Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan kaedah latihan mengikut Gaya Resiprokal
dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menolak bola hoki bagi murid tahun 5. Ia juga
bertujuan untuk menambahbaik aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk
mencapai objektif pembelajaran secara maksima. Sampel kajian ini melibatkan 12 daripada 33
orang murid tahun 5 Bestari dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan
Jasmani sepanjang tahun 2015. Kajian ini berbentuk soal selidik dan pemerhatian serta
menjalankan latihan dengan mengguanakan Gaya Resiprokal bagi meningkatkan penguasaan
kemahiran menolak bola hoki. Seterusnya menjalankan ujian Pos dan Ujian Pasca kepada
sampel yang terlibat. Melalui kaedah ini, keberkesanan latihan Gaya Resiprokal ini akan dapat
dilihat melalui perbezaan, peningkatan serta pengurangan skor kedua-dua ujian ini.

This study aimed to ensure the effectiveness of applying the Reciprocal Style
training to improve the techniques in moving the hockey ball for year 5 students. It
is also to improve teaching and learning activities in order to achieve maximum
learning objectives. The sample comprised 12 out of 33 pupils in 5 Bestari for the
Physical Education subject during the year of 2015. This study was conducted in
form of questionnaires and observations as well as conducting training by using
Reciprocal Style in order to improve their techniques to move the ball. The samples
were also involved with the pre and post test. Through this method, the
effectiveness of using Reciprocal Style training will be viewed through the
differences, increase and reduction in scores for both tests.