Anda di halaman 1dari 11

MEMBUAT CORAK KREATIF BERVARIASI MENGGUNAKAN

KAEDAH 4FOLD DALAM AKTIVITI LIPATAN DAN


GUNTINGAN BIDANG MEMBUAT CORAK
REKAAN BAGI TAHUN 3 AL MAIDAH
Oleh:
Norsyuhada binti Suhaime, Tn Hj Salleh bin Said,
Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Dato Razali Ismail
syuehada91@yahoo.com, sal1eh said@ipgmkdri.edu.my

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi mengkaji keberkesanan pengaplikasian kaedah
lipatan dalam aktiviti lipatan dan guntingan bagi menghasilkan corak kreatif dan variasi.
Kajian ini dilaksanakan kepada murid tahun 3 Al Maidah di Sekolah Kebangsaan Kesom,
Kuala Terengganu. Seramai 3 orang peserta kajian dipilih bagi membantu pengkaji untuk
mendapatkan data secara kualitatif dengan menggunakan beberapa jenis instrumen iaitu
ujian, pemerhatian, temu bual dan juga penelitian dokumen. Analisis data dibuat dengan
menggunakan kaedah analisis deskriptif bagi menghuraikan data yang diperolehi. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat peningkatan terhadap hasil karya murid selepas
pengaplikasian kaedah lipatan diperkenalkan. Kaedah ini dapat membantu murid
menghasilkan corak yang kreatif dan bervariasi secara spontan seterusnya menggalakkan
murid untuk meneroka dan melakukan eksperimentasi corak melalui aktiviti lipatan dan
guntingan. Beberapa cadangan tindakan susulan dikemukakan bagi memperluaskan lagi
penggunaan kaedah lipatan sebagai satu intervensi baru dalam bidang kegiatan ini
seterusnya meningkatkan perkembangan kemahiran dan kefahaman murid dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual secara umumnya.
Kata kunci: lipatan dan guntingan, motif, corak, kreatif, variasi
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengkaji telah menjalankan kajian semasa menjalani praktikum fasa 3 di Sekolah
Kebangsaan Kesom, Kuala Terengganu. Pengkaji telah memilih tahun 3 Al Maidah kerana
tahap keupayaan peserta kajian adalah sederhana dan masih boleh mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran tanpa masalah. Walaubagaimanapun, kelas tersebut masih
perlu dibimbing kerana turut terdapat beberapa orang peserta kajian yang mempunyai tahap
pencapaian yang kurang memberangsangkan. Berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran
yang telah dijalankan, pengkaji mendapati hampir kesemua peserta kajian mengalami
masalah dalam menghasilkan corak yang kemas dan menarik. Peserta kajian juga tidak dapat
memahami konsep lipatan dan guntingan dengan jelas serta tidak memahami kaedah lipatan
kertas yang betul dalam menghasilkan perulangan motif.
Melalui pemerhatian yang dilakukan, pengkaji mendapati peserta kajian melakukan
aktiviti dengan melukis corak dan menggunting corak tersebut tanpa perlu melipat kertas.
Hal ini jelas menunjukkan teknik yang salah dalam menghasilkan karya lipatan dan
guntingan. Hal ini menyebabkan pengkaji terpaksa berulangkali menunjukkan demonstrasi
atau tunjuk cara beserta ulasan berkenaan aktiviti tersebut untuk memastikan setiap peserta
kajian memahami konsep lipatan dan guntingan dengan lebih jelas.

Pengkaji juga turut mendapati


mendapati bahawa terdapat segelintir peserta kajian yang tidak
boleh melakukan lipatan dengan betul. Ada di antara mereka yang tidak dapat melipat dan
menyamakan bucu kertas dengan tepat dan kemas. Cara lipatan kertas mempengaruhi corak
dan susunan motif yang hendak
hendak dihasilkan. Masalah ini menyebabkan karya yang dihasilkan
tidak menjadi, koyak, dan tidak tersusun.

Gambar 1: Hasil karya yang tidak mencapai kriteria ditetapkan

SOROTAN LITERATUR
Menurut Joyce, B., & Weil, M., (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali
mungkin adalah meningkatkan kebolehan peserta kajian-peserta
kajian peserta kajian untuk belajar dengan
lebih mudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta
pengusaan proses pembelajaran.
pembelajaran. Hal ini bermaksud, pembelajaran yang mudah akan
memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah difahami oleh peserta kajian. Bagi
meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak,
kanak kanak, guru wajar menyediakan peralatan melukis
dengan lengkap. Cara ini dapat merangsang
merangsang imaginasi, kreativiti dan gembira untuk
meluahkan emosi. Penjanaan idea yang bagus boleh diperolehi melalui penerokaan yang
dilakukan terhadap persekitaran seterusnya dapat mencetus kreativiti
kreativiti dalam sesorang
individu.
Menurut Kamus Dewan (1997), kreativiti
kreativiti didefinisikan sebagai kemampuan atau
kebolehan mencipta. Kreativiti boleh dijelaskan sebagai kebolehan individu untuk
menghasilkan atau mencipta sesuatu atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia
melibatkan keupayaan berfikir yang dapat melahirkan
melahirkan idea baru yang unik dan menarik.
Selain itu, kreativiti juga turut ditakrifkan dengan keupayaan berfikir secara kritikal dan
mampu membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan
cadangan penyelesaian. Keupayaan berfikir
berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan
idea dan teori kepada bentuk aplikasi juga merupakan salah satu cabang pemikiran kreatif
seterusnya menyumbang kepada penyelesaian masalah dan dapat mencapai sesuatu objektif
yang telah ditetapkan.
Kreativiti
ti merupakan proses individu untuk menghasilkan idea yang tulen, asli atau
baru. Idea tersebut merupakan ilham atau penzahiran maklumat yang datang secara langsung
melalui kotak pemikiran seseorang individu. Idea kreatif ialah idea yang original dan asli.
Pemikiran kreatif memerlukan individu berfikir dalam arah atau hala yang baru;
meninggalkan corak pemikiran yang sedia ada dan ke arah corak yang baru (Paul E. Plsek,
1997). Oleh itu, individu memerlukan kemahiran kognitif yang tinggi serta mampu menjan
menjana
idea yang baik melalui pemikiran kritis bagi menghasilkan sesuatu yang kreatif. Satu
penghasilan karya atau produk atau ciptaan asli dan sesuai. Asli merujuk kepada karya yang

original, karya atau produk atau ciptaan yang tidak dijangkakan. Hal ini sesuai merujuk
kegunaan karya atau produk atau ciptaan terhadap suatu keperluan (Sternberg & Lubart
1996; Lubart 2000). Berdasarkan kajian yang akan dijalankan, kreativiti merupakan aspek
penting dalam mempelbagaikan penghasilan motif dan corak yang hendak dilakukan dalam
aktiviti lipatan dan guntingan dalam kegiatan membuat corak dan rekaan.
Bidang kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada peserta
kajian memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi
suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana
hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil
daripada pelbagai teknik dan cara iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak
terancang dibuat menggunakan motif dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini
menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan
grid dalam penghasilan corak. Manakala corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa
mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara merenjis, meniup, mengayak,
menggolek dan sebagainya. Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam
meghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang
tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil.
Menurut Modul OUM HBAE 2103, Membuat Corak dan Rekaan, ada menyatakan
bahawa definisi corak ialah susunan motif sama ada secara teratur atau secara bebas. Oleh
itu, corak terdiri daripada corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh
terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau corak tidak terancang. Enam jenis susunan
dalam corak dan rekaan adalah seperti corak ulang sekata, corak berpusat, corak cerminan,
corak bertindih, corak selang-seli dan corak batu-bata. Kajian yang akan dijalankan ini lebih
mementingkan corak berpusat atau cerminan kerana corak tersebut bergantung kepada
kaedah lipatan dalam penghasilan karya.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini adalah bertujuan untuk membantu peserta kajian tahun 3 Al Maidah melipat kertas
dengan kaedah yang betul dalam aktiviti lipatan dan guntingan untuk menghasilkan corak
yang lebih kreatif, bervariasi dan kemas berdasarkan tahap keupayaan masing-masing.
Objektif
1. Kaedah 4Fold membantu peserta kajian meningkatkan kreativiti dalam
menghasilkan corak yang lebih menarik
2. Dapat merangsang kemahiran berfikir dan menjana idea melalui penerokaan dan
ekperimentasi.
3. Dapat memberi kefahaman teknik lipatan dan guntingan dengan baik.
Persoalan Kajian
1. Bagaimanakah kaedah 4Fold dapat menyelesaikan masalah peserta kajian dalam
menghasilkan corak yang kreatif dan bervariasi ?
2. Bagaimanakah kaedah 4Fold dapat membantu peserta kajian dalam meningkatkan
kreativiti penghasilan corak seterusnya meningkatkan kualiti sesebuah karya ?
3. Adakah peserta kajian memahami konsep lipatan dan guntingan dalam aktiviti ini?

METODOLOGI KAJIAN
Pengkaji telah menjalankan kajian semasa menjalani praktikum fasa 3 di Sekolah
Kebangsaan Kesom, Kuala Terengganu. Kumpulan sasaran ialah tahun 3 Al Maidah seramai
20 orang murid yang terdiri daripada 8 lelaki dan 12 perempuan. Kelas Al Maidah
merupakan kelas pertengahan antara kelas An Nur (kelas pertama) dan Al Ikhlas (kelas
kedua). Kajian tindakan ini melibatkan tiga orang murid lemah yang terdiri daripada dua
orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Semua peserta kajian dipilih berdasarkan
kepada pemerhatian dan hasil ujian pra. Pengumpulan data adalah menggunakan instrumen
pemerhatian, analisis dokumen, temu bual dan ujian.Data kualitatif dianalisis secara
deskriptif mengikut peserta kajian.
Pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif bertujuan untuk mengumpul data
kajian. Melalui kaedah ini, data dikutip dengan menggunakan teknik pemerhatian, temu bual,
analisis dokumen serta ujian pra dan pos. Kesemua teknik yang dilakukan ini bermaksud
pelbagai alat kajian digunakan bagi mendapatkan data yang berbeza dalam mencari jawapan
kepada satu persoalan yang sama. Matlamat semua kaedah yang digunakan adalah untuk
meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif.
Pemerhatian digunakan untuk merekod tingkah laku dan interaksi responden dalam
kajian yang dijalankan. Dalam penyelidikan kualitatif, pengkaji sebagai pemerhati telah
membuat pemerhatian berstruktur dengan menggunakan senarai semak kerana ianya lebih
mudah untuk dianalisis dan memberi ruang kepada pengkaji untuk membuat
pemerhatiantanpa bantuan pengkaji lain. Berikut merupakan senarai semak berstruktur yang
telah dilakukan oleh pengkaji terhadap peserta kajian semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran..
Pengkaji juga telah menjalankan temubual separa berstruktur. Temu bual digunakan
untuk memperoleh maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak mengikut
keperluan persoalan kajian (Mohd Majid, 2000). Berdasarkan kaedah temubual, pengkaji
dapat memperolehi maklumat berkaitan latar belakang respondan dan maklumat-maklumat
lain yang diperlukan. Kaedah ini dijalankan kepada individu yang tidak mempunyai masa
atau kurang faham untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal
selidik. Selain itu, temubual yang dijalankan berfokuskan kepada permasalahan respondan
semasa mengikuti sesi pembelajaran. Masalah-masalah yang timbul boleh dikenalpasti
melalui kaedah temubual yang dijalankan.
Kesemua soalan Ujian Pra dan Ujian Pos adalah sama dari segi jumlah soalan dan
peruntukan markah. Ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan
sajauh mana pengajaran yang tidak menggunakan kaedah ini membolehkan mereka
melakukan lipatan kertas dengan baik semasa aktiviti lipatan dan guntingan dijalankan. Pada
kelas yang berikutnya, pengkaji menggunakan kaedah inovasi 4Fold bagi menerangkan
konsep dan konten tajuk pembelajaran. Ujian pos yang mempunyai set soalan yang sama
dengan ujian pra diberikan kepada peserta kajian untuk dijawab. Jawapan kemudian
dikumpul dan ditanda dan analisis dilakukan bagi melihat sejauh mana pencapaian peserta
kajian terhadap keberkesanan intervensi yang dijalankan.
Analisi dokumen juga dilakukan dengan membuat bandingbeza antara hasil karya
sebelum dan selepas sesi intervensi. Melalui kaedah tersebut, pengkaji boleh melihat sejauh
mana keberkesanan intervensi dan kesahan sesuatu kaedah intervensi tersebut sama ada
membantu pengajaran peserta kajian atau sebaliknya. Segala kekurangan yang timbul dapat
membantu pengkaji untuk membuat pembaikpulih terhadap intervensi yang dilakukan.

SPESIFIKASI INTERVENSI

Gambar 2: intervensi kaedah lipatan 4Fold

Pengkaji telah membuat satu inovasi kaedah lipatan iaitu kaedah 4Fold bagi membantu
murid membuat corak kreatif bervariasi dalam aktiviti lipatan dan guntingan dalam bidang
membuat corak dan rekaan.
Kaedah ini diberi nama sebagai 4Fold kerana kaedah lipatan yang digunakan adalah
sebanyak empat kali lipatan segi tiga yang sama. Lipatan pertama adalah untuk memastikan
kertas berbentuk segi empat sama. Kemudian diteruskan dengan lipatan kedua dan ketiga.
Pada langkah lipatan keempat sedikit berbeza kerana lipatan bersudut 90 darjah dilipat ke
hadapan selari dengan garisan lurus bertentangan dengan lipatan tersebut. Kemudian,
barulah murid dapat menggunting mengikut kreativiti masing-masing. Murid bebas untuk
mengaplikasi rupa geometri atau organik mengikut kreativiti sendiri. Pada langkah ini, murid
berupaya untuk meneroka dan melakukan eksperimentasi terhadap teknik lipatan dan
guntingan menerusi karya yang dihasilkan. Kaedah ini diaplikasikan kerana ia mudah untuk
diingat khususnya murid Tahap 1.
Kaedah ini menghasilkan corak yang bersifat bertumpu atau berpusat. Selain itu,
motif cerminan juga dapat dihasilkan melalui aplikasi kaedah ini. Alat dan bahan yang
diperlukan hanyalah kertas yang bervariasi warna, gunting, gam dan kertas lukisan. Murid
digalakkan menggunakan pelbagai warna atau warna kegemaran mereka kerana hal ini dapat
merangsang minat murid serta meningkatkan kemahiran mereka dalam mengolah
penggunaan warna dengan lebih baik.

Langkah Perlaksanaan Intervensi

Berikut merupakan proses perlaksanaan intervensi yang dijalankan :


LANGKAH

PERLAKSANAAN AKTIVITI

Langkah 1

i. Jika kertas yang digunakan


bersaiz A4, lipat kertas dengan
membawa bucu kertas ke
bahagian sisi melintang sehingga
membentuk segi tiga. Potong
bahagian berlebihan. Kertas
berupa segi empat sama terhasil.

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Langkah 5

ii. Setelah dapat menghasilkan


kertas berupa segi empat sama,
lipatan kertas boleh dilakukan.
4Fold bermaksud lipatan kertas
dilakukan sebanyak empat kali.
Caranya ialah dengan
menemukan kedua-dua
kedua
bucu
kertas yang bertentangan dan
lipat dengan kemas. Lipat kertas
menggunakan kaedah yang sama
sebanyak 4 kali lipatan
Setelah berjaya membuat lipatan
tersebut, peserta kajian boleh
melakar motif yang diingini pada
semua sisi lipatan kertas. Gunting
lakaran motif yang dilakukan.
iii. Gunting lakaran motif yang
dilakukan. Perlahan-lahan
Perlahan
buka
lipatan tersebut. Satu corak yang
menarik, kemas, mempunyai
imbangan simetri dapat
dihasilkan dengan jayanya

iv. Lakukan aktiviti yang sama


dengan menggunakan kertas
berlainan warna

ILUSTRASI

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian telah dijalankan ke atas peserta kajian 1 iaitu Ammar kerana
memperolehi markah yang paling rendah dalam ujian pra serta kurang kemahiran melipat
dan menggunting dengan baik. Pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif bertujuan
untuk mengumpul data kajian. Melalui kaedah ini, data dikutip dengan menggunakan teknik
pemerhatian, temu bual, analisis dokumen serta ujian pra dan pos. Kesemua teknik yang
dilakukan ini bermaksud pelbagai alat kajian digunakan bagi mendapatkan data yang berbeza
dalam mencari jawapan kepada satu persoalan yang sama. Matlamat semua kaedah yang
digunakan adalah untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif.

Jadual 1: Senarai Semak Tingkah Laku Murid

Jadual di atas menunjukkan perbezaan tingkah laku peserta kajian sebelum dan
selepas sesi intervensi. Penyataan dalam ruangan berwarna merah adalah item tingkah laku
negatif manakala penyataan dalam ruangan berwarna biru adalah item tingkah laku positif.
Pada sesi sebelum intervensi, peserta kajian didapati kurang tumpuan, tidak mahu membuat
hasil karya dan mudah beralih pandangan ke luar kelas. Setelah sesi intervensi dijalankan,
kesemua item negatif tiada manakala semua item positif dapat dilakukan oleh peserta kajian.

Jadual 2: Skor Minat Murid Sebelum Intervensi

Jadual 3: Skor Minat Murid Selepas Intervensi

Dapatan kajian dari segi pemerhatian turut dianalisis melalui senarai semak skor
minat murid. Senaraii semak ini merupakan respons peserta kajian berkenaan pendapat
mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Sebelum sesi
intervensi, didapati skor yang diberikan adalah dibawah skor 3 iaitu kurang memuaskan
manakala selepas intervensi
intervensi pula didapati berlaku peningkatan iaitu skor diberikan adalah
skor 4 dan 5. Hal ini menjelaskan bahawa peserta kajian dapat mengikuti aktiviti yang
dijalankan dengan baik seterusnya berminat untuk mengikuti pembelajaran seterusnya.

Gambar 3: Temubual Peserta Kajian

Gambar 3 menunjukkan hasil temubual peserta kajian sepanjang kajian dijalankan.


Soalan pertama adalah berkenaan minat murid. Soalan kedua berkenaan kefahaman murid
dan soalan ketiga berkenaan penjelasan terhadap proses penghasilan karya teknik lipatan dan
guntingan. Jika dianalisis dengan terperinci, jawapan yang diberikan pada sesi sebelum
intervensi kurang tepat tetapi jawapan selepas intervensi dinyatakan dengan lebih tepat
beserta contoh sebagai pengukuhan
pengu
jawapan yang diberikan.

Gambar 4: Hasil Karya Sebelums Intervensi

Gambar 5:: Hasil Karya Selepas Intervensi

Pada sesi sebelum intervensi (Gambar 4),, banyak kelemahan yang dapat dilihat dan
dinilai terhadap hasil karya yang dilakukan. Corak yang dihasilkan juga tidak kukuh, mudah
koyak dan tidak sama. Hal ini disebabkan lipatan yang dihasilkan tidak tersusun dan
berterabur. Manakala selepas intervensi (Gambar 5),, hasil karya yang dihasilkan lebih
memperlihatkan perkembangan positif dala
dalam
m penghasilan karya. Murid dapat melipat
dengan baik, tersusun dan kemas seterusnya dapat menghasilkan corak yang lebih menarik,
kukuh dan kreatif. Kaedah 4Fold diaplikasikan dan jelas memberikan kesan yang sangat baik
terutamanya dalam penghasilan karya.

Gambar 6: Analisi Dokumen Ujian Pra & Pos

Berdasarkan gambar 6 diatas, jelas menunjukkan bahawa perbezaan ketara antara


sebelum dan selepas intervensi. Penambahbaikan kefahaman terhadap konsep dan langkah
perlaksanaan aktiviti dapat ditingkatkan melalui pengalaman sepanjang menjalankan aktiviti
tersebut. Kefahaman dapat dikukuhkan lagi menerusi penerokaan dalam teknik menggunting
pelbagai corak secara spontan serta penggunaan warna kegemaran juga sedikit sebanyak
membantu meningkatkan kefahaman murid dalam mendalami pengajaran yang disampaikan
guru.
Sesi gelungan1 menunjukkan kelemahan dalam pengetahuan serta kefahaman dalam
bidang aktiviti lipatan dan guntingan. Berdasarkan graf, hanya satu soalan sahaja yang betul
iaitu melibatkan konsep lipatan dan guntingan. Manakala empat soalan yang lain adalah
salah iaitu melibatkan soalan pengetahuan kekerapan kaedah lipatan tersebut, penggunaan
alat dan bahan serta motif yang dihasilkan. Setelah sesi intervensi dijalankan pada gelungan
kedua, peserta kajian dapat menjawab kesemua soalan dengan tepat dan lulus 100%.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian diperolehi melalui instrumen yang telah dipilih
oleh pengkaji iaitu pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Melalui ketiga-tiga alat
kajian yang digunakan, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa terdapat permasalahan yang
perlu diatasi terutamanya permasalahan mengenai kemahiran melipat dan menggunting
untuk menghasilkan corak. Walaubagaimanapun, kaedah 4Fold dapat membantu peserta
kajian untuk memahami dan membaiki pulih kemahiran sedia ada khususnya kemahiran
menggunting serta memberi peluang kepada murid bagi meneroka pelbagai hasil corak
menarik yang dapat dilakukan secara spontan.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dianalisis berpandukan senarai semak tingkah
laku murid, pengkaji mendapati bahawa peserta kajian tidak dapat mengikuti aktiviti dan
proses pengajaran dengan baik kerana kurang kefahaman yang jelas serta tiada kemahiran
yang diperlukan sepanjang pelaksanaan aktiviti. Melalui masalah yang dikenalpasti ini telah
mendorong pengkaji untuk menjalankan satu kajian dengan mewujudkan satu intervensi
terhadap kaedah yang lebih mudah bagi murid untuk menghasilkan karya. Hal ini dapat
disokong oleh penyataan Joyce, B., & Weil, M., (2003) iaitu hasil pengajaran yang paling
penting sekali adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih
mudah dan berkesan akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta pengusaan proses
pembelajaran. Intervensi yang dijalankan dapat mempermudahkan pembelajaran seterusnya
memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid.
Hasil yang diperoleh melalui kajian ini diharapkan dapat membantu dan menjadi
garis panduan kepada guru bagi menggalakkan murid-murid untuk terus menghasilkan
sesuatu yang inovatif, kreatif dan penuh dengan nilai-nilai estetika. Kajian ini membuktikan
bahawa aplikasi kaedah 4Fold dalam penghasilan karya lipatan dan guntingan merupakan
salah satu kaedah yang boleh diguna pakai kerana ia dapat membantu responden dalam
penghasilan corak yang lebih berkualiti. Penggunaan kaedah 4Fold dalam penghasilan karya
dapat memberi peluang kepada murid untuk mencuba dan meneroka kemahiran guntingan
bagi menghasilkan corak yang kreatif, bervariasi serta berkualiti secara spontan. Tambahan
pula, kajian ini juga membantu pengkaji dalam meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran
dan pembelajaran selain daripada dapat memastikan setiap murid mendapat pengalaman
yang sama dalam aktiviti yang dilakukan.
Kajian tindakan yang dijalankan sememangnya merupakan asas kepada
perkembangan profesionalisme dalam membantu pengkaji membuat persediaan sebelum
melangkah ke dunia perguruan. Hal ini demikian kerana dengan melibatkan diri dalam
proses pelaksanaan kajian tindakan, pengkaji dapat mempertingkat amalan berdasarkan
penelitian dan refleksi proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) dilakukan. Ini bersesuaian
dengan konsep dan ciri-ciri kajian tindakan yang menekankan peningkatan ilmu dan
kemahiran dalam bidang dan tanggungjawab. Selain itu, kajian ini dapat memperkembang
potensi pengkaji dalam meneroka pengetahuan yang profesional. Kajian tindakan ini juga
menggalakkan pengkaji supaya menyelidik amalan pengajaran termasuklah cara berinteraksi
dengan murid, kaedah pengajaran yang digunakan, gaya penyampaian dan sebagainya.

RUJUKAN

Dahlias Journal (2011), Bab 3 : Rekabentuk Penyelidikan Kajian Kualitatif,


dan
Gabungan
(atas
talian)
diperoleh
http://www.cikgudahlia.com/2011/10/bab-3-rekabentuk-penyelidikandiakses pada 26 Mac 2014.

Kuantitatif
daripada
kajian.html

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (1998). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Farhah

Binti Fauzi. (2013). Penggunaan Penggelek Eva Dapat Membantu


Meningkatkan Kemahiran Menghasilkan Susunan Mencorak Bagi Peserta kajian
Tahun 4. IPG Kampus Dato Razali Ismail.

Gay Merrill Gross (1993). Napkin Folding Special Occasions. London : Micheal Friedman
Publishing Group, Inc.
Lucy Painter (2006). 125 Papercraft Projects.London: Annes Publishing Ltd
Mok Soon Sang. (2009). Literatur dan Kaedah Penyelidikan. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.
Najiddatun Binti Ramli. (2013). Aplikasi Kaedah Acuan Terhadap Teknik Lipatan
Dan Guntingan Dalam Bidang Membuat Corak Dan Rekaan Bagi Peserta kajian
Tahun 1 Arif Di Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit. IPG Kampus Dato
Razali Ismail.
OUM(2007). HBAE3503 Perkembangan Seni dan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Open
University Malaysia.
Ringkasan Modul OUM (2010), Proposal Kajian (atas talian ) diperoleh daripada
http://ccsgkasai.blogspot.com/2010/01/proposal-kajian.html diakses pada
25
Mac 2014.
Rosinah Edinin (PhD).(2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan. Edisi
Kedua. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Ruzend Studio Passion Of Photography (2012), Kaedah-kaedah Penyelidikan Ilmiah
(Kualitatif
dan
Kuantitatif).
(atas
talian)
diperoleh
daripada
http://www.ruzend.com/2012/03/kaedh-kaedah-penyelidikan-ilmiah.html
diakses pada 25 Mac 2014

Anda mungkin juga menyukai