Anda di halaman 1dari 7

Cabaran Pendidikan Abad Ke-21

by PUTERADUYONG on MARCH 15, 2015


in PENDIDIKAN

Contents
1.

Cabaran Pendidikan Abad Ke-21

2.

Cabaran Pendidikan Abad Ke-21

3.

Cabaran Pendidikan Abad Ke-21

Cabaran Pendidikan Abad Ke-21

Cabaran Pendidikan Abad Ke-21


Cabaran Pendidikan Abad Ke-21
Cabaran Pendidikan Abad Ke-21. Dalam menempuh
pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 guru-guru perlu
mencari pendekatan, kaedah, strategi dan teknik pengajaran
baharu agar murid pascamerdeka kini suka akan guru sekali
gus suka kepada pengajaran guru.
Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah pendidikan yang
menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah
diamalkan di dalam bilik darjah di luar negara seperti Amerika
Syarikat dan England sejak tahun 1970-an lagi. Lihat i-Think

dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Hal ini menggambarkan


pendidikan Barat begitu mengambil berat tentang kurikulum ke
arah pemikiran global dan kemenjadian murid mereka pada
abad ke-21 kelak.Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.
Cabaran Pendidikan Abad Ke-21

Cabaran Pendidikan Abad Ke-21

Di Malaysia, pengajaran guru yang bertunjangkan Kurikulum


Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras
keberkesanan pendidikan kelas abad ke-21 yang diuar-uarkan
oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2014, iaitu selaras
dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Cabaran
Pendidikan Abad Ke-21.
Sebagai guru yang berwibawa, pengajaran dan pembelajaran
dalam cabaran pendidikan abad ke-21 ini memerlukan

pengorbanan dan keprihatinan guru yang tidak sedikit. Pelajar


pada alaf baharu ini tidak gemar dikongkong pergerakan
mereka di dalam kelas.
Dalam hal ini, amalan pengajaran konvensional melalui cara
chalk and talk tidak relevan lagi. Murid-murid mudah berasa
bosan apabila pengajaran sehala oleh guru yang tidak
memberikan peluang kepada murid untuk menyuarakan
pendapat mereka. Inilah Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.
Pengajaran yang pasif tanpa berbantukan teknologi maklumat
tentulah membosankan murid-murid. Hal ini dikatakan
demikian kerana ada murid yang terlebih celik komputer
hingga dapat pula mereka membantu guru dalam dunia
pengkomputeran.
Selain itu, penggunaan komputer dan smart board seharusnya
dimanfaatkan sepenuhnya oleh para guru untuk menarik minat
murid-murid selain susun atur kerusi meja murid yang
bercirikan kelas abad ke-21 yang boleh diubah suai setiap
minggu. Ini Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.
Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang
bersumberkan internet amat disukai oleh murid. Guru yang
kreatif dan inovatif pula akan berperanan sebagai pemudah
cara ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini amat
penting dalam Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.
Pengajaran guru yang berbantukan laman sosial seperti
Facebook, WhatsApp atau Instagram perlu diperluas selain
penggunaan mel elektronik atau Google Chrome secara
komprehensif. Murid-murid perlu digalakkan melayari internet
untuk mencari maklumat terbaharu tentang sesuatu topik
pengajaran semasa. Ini penting dalam mengharungi Cabaran
Pendidikan Abad Ke-21.
Seterusnya, aktiviti kumpulan sewajarnya diamalkan setiap
masa meskipun guru Bahasa Melayu atau guru Geografi telah
diamanahkan mengajar murid yang akan menduduki
peperiksaan awam baik UPSR, PT3, SPM atau STPM. Dengan

kata lain, pengajaran guru yang memberi muridnya peluang


untuk kolaboratif antara satu sama lain sememangnya dinantinantikan oleh murid pascamerdeka ini. Cabaran Pendidikan
Abad Ke-21.
Kesimpulannya, pendidikan kelas abad ke-21 memfokuskan tiga
komponen utama iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan
pedagogi dan pengetahuan kandungan atau kurikulum.
Penyampaian guru secara aktif, komunikatif dan kolaboratif
sememangnya menjadi impian setiap pelajar pada arus
perdana ini kerana rangkuman tiga komponen inilah yang
merupakan faktor penentu peningkatan peratusan kehadiran
pelajar di sekolah setiap hari. Cabaran Pendidikan Abad Ke21.

Cabaran baharu kerjaya guru abad


ke-21
OLEH HAKIMI ISMAIL | 15 Mei 2015 12:52 AM
0 0 Google +0

PUTRAJAYA 14 Mei - profesion keguruan pada abad ke-21


terdedah kepada pelbagai cabaran baharu yang

berbentuk kebendaan, intelektual, pemikiran,


kerohanian, kebudayaan, ideologi baharu dan isu-isu
yang berkaitan dengan masalah etika.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof
berkata, bagi mendepani cabaran tersebut para guru perlu
membina dan membentuk pelajar agar mampu bangkit dan
membina kekuatan untuk menentukan masa depan yang lebih
cerah.
Beliau berkata, guru juga perlu memahami bahawa
penghayatan moral, nilai dan akhlak merupakan asas kepada
kehidupan manusia dan asas martabat sesuatu profesion
khususnya profesion keguruan yang bertanggungjawab
memelihara tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara
menghadapi masa depan yang penuh persaingan, pendidikan
adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu
menyediakan generasi muda untuk menghadapi sebarang
kemungkinan.
Kita juga perlu melahirkan generasi berilmu untuk berfikir,
bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat
berlandaskan skop yang global dan teknologi terkini serta
berupaya menangani gelombang perkembangan dan
perubahan masa kini, katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Khair, pemilihan tema sambutan hari guru tahun ini,
Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak adalah selaras
dengan hasrat kementerian melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu mengenai enam
aspirasi murid.
Kementerian mahu lahirkan murid yang mempunyai
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti
nasional, sehubungan itu guru perlu memainkan penting dalam
menjayakannya.
Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan
kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu
bangsa dan negara, ilmu juga membina kekuatan minda ke

arah daya fikir tinggi dan daya kreatif dalam kalangan individu
dan bangsa, saya percaya semua agama dan sistem sosial
manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan,
katanya.
Sehubungan itu katanya, para pendidik seharusnya mengorak
langkah untuk melengkapkan diri sebagai pembina dan
pemimpin ilmu khususnya berasaskan teknologi serta bersedia
menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi
maklumat dalam pelbagai bidang.
Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi
dan bersedia dengan minda untuk belajar sepanjang hayat dan
mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era
globalisasi ketika ini. Kemahiran berfikir dan pemikiran
konstruktif juga perlu terarah kepada pandangan jauh dan luar
biasa, katanya.
Sejajar dengan tema itu, beliau berkata, kementerian berhasrat
untuk melahirkan murid yang boleh bersaing bukan sahaja di
dalam negara tetapi di peringkat global, namun dalam masa
yang sama menjadi warganegara yang masih berakar umbi
kukuh sebagai rakyat Malaysia bertunjangkan nilai etika dan
kerohanian tinggi.
Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan
pembelajaran bagi membudayakan anak didik dengan amalan
akhlak dan nilai-nilai murni, mereka perlu faham bahawa
perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya
hidup dan akhlak masyarakat.
Perkembangan dunia dalam aspek ekonomi, sosial, politik dan
teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem
pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan
tenaga manusia yang berteraskan keilmuan berkualiti. Oleh itu
para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak
manusia yang mampu menghadapi alaf baharu di abad ke-21,
katanya.
Sementara itu katanya, tugas dan tanggungjawab guru dalam
menyempurnakan akhlak adalah selaras dengan falsafah
pendidikan kebangsaan yang menyatakan pendidikan Malaysia

adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Etika dan kerohanian masih diberikan penekanan dalam PPPM
2013-2025 sebagai salah satu daripada enam aspirasi murid,
tanpa memasukkan elemen pendidikan nilai dalam pengajaran
dan pembelajaran, cita-cita untuk melahirkan generasi
cemerlang dari semua aspek tidak akan berhasil, katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai pemilihan tarikh 16 Mei
untuk menyambut hari guru, Khir berkata, tarikh tersebut
dipilih bertepatan dengan 16 Mei 1956 iaitu tarikh yang sama
ketika Laporan Razak diiktiraf dan dijadikan sebagai Dasar
Pelajaran Kebangsaan.
Objektif utama sambutan hari guru ialah untuk menghargai
jasa dan peranan guru dalam pembangunan negara, modal
insan serta perkhidmatan mereka kepada masyarakat selain
memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah dalam
kalangan guru.
Tahun ini merupakan tahun terakhir untuk melihat
keberhasilan gelombang kedua PPPM 2013-2025, oleh itu
sambutan hari guru 2015 akan memfokuskan kepada elemen
keberhasilan gelombang pertama PPPM khususnya inisiatifinisiatif yang berkaitan keberhasilan murid, kualiti guru dan
kepimpinan sekolah, katanya