Anda di halaman 1dari 8

Skrip Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2016

Tarikh : 1 September 2016


Tempat: Dataran Perhimpunan , Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya
Masa : 7.40 pagi hingga 10.00 pagi
BIL
SEGMEN
1
Murid dan
guru
berkumpul

SKRIP
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daun pelepah daun kelapa,


Kelapa tua kelapa matang,
Awal bismillah pembuka bicara,
Pemanis kata selamat datang.
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih junjung dibuat hantaran,
Hadirin hadirat selamat datang,
Majlis sambutan bulan kemerdekaan.

Yang Berusaha, En. Ajni bin Ishak ,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Binjai
Jaya
Yang berusaha,
En. Ahmad Azman bin Johar , Penolong
Kanan Pentadbiran
Yang berusaha ,
En. Nasimmusobah bin A. Beni , Penolong
Kanan HEM
Yang berusaha ,
Tuan Haji Jamauddin bin Abdul Rahim, PK
Kokurikulum

CATATAN

Yang berusaha
Puan Norhayati binti Hamid, GPK PPKI
Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakanrakan guru, staf sokongan, pekerja swasta
serta anak-anak murid yang disayangi
sekalian .
Alhamdulillah, pada pagi ini
dapat
kita
berkumpul
di
Dataran
Perhimpunan , SK Binjai Jaya yang
serba indah ini dalam Majlis Sambutan
Hari Kebangsaan Tahun 2016 , Peringkat
Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya
bagi
tahun 2016
2

Hadirin yang dihormati sekalian,

Pada tanggal 31 Ogos 2016, genaplah kita


menyambut kemerdekaan untuk kali ke59. Dengan bertemakan SEHATI ,
SEJIWA,
Ia
mencerminkan
roh
kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan
kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini
selain
melambangkan
semangat
kesepaduan yang dimiliki oleh semua
rakyat tidak kira di mana mereka berada.
Erti kemerdekaan sebenar bukan sekadar
bebas daripada penjajahan secara fizikal
semata-mata malah, kita seharusnya
sentiasa peka dan menghindari penjajahan
yang lebih merbahaya iaitu penjajahan
mental melalui pengaruh-pengaruh budaya
serta amalan negatif yang berasal dari
luar.

Bacaaan Doa

Kalau pergi ke Tanjung Keramat,


Anak Manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat
Untuk memberkati majlis kita pada petang
ini dijemput al fadhil ustaz Mohd Ridza
bin Samsudin .Untuk mengetuai bacaan
doa. Dipersilakan.
**********bacaan doa tamat***********

Terima kasih diucapkan kepada al fadhil


ustaz Mohd Ridza bin Samsudin atas
ucapan doa tadi.
Hadirin yang dihormati

Ucapan
pelancaran
Bulan
Duduk sekawan gadis jelita,
Kemerdekaan. Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Majlis dengan segala hormat menjemput


tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Binjai Jaya, Encik Ajni Bin Ishak untuk
memberikan sepatah dua kata dan
seterusnya melancarkan Majlis Sambutan
Hari Kebangsaan Tahun 2016 , Peringkat
Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya
bagi
tahun 2016 .Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
************ucapan tamat *************
Terima kasih diucapkan kepada tuan Guru
Besar kerana sudi menyempurnakan
pelancaran sambutan Hari Kebangsaan
peringkat sekolah bagi tahun 2016.

Semoga dengan itu, akan bersemaraklah


semangat cintakan negara pada setiap
sanubari warga Sekolah Kebangsaan Binjai
Jaya.
5

Pelancaran
Hari
Kebangsaan
Peringkat
Sekolah 2016

Seterusnya kita memohon para hadirin


untuk sama sama berdiri bagi melaungkan
kalimah keramat Merdeka selama 7 kali
diikuti dengan nyanyian lagu patriotik.
Laungan merdeka ini akan diketuai oleh
________________. Bersama-samalah
kita melaungkan kalimah keramat ini
dengan penuh semangat.
*********Laungan tamat**************
Hadirin sekalian dipersilakan duduk.

Perarakan
Kemerdekaan
Murid-murid
tahun 4 dan
5

Hadirin sekalian.
Sekarang sedang berlangsung perarakan
kemerdekaan murid-murid dari tahun 4 , 5
dan PPKI.
Murid-murid
diminta
melambaikan
bendera yang ada di tangan murid-murid
sebagai tanda kecintaan kita kepada
negara Malaysia.

Murid murid Tahun 1, Pra Sekolah , PPKI


dan tahun 6 diminta ke dewan untuk
tayangan video kemerdekaan.

Ceramah
Kemerdekaan
oleh Mejar
(B) Haji
Rasimin bin
Mat Nayan

Hadirin sekalian,

Keris Melayu Lambang Pusaka,


Tapak Sirih Lambang Sejahtera,
Negara Sudah Aman Merdeka,
Hidup Rakyat Bergaul Mesra.
Ayam Jantan Lawan Berlaga,
Bebas Merdeka Dari Sengsara,
Maruah Kita Hendaklah Dijaga,
Benteng Kuat Pertahankan Negara.
Pengorbanan para pejuang kemerdekaan
bukanlah pengorbanan yang kecil. Tanpa
perjuangan dan pengorbanan mereka ,
negara kita mungkin masih berada dalam
genggaman penjajah sehingga kini.
Para
pejuang
kemerdekaan
rela
mengorbankan
segalanya
termasuklah
nyawa mereka bagi memastikan negara ini
mencapai kemerdekaan
dan
pada ketika ini perjuangan mereka
diteruskan oleh
Angkatan Tentera
Malaysia dan juga Polis Diraja Malaysia
yang berada di barisan hadapan negara
bagi mengekalkan kemerdekaan.
Kita semua bertuah pada hari ini kerana
kita mempunyai seorang Naib
Yang
Dipertua PIBG yang pernah berada di
benteng pertama pertahanan negara.
Beliau merupakan bekas anggota tentera
yang
telahpun
bersara
daripada
perkhidmatan pada tahun _________

setelah
berkhidmat
selama
_____________ tahun dan kini menjadi
sebahagian
daripada
tonggak
kecemerlangan anak-anak di sekolah
Kebangsaan Binjai Jaya.
Seterusnya, majlis mempersilakan Mejar
(B) Haji Rasimin bin Mat Nayan.
Dipersilakan.
**********Ucapan tamat***************
Terima kasih diucapkan kepada Mejar (B)
Haji Rasimin bin Mat Nayan
atas
perkongsian yang sangat bermakna tadi.

Persembahan
dari pra
sekolah

Sesungguhnya
perjuangan
bukanlah
semudah
kata-kata.
Ia
menuntut
pengorbanan. Dan perkongsian daripada
Mejar (B) Haji Rasimin bin Mat Nayan ini
diharap dapat menjadi inspirasi dan
kekuatan kepada kita semua untuk sama
sama
Kini kita sampai kepada acara yang
ditunggu-tunggu, persembahan dari Pra
Sekolah.
Persembahan ini adalah persembahan
_______________
yang
bertajuk
________________.
Murid-murid
ini
dibimbing
____________________

oleh

*********Persembahan tamat********
9

Penutup dan
bersurai.

Begitulah tadi meriahnya majlis sambutan


Bulan Kemerdekaan ingatlah ini baru

sahaja permulaan. Diharapkan sambutan


ini akan sentiasa bersemangat dan hangat
sepanjang sambutan bermula pada hari ini
hinggalah
pada
penutupnya
pada...........September.
Sebagai
penutup
majlis,
hadirin
dipersilakan berdiri untuk kita sama-sama
menyanyikan dengan penuh semangat lagu
Tanggal 31 yang dipopularkan oleh
allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad
dan lagu Jalur Gemilang.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Pengumuman

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Pertandingan Mewarna Poster Tahap 1 ,
PPKI dan Pra Sekolah
Pertandingan
Tahap 2

Melukis

Jalur

Gemilang

Anda mungkin juga menyukai