Anda di halaman 1dari 5

Ketibaan

Ucapan alualuan

Teks
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik MOHAMAD AMRAN
MANNING, selaku Ketua Unit Jaminan Kualiti PPD Pitas yang diringi oleh
Encik ___________________, Guru Besar SK Pekan Pitas 2, guru-guru besar
daripada sekolah zon 2 dan zon 6 serta guru penyelaras zon LBI dan LBM.
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
Yang berbahagia, Encik MOHAMAD AMRAN MANNING, selaku Ketua Unit
Jaminan Kualiti PPD Pitas, Yang berusaha, Encik ________________________,
guru besar SK Pekan Pitas 2,

Dan Yang dihormati guru-guru penyelaras zon 2 dan zon 6 sekalian.


Sirih pinang di dalam puan,
Buat santapan putera idaman,
Sebagai hidangan puteri rupawan,
Buat cicipan daging nan maulan,
Selamat datang kami ucapkan,
Buat tuan puan budiman,
Ke sidang majlis penuh taakulan,
Bersama merapat ukwah dan taulan.

Hadirin yang dihormati,

Catatan

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi lantaran dengan izinNya kita dapat mengadakan Majlis Dialog Prestasi bagi Program Perfect
Twelve DTP 2.0. Program ini telah berlangsung di SK _________________ dan
SK Pekan Pitas 2 yang melibatkan sekolah-sekolah zon 2 dan zon 6 iaitu SK
Pinapak, SK Mandurian, SK Nibang, SK Dandun, SK Pandan ___________,
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

Bacaan Doa

Bagi makluman tuan dan puan, program ini dilaksanakan bertujuan untuk
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
Bagi menambahkan keberkatan majlis yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadahkan tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dilafazkan oleh _____________________________________. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Amin amin ya rabbal alamin.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
_____________________ atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan alu
aluan

Tuan tuan dan puan-puan,


Majlis kita akan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik
___________________, guru besar SK Pekan Pitas 2. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.

Ucapan
perasmian

DIALOG
PRESTASI

Hadirin sekalian,
Bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi ini, dijemput Encik MOHAMAD
AMRAN MANNING, selaku Ketua Unit Jaminan Kualiti PPD Pitas untuk
memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan ________________ Program
Perfect Twelve DTP 2.0. Majlis dengan ini mempersilakan
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan perasmian yang
disampaikan sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati,
Majlis akan diteruskan dengan menjemput fasilitator program untuk
membentangkan dialog prestasi sepanjang program ini diadakan.
Dipersilakan.

Penyampaian
sijil
penghargaan

Sebelum mengakhiri majlis, majlis menjemput Encik MOHAMAD AMRAN


MANNING, selaku Ketua Unit Jaminan Kualiti PPD Pitas diiringi oleh
___________________________________ bagi menyampaikan sijil penghargaan
kepada guru- guru yang terlibat sepanjaang program ini berlangsung.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Bersurai

Dengan ini maka berakhirlah majlis Dialog Prestasi Program Perfect Twelve
DTP 2.0. 2016.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak atas komitmen dan
kerjasama yang diberikan secara langsung dan tidak langsung sepanjang
program ini dijalankan.
Semoga majlis ini akan dapat memberi manfaat dan input yang berguna
kepada semua pihak yang terlibat.
Akhir kata, saya ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan
sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya daripada
Allah dan yang buruk itu datangnya daripada diri saya sendiri.

Saya sudahi majlis ini dengan Assalamualaikum wbt.


Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai