Anda di halaman 1dari 11

UNIVERSITI

KEBANGSAAN
MALAYSIA
GC6233:
PERANCANGAN
PENDIDIKAN
TUGASAN
KERTAS KONSEP

NAMA
PENSYARAH:
PROF. MADYA DR
MOHD IZHAM BIN HAMZAH

NAMA PELAJAR:
NANCY NGERONG (GP03470)

PROGRAM:
KURIKULUM & PEDAGOGI (KK)

TAJUK:
PETA PEMIKIRAN i-THINK MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MEMBACA MURID PEMULIHAN KHAS DI SEKOLAH RENDAH

PETA PEMIKIRAN i-THINK MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN

MEMBACA MURID PEMULIHAN KHAS DI SEKOLAH RENDAH


Nancy Ngerong
nansea84@yahoo.com
Abstrak
Murid pemulihan perlu menguasai kemahiran membaca agar mereka dapat meneruskan
pembelajaran di kelas biasa dan seterusnya berjaya dalam bidang pendidikan. Murid
pemulihan menguasai kemahiran membaca melalui Program Pemulihan Khas di sekolah
di bawah bimbingan Guru Pemulihan. Guru Pemulihan perlu menambahbaik teknik
mengajar agar murid bukan sahaja boleh membaca tetapi juga mempunyai asas
kemahiran berfikir agar murid lebih bersedia bersaing dengan rakan sebaya di kelas biasa.
Oleh itu kertas konsep ini akan menghuraikan konsep asas kemahiran membaca dan peta
pemikiran i-Think. Selanjutnya kertas konsep ini akan memperjelas bagaimana peta
pemikiran i-Think boleh digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran kemahiran
membaca dalam Kelas Pemulihan. Kertas konsep ini turut menyatakan justifikasi
mengapa perlunya kemahiran berfikir diterapkan dalam kalangan murid pemulihan. Akhir
sekali kesan kemahiran berfikir terhadap proses penguasaan kemahiran membaca.
Kata kunci: Peta Pemikiran, i-Think, Kemahiran Membaca, Pembelajaran Dan
Pengajaran, Pemulihan Khas,
Pengenalan
Program Pemulihan Khas dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
sejak tahun 1960an bagi membantu murid-murid sekolah rendah yang menghadapi
masalah dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1983 merupakan
satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada
3M.
Melalui Transformasi Pendidikan, Program Literasi dan Numerasi (LINUS) pula
telah diperkenalkan pada bulan Ogos 2009. Program LINUS adalah sebahagian daripada

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dan merupakan satu


kesinambungan daripada program yang sedia ada bagi mengatasi masalah penguasaan
kemahiran asas 3M dengan lebih sistematik. Pelaksanaan program LINUS mensasarkan
100% murid tahun 3 menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum ke tahun 4
kecuali murid berkeperluan khas. Dalam Program LINUS, murid-murid tahun 1, 2 dan 3
yang tidak melepasi Saringan 2 LINUS akan mengikuti Program Pemulihan Khas sebagai
intervensi dalam membantu murid menguasai 3M.
Program i-Think pula adalah sebuah program untuk mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid
berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. i-Think membawa maksud Innovative Thinking
(Pemikiran Inovatif). Objektif i-Think adalah untuk melahirkan modal insan masa
hadapan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk
kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu berdaya saing.
Definisi Program Pemulihan Khas
Program Pemulihan Khas ialah Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang
mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas 3M yang kompleks disebabkan
oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang
khusus. (KPM 2001)
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984),
dalam konteks KBSR, Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang
dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu
dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan
sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.
Kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan
untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran disekolah agar mereka tidak
terus ketinggalan dalam proses pendidikan disekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan
rakan mereka yang lain.

Definisi Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan individu untuk mengecam bentuk


visual, menghubungkan antara bentuk huruf dan bunyi serta berupaya memahami maksud
perkataan yang dibaca (Abdul Rasid Jamian, 2011).
Kemahiran membaca didefinisikan sebagai keupayaan menguasai kemahiran asas
tertentu dalam proses membaca. National Reading Panel Report (2004) menggariskan
lima kompenen utama dalam pengajaran kemahiran membaca iaitu kesedaran fonemik,
keupayaan mentafsir bunyi huruf (fonik), kelancaran, perbendahaaran kata dan
pemahaman. Kelima-lima elemen ini merupakan tunjang utama menentukan penguasaan
kemahiran membaca yang baik (Ho, Wong, Yeung, Lo, Chan, Chung, & Luan, 2011).
Konsep Pendidikan Pemulihan
Pendidikan Pemulihan Khas berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Guru
yang mengajar Kelas Pemulihan merupakan guru yang terlatih di institusi yang
menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan. Hasilnya Guru Pemulihan Khas
mempunyai kepakaran yang khusus bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh muridmurid yang lemah. Kelas Pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti
yang dijalankan juga menjurus kepada kelemahan murid. Pengajaran pemulihan adalah
berdasarkan kepada diagnosis kelemahan dan kesulitan yang dihadapi oleh murid.
Kaedah Mengajar Kemahiran Membaca
Kaedah pengajaran kemahiran membaca diaplikasikan oleh guru dalam meningkatkan
penguasaan membaca setelah beberapa penilaian dibuat ke atas murid-murid (Yahya
Othman, 2008). Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa merupakan salah satu cara
yang berkesan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid-murid (Okujagu,
2010). Pendekatan ini memberikan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan (Moyles, 2005) dan dapat meningkatkan kemahiran berbahasa dalam
kalangan murid-murid (Sharifah & Aliza, 2011). Kelancaran dalam bacaan murid
meningkat kesan daripada penggunaan kaedah bacaan berulang (Azizah, 2010).
Kaedah fonik (Yahya, Aisah, Azmey, Ardiah & Maszuraimah , 2012) dan pendekatan
masteri (Abdul Shukor & Kalaidevi, 2012) juga dapat mempercepatkan penguasaan
kemahiran membaca murid di samping meningkatkan tahap motivasi dan minat murid

untuk membaca bahan-bahan bacaan yang lain. Setiap murid mempunyai masalah
penguasaan membaca yang berlainan tahap.
McNamara (2009) menyatakan kesukaran membaca perkataan, manggabungkan
sukukata dan memahami ayat merupakan masalah yang kerap dihadapi oleh murid. Tidak
dapat bezakan huruf kecil dan besar, tidak dapat mengenal tanda baca, tidak faham
maklumat dan ayat yang dibaca merupakan antara faktor yang menyumbang kepada
masalah penguasaan kemahiran membaca (Abdul Rasid Jamian, 2011). Berdasarkan
kajian Tamam, Zamri, Nik dan Jamaludin (2012) mendapati bahawa kaedah pengajaran,
persekitaran dan bahan yang digunakan turut menyumbang kepada fenomena ini.
Pernyataan Masalah
Didapati banyak murid di Malaysia masih tidak menguasai literasi walaupun Laporan
Kabinet amat menitikberatkan penguasaan kemahiran asas 3M (Laporan Kabinet, 1979;
Zinitulniza, 2011). Statistik menunjukkan pada tahun 2008, terdapat 54,000 murid Tahun
1 tidak menguasai kemahiran literasi (Pelan Hala Tuju PTK, 2010). Analisis Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) juga mendapati purata murid tidak menguasai literasi pada
peringkat sekolah rendah adalah 0.3 peratus bagi murid lelaki dan 0.2 peratus bagi murid
perempuan (RMK10, 2010).
Murid pemulihan terdiri daripada murid yang lemah dalam pelajaran dan lambat
dalam menguasai kemahiran asas 3M. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada
masalah tersebut iaitu murid tidak mengikuti pendidikan prasekolah sebelum memasuki
Tahun 1, murid ketinggalan pelajaran kerana masalah keluarga atau kesihatan, tiada
pendedahan sejak dari kecil dan sebagainya. Program Pemulihan Khas diharap dapat
membantu murid tersebut untuk menguasai 3M agar dapat meneruskan pembelajaran di
kelas biasa seperti murid-murid yang lain.
Namun hakikatnya, kebanyakan murid pemulihan yang telah melepasi Program
Pemulihan Khas menghadapi masalah dalam memahami dan mengikuti pelajaran di kelas
biasa walaupun sudah boleh membaca. Kebanyakan murid pemulihan juga menghadapi
masalah dalam membina ayat mudah mengikut idea dan kreativiti sendiri. Tahap
pemahaman bacaan murid juga amat lemah. Ini kerana murid tersebut sudah terlalu jauh
ketinggalan pelajaran berbanding rakan-rakan sebaya. Selain itu beban tugas guru

matapelajaran tidak memberi ruang yang cukup untuk guru memberi tumpuan secara
khusus kepada murid-murid tersebut di dalam kelas biasa. Murid-murid pemulihan bukan
sahaja ketinggalan dari segi isi pelajaran di kelas biasa malah kekurangan dari segi
pengalaman belajar serta kemahiran berfikir seperti yang diperolehi oleh rakan-rakan
sekelasnya. Tambahan lagi terdapat perbezaan yang jauh di antara kelas biasa dengan
Kelas Pemulihan dari segi aras pembelajaran serta teknik pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu adalah penting untuk melakukan penambahbaikan dan pembaharuan dalam
teknik pengajaran dan pembelajaran dalam Kelas Pemulihan agar murid-murid pemulihan
tidak terlalu jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan sebaya di kelas biasa terutama dari
segi kemahiran berfikir. Kebanyakan teknik-teknik yang digunakan oleh guru-guru
Pemulihan lebih kepada untuk memastikan murid dapat menguasai unit-unit kemahiran
tetapi tidak menekankan kemahiran berfikir. Peta pemikiran i-Think adalah salah satu alat
yang boleh membantu melatih kemahiran berfikir murid pemulihan di samping mengasah
kemahiran membaca mereka. Penggunaan peta pemikiran i-Think dalam Program
Pemulihan dapat meransang minda murid untuk pergi lebih jauh dari sekadar belajar
mengeja, membaca dan mengetahui makna perkataan. Apabila murid pemulihan sudah
didedah dengan asas kemahiran berfikir, maka murid tersebut dapat menyesuaikan diri
dengan lebih cepat apabila memasuki kelas biasa.
Konsep i-Think dalam Pemulihan Khas
Peta Pemikiran telah diperkenalkan oleh Dr. David Hyerle (2011) merupakan alat berfikir
yang dipersembahkan dalam bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah diguna
pakai dan difahami merentas kurikulum. Kesemua bentuk peta pemikiran ini, mempunyai
proses pemikiran yang tersendiri. Penggunaan peta pemikiran ini boleh disesuaikan
mengikut tajuk atau unit pelajaran berdasarkan ilustrasi Peta Pemikiran. Tujuan program
i-Think adalah mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam
kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.
Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir dalam proses PdP, di samping
melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi. Abjad i bermaksud inovasi dan
Think pula bermaksud pemikiran. Jadi, kaedah ini membawa maksud pemikiran secara
inovatif yang perlu ada pada semua murid (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2012).

Kaedah ini bukannya satu kurikulum yang baru, tetapi merupakan satu alat untuk berfikir
yang membolehkan guru menyampaikan kurikulum yang sedia ada dalam bentuk yang
lebih bermakna (BPK2012). Secara keseluruhan, peta pemikiran ini akan dapat
dilaksanakan oleh guru supaya dapat menarik minat murid untuk terus belajar khususnya
dalam pembelajaran kemahiran membaca murid.
Berdasarkan kajian akademik yang diteliti, lapan peta pemikiran merupakan alat
yang sesuai dengan lapan proses pemikiran asas yang terjadi. Peta pemikiran merupakan
satu alat yang boleh digunakan secara individu atau dalam pelbagai kombinasi untuk
membentuk bahasa secara visual untuk murid dan guru-guru di semua peringkat dan
dalam semua mata pelajaran (Thinking Maps, Inc). Terdapat lapan peta pemikiran yang
dianjurkan oleh David Hyerle (2011) iaitu: (1) Peta Bulatan, (2) Peta Buih, (3) Peta Buih
Berganda, (4) Peta Pokok, (5) Peta Alir, (5) Peta Pelbagai Alir, (6) Peta Dakap dan (7)
Peta Titi. Rajah 1 menunjukkan penggunaan kelapan-lapan peta pemikiran ini yang boleh
disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran berdasarkan ilustrasi peta pemikiran. Pada
hakikatnya, peta pemikiran dalam kajian ini adalah sama dengan alat berfikir yang lain
seperti peta konsep dan peta minda namun, peta pemikiran ini lebih berfungsi, terarah dan
hanya menggunakan lapan jenis bentuk sahaja bagi menggambarkan sesuatu perkara dan
konsep yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Hanya bentuk-bentuk tertentu dapat
digunakan untuk satu-satu konsep dalam mata pelajaran.

Rajah 1: Lapan Peta Pemikiran i-Think


Penggunaan peta pemikiran i-Think dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kemahiran membaca boleh dilakukan dengan membina bahan bantu mengajar (BBM),
lembaran kerja, modul bacaan, lembaran kerja dan lembaran aktiviti mengikut bentukbentuk peta pemikiran yang sesuai. Contohnya menampal gambar mengikut huruf awalan
yang betul menggunakan Circle Map, menyenaraikan perkataan KVKV menggunakan
Bubble Map, menuliskan ayat-ayat pendek menggunakan rekabentuk Multi-Flow Map
serta mengkelaskan jenis-jenis objek menggunakan Tree Map.

Guru
Pemulihan
Khas

Unit Kemahiran
Membaca
dalam Program
Pemulihan
Khas

Penggunaan
Peta Pemikiran
i-Think

Murid dapat
membaca dan
mempunyai
asas kemahiran
berfikir

Rajah 2: Penggunaan Peta Pemikiran i-Think Dalam Program Pemulihan Khas


RUMUSAN
Penggunaan peta pemikiran i-Think tidak hanya terhad kepada subjek-subjek yang diajar
dalam kelas biasa sahaja. Alat berfikir ini boleh digunakan dalam Program Pemulihan
Khas dengan mengubahsuai bentuk aktiviti dan latihan murid. Guru perlu lebih kreatif
dan inovatif dalam menerapkan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran
khususnya bagi Guru Pemulihan yang mengajar Kelas Pemulihan di mana murid-murid
terdiri daripada murid yang lemah dan ketinggalan dalam pelajaran. Ini dapat melatih
murid yang lemah untuk membina pemikiran aras tinggi biarpun dalam pembelajaran
asas 3M. Dengan itu apabila murid telah lepas dari Program Pemuliha Khas, mereka lebih
yakin dan bersedia untuk mengikuti pembelajaran dalam kelas arus perdana dan bersaing
dengan rakan sebaya.

RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian. 2011. Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa
Melayu Murid-murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1(1) : 1 12.
Azizah Zain. 2010. Penggunaan Bacaan Berulang Dapat Mempertingkatkan Kelancaran
dan Kefahaman dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah. Proceedings of the 4th
International Conference on Teacher Education : Join Conference UPI & UPSI, hlm.
312 320.
Abdul Shukor & A. Kalaidevi. 2012. Kesan Pendekatan Pembelajaran Masteri Terhadap
Pencapaian Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Pemulihan Sekolah
Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2) : 94 105.Garis Panduan
Pelaksanaan Program Pemulihan Khas. 2012. Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hyerle, D. 2011. Student successes with thinking maps (2nd Edition). Thousand Oaks:
Corwin Press.
Ho, C.S.H., Wong, Y.K., Yeung, P.S., Lo,S.C., Chan. D.W., Chung, K.K.H. & Luan, H.,
2011. The Core Components of Reading Instruction in Chinese. Springer Science &
Business Media, 25 : 857 886.
Laporan Kabinet. 1979.
Mcnamara, D.S. 2009. The Importance of Teaching Reading Strategies. Perspectives on
Language and Literacy, 34 40.
Moyles, J. 2005. The Excellent of Play. New York : Open Press University.
National Reading Panel Reports. 2004. A Closer Look at the Five Essential Components
of Effective Reading Instruction: A Review of Scientifically Based Reading
Research for Teachers.
NKRA Pendidikan. 2010.
Okujagu, H.S.A. 2010. Teaching The Pre-Primary Child Reading and Writing : A

10

Challenge for Pre-Primary School Teachers in Rivers State, Nigeria. Global Journal
of Educational Research, 9(2) : 65-71.
Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan. 2010.
Pengenalan

Kepada

Pendidikan

Pemulihan.

https://www.academia.edu/6658346/PENGENALAN_KEPADA_PENDIDIKAN_P
EMULIHAN [7 Februari 2016]
Rancangan Malaysia Ke-10. 2010.
Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. 2011. Pendekatan Bermain dalam Pengajaran Bahasa
dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2) : 1
15
Tamam Timbang, Zamri Mohamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Jamaludin
Badushah. 2012. Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan di
Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2) : 77 85.
Yahya Othman. 2008. Proses dan Strategi Membaca Berkesan. Serdang : Penerbitan
Universiti Putra Malaysia
Yahya Othman, Aisah Daud, Azmey Othman, Dk. Siti Ardiah Pg. Mohiddin &
Maszuraimah

Muizz

Sulaiman.

2012.

Pelaksanaan

Pengajaran

Membaca

Menggunakan Kaedah Fonik Peringkat Prasekolah di Brunei Darussalam. Jurnal


Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1) : 93 109.
Zinitulniza Abdul Kadir. 2011. Sudut Pandang Muhyiddin Yassin. Institut Terjemahan
Negara Malaysia.

11