Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
AHLI KUMPULAN:
NURUL SYAKILA BT MOHAMED DARUSSALAM D20121057643
NUR HEIDA SHAMIRA BT HAIDZIR
D20121057636
PUTERI YUHANIS BT MOHD NOR
D20121057615
NUR ARFAH BT RAIL
D20121057703
AA16: BACHELOR OF PSYCHOLOGY
KUMPULAN: A
PENSYARAH
DR. NORAINI BINTI HJ. ISMAIL
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
ISI KANDUNGAN
ISI
MUKA SURAT
1.0 Pengenalan
1.0 PENDAHULUAN
2
3
4-5
8-12
13
14-15
16-17
18
19
20
21-22
23
23
24
25-27
28-30
31
Proses pemilihan kerjaya ini mempunyai tiga teori yang boleh dirujuk dan digunapakai dalam
aspek memilih kerjaya dimana teori tersebut adalah teori Super, Ginzberg dan Gottfredson.
Teori-teori ini merupakan satu peringkat perkembangan kerjaya yang digunakan sebagai
panduan dan sokongan kepada masyarakat masa kini untuk memilih bidang pekerjaan yang
bersesuaian dengan diri seseorang individu. Secara keseluruhannya, ketiga-tiga teori ini
membawa maksud yang sama iaitu merujuk kepada perkembangan individu dari kecil
sehinggalah ia membesar walaupun ada sedikit perbezaan dari sudut pandangan pelopornya.
Antara kandungan teori Super yang akan dibincangkan adalah maksud atau konsep yang tepat
serta pendekatan yang digunakan beserta unsur yang dikemukakan seperti kematangan
vokasional dan corak kerjaya itu sendiri. Seterusnya penjelasan tentang elemen-elemen yang
mempengaruhi kerjaya seseorang seperti faktor sosioekonomi,status dan faktor ekonomi dan
lain-lain akan diterangkan,kemudian penjelasan mengenai peringkat-peringkat perkembangan
pemilihan kerjaya seseorang bermula daripada kecil sehinggalah ia membesar dimana
terdapat 5 peringkat iaitu pertumbuhan,penerokaan, pengekalan, penstabilan dan penurunan.
Selain itu dalam teori Super kita akan dapat memahami tentang elemen-elemen asas
pembentukan teori super dan juga tugas-tugas perkembangan kerjaya mengikut Super.
Teori Ginzberg pula adalah hasil idea daripada empat orang pakar dari bidang yang
berbeza dan mementingkan aspek ekonomi disebabkan oleh pelopornya iaitu Gizberg ialah
ahli ekonomi. Dalam teori Ginzberg, sama seperti teori Super yang mana proses pemilihan
kerjaya bermula sejak kecil dan dalam satu jangkamasa yang lama. Individu tidak boleh
berpatah balik setelah membuat pemilihan muktamad mengenai kerjaya mereka kerana
jangkamasa yang lama telah diberikan untuk membuat pilihan.Terdapat tiga peringkat di
dalam teori Ginzberg iaitu fantasi, percubaan dan realistik.
Selain itu, teori Gottfredson pula mengfokuskan kepada perspektif individu itu sendiri
terhadap pilihan kerjayanya. Faktor penting dalam teori ini yang melibatkan pemilihan
kerjaya seseorang individu ialah persekitarannya. Teori ini percaya bahawa untuk memilih
sesuatu bidang kerjaya, kesesuaian antara individu dengan persekitaran dan pekerjaan yang
dipilih harus wujud. Tetapi, teori ini jarang digunakan di antara teori proses yang lain kerana
tidak mampu memberikan kenyataan yang pasti mengenai pemilihan kerjaya dari sudut
persekitaran.
2.0 TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER
Teori Super memfokuskan kepada konsep kendiri dalam pemilihan kerjaya dan hala tuju
hidup.Menurut teori ini, individu membuat pilihan vokasional melalui pemahaman diri
sendiri yang berkembang dari semasa ke semasa.Kepuasan bekerja dapat diekspresikan
melalui komitmen dan peranan individu tersebut dalam melaksanakan kerjayanya dan
membangunkan konsep kendiri mereka.Teori ini bermula dengan usaha penambahbaikan dan
pembangunan oleh Super daripada hasil kerja rakan sekerja Eli Geinzberg. Menurut Super
(Isaacson & Brown, 1993), konsep kendiri ini berkembang melalui pertumbuhan fizikal dan
mental, pemerhatian terhadap pekerjaan, hubungan dengan orang dewasa yang bekerja,
persekitaran dan pengalaman. Dimensi-dimensi ini mewujudkan perbezaan dan persamaan
antara individu dan dapat membantu seseorang memilih kerjaya yang sesuai.Perkembangan
kerjaya individu mengambil kira faktor-faktor seperti keperluan, kebijaksanaan, minat, nilai,
sikap, keluarga, rakan sebaya, masyarakat, ekonomi negara, pasaran buruh dan sekolah.
Konsep kendiri melalui pertumbuhan fizikal dan mental merujuk kepada keadaan
biologi dan psikologi seseorang itu dari sudut fizikal termasuklah keadaan persekitaran sama
ada baik atau pun buruk kemudian merujuk kepada keupayaan,kebolehan dan sebagainya.
Manakala mental pula akan berfungsi dalam membantu individu tersebut untuk membentuk
kendiri ke arah memilih kerjaya. Seterusnya ialah aspek pemerhatian kerjaya. Ianya merujuk
kepada individu yang melakukan pemerhatian dalam semua kerja yang wujud, kemudian
mengambil maklumat dan mengintepresikan nilai kerja tersebut dalam diri mereka sehingga
terbentuk konsep kendiri yang memberi rangsangan kepada individu tersebut. Kemudian
individu yang mengenal pasti sesuatu karier melalui kerjaya orang dewasa akan dipengaruhi
dan seterusnya individu tersebut mula untuk membuat pertimbangan dan mengambil iktibar
sehingga membina satu konsep kendiri dalam diri iaitu mahu mendapatkan kerjaya tersebut.
Disamping itu pengalaman-pengalaman umum akan mendorong individu dalam membina
konsep kendiri apabila sesuatu situasi itu memberi inspirasi,dorongan,motivasi dan juga
semangat dalam diri untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan.
segala
kemahiran-kemahiran
yang
diperlukan
oleh
seseorang
dalam
Seperti yang diterangkan oleh pelapor teori ini iaitu Super E Donald, konsep kendiri
merupakan satu penilaian individu terhadap dirinya sendiri dalam kehidupan seharian,dan
dalam penilaian ini ada cara dan aspek yang perlu ditekankan. Individu akan membuat
penilaian dengan mencari segala kekuatan dan kelemahan yang ada dalam dirinya untuk
bertindak balas terhadap persekitarannya iaitu memilih bidang kerjaya dengan syarat
seseorang itu tanpa bergantung kepada orang persekitaran. Dalam membuat penilaian sendiri
iaitu (secara semulajadi) terdapat dua aspek yang dilihat untuk mendapatkan nilai yang ada
dalam dirinya iaitu pertama sekali ialah sedar dimana kita menilai dengan sendiri apa yang
kita rasa,segala kekuatan,kelemahan,bakat dan potensi dalam diri melalui interaksi terhadap
persekitaran. Manakala bagi perkara yang tidak disedari adalah sesuatu nilai yang ada dalam
diri kita,tidak dapat dikenalpasti secara peribadi,namun dengan penilaian orang lain melalui
penglibatan aktiviti sosial,maka disitu orang akan melihat kelebihan.potensi,bakat dan
sebagainya.
Menurut kajiannya lagi individu akan mencari dirinya sendiri, memahami dirinya,
kemudian mengambil tindakan mengikut kemampuan diri untuk memperkembangkan
vokasional dan juga nilai yang ada dalam dirinya. Jika peringkat perkembangan konsep
kendiri tidak berjalan dengan lancar, maka individu akan menghadapi kesukaran dalam
menentukan proses pemilihan kerjaya pada peringkat seterusnya yang menyebabkan individu
sukar untuk memperolehi kepuasan dalam kerjayanya.
2.4 Elemen Asas dan Faktor-Faktor Mempengaruhi Keputusan Kerjaya Teori Super
Elemen ini menekankan tentang proses perkembangan kerjaya seseorang bermula dari usia
awal sehinggalah mencapai kerjayanya dan ini dinamakan sebagai satu edaran mini dan
edaran maksi atau dikenali sebagai edaran jangka pendek atau jangka panjang yang berlaku
kepada personaliti individu tersebut secara berperingkat-peringkat mengikut tahap
perkembangannya.
f)Corak kerjaya
Dalam menceburi alam pekerjaan, corak kerjaya yang dipamerkan oleh seseorang akan
ditentukan oleh tahap sosioekonomi ibubapa, kebolehan mental, pendidikan, kemahiran, ciriciri personaliti, kehendak nilai, minat, tret dan konsep kendiri serta kematangan kerjaya dan
ini merupakan faktor utama dalam mempengaruhi prestasi kerjaya .
Menurut Super lagi dalam (Weinrach 1979) megatakan bahawa sesuatu keputusan
kerjaya dalam kehidupan seseorang dipengaruhi oleh beberapa faktor penentu iaitu penentu
ekonomi, penetu sosial, dan penentu psikologi.
Dalam penentu ekonomi,terdapat beberapa aspek yang mempengaruhi pemilihan
kerjaya seseorang seperti
keadaan keseluruhan perdangangan dalam negara tidak stabil berlanjutan ini akan
menjejaskan pendapatan rakyat dan sudah tentu mengalami masalah kewangan. Apabila
berlaku sedemikian maka berlakulah migrasi penduduk ke satu tempat baru semata-mata
mencari keadaan ekonomi yang baik. Manakala perubahan teknologi turut mempengaruhi
pemilihan kerjaya seseorang, melalui teknologi yang semakin canggih, moden dan hebat,
maka individu akan lebih tertumpu kepada keadaan kecanggihan teknologi untuk mencari
peluang pekerjaan dan seterusnya berubah kerjayanya. Selain itu, peperangan yang berlaku
juga menyebabkan pemilihan kerjaya dipengaruhi dimana ia membahayakan keselamatan
awan dan menganggu perjalanan ekonomi dalam negara.
Untuk penentu sosial ia melibatkan beberapa aspek yang menyebabkan pemilihan
kerjaya seseorang terganggu seperti jantina, agama, kewarganegaraan, pelajaran dan
sosioekonomi. Sekirannya individu mengalami satu daripada keadaan yang dinyatakan
,misalnya tahap pelajaran rendah dan sosioekonomi rendah, menyebabkan proses memilih
kerjaya akan terganggu dan keputusan yang diambil oleh individu tersebut juga dalam
keadaan yang rendah berbanding dengan orang lain.
menceburi dirinya dalam aktiviti-aktiviti sosial di sekolah atau di rumah. Super telah
membahagikan peringkat ini kepada tiga bahagian, iaitu:
lingkungan 15 hingga 24 tahun. Dalam peringkat ini, Super membahagikannya kepada tiga
bahagian, iaitu:
Dalam peringkat ini, peranan yang dimainkan oleh pihak keluarga dan sekolah adalah amat
penting. Di peringkat ini, individu akan cuba-cuba untuk bekerja secara sambilan untuk
menerokai dunia pekerjaan yang sebenar. Ketika ini jugalah individu mencari kerjaya yang
sesuai dan yang mereka minati.Peringkat ini pula terbahagi kepada dua fasa, iaitu fasa tentatif
dan realistik. Pada fasa tentatif, individu akan menghadapi beberapa ketidakpastian tentang
keupayaan, latihan yang disediakan, peluang pekerjaan dan senarai pemilihan yang mungkin
juga menjadi sempit dan terhad. Fasa relatif pula, individu akan lebih menyempitkan
pemilihan kerjayanya kepada pekerjaan yang dapat dicapai olehnya dan dapat memberikan
peluang-peluang yang baik yang dirasakan lebih mustahak kepadanya.
Peringkat pengukuhan pula adalah peringkat di mana individu itu berada dalam
lingkungan 25 hingga 44 tahun. Dalam peringkat ini, Super membahagikannya kepada dua
bahagian, iaitu;
Bahagian percubaan dikenali sebagai fasa percubaan.Semasa fasa percubaan, individu mula
memperlihatkan hubungan antara pertemuan awal dengan pengalaman bekerja. Ketika ini
individu akan sentiasa mencuba, meninjau dan menilai untuk memastikan pilihan dan
keputusan yang dibuat pada peringkat penerokaan boleh direalisasikan. Bahagian kestabilan
pula dikenali sebagai fasa stabil.Pada peringkat ini, individu sudah mempunyai pegangan dan
pendirian yang kukuh dalam pemilihan kerjayanya.Individu mula yakin bahawa kerjaya yang
dipilih olehnya adalah bersesuaian dengan dirinya kerana pelbagai pengalaman telah ditimba
sepanjang pengukuhan kerjayanya yang menjadikannya cekap dalam melakukan tugas serta
memberi kepuasan dalam hidupnya.Tahun-tahun sepanjang fasa stabil merupakan tahun yang
paling kreatif bagi individu kerana individu sudah mahir dan stabil dalam bidang yang
diceburi dan mampu mencurahkan pelbagai bakti dan idea untuk terus maju.
Peringkat pengekalanpula adalah peringkat di mana individu itu berada dalam
lingkungan 45 hingga 64 tahun. Pada peringkat ini, individu akan cuba berusaha untuk
meneruskan dan membaiki situasi pekerjaannya. Dalam pada masa yang sama, individu akan
terus melakukan pekerjaan yang memberikan kepuasan kepadanya serta melakukan refleksi
diri untuk memperbaiki dirinya.
Peringkat penurunanpula adalah peringkat di mana individu itu berada dalam
lingkungan 65 tahun ke atas.Ketika ini, individu menghampiri waktu pencen. Semasa
peringkat ini individu melaksanakan tugas dengan output yang minimum disebabkan oleh
faktor daya kekuatan fizikal dan mental menurun. Maka, aktiviti kerja mula bertukar dari atas
ke bawah.Produktiviti menurun tergambar melalui kerja-kerja tersangkut, bentuk kerja
bertukar dan kebolehan diri turut merosot.
Jadual 1
Tahap
Perkembangan:
Lingkungan Umur
0 sehingga 14 tahun
Ciri-ciri
Memperoleh pemahaman kendiri serta
pemahaman keseluruhan mengenai dunia
1. Fantasi
2. Minat
3. Kebolehan
4 hingga 10 tahun
11 hingga 12 tahun
13 hingga 14 tahun
pekerjaan
Main peranan fantasi mengenai
dunia pekerjaan. Kegemaran kanakkanak mempengaruhi aspirasi
kerjaya.
Mempunyai pandangan realistik
mengenai dunia pekerjaan. Memberi
pertimbangan terhadap kebolehan
dan keperluan pekerjaan.
Penerokaan:
14 hingga 24 tahun
1. Tentatif
2. Transisi
3. percubaan
15 hingga 17 tahun
18 hingga 21 tahun
22 hingga 24 tahun
Pengukuhan:
25 hingga 44 tahun
pertama.
Telah mengenalpasti bidang kerja
yang ingin diberi komitmen.
Sama ada kekal dengan sesuatu
1. percubaan
2. kestabilan
25 hingga 30 tahun
31 hingga 44 tahun
Pengekalan
45 hingga 64 tahun
Penurunan
Umur
Sifat-sifat umum
-
Kristalisasi
Penerokaan
14 ahun- 18 tahun
Kesedaran
Minat
Nilai-nilai
18 ahun- 21 tahun
Pelaksanaan
21 tahun- 24 tahun
Kestabilan
Pengukuhan
35 tahun ke atas
Status
Senioriti @ kekananan
untuk membangunkan bersepadu dan gambaran yang mencakupi dirinya dan peranannya
dalam dunia kerja, untuk menguji konsep ini terhadap realiti dan menukarkan ia menjadi
kenyataan, dengan kepuasan kepada dirinya dan faedah kepada masyarakat (Super, 1988,
p357)
menerangkan tentang pembolehubah dalam setiap lajur akan berinteraksi antara satu sama
lain. Model Archway adalah wakil perkembangan pemilihan kerjaya seseorang termasuk
peringkat pembangunan, peranan diri konsep, pembelajaran sosial, dan membuat keputusan.
Kaunselor tahu ia adalah penting untuk memahami orang holistik (Arredondo et al.,
1996). Model Archway bertujuan untuk menangani pembolehubah dalam pembangunan
kerjaya, tetapi ia tidak mengenal pasti orientasi seksual sebagai pembolehubah berpotensi.
Ramai ilmuan mengakui bahawa orientasi seksual merupakan satu ciri penting biografi dalam
pembangunan kerjaya (Dunkle, 1996; Fassinger, 1995; Morgan & Brown, 1993; Nauta,
Saucier, & Woodard, 2001).
Teori Ginzberg merupakan teori kedua yang memberi fokus utama kepada pemilihan kerjaya
seseorang dan teori ini mempunyai persamaan yang nyata dan mempunyai sedikit perbezaan
dengan teori Super dan Gottfredson.Secara khususnya, teori ini masih kurang dari segi
maklumat,ulasan dan penerangan yang mendalam dan luas berbanding dengan teori
Super.Buktinya, pelapor teori super mengatakan bahawa teori Ginzberg masih lemah dan
banyak fakta serta maklumat yang kurang kerana pada asalnya teori ini diambil daripada teori
Super. Namun,penyataan ini tidak boleh menghalang teori Ginzberg daripada dirujuk dalam
proses pemilihan kerjaya.
Antara kandungan di dalam teori Ginzberg yang dibincangkan termasuklah konsep dan
maksud teori ini secara mendalam.Kemudian penerangan tentang faktor-faktor yang
mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang dalam kehidupan misalnya nilai yang dipegang
oleh
individu
tersebut,keadaan
persekitaran
dan
sebagainya.Kemudian,
peringkat
Teori Ginzberg merupakan satu proses perkembangan yang berlaku dalam jangka masa yang
panjang iaitu lebih daripada 10 tahun dalam membantu mengembangkan dan membentuk
nilai yang ada pada seseorang dalam pemilihan kerjaya dan terdapat beberapa konsep yang
digunakan untuk menjelaskan teori ini. Teori gagasan dan hasil penelitian Ginzberg
merupakan teori yang berbeza daripada teori tret dan faktor yang bersifat statis, teori
Ginzberg merupakan teori perkembangan kerjaya. Teori karier dari Ginzberg merupakan
yang pertama memfokuskan proses pemilihan karier berdasarkan tahap perkembangan
individu. Idea dasar teori ini mencul apabila ada anggapan bahawa proses pemilihan
merupakan sebahagian daripada proses perkembangan individu itu sendiri.
Dalam teori
bahawa dalam proses perkembangannya ia akan berakhir apabila wujud kompromi antara
minat,kebolehan,nilai dan peluang-peluang yang ada dalam diri individu dan ianya memberi
tindak balas kepada karier seseorang.
Teori Ginzberg dikembangkan pada tahun 1951 iaitu teori awal yang dikembangkan
terdiri dari tiga konsep utama iaitu proses, irreversibility (ketetapan) dan kompromi
(compromise). Konsep proses yang dimaksudkan merupakan proses penetapan pemilihan
karier yang muncul semenjak awal masa remaja hingga akhir masa remaja, atau menginjak
masa pada individu mencecah usia 20 tahun. Pada usia ini, dimana individu mulai meyakini
harus membuat komitmen terhadap pemilihan karier atau pekerjaan. Komitmen terhadap
pemilihan karier yang harus dilakukan oleh inidividu bersifat kekal yang difahamkan berkerja
untuk kehidupan.Irreversibility atau ketetapan pemilihan karier didasarkan pada satu
anggapan bahawa proses pendidikan atau pelatihan yang pernah dialami oleh individu dapat
mengantarkan individu pada suatu keadaan dimana individu dapat memperoleh kesempatan
untuk mengubah pilihan kariernya. Konsep lain dalam pilihan karier menurut Ginzberg
didasarkan berkaitan dengan kompromi individu yang berhubung rapat melalui minat dan
kemampuan dan kesesuaiannya dengan reality dan alam pekerjaan.
Pemilihan pekerjaan oleh Ginzberg diklasifikasikan dalam tiga tahap utama iaitu
peringkat fantasi, peringkat percubaan dan peringkat realistik.
Menurut Ginzberg (Weinrach 1979) telah merumuskan bahawa terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang dalam kehidupannya iaitu nilai yang dipegang
oleh individu. Nilai yang dimaksudkan ini adalah merujuk kepada kebolehan,bakat,potensi
dan keupayaan seseorang dalam memilih pekerjaan yang dipilihnya dan dengan nilai inilah
individu akan bertindak balas terhadap persekitaran untuk mendapatkan keperluan diri.
Seterusnya keadaan persekitaran sebenar. Merujuk kepada keadaan persekitaran yang
sebenar,individu akan mengintepresikan dirinya dengan keadaan persekitarannya sama ada
persekitaran itu mengalakkan seseorang ataupun sebaliknya dalam memberi gambaran
terhadap
kerjaya
yang
akan
dipilihnya.
Selepas
itu,
atribut
psikologi
seperti
Teori Ginzberg ini bermula dengan peringkat fantasi.Peringkat fantasi berlaku pada zaman
kanak-kanak yang berumur diantara 6 hingga 11 tahun dimana golongan kanak-kanak ini
mengaplikasikan persekitaran dengan berorientasikan permainan semata-mata dan banyak
dipengaruhi oleh orang dewasa sehingga mereka terpengaruh untuk melakukannya,misalnya
main cikgu-cikgu,masak-masak dan sebagainya. Pada perinkat ini, proses pemilihan
pekerjaan masih bersifat asal pilih, tanpa didasarkan pada pertimbangan yang rasional dan
objektif mengenai kenyataan yang ada.Pemilihan pekerjaan pada masa ini hanya didasari atas
kesan yang dapat melahirkan kesengangan semata, dan diperolehnya daripada orang yang
bekerja atau dalam lingkungan kerjaya. Peringkat ini juga boleh dikatakan bahawa golongan
kanak-kanak tidak berdasarkan minat terhadap sesuatu perkara tetapi lebih kepada meniru
apa yang dilihat dari persekitarannya. Pelbagai perannan pekerjaan yang tercermin dalam
kegiatan bermain yang menghasilkan pertimbangan nilai dalam dunia kerjanya.
Seterusnya, diikuti dengan peringkat percubaan berlaku diantara umur 11 hingga 17
tahun. Segala minat dan kebolehan di dalam diri akan dinilai untuk membuat pemilihan dan
biasanya tidak tetap dan kabur serta sentiasa berubah-ubah kemudian disini merupakan
proses transisi atau peralihan berlaku,dan mula memikirkan sama ada kerja itu sesuai atau
sebaliknya terhadap dirinya. Selain itu, individu akan bersedia ke arah realiti untuk memilih
kerjaya yang sesuai dengan cita-citanya dan seterusnya mempunyai empat faktor iaitu minat,
kebolehan, nilai dan peralihan. Individu mula memasuki aspek minat dalam pemilihan
kerjaya.Pilihan pekerjaan atau bidang pengajian yang benar-benar diminati dapat melahirkan
rasa puas kerana mampu mencapai apa yang diinginkan. Pertimbangan kerier juga didasari
atas kesenangan, ketarikan atau minat individu tanpa mempertimbangkan banyak faktor.
Peringkat percubaan juga merangkumi aspek kebolehan.Kerjaya berdasarkan
kebolehan dan pilihannya yang sentiasa berubah kerana kebolehan mereka tidak
lengkap.Individu mulai melakukan pekerjaan mengikut kemampuan masing-masing.Orientasi
pilihan pekerjaan pada masa ini berbentuk daya upaya yang sepadan dengan kemampuan
yang dimiliki dengan minat dan kesukaannya.Dari tahap nilai pula, individu memilih kerjaya
berdasarkan nilai yang dimiliki dalam dirinya.Peringkat ini merupakan tahap dimana minat
itu diinterpretasikan secara sederhana oleh individu yang mula menyedari bahawa terdapat
suatu nilai-nilai tertentu dari sesuatu pekerjaan.Nilai tersebut baik yang bersifat peribadi
mahupun serangkaian nilai yang bersifat kemasyarakatan. Kesedaran terhadap kandungan
nilai ini mampu membuat individu dapat membezakan nilai sesuatu pekerjaan dengan
pekerjaan yang lain. Contohnya, seseorang itu suka membantu orang lain, individu itu akan
lebih cenderung memilih kerjaya sebagai guru, jururawat atau doktor.
Tahap peralihan pula berlaku apabila individu mula sedar implikasi daripada kerjaya
yang dipilihnya pada masa depan kelak. Keadaan ini dimana individu akan mengabungkan
orentasi-orentasi pilihan yang dimiliki sebelumnya seperti minat, kebolehan dan nilai untuk
dapat direalisasikan dalam kehidupannya. Tahap in juga membawa kepada tahap pengenalan
secara gradual terhadap persyaratan kerja, pengenalan minat, kemampuan, imbalan kerja,
nilai dan perspektif waktu.Keputusan yang menjadi pilihan itu sudah melambangkan suatu
bentuk tanggungjawab dan corak pola karier yang dipilih.Pemilihan kerja yang dipengaruhi
beberapa tahap dalam peringkat percubaan ini menunjukkan perkembangan pemilihan
kerjaya kepada individu.
Peringkat yang ketiga ialah peringkat realistik yang berlaku semasa individu berumur
17 tahun dan ke atas. Pada peringkat realistik ini, individu akan mengetahui tentang
maklumat, pengalaman dan dapat membezakan keperluan kerja dengan faktor peribadi dan
ianya terbahagi kepada 3 iaitu peringkat penjelajahan, pembentukan dan penentuan. Semasa
di peringkat penjelajahan, individu sudah meneliti setiap kerjaya yang dipilih dan cuba untuk
memilih kerjaya yang sesuai dengan diri individu terbabit. Peringkat pembentukan pula
berlaku apabila seseorang individu sudah tahu akan kebolehan untuk memilih kerjaya dan
hamper dapat memilih jalan akhir. Di peringkat penentuan pula, sesorang individu itu hanya
perlu mengambil langkah untuk melaksanakan kerjaya tersebut kerana sudah ada kerjaya
yang dipilih setelah kompromi wujud dari pelbagai sudut.
Teori Super
Teori Ginzberg
kerjaya.
sosiekonomi.
(Sumber: Ginzberg et al. (dlm. Weinrash 1979)
Teori Ginzberg
Merujuk kepada
Mengenalpasti proses
perkembangan individu
dalam pemilihan kerjaya.
pemilihan kerjaya
perkembangan
seseorang .
sosioekonomi.
Teori Gottfredson telah diasaskan oleh Dr. Linda Gottfredson pada tahun 1981.Linda
Gottfredson ialah seorang professor pendidikan di Universiti Delaware.Beliau mempunyai
BA dalam bidang psikologi dari University of California di Berkeley dan PhD dalam bidang
sosiologi dari The Johns Hopkins University.
Teori ini telah memfokuskan kepada perspektif individu terhadap pilihan kerjaya yang
didapati.Teori Gottfredson ini percaya kepada bahawa pemilihan kerjaya seseorang individu
itu dipengaruhi oleh persekitaran kehidupan individu tersebut.
Hal ini bermakna, apabila persekitaran seseorang individu itu dikelilingi dengan
pekerjaan ataupun kerjaya yang berstatus tinggi. Maka, individu disekitarnya juga turut
dipengaruhi untuk berada dalam sektor pekerjaan yang berstatus yang sama ataupun yang
hampir sama statusnya.
Begitu jugalah sekiranya persekitaran seseorang individu itu dikelilingi dengan
individu yang bekerja ataupun kerjayanya berstatus rendah, individu tersebut juga akan
dipengaruhi untuk terlibat dalam sektor pekerjaan yang seperti itu.
Teori ini sangat menekankan bahawa persekitaran sangat memainkan peranan dalam
penentuan kerjaya seseorang individu.Persekitaran di sini bukanlah hanya persekitaran
masyarakatnya tetapi juga dalam kalangan ahli kelurga.Persekitaran bermaksud dunia luar
yang hampir dengan seseorang individu.
Teori ini juga telah memberi penekanan mengenai kepuasan seseorang individu
terhadap kerjaya ataupun pekerjaannya apabila individu tersebut telah mula bekerja dan
membentuk kerjayanya.Kepuasan yang dimaksudkan ialah berasa selesa dan bersemangat
dalam melaksanakan kerja yang dilakukan dengan penuh rasa minat dan komitmen.Kepuasan
ini juga berkait rapat dengan konsep diri seseorang individu dengan pekerjaan yang
dilakukan.
4.2 Konsep utama Teori Gottfredson
Dalam teori Gottfredson, terdapat lima konsep yang utama. Lima konsep tersebut ialah
konsep kendiri, imej pekerjaan, lakaran pemikiran tentang pekerjaan, ruang sosial dan
batasan.
Konsep kendiri
Konsep kendiri ialah mengenai pandangan seseorang tentang diri seperti berkaitan dengan
penampilan, kebolehan, personaliti, status dan gaya.
Dari sudut psikologi, konsep kendiri boleh dilihat dalam dua cara iaitu tanggapan diri
seseorang terhadap dirinya sendiri dan proses yang menentukan tingkah laku seseorang
individu. Menurut David Shaffer, konsep kendiri adalah kombinasi antara fizikal dan
psikologikal dalam diri seseorang individu.
Kombinasi antara fizikal dan psikologikal itu ialah kombinasi yang unik dalam diri
seseorang individu.Looking glass shelf adalah istilah bagi menunjukkan bahawa seseorang
individu itu akan memahami mengenai dirinya sepertimana orang lain yang berada di
persekitarannya bergerak balas terhadap dirinya.
Konsep kendiri berlaku pada saat dan waktu di mana seseorang bertanya yang
berkaitan dengan dirinya.Segala persoalan yang timbul adalah berkaitan dengan diri sendiri.
Pembentukan konsep kendiri adalah penting kerana ia berperanan sebagai pengukuhan
kendiri serta pembentukan dalaman dan luaran seseorang individu.
Konsep kendiri bukanlah bersifat statik tetapi ia bersifat dinamik. Ia mempunyai
hubung kait antara individu dengan hidupan luar. Pada waktu pembentukan konsep kendiri,
self-esteem iaitu harga diri seseorang individu turut terbentuk.Self-esteem ialah bagaimana
seseorang individu memahami mengenai dirinya dan ia amat penting bagi memastikan
kejayaan seseorang dalam kehidupan yang akan datang.
Terdapat dua konsep kendiri iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri
negatif.Konsep kendiri positif ialah apabila seseorang individu itu percaya dan yakin dengan
diri mereka sendiri.Individu tersebut lebih mempunyai minat yang cenderung ke arah yang
baik dan mereka juga tidak terlalu sensitif.
Individu yang mempunyai konsep diri positif juga lebih bersikap terbuka dan mudah
memberi pandangan apabila wujudnya keadaan yang kurang stabil dan tidak baik. Antara
ciri-ciri yang ada pada seseorang individu yang mempunyai konsep diri positif ialah mereka
seorang yang mudah menghargai orang lain, berpuas hati dengan pencapaian dirinya,
bersikap murah hati, mudah berkawan dengan semua orang, seorang yang peramah, sentiasa
menerima seadanya dirinya dan barang kepunyaannya.
Konsep diri negatif pula ialah berkenaan dengan individu yang tidak yakin dan
percaya dengan diri mereka sendiri. Individu yang mempunyai konsep diri negatif ini akan
lebih cenderung kepada perkara yang kurang sihat dan tidak baik.
Individu seperti ini mempunyai cirri-ciri seperti mudah merasa bersalah, sangat takut
kepada kegagalan, sering merasa bimbang, cepat berkecil hati walaupun pada masalah yang
remeh, pencapaian yang rendah, tidak minat kepada aktiviti yang mencabar, tidak yakin
dengan diri sendiri dan sentiasa melihat diri mempunyai personaliti yang kurang menarik.
Kesimpulannya, konsep kendiri amat penting bagi setiap individu.Ia penting bagi
pembentukan diri seseorang dan amat mempengaruhi dalam penentuan masa depan seseorang
individu.
Imej pekerjaan
Menurut Holland, imej pekerjaan merujuk kepada streotaip pekerjaan. Dalam konsep ini,
Gottfredson menekankan bahawa personaliti memainkan peranan yang penting dalam
kesesuaian memilih pekerjaan.
Imej pekerjaan ini berkaitan dengan personaliti seseorang dengan pekerjaan yang
berbeza, pekerjaan yang telah dilakukan dan kesesuaian sesuatu pekerjaan tersebut dengan
seseorang individu.
Imej pekerjaan ini ialah pemikiran ataupun tanggapan awal seseorang mengenai
sesuatu pekerjaan.Tanggapan ini adalah tanggapan yang wujud hasil daripada pengalaman
ataupun orang sekeliling mengenai kesesuaian personaliti seseorang individu dengan sesuatu
kerjaya.
Dalam teori individual ini terdapat lima konsep yang utama iaitu cognitive growth, selfcreation, circumscription, stages of circumscription dan compromise.
Cognitive growth
Konsep pertama ialah cognitive growth. Pada waktu ini kapasiti seseorang individu untuk
belajar itu meningkat selama proses perkembangan seseorang individu itu bermula daripada
kecil hinggalah ke usia remaja.
Sepanjang tempoh itu, individu akan belajar mengenai pekerjaan dan kerjaya. Cara
pembelajaran bukanlah hanya berfokus dalam bentuk formal sahaja tetapi juga dalam bentuk
non-formal iaitu mungkin daripada penceritaan dan pengalaman orang lain yang didengari
ataupun daripada pengalaman diri sendiri.
Terdapat dua produk dalam cognitive growth ini iaitu peta kognitif dan konsep diri.
Kedua-dua produk ini akan mempengaruhi pemahaman mereka terhadap dunia kerja dan
kerjaya pada waktu yang akan datang kelak.
Self-creation
Konsep ini adalah mengenai pembentukan diri bagi setiap individu.Individu telah bertindak
sebagai karakter utama dalam perkembangan dirinya sendiri.Ini bermakna, mereka menjadi
watak utama dalam pembinaan dan pembentukan diri mereka sendiri.
Semenjak daripada lahir, individu akan mengarahkan diri mereka sendiri dan
mencipta sikap tersendiri. Ini bermakna, mereka bertindak sebagai watak utama serta
pengarah dalam pembentukan diri.
Namun begitu, batas-batas dalam diri serta dikuti dengan proses kompromi telah
menyebabkan seseorang individu mengambil jalan alternatif bagi sesuatu perkara. Seterusnya
menghindari jalan yang terlalu banyak halangan dalam mencapai kerjaya yang diinginkan.
Circumscription
Konsep ini menerangkan bahawa pada waktu ini, individu akan mula berubah pemikirannya
daripada konkrit kepada abstrak. Pemikiran konkrit ini ialah pemikiran yang berasaskan
hanya kepada pemahaman dan ingatan.
Manakala pemikiran abstrak ini ialah pemikiran yang berdasarkan kepada pemikiran
kreatif dan kritis. Pada waktu ini cara berfikir individu itu akan berubah sedikit demi sedikit
tanpa disedari.
Seterusnya, proses perkembangan diri seseorang itu akan akan terikat dengan
pekerjaan ataupun kerjaya yang dipilih. Maksudnya, jika seseorang itu telah pun menetapkan
kerjaya impiannya, dia akan berusaha membentuk jiwanya dan dirinya supaya sesuai dengan
kerjaya tersebut.
Pada waktu ini, konsep diri seseorang akan jelas tergambar. Individu akan mula
berfikir mengenai kesesuaian gender dengan kerjaya yang dipilih ataupun berkenaan dengan
status sosial seseorang. Sampailah pada satu tahap, seseorang individu itu mampu untuk
mengekspresskan pilihan kerjaya mereka yang sebenar.
Stages of circumscription
Ada empat tahap dalam konsep ini iaitu tahap pertama, tahap kedua, tahap ketiga dan tahap
keempat.
Tahap pertama ini berlaku pada lingkungan umur tiga hingga lima tahun. Pada tahap
ini, individu mula mengenal dirinya dan perbezaan antara dirinya dengan persekitaran seperti
perbezaan orang dewasa dan kanak-kanak.
Tahap kedua ini berlaku bermula daripada umur enam tahun. Pada waktu ini konsep
peranan gender baru difahami. Individu baru mengenali dirinya dan peranan gendernya
seperti cara berpakaian, bermain dan bercakap.
Tahap ketiga ini bermula daripada umur sembilan hingga 13 tahun.Pada waktu ini
orentasi terhadap penilaian sosial berlaku.Pada waktu ini ialah kanak-kanak mula
mengetahuinya wujudnya status rendah dan tinggi dalam masyarakat. Mereka akan mula
berfikir untuk mempunyai kerjaya yang berstatus tinggi.
Tahap keempat berlaku bermula pada umur 14 tahun. Waktu ini dipanggil waktu krisis
identiti kerana waktu ini individu mula memilih, menetapkan dan mencari alternatif
mengenai perancangan kehidupan masa depan serta pekerjaannya.
Compromise
Konsep ini berkaitan dengan proses mencari jalan alternatif yang sesuai dengan
persekitaran individu. Hal ini kerana persekitaran turut mempengaruhi seseorang untuk
mendapatkan pekerjaan yang tertentu.Ia berkaitan ruang dan peluang.
Konsep ini berkenaan dengan individu terpaksa melepaskan pilihan kerjayanya yang
asal dan memilih kerjaya lain yang lebih realistik untuk dicapai. Proses kompromi ini berlaku
apabila terdapatnya halangan dan kekangan pada pilihan yang pertama.
5.0 RUMUSAN
Teori Super memberi kesan yang mendalam kepada kerjaya pendidikan dan program
kaunseling kerjaya. Pendek kata, perkembangan kerjaya dilihat sebagai satu proses berterusan
yang melibatkan peranan dari pelbagai aspek. Konsep kendiri adalah utama dalam
pendekatan Super.Individu dikatakan akan berkembang mengikut masa dan persekitaran serta
proses ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat. Individu akan mengalami fasa
perkembangan, penerokaan, pengukuhan, pengekalan dan penurunan. Fasa-fasa ini akan
memantapkan konsep kendiri individu dalam pemilihan vokasional. Perkembangan dalam
peringkat kehidupan boleh dibimbing sebahagiannya dengan mempercepat proses
kematangan, kebolehan dan minat dan sebahagiannya lagi dengan membantu pengujian
realiti dan perkembangan konsep individu. Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung
kepada sejauh mana individu memperoleh jalan keluar yang mencukupi untuk menyalurkan
kebolehannya, minat, tret-tret personaliti serta nilai-nilai: juga bergantung kepada
kemantapan dalam sesuatu jenis pekerjaan, situasi kerja dan cara kehidupan yang
membolehkannya untuk memainkan beberapa peranan yang dianggap sepadan dan sesuai
dengan pertumbuhan dan pengalaman-pengalaman hidup.
Selain itu, teori Ginzberg telah membuka lembaran baru dalam teori perkembangan
kerjaya kerana berjaya membawa satu idea baru iaitu kepentingan proses pemilihan kerjaya
selepas teori Super dihasilkan. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai kelemahan dalam
teori ini kerana konsep-konsep utama yang dihasilkan lebih bercorak falsafah serta kurang
kajian yang mendalam.Namun, secara keseluruhannya teori ini masih lagi relevan digunakan
dalam pemilihan kerjaya kerana teori ini menjadi perintis ke arah penghasilan teori
perkembangan kerjaya Super yang mempunyai pengikut yang ramai hingga hari ini.
Tambahan
pula,
teori
Gottfredson
sangat
menekankan
persekitaran
Bibliografi
Puteri Hikayat Megat Ahmad (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya. Kuala Lumpur:
Dewan Besar dan Pustaka.
Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan Kerjaya Teori & Praktis. Penerbit Universiti
Putra Malaysia, Serdang.
Sapora Sipon, Ruhaya Hussin (2011). Teori Kaunseling dan Psikoterapi (Edisi ke-3).
Penerbit USIM, Nilai.
Schreiner. M (2012). Donald Super Theory of Carier Development. Diperoleh pada
September 29, 2013 daripada
http://www.evolutioncounseling.com/donald-super- career- counseling-theory.html
Zunker, V.G. (2006). Career counseling: Applied concepts of life planning (7th. ed.). Pacific
Grove, CA: Brooks Cole.