Anda di halaman 1dari 2

Nurul Nadiah Bt Ahmad Suhaimi,

No. 76 Jalan Demang 8,


Taman Shahbandaraya 41000 Klang ,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan Noor Jefri Bin Abdul Wahab


Pengarah Akademik & Antarabangsa,
Kolej Universiti Islam Melaka,
KM 45, Kuala Sungai Baru,
78200 Melaka.

1 March 2016

Tuan,
MEMOHON UNTUK PENANGGUHAN SEMESTER 6 SESI 2015/2016
Merujuk perkara di atas saya NURUL NADIAH BT AHMAD SUHAIMI (D1310079)
dari DIPLOMA UNDANG-UNDANG DAN SYARIAH semester 6 ingin memohon
untuk membuat penangguhan semester 6.
2. Hal ini kerana saya ada penyakit kronik dan tak mampu dielakkan. Faktor utama
untuk saya membuat penangguhan semester adalah kerana saya mempunyai
Extremities Joint (Trauma) dan ACL (Anterior Cruciate Ligament) injured di mana
lutut saya pada bahagian ligamen (ACL) sudah koyak dan lutut saya bengkak sebab
trauma. Doktor menasihati saya supaya tidak digalakkan bergerak secara aktif dan
tidak berdiri atau berjalan terlalu lama sehingga menyebabkan kecederaan pada
lutut dan ligamen saya semakin teruk. Lampiran akan dilampirkan sebagai
pembuktian koyakan ligamen. Oleh kerana itu saya harus melakukan penangguhan
semester untuk mendapatkan rawatan fisioterapi susulan oleh pakar tulang.
3. Harap tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Saya dahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,

(NURUL NADIAH BT AHMAD SUHAIMI)


Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka,
Akademi Pengajian Islam.

Salinan kepada :
1. Prof. Dr. Hj. Mohd Taib Bin Hj. Dora
(Naib Canselor)
2. Prof. Madya Dr. Mohd Fadzil Bin Mohd Idris
(Timbalan Naib Canselor - Pembangunan, Penyelidikan & Inovasi)
3. Mohd Azam Bin Yahya
(Dekan Fakulti API)
4. Rahisam Bin Ramli
(Timbalan Dekan Fakulti API)
5. Puan Nur Rabiatul Adawiyah Binti Abdul Rahman
(Penyelaras Undang-Undang)

Anda mungkin juga menyukai