Anda di halaman 1dari 2

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

1. Pengamalan realpolitik dalam pembentukan negara bangsa-bangsa Eropah tidak wajar


disokong di Malaysia. Berikan alasan anda.
- Rakyat Malaysia rakyat yang lemah lembut dan tidak sukakan kekerasan.
Pengamalannya tidak sesuai dilakukan di Malaysia. Buktinya, pemimpin sekarang
banyak melakukan tipu helah dan rakyat tidak suka akan cara ini.
- Agama rasmi di Malaysia adalah agama Islam. Cara realpolitik bercanggah dengan
syariat Islam. Semua agama juga menentang kekerasan.
- Negara Malaysia terkenal dengan keamanan. Pengamalan realpolitik di malaysia tidak
sesuai kerana menghancurkan keamanan negara.
- Pemikiran rakyat Malaysia tidak dapat menerima cara diktator/realpolitik. Boleh
menyebabkan berlakunya rusuhan dan perpecahan di kalangan rakyat. Tujuan utama tidak
dapat dicapai.
- realpolitik bercanggah dengan hukum alam dan fitrah manusia yang sukakan kebaikan,
keamanan dan keadilan.
2. Huraikan kebaikan pengamalan konsep musyawarah dan rundingan dalam sistem
pentadbiran negara.
- dapat menyelesaikan sesuatu masalah tanpa salah faham.
- Dapat memantapkan dan menambahbaik idea dan pelaksanaan sesuatu perkara
- Dapat mencapai kata sepakat dan memuaskan hati semua pihak
- Dapat menyatukan fikrah ke arah matlamat dan agenda yang membawa kebaikan
bersama
- Dapat mengeratkan silaturrahim antara pemimpin dan mengelakkan perpecahan.
3. Huraikan faedah-faedah yang kita nikmati hasil transformasi pentadbiran negara yang
dilaungkan ketika ini.
- Ekonomi meningkat
- Menyatupadukan bangsa
- Keamanan terjamin
- Taraf pendidikan meningkat
- Keselesaan hidup rakyat bertambah

4. Sejauh manakah konsep 1Malaysia memberi manfaat kepada rakyat Malaysia? Berikan
cadangan anda untuk merealisasikan konsep tersebut.
MANFAAT
- Dapat memberi bantuan pendidikan kepada warganegara yang kurang berkemampuan.
(BR1M)
- Memberi panduan melalui dasar pendidikan negara untuk melahirkan rakyat yang
cemerlang dalam pendidikan dan sama taraf dengan negara-negara maju lain.
- Dapat memberi perkhidmatan kesihatan untuk menampung kos rawatan yang tinggi
kepada rakyat.(klinik 1Malaysia)
- Semua rakyat Malaysia diberi rawatan yang sama tanpa mengira bangsa. Dapat
menyatupadukan kaum.
- Rakyat yang kurang berkemampuan ditawarkan tempat tinggal dengan kos bayaran
yang lebih murah. (Perumahan Rakyat 1Malaysia)
CADANGAN
- Melalui sambutan kemerdekaan secara besar-besaran pada setiap tahun.
- Mengadakan solat hajat dan berdoa kepada Allah.
- Menghapuskan sekolah vernakular dan mewujudkan sekolah yang bercampur bangsa
- Meningkatkan pembangunan negara
- Menggalakkan pengeluaran industri tempatan
- Memberi tumpuan pendidikan moral dan sahsiah kepada anak-anak seawal tadika lagi.
- Menghapuskan sistem cukai yang membebankan rakyat
- Berusaha melaksanakan undang-undang Islam yang telah termaktub dalam al-quran dan
as-sunnah

Anda mungkin juga menyukai