Anda di halaman 1dari 9

DAPATAN KAJIAN

8.1.

Konsep Ekosistem Hutan Di Kawasan Kajian

Mengikut Khaw Ah Seng dan Habibah Bt. Hj. Lateh dalam buku teks Geografi
Tingkatan 4, ekosistem ialah komuniti organisma hidup yang mempunyai saling kaitan erat
antara satu sama lain, dan antara organisma dengan alam fizikal. Setiap ekosistem
mengandungi dua komponen iaitu komponen biotik (hidup) dan komponen abiotik (bukan
hidup). Komponen biotik terdiri daripada manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang ,burung ,
serangga dan bacteria manakala komponen abiotik terdiri daripada cahaya matahari, hujan.,
udara, mineral dan tanih.
Ekosistem hutan adalah interaksi atau hubungan antara kumpulan populasi
sama ada flora dan fauna yang hidup dalam lapisan dan di permukaan tanah serta terletak
pada suatu kawasan dan membentuk suatu kesatuan ekosistem. Ekosistem hutan terganggu
apabila manusia meneroka kawasan hutan untuk tujuan pembangunan dan kelangsungan
hidup.
*** untuk keterangan lanjut sila rujuk Buku Teks Geografi Tingkatan 4 m/s:181

8.2.
Kepentingan Ekosistem Hutan .......................................
di ........................................................
Melalui pembacaan dan pemerhatian yang telah dilakukan, ekosistem hutan
mempunyai pelbagai kepentingan. Antara kepentingannya ialah:8.2.1. Habitat Flora dan Fauna
Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapati
hutan ................................. di kawasan kajian merupakan habitat atau tempat tinggal pelbagai
jenis hidupan liar seperti ular, burung, biawak dan sebagainya. Selain itu,
hutan ......................... juga menjadi tempat tumbuhan tumbuh dan membiak yang mana di
kawasan kajian terdapatnya pokok-pokok seperti ....................... dan lain-lain lagi.
8.2.2. Sumber Perhutanan/Bahan Mentah
Melalui pemerhatian saya, di kawasan kajian terdapatnya pokok-pokok
seperti ..................... yang tinggi mutunya. Pokok-pokok ini merupakan bahan mentah yang
digunakan dalam industri membuat perabot dan industri pembinaan.
8.2.3

Menyederhanakan Suhu

Melalui pemerhatian di kawasan kajian, kepentingan ekosistem hutan .........................


kepada para penduduk di kawasan kajian ialah hutan dapat menyederhanakan suhu melalui

proses fotosintesis pernafasan. Oleh sebab itu, kita mesti mengekalkan sumber hutan semula
jadi agar dapat mengekalkan kelembapan udara dan menyederhanakan suhu.

8.2.4. Membekalkan Oksigen


Melalui pemerhatian yang dijalankan, saya dapati di kawasan kajian terdapat banyak
pokok yang tumbuh seperti ................., ..................., ........................., dan sebagainya.
Tumbuhan ini sebenarnya membekalkan oksigen kepada hidupan melalui proses fotosintesis.
Saya amat mengharapkan agar tumbuhan ini akan dibiarkan kekal di sini.
8.2.5. Menyerap Karbon Dioksida
Setelah pemerhatian dijalankan, saya mendapati jalan raya yang terdapat di kawasan
kajian dilalui oleh pelbagai jenis kenderaan. Kenderaan-kenderaan ini sebenarnya
melepaskan gas-gas yang beracun melalui asapnya seperti gas karbon dioksida dan gas
karbon monoksida. Pokok-pokok atau hutan yang terdapat di pinggir jalan raya di kawasan
kajian membantu menyerap gas-gas beracun tadi.
Unsur Nilai dan Patriotisme
Saya bersyukur kerana di kawasan tempat tinggal saya masih lagi terdapat pelbagai
jenis pokok yang dapat memberi kebaikan terhadap alam sekitar.

*** Untuk keterangan lanjut anda boleh merujuk Buku Teks Geografi Tingkatan 1 Unit 14
dan Buku teks Geografi Tingkatan 4 m/s: 187
Nota: Anda dikehendaki memilih mana-mana 3 kepentingan ekosistem hutan yang
bersesuaian dengan kawasan kajian anda dan memasukkan unsur nilai dan patriotisme

8.3.

Faktor-Faktor Yang menyebabkan Ekosistem Hutan Terganggu

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, terdapat pelbagai faktor yang
menyebabkan ekosistem hutan terjejas/terganggu. Antara faktor-faktor adalah seperti
berikut:8.3.1. Pembalakan
Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, di kawasan kajian terdapat pokok-pokok
yang telah ditebang untuk dijadikan kayu balak. Kayu balak ini diproses untuk dijadikan
perabot dan bahan-bahan dalam industry pembinaan.

8.3.2. Pertanian
Hasil daripada pemerhatian yang telah dijalankan, di kawasan kajian banyak kawasan
hutan yang telah ditebang untuk dijadikan kawasan tanaman getah, kelapa sawit,pokok buahbuahan, sayur-sayuran dan sebagainya. Contoh nya di bahagian timur laut kawasan kajian
hutan diteroka untuk dijadikan kawasan penanaman getah.

8.3.3. Pembinaan Petempatan


Oleh sebab jumlah penduduk yang semakin hari semakin bertambah di kawasan
kajian menyebabkan permintaan terhadap petempatan juga semakin meningkat. Bagi
memenuhi permintaan terhadap petempatan yang semakin meningkat sudah tentu kawasan
hutan akan ditebang bagi membina kawasan petempatan atau perumahan. Beginilah
terjadinya di barat laut kawasan kajian, yang mana kawasan hutan ditebang untuk dijadikan
kawasan perumahan.
8.3.4. Pertambahan Penduduk
Pertumbuhan penduduk yang pesat di kawasan kajian yang disebabkan oleh wujudnya
Universiti Teknologi Mara (UITM) menyebabkan permintaan terhadap sumber juga turut
bertambah terutamanya sumber hutan. Sumber hutan amat diperlukan jika berlakunya
pertambahan penduduk terutamanya permintaan terhadap kayu bagi membina rumah. Jadi,
apabila permintaan terhadap perumahan meningkat sudah tentu hutan akan ditebang.
8.3.5. Pembinaan Jalan Raya
Pembinaan jalan raya merupakan satu faktor yang menyebabkan ekosistem hutan
terganggu di kawasan kajian. Melalui pemerhatian saya , pembinaan jalan raya
menggunakan jentera-jentera berat seperti jentolak telah digunakan untuk membersihkan
kawasan tersebut. Apabila kawasan tersebut dibersihkan hidupan di kawasan tersebut akan
berpindah ke kawasan perumahan yang berhampiran. Keadaan ini menyebabkan timbulnya
masalah kepada penduduk di kawasan perumahan tersebut seperti tanaman bunga mereka
dirosakkan oleh binatang liar yang berpindah tadi.

Penerapan Nilai dan Unsur Patriotisme


Meskipun pembangunan rancak dijalankan di kawasan kajian tetapi saya
berbangga dan bersyukur kerana masih ada kawasan hutan yang belum lagi diusik
atau terganggu terutamanya pada bahagian selatan kawasan kajian.

8.4.

Kesan Ekosistem Hutan Terganggu

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, terganggunya ekosistem hutan di


kawasan kajian akan menyebabkan kesan-kesan yang tidak baik berlaku. Antaranya
ialah:8.4.1. Peningkatan Suhu
Di kawasan kajian, peningkatan suhu berlaku disebabkan oleh penebangan hutan
untuk dijadikan kawasan pertanian, membina petempatan dan sebagainya.
Penebangan atau penerokaan hutan menyebabkan semakin kurang tumbuhan yang
akan menyerap gas Karbon Dioksida. Kandungan Karbon Dioksida akan meningkat
di ruang udara akan menyebabkan gas ini akan memerangkap lebih haba daripada
bumi. Keadaan ini akan menyebabkan suhu akan meningkat di kawasan kajian.
8.4.2. Perubahan Landskap
Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan di kawasan kajian, perubahan
landskap berlaku apabila sesuatu kawasan itu diteroka, umpamanya penebangan hutan
untuk dijadikan kawasan ladang kelapa sawit menyebabkan wujudnya rumah-rumah
yang dibina bagi menempatkan pekerja-pekerja ladang. Jadi, sesuatu kawasan itu akan
berubah landskapnya sekiranya hutan diteroka.
8.4.3. Hakisan Berlaku
Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, hakisan kerap berlaku di
kawasan kajian disebabkan oleh penebangan pokok-pokok. Penebangan pokokpokok menyebabkan tanih terdedah kepada agen hakisan terutamanya apabila
turunnya hujan. Air hujan ini akan menghakis permukaan tanih dan membawa
lumpur, kelodak dan sebagainya ke dalam sungai ataupun parit menyebabkan banjir
kilat atau banjir lumpur berlaku.
Unsur Nilai dan Patriotisme
Saya rasa bersyukur dan bangga kerana penduduk di sini berganding bahu
untuk menjaga alam sekitar.
*** untuk keterangan lanjut anda boleh merujuk buku teks geografi tingkatan 1 unit
15 muka surat 167-172 dan buku teks geografi tingkatan 4 muka surat 198-203
Anda hanya perlu memilih dua atau lebih kesan sahaja.

8.5 cadangan untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan terganggu di kawasan


kajian.
Hasil daripada kajian yang dijalankan terdapat beberapa langkah yang bolaeh
diambil bagi mengatasi kesan-kesan buruk ekosistem hutan terganggu. Antaranya
ialah:8.5.1. Pengutkuasaan Undang-Undang
Untuk mengatasi masalah peningkatan suhu dan penebangan hutan yang
berlaku secara berleluasa, kerajaan melalui agensi di bawahnya hendaklah
menguatkuasakan undang-undang umpamanya Akta Perhutanan Negara 1984. Di
bawah akta ini, sesiapa yang meneroka hutan secara haram akan didenda atau
dipenjarakan.
8.5.2. Pendidikan Alam Sekitar
Para penduduk di kawasan kajian saya perlu didedahkan dan diberikan
pendidikan tentang perlunya penjagaan terhadap hutan. Penduduk sepatutnya
diberikan ceramah dan seminar tentang kesan negatif pembersihan hutan. Penduduk
tempatan boleh bekerjasama dengan Majlis Daerah Machang, Rukun Tetangga dan
Pertubuhan Belia untuk menjayakan aktiviti ini. Jawatankuasa Keselamatan dan
Kemajuan Kampung (JKKK) dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) boleh
menyebarkan risalah tentang kepentingan alam sekitar di kawasan ini, seperti
menanam semula pokok dan mewujudkan kawasan hijau bagi mengawal masalah
peningkatan suhu.
8.5.3. Kempen Alam Sekitar
Selai dari pendidikan alam sekitar, kempen penjagaan alam sekitar boleh
diadakan bagi mengatasi masalah penebangan hutan yang berleluasa. Kempen
penjagaan alam sekitar ini boleh diadakan dengan menjemput para penduduk di
kawasan kajian saya menyertainya. Kempen ini boleh diadakan dengan kerjasama di
antara Jatarankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung dan agensi-agensi yang
berkaitan dengan penjagaan alam sekitar seperti Jabatan Alam Sekitar, Pihak
Berkuasa Tempatan dan lain-lain lagi
8.5.4. Pembangunan Terancang
Majlis Daerah Machang perlu membataskan dan menghadkan pemberian lesen
atau permit kepada pemaju-pemaju perumahan untuk membuka tanah-tanah baru
untuk bagi membina kawasan perumahan kerana pembinaan petempatan baru akan
menyebabkan berlakunya perubahan landskap dan juga kan menyebabkan tanah
terdedah kepada hakisan. Jadi, pihak berkuasa hendaklah merancang dengan teliti
pembangunan yang hendak dujalankan di kawasan kajian agar tidak menjejaskan
ekosistemnya.

Unsur Nilai dan Patriotisme


Saya berbangga dan bersyukur kerana para penduduk di kawasan kajian
bekerjasama dan berganding bahu bagi memelihara dan memulihara kawasan hutan.

*** Untuik keterangan lanjut anda boleh merujuk Buku Teks Geografi Tingkatan 4
m/surat 209 215
Anda perlu memilih dan menghuraikan 3 cadangan sahaja dengan menyertai unsur
nilai dan patriotisme.

RUMUSAN
Setelah kajian dilakukan saya dapat mengenalpasti dan mengetahui konsep
ekosistem hutan dengan lebih mendalam. Di samping itu, saya juga dapat mengetahui
dengan lebih lanjut tentang kepentingan ekosistem hutan kepada manusia dan hidupan
lain. Selain itu, saya juga dapat mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan
berlakunya kemusnahan terhadap ekosistem hutan. Kesan-kesan negatif ekosistem
hutan terganggu juga dapat dikenalpasti melalui kajian yang telah dijalankan. Di
samping itu, saya juga dapat mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi
masalah ekosistem hutan terganggu di kawasan kajian. Saya juga berbangga dan
bersyukur kerana penduduk di kawasan kajian saling bekerjasama dan berganding
bahu bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang terdapat di kawasan kajian terutama
sekali masalah yang berkaitan dengan alam sekitar.

PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, saya telah berjaya
menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Melalui
kerjasama dan bantuan daripada beberapa pihak maka saya dapat menyiapkan kajian
ini. Melalui kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih
pelbagai pihak yang membantu saya dalam memnyiapkan kerja-kerja ini
Pertama sekali ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua
ibu bapa saya iaitu ..............................................dan ....................................... yang
sentiasa member sokongan moral dan material kepada saya untuk menyiapkan folio
ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Hamzah 2 iaitu ................................ Tidak lupa juga saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi saya iaitu Encik
Suhaimi Bin Mat Husain kerana member panduan, tunjuk ajar, dan perangsang
kepada saya dan rakan-rakan.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
saya iaitu ............................., ........................................... dan ...............................
(sebutkan nama penuh 3 orang rakan sekelas anda) keranan ini banyak membantu
saya semasa menjalankan kajian ini. Tugasan ini mungkin tidak dapat saya siapkan
tanpa kerjasama daripada pelbagai pihak. Kerjasama daripada pelbagai pihak yang
membantu saya, sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih

PENDAHULUAN

Tajuk kajian saya ialah Ekosistem Hutan ................................ terganggu di


Kampung ....................................... 18500 Machang, Kelantan. Saya memilih untuk
menjalankan kajian di kampung saya kerana di kampung saya terdapat gangguan
ekosistem yang disebabkan oleh kegiatan dan aktiviti yang dilakukan oleh manusia.
Di antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh manusia yang menganggu ekosistem di
kawasan kajian ialah pembalakan, pertanian, membina kawasan perumahan dan
sebagainya. Kerja-kerja ini saya jalankan lebih kurang lima (5) bulan iaitu dari bulan
Februari hingga bulan Jun.

OBJEKTIF KAJIAN

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang konsep ekosistem terganggu.


Mengenalpasti kepentingan ekosistem hutan terhadap alam sekitar.
Mengetahui dengan lebih lanjut lagi faktor-faktor yang menyebabkan ekosistem
hutan terganggu.
Mengenalpasti kesan-kesan ekosistem terganggu terhadap hidupan dan alam sekitar.
Mencadangkan langkah-langkah atau cadangan yang boleh diambil bagi mengatasi
masalah ekosistem hutan terganggu.
Menerapkan dan memupuk nilai dan unsur patriotisme dalam diri hasil daripada
kajian yang telah dijalankan.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah di .................................................... 18500 Machang,


Kelantan. Kampung ini mula dibuka pada tahun ........... Kampung ini terletak di
bahagian ........................ Machang. Sebahagian besar kawasan kajian terdiri daripada
tanah .............. Jarak kawasan kawasan kajian dengan bandar terdekat ialah ....... kilometer
(km) dan mengambil masa ........minit untuk sampai sekirannya menaiki kereta.

*** Mesti ada peta kawasan kajian dan peta lakar kawasan kajian yang lengkap.

KAEDAH KAJIAN

Semasa menjalankan kajian, saya telah menggunakan beberapa kaedah bagi


mendapatkan maklumat yang diperlukan. Di antara kaedah kajian yang saya gunakan ialah:1.

Kaedah Pemerhatian

Melalui kaedah pemerhatian, saya telah dapat melihat dengan mata


kasar saya aktiviti-aktiviti penerokaan hutan di kawasan kajian untuk
pembalakan, pertanian dan pembinaan petempatan dan juga membina

kemudahan asas seperti jalan dan sebagainya. Di samping itu saya juga dapat
melihat kesan-kesan buruk akibat perbuatan penebangan hutan di kawasan
kajian seperti berlakunya hakisan, habitat flora dan fauna terganggu dan
sebagainya.
2. Kaedah Rujukan
Di samping menggunakan kaedah pemerhatian, saya juga menggunakan
kaedah rujukan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan seperti membaca buku
teks Geografi, majalah, melayari internet dan sebagainya. Saya menggunakan kaedah
ini untuk mendapatkan pengertian konsep ekosistem, untuk mendapatkan faktorfaktor yang menyebabkan ekosistem terganggu serta kesan-kesannya.