini sudah jauh berbeza. Sekolah-sekolah
dibina di seluruh pelusuk negara dalam keadaan tersergam cantik dan mempunyai
pelbagai kemudahan seperti perpustakaan, asrama dan bilik komputer. Malah
pendidikan telah menjadi sesuatu yang wajib kepada ibu bapa. Bantuan buku teks
diberi

kepada

yang

memerlukannya.

Guru-guru

yang

mendidik

mempunyai

pengetahuan yang luas dan kurikulumnya diperkemaskan bukan sekadar untuk


membolehkan rakyat membaca tetapi menjadi modal insan yang menyumbang kepada
pembangunan negara.

Sesungguhnya,

kita

mengadakan

Majlis

Sambutan

Kemuncak

Bulan

Kemerdekaan bagi tahun 2016 ini supaya rakyat terutamanya warga SK Seksyen 11
Kota Damansara akan lebih memahami, menghayati erti kemerdekaan dan mendalami
maksud tema kemerdekaan pada kali ke-59 ini iaitu Sehati, Sejiwa... Oleh itu, sekali
lagi saya ingin menyeru kepada murid sekalian marilah kita bersama-sama berjuang
untuk terus mengekalkan kemerdekaan yang kita nikmati sekarang ini. Manfaatkanlah
segala pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini
berlangsung.

Para hadirin sekalian,

Oleh itu, kehadiran kita semua pada pagi, ini bukan hanya mewarnai program ini
atau sekadar mahu bergembira bersama-sama rakan-rakan, tetapi adalah untuk
menggambarkan betapa bangganya kita dan cintanya kita kepada tanah air. Ia bukan
sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, bukan setakat meneriakkan laungan Merdeka,
tetapi memahami, menghayati dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian.

Para hadirin sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk


mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa penganjur yang telah
bertungkus lumus untuk menjayakan Majlis Sambutan Kemuncak Bulan Kemerdekaan
Peringkat SK Seksyen 11 Kota Damansara bagi tahun 2016 dan menyeru agar
mengibarkan Jalur Gemilang di semua tempat yang sesuai sama ada di kenderaan,
kediaman, pejabat, premis perniagaan dan bangunan. Semoga langkah tersebut akan
menyemarakkan lagi semangat patriotisme kita kepada tanah air tercinta ini.

Saya juga difahamkan ahli jawatankuasa penganjur telah membuat persiapan


dan persediaan yang begitu rapi sejak beberapa minggu yang lepas. Sesungguhnya,
kerjasama baik yang telah ditunjukkan ini juga boleh diterjemahkan dalam programprogram akan datang, lebih-lebih lagi dalam memberi kekuatan untuk meneruskan
perjuangan mempertahan kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai ini.

Sekian, terima kasih.