Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Assalamualaikum W.B.T. Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan


limpah dan rahmatnya, dapatlah saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus bagi subjek TMKS
3063 Pengajian Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi Sekolah Rendah. Saya
telah menerima kerja kursus bagi kursus subjek Pengajian Kurikulum Teknologi Maklumat
dan Komunikasi Sekolah Rendah (TMKS 3063) pada 25 Ogos 2016.
Dalam tugasan Pengajian Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMKS
3063) ini, saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan pada diri saya. Pertama adalah
dapat menambahkan pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang digunakan dalam
Pengajaran dan Pembelajaran TMK dalam bilik darjah. Hal ini demikian, melalui kerja kursus
ini sata dapat memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai tumpuan yang terdapat
dalam setiap teori pembelajaran PdP TMK dalam bilik darjah. Antara teori tersebut ialah,
teori Instruktivisme, teori Konstruktivisme, teori Kognitif dan teori Interaksi ManusiaKomputer. Pada masa yang sama, saya juga berpeluang mendalami lagi tentang
Pengajaran dan Pembelajaran TMK dalam bilik darjah. Ini kerana saya berpeluang untuk
mengetahui serta memahami bagaimana PdP TMK boleh dilaksanakan mengikut teori-teori
tersebut.
Selain itu, melalui kerja kursus ini saya juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
saya. Hal ini kerana, bagi menyelesaikan tugasan yang telah diamanahkan ini saya telah
menelaah beberapa buah buku bagi mendapatkan seberapa banyak maklumat tentang
salah laku dan cara mengatasi salah laku tersebut. Sekiranya hanya berpandukan sebuah
buku sahaja mungkin saya dapat menyiapkan juga tugasan ini tetapi maklumat yang saya
peroleh tidak relevan dan mencukupi bagi mencapai standard sebagai pelajar peringkat IPG.
Dalam penghasilan tugasan ini juga, saya juga dapat berpeluang mengulang kaji
pelajaran yang telah saya pelajari. Saya lebih memahami apa itu teori pembelajaran dalam
Pengajaran dan Pembelajaran TMK dalam bilik darjah. Hal ini kerana, sepanjang dalam
menyiapkan tugasan ini yang mana soalan tugasan ini sendiri memerlukan kami untuk
membuat penulisan esei mengenai pengaplikasian teori pengajaran dan pembelajaran TMK
dalam bilik darjah.
Selain kekuatan, kelemahan yang saya temui dalam menyiapkan tugasan ini iaitu
masalah dalam mendapatkan maklumat tentang teori-teori pengajaran dan pembelajaran
TMK yang terdapat bagi subjek tersebut. Hal ini kerana, saya mengalami kesulitan dalam
mencari maklumat mengenai teori pengajaran dan pembelajaran TMK dalam bilik darjah

seperti teori instruktivitisme dan teori Interaksi Manusia-Komputer. Namun begitu masalah
ini dapat dihadapi dengan tenang sekali apabila saya telah mengunjungi dan meminjam
beberapa buah buku dari perpustakaan. Saya juga telah melakukan kolaborasi dengan
rakan-rakan sekelas bagi mendapatkan maklumat tambahan untuk dimasukkan ke dalam
penulisan ilmiah tersebut supaya dapat menyiapkan tugasan dengan berkualiti seperti yang
diinginkan oleh pensyarah bagi subjek tersebut.
Sekali lagi saya menghadapi masalah untuk mengamati dan menghuraikan
pengaplikasian pengajaran pembelajaran TMK dalam bilik darjah. Maklumat yang saya
peroleh tidak mencukupi bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Namun begitu,
saya dapat menghadapi masalah tersebut dengan mengadakan kolaborasi sekali lagi
dengan pensyarah penasihat yang saya kasihi iaitu Encik Falawangi Lahamah dan Encik
Ismai. Beliau tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang menyiapkan
tugasan yang diberikan.
Kesimpulannya, pelbagai ilmu dan pengalaman yang bermanfaat dapat saya peroleh
melalui tugasan TMKS 3063 Pengajian Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Sebagai guru yang mengajar subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dapat ditegaskan
di sini bahawa pentingnya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Teori pengajaran dan pembelajaran TMK hendaklah dilaksanakan oleh guru agar
sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan warga Malaysia
yang celik IT. Saya berharap ilmu dan pengetahuan yang saya peroleh melalui tugasan ini
dapat membantu saya untuk menjadi guru yang cemerlang dan seterusnya menjadikan
generasi akan datang sebagai generasi yang berilmu pengetahuan yang tinggi selaras
dengan hasrat Wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai