Anda di halaman 1dari 2

Adab dan sopan semasa makan yang perlu diamalkan

adalah seperti berikut:


1 Duduk dengan postur yang betul. Rapatkan kaki dan
jangan membongkok.
2 Letakkan napkin di atas riba.
3 Tunggu sehingga semua orang berada di meja makan
sebelum mula makan.
4 Jemputlah orang yang lebih dewasa makan terlebih
dahulu.
5 Jangan makan dengan gelojoh atau menghirup
minuman atau sup dengan bunyi yang kuat.
6 Gunakan kutleri seperti sudu, garpu atau pisau
dengan cara yang betul tanpa bunyi.
7 Jangan bercakap semasa mulut penuh dengan
makanan.
8 Ambil makanan dengan cermat. Jangan berdiri
semasa mengambil makanan yang jauh. Minta
bantuan orang yang duduk berdekatan untuk
menghulurkan makanan itu kepada anda.
9 Suap makanan secara sedikit-sedikit ke dalam mulut.
10 Kunyah makanan dengan perlahan dan senyap tanpa
membuka mulut.
11 Jangan tiup makanan yang panas. Biarkan makanan
sejuk dahulu.
12 Bercakap dengan sopan dan lemah lembut.
13 Ambil makanan secukup sahaja supaya tetamu lain
juga dapat merasainya.
14 Jangan balik-balikkan lauk untuk mencari bahagian
atau potongan yang anda gemari.
15 Jangan merokok atau mencungkil gigi di depan
tetamu.
16 Rapatkan kutleri setelah selesai makan.
17 Jangan tinggalkan meja makan sebelum semua orang
selesai makan. Sekiranya perlu meninggalkan meja
hidangan lebih awal, minta izin daripada tetamu lain.

ETIKA MAKAN PELBAGAI KAUM


A Etika Makan Cara Melayu
1 Duduk bersila atau bersimpuh di atas tikar.
2 Cuci tangan sebelum dan selepas makan
menggunakan kendi air.
3 Baca doa sebelum makan.
4 Makan dengan menggunakan hujung jari.
5 Ambil lauk-pauk dengan menggunakan tangan kiri.
6 Elakkan daripada meminum air yang banyak semasa
makan.
7 Gunakan sabun yang disediakan untuk mencuci
tangan selepas makan.
B Etika Makan Cara Cina
1 Pegang penyepit dengan tegap.
2 Makan sedikit demi sedikit sayur yang panjang.
3 Apabila makan mi, angkat mangkuk sampai dapat
makan dengan lebih baik.
4 Angkat mangkuk sup dengan tangan kiri dan ceduk
sup dengan tangan kanan.
5 Sekiranya sup terlalu panas, letakkan mangkuk sup di
atas meja, ceduk sup ke mulut.
6 Pegang mangkuk dengan sebelah tangan dan
suapkan nasi ke dalam mulut dengan penyepit atau
letakkan mangkuk di atas meja dan letakkan dan
gunakan sudu untuk menyuap nasi. Jangan gunakan
penyepit untuk mengambil nasi kerana nasi akan
bertaburan.
7 Letakkan sisa makanan di tepi piring layan atau
mangkuk yang telah digunakan dan bukan atas meja.
C Etika Makan Cara India
1 Daun pisang boleh digunakan untuk makan untuk
menggantikan piring.
2 Gunakan kendi air untuk mencuci tangan sebelum
dan selepas makan.
3 Gunakan hujung jari sahaja untuk makan.
D Etika Makan Cara Barat
1 Apabila makan dengan menggunakan pisau dan
garpu, pegang garpu dengan tangan kiri dan pisau di
tangan kanan.
2 Setelah selesai makan, rapatkan garpu dan pisau
serta letakkan di tepi pinggan.
3 Jika anda menggunakan sudu dan garpu, tangkupkan
kedua-duanya ke bawah.

Anda mungkin juga menyukai