Anda di halaman 1dari 6

Karangan: Gejala sosial dalam kalangan remaja

Pada era globalisasi ini, masalah gejala sosial semakin


meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini mendatangkan
kebimbangan banyak pihak antaranya ibu bapa khususnya. Masalah
sosial seperti gejala melepak, lumba haram, buli dan sebagainya
semakin hangat diperkatakan dari buah mulut masyarakat malah
menjadi isu yang serius dipaparkan didada-dada akhbar kebelakangan
ini. Oleh itu, kita tidak seharusnya memandang enteng akan masalah
tersebut. Terdapat beberapa punca berlakunya masalah sosial ini
terjadi kepada golongan remaja khususnya.
Antara punca berlakunya gejala sosial ialah masalah hal
keluarga yang dihadapi dalam sebuah keluarga. Pertengkaran ataupun
perbalahan antara ibu bapa yang berlarutan memberi impak yang
besar terhadap anaknya tanpa mereka sedari. Masalah tersebut
banyak berlaku apabila kedua orang tua yang disayangi mengambil
keputusan untuk menamatkan hubungannya dengan erti kata lain
berpisah mendorong anak untuk mencari kehidupan yang lebih baik
diluar dengan melakukan aktiviti yang kurang sihat iaitu melepak.
Perasaan inginkan hiburan adalah lumrah kehidupan individu dengan
bertujuan melepaskan tekanan dan melupakan masalah yang berlaku
keatas dirinya. Percampuran pergaulan denagn golongan yang kurang
adab dan tidak membawa kebaikan membuatkan mereka menjadi
lebih liar dan turut kurang akhlak dalam dirinya. Lebih
membimbangkan apabila mereka berasa kawan lebih penting dari
keluarga. Hal ini kerana, sikap ambil berat seseorang terhadapnya
menimbulkan perasaan rasa kurang kasih saying atau perhatian
daripada ibu bapa. Hal ini juga berpunca disebabkan oleh ibu bapa
yang tidak mengambil berat serta memandang rendah tentang
masalah ynag dihadapi oleh anak mereka. Selain itu, anak-anak yang
kurang mendapat perhatian ibu bapa akan mengambil tindakan yang
salah tanpa berfikir panjang seperti terbabit dalam pelbagai masalah
gejala sosial. Jika dibiarkan gejala melepak ini berlarutan kemungkinan
akan mendatangkan pandangan yang kurang enak dari negara luar
yang beragama islam terhadap gaya hidup masyarakat kita. Justeru
itu, imej negara kita akan tercemar hanya disebabkan masalah gejala
melepak ini. Maka, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam
mendidik anak dari awal lagi bak kata pepatah meluntur buluh biarlah
dari rebungnya. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengetahui dan

mengenalpasti latar belakang kawan agar anak tidak terjebak dengan


aktiviti yang tidak sihat. Malahan, pihak polis perlulah kerap melakukan
rondaan ditempat-tempt yang menjadi sasaran remaja melepak.
Dengan usaha yang dilakukan dapat mengurangkan masalah gejala
sosial sekaligus masalah jenayah di negara kita.

Tambahan pula, masalah buli juga merupakan salah satu


gejala sosial yang semakin berleluasa. Ini disebabkan remaja mudah
terpengaruh dengan keadaan sekeliling dan juga aksi ynag
ditayangkan di media massa. Kita dapat menyaksikan betapa aksi-aksi
ganas yang ditanyangkan sebenarnya boleh mendatangkan kesan
negatif terhadap remaja khususnya untuk turut mencuba
melakukannya. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru
mempengaruhi diri dan terus melakukannya tanpa memikirkan akibat
atau kesan terhadapnya malah keluarganya. Malahan, kebanyakan
pihak sekolah yang buntu dalam mencari jalan bagi mengatasi
masalah tersebut membuatkan mereka makin naik lemak dan berani
melakukan lebih sehingga melibatkan kes pembunuhan. Apa yang
lebih membimbangkan adalah sikap belas kasihan dalam diri si
pembuli langsung tiada sehinggakan tidak kisah jika tindakannya
sampai ke tahap pembunuhan. mengapa hal ini terjadi? Masalah ini
sering terjadi adalah kerana sikap ibu bapa yang kurang memberi
didikan agama dan lebih mengisi masa dengan mencari punca
pendapatan daripada memberi perhatian sepenuhnya terhadap anak.
Justeru itu,ibu bapa yang tidak mahu mengambil tahu akan masalah
yang dihadapinya di sekolah iaitu remaja. Implikasinya, kurang
keyakinan diri akibat dibuli. Selain itu, perasaan takut muncul untuk ke
sekolah akibat daripada perbuatan ini. . Dengan itu, kempen
mengatasi masalah buli perlu diadakan dengan lebih kerap di sekolah
dengan bertujuan bagi mendedahkan dengan lebih terperinci dan lebih
dalam akan keburukan membuli. Malah, ibu bapa perlulah sentiasa
menyuarakan dan menanyakan masalah yang dihadapi remaja dan
memberi cadangan untuk menyelesaikannya. Melalui cara yang santai
ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan turut sama
menyelami hati dan keinginan mereka.
Seterusnya, masalah ponteng sekolah. Senario
ponteng sekolah bukanlah masalah sosial baru di kalangan pelajar

sekolah di negara ini. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti


terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 97% adalah dari kalangan
pelajar lelaki dan 3% adalah kalangan perempuan. Masalah ponteng
sekolah lebih ketara berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah
iaitu tingkatan 2 dan 3 terutama mereka yang bersekolah di kawasan
Bandar dan sekolah di pinggir Bandar. Di antara faktor yang
menyebabkan berlaku masalah ini ialah tiada minat atau motivasi
untuk ke sekolah, pengaruh rakan sebaya dan pengaruh persekitaran
seperti melepak di pusat hiburan, pusat membeli belah dan melayari
internet di cyber cafe.

Perkara kepada suka mencuba ini adalah berkait rapat


dengan lumba haram juga. Gejala lumba haram mula popular
dikalangan remaja sekitar akhir tahun 90 an. Alasan sering kali
diutarakan oleh remaja yang menyertai lumba haram ini adalah
inginkan kebebasan dan keseronokan. Kebiasaannya, hadiah yang
dipertandingkan dalam perlumbaan haram ini adalah wang pertaruhan
yang diperolehi dari penonton dan gadis remaja daripada kumpulan
yang kalah. Mereka tidak ketinggalan menggunakan dadah. Kumpulan
lumba haram ini tidak takut kepada pemantauan pihak polis dan yang
paling teruk mereka tidak takut mati setiap kali berlumba. Tidak
menjadi masalah besar buat mereka seandainya mereka pernah
terbabit dalam kemalangan atau rakan mereka maut ketika berlumba.
Kumpulan ini mempunyai perasaan setia kepada kumpulan masingmasing dan sanggup terlibat dalam pergaduhan. Motosikal yang
digunakan untuk perlumbaan haram kebiasaannya telah diubah.
Peratusan remaja yang terlibat dalam perlumbaan haram ini semakin
meningkat dan pihak polis sendiri semakin kerap membuat
pemantauan bagi mengurangkan kes lumba haram sekaligus
mengurangkan kadar kemalangan ngeri akibat perlumbaan tersebut.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa memainkan
peranan yang besar dan penting dalam mendidik anak dan mencorak
akhlak anak agar menjadi insan yang berguna kelak. Malah ibu bapa
sebenarnya merupakan insan yang menjadi role moden terhadap
anaknya. Jika elok peridadi diri kedua orang tuanya maka elok jugalah
kelakuan anaknya bak kata pepatah mana tumpahnya kuah kalau tidak
dinasi. Selain itu, didikan agama yang lebih mendalam sejak kecil lagi

perlu diterapkan agar mereka tahu baik buruk sesuatu perkara


sebelum melakukannya agar mereka dapat membezakan perkara yang
boleh mendatangkan akibat yang besar terhadap mereka juga
keluarganya. Di sekolah pula, pihak sekolah juga memainkan peranan
yang penting dalam pemantauan pelajar sekolahnya. Hal ini kerana
guru merupakan orang penting yang kedua selain ibu bapa. Kempen
tentang bahayanya dadah ataupun akibat berlakunya gejala sosial
perlu diadakan dengan lebih kerap dan lebih terperinci agar mereka
mengetahui dengan lebih dalam sesuatu jenayah. Perhatian yang
sempurna daripada pihak guru juga perlu dititikberatkan kerana remaja
gemar disayangi dan mereka juga berasa bahawa mereka memerlukan
tempat bermanja selain daripada kedua ibu bapanya. Nasihat dan
teguran sekiranya mereka melakukan kesalahan memberi impak yang
besar agar mereka tidak lagi mengulangi perkara yang boleh
mendatangkan rasa kekecewaan dalam diri orang yang mereka
sayangi.

Disamping itu, pihak polis perlu kerap mengadakan pemantauan agar


masalah gejala sosial seperti melepak dan lumba haram dapat
dikurangkan dan sekaligus dapat mengurangkan kadar jenayah dalam
negara kita.
Sekiranya hal ini dibiarkan ataupun dipandang enteng
sahaja akan memberi kesan yang buruk terhadap imej negara kita.
Malah, kadar jenayah semakin meningkat dan kemungkinan perasaan
belas kasihan sudah tiada dalam diri seseorang individu. Kadar jumlah
anak luar nikah juga akan meningkat dari semasa ke semasa jika
gejala buruk seperti ini makin berlarutan. Imej keluarga juga turut
terjejas dan menjadi buah mulut orang sekeliling. Disebabkan akan hal
tersebut, kurang keyakinan diri dalam diri seseorang individu akan
makin menguasai diri dan akan terlahirlah golongan remaja yang tidak
progresif, aktif dan berkerjaya dalam negara kita. Negara kita juga
akan menjadi lebih kucar-kacir keadaannya di masa akan datang. Ini
kerana bakal pemimpin negara iaitu remaja yang merupakan generasi
y memiliki akhlak yang kurang dan juga lebih mementingkan
keseronokan hidup daripada memikirkan perkara yang berkaitan
dengan isu-isu negara. Keluarga memainkan peranan yang sangat
penting kerana dari instirusi kekeluargaanlah kebahagiaan dan
keharmoniaan sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan

sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya


kebahagiaan dan keharmoniaan yang dialami sesuatu masyarakat.
Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya
daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia.
Oleh sebab itu, keruntuhan sesebuah akhlak dalam institusi
kekeluargaan akan memberi kesan yang besar ke atas kebahagiaan
dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada
wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah
kekeluargaan pastinya akan berlaku penceraian. Ini akan menjadikan
masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Seterusnya
hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya
masalah-masalah sosial seperti diatas yang telah dibincang.seseorang
insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih
yang tiada kotornya. Ianya terpulang pada seseorang individu itu
bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang
mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia
dan tinggi, berbanding dengan individu yang mencorakkan dirinya
dengan perkara yang negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh
masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim
terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan
perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

Sebaliknya, kebanyakkan muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran


islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan
Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan
memberikan kesan yang mendalam dalam diri seseorang itu.
Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa masalah
sosial pada masa kini sangat berleluasa, ia bukan sahaja melibatkan
golongan dewasa malah juga golongan remaja terutamanya pelajar
sekolah. salah satu masalah sosial yang dilakukan ialah kegiatan
menghidu gam. Pada kebiasaannya kegiatan ini berlaku adalah
disebabkan oleh beberapa faktor misalnya seperti kurangnya perhatian
ibubapa, pengaruh rakan sebaya, remaja yang inginkan untuk
mencuba sesuatu yang baru dan juga pengaruh keluarga. Justeru itu
mereka melakukan kegiatan tersebut khususnya kegiatan menghidu

gam sehingga akhirnya boleh memberikan impak dan kesan bukan


sahaja kepada diri seseorang remaja itu sendiri, malah juga kepada
keluarga, pendidikan dan juga masyarakat serta negara. Oleh yang
demikian, bagi menghindari perkara atau kegiatan ini dari terus
berleluasa, kita atau pihak yang berkenaan hendaklah sentiasa
membentuk beberapa langkah dan strategi bagi mengatasinya
masalah sosial ini khususnya bagi kegiatan Menghidu gam.
Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih
penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab
dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja.
Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh manamana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini
sukar diatasi.
seseorang individu (remaja) mestilah memikirkan terlebih dahulu apa
yang hendak dilakukan dan kesan yang bakal mereka hadapi, bak kata
pepatah:
SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK
BERGUNA

Anda mungkin juga menyukai