Isi Untuk Nor

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 17

PERJANJIAN

PENYEWAAN
Perjanjian ini dibuat dan berkuatkuasa serta merta
pada
tarikh ___/____/2016

DI ANTARA PUAN BIAH BINTI WOK , [220602-055004] (0902274)


Di mana dalam hal ini akan bertindak atas nama diri
peribadi selanjutnya disebut sebagai TUAN TANAH,

DENGAN NORLAILA BINTI ALI, [780519-05-5148]


Di mana dalam hal ini akan bertindak atas nama diri
peribadi selanjutnya disebut sebagai PENYEWA,

PERIHALAN UTAMA
PERJANJIAN
i. Bahawa Tuan Tanah adalah paling berhak dan pemilik
sah sebidang tanah Hak Milik yang diuraikan dan
dijelaskan dalam Pelan Tanah, Lot 3452 [GM 2410],
yang terletak di Bukit Melintang, Mukim Pedas di
Daerah Rembau Negeri Sembilan , seluas 1.55 Hektar
meter persegi; dan

ii. Tanah yang dinyatakan di 'i' tersebut di mana


Penyewa hanya boleh menyewa dengan berkeluasan
ekar daripada keluasan tanah 1.55 hektar
tersebut ; dan
iii. Diketahui bahawa Tuan Tanah akan menyewakan
Tanah seperti yang dinyatakan di 'ii' kepada
Penyewa.
iv. Tanah tersebut sampai sekarang masih disewa oleh
NORLAILA BINTI ALI yang akan berakhir masa atau
tempoh sewanya pada bulan April atau bulan yang
ke-4pada tahun 2018 .
v. Penyewa benar-benar atau secara jelas dan terang
telah menyatakan persetujuannya untuk menyewa
tanah yang berkeluasan ekar daripada keluasan
1.55 hektar meter persegi dari Tuan Tanah.
vi. Tuan Tanah dengan ini menyewakan tanah seperti
yang dinyatakan di 'v' tersebut akan menyewakan
kepada Penyewa, iaitu dengan menyewa tanah dari
Tuan Tanah , yang ditandatangani oleh kedua-dua belah
pihak [Tuan Tanah dan Penyewa] dengan material atau
perkara yang cukup serta dilampirkan dalam perjanjian
ini.
vii. Perkara atau syarat-syarat selanjutnya tentang
sewa-menyewa tanah ini dilangsungkan dan diterima
dengan syarat ketentuan yang telah diatur dalam 7
klausa.
viii. Selanjutnya pihak-pihak dalam perjanjian sepakat
untuk mengadakan Perjanjian Penyewaan Tanah
dengan klausa-klausa seperti berikut ;-

*Nota : Tempoh Penyewaan di mana Penyewa bayar


kepada Tuan Tanah hendaklah tidak melebihi DUA
TAHUN
KLAUSA
BAYARAN SEWA OLEH PENYEWA
1. Penyewa bersetuju dengan Tuan Tanah seperti
perkara yang dinyatakan berikut :
[a] membayar kepada Tuan Tanah sebanyak RM 70.00
(Sewa Bulanan) yang hendaklah dibayar dengan tunai,
atau cek atau secara elektronik atas nama atau kepada
Puan Biah Binti Wok ; dan
[b] bayaran Sewa Bulanan hendaklah dibuat pada
setiap bulan selama 4 tahun di mana Penyewa harus
membayar dalam tempoh yang diberikan iaitu 10 hari
yang pertama setiap bulan berikutnya.

KLAUSA
OBLIGASI TUAN TANAH

Tuan Tanah dengan ini bersetuju dengan Penyewa


seperti yang berikut:
a] Tuan Tanah hendaklah membenarkan Penyewa yang
telah dengan wajar membayar Sewa Bulanan yang
dikenakan itu dan yang melaksanakan dan mematuhi
terma-terma dan syarat-syarat pada pihaknya yang
terkandung dalam perjanjian ini supaya memegang dan
menikmati secara aman dan tenteram.
b] Tanah yang disewakan oleh Tuan Tanah kepada
Penyewa seperti apa yang diperuntukkan dalam
perjanjian ini mesti bebas dari sengketa, atau tidak
berada dalam keadaan disewakan atau dijual kepada
orang lain.
c] Tuan Tanah dalam masa sewa-menyewa ini sama
sekali tidak dibenarkan untuk mengambil wang sewa
tambahan atau lebihan wang lebih dari apa yang
sepatutnya dibayar oleh Penyewa walaupun Tuan Tanah
mengemukakan dalihan atau alasan atau sebab apaapa yang tidak munasabah.

KLAUSA 3
OBLIGASI PENYEWA
Penyewa dengan ini bersetuju dengan Tuan Tanah
seperti yang berikut :
a] Penyewa bersetuju untuk membayar Sewa Bulanan
seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian ini

selaras dengan KLAUSA 1 yang diperuntukkan dalam


perjanjian ini.
b] Penyewa akan mengunakan Tanah tersebut untuk
tujuan perniagaan sahaja.
c] Penyewa sesekali tidak dibenarkan atau tidak boleh
menyerahhakkan atau menyewa kecil atau
melepaskan perniagaan tersebut atau mana-mana
bahagian daripadanya tanpa terlebih dahulu
mendapatkan persetujuan bertulis yang lengkap
daripada Tuan Tanah atau ahli-ahli warisnya ; dan
d] sesudah persetujuan diberi oleh Tuan Tanah,
persetujuan itu tidak boleh ditahan oleh Tuan Tanah
dengan atau tanpa alasan yang munasabah.
e] Penyewa tidak akan membuat apa-apa perubahan,
tambahan atau pengubahsuaian struktur tanah dengan
apa-apa cara sekalipun kepada tanah tersebut atau
mana-mana bahagian daripadanya tanpa persetujuan
bertulis daripada Tuan Tanah atau ahli warisnya dengan
memberi notis tidak kurang daripada empat belas [14]
hari dan persetujuan Tuan Tanah itu tidak boleh
ditahan dengan tidak munasabahnya
f] Penyewa tidak akan atau tidak dibenarkan sama
sekali melakukan , membenarkan atau membiarkan
dilakukan kepada tanah tersebut apa-apa perbuatan
yang boleh menjadi kacau-ganggu, menyebabkan
kegusaran atau gangguan ketenteraman, keselesaan
atau kebersihan kepada persekitaran tempat tersebut.
g] Penyewa berhak sepenuhnya hanya untuk
menggunakan tanah yang disewanya dengan perjanjian

ini untuk perniagaan atas tanggungjawab penyewa


sendiri dan dengan memperhatikan serta mentaati atau
mematuhi segala peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan.
h] Penyewa diwajibkan untuk memelihara tanah yang
disewa dengan sebaik-baiknya dengan kos atau
bayaran sewa penyewa sendiri.
i] Penyewa tidak akan mempergunakan tanah tersebut
selain untuk tujuan daripada yang telah disepakati
dalam perjanjian ini , kecuali mendapat izin tertulis dari
Tuan Tanah
j] Penyewa wajib mentaati dan memenuhi segala
peraturan-peraturan dan syarat pada keadaan dan
masa sekarang mahupun pada masa yang akan datang
yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib mengenai
pemakaian tanah, dan segala pelanggaran atas
peraturan tersebut menjadi tanggungan Penyewa
sepenuhnya.

KLAUSA
PENAMATAN PENYEWAAN
1. Penamatan oleh Tuan Tanah:
a] Tuan Tanah boleh menamatkan perjanjian ini jika
Sewa Bulanan atau mana-mana bahagiannya yang
dipersetujui dalam perjanjian ini kena dibayar oleh
Penyewa tertunggak atau sengaja melambatkan
proses pembayaran, atau masih tidak membayar tanpa
alasan yang munasabah selama dua [2] bulan
berturut-turut.
b] Tuan Tanah boleh menamatkan perjanjian ini secara
automatik apabila Penyewa gagal mematuhi syaratsyarat atau mana-mana peraturan yang telah
diperuntukkan dalam perjanjian ini; atau
c] Tuan Tanah boleh menamatkan perjanjian ini jika
Penyewa melakukan atau menggunakan tanah tersebut
untuk apa-apa tujuan yang tidak sah atau menjadi satu
kesalahan di sisi undang-undang atau apa-apa
tujuan yang berlainan daripada yang dipersetujui oleh
Tuan Tanah secara bertulis.
d] Apabila Penyewa melakukan pelanggaran atau tidak
mematuhi perjanjian ini maka Tuan Tanah berhak
membatalkan perjanjian ini dengan izin atau tanpa
izin penyewa dengan mengeluarkan notis penamatan
penyewaan.

KLAUSA
KESAN PENAMATAN
a] Perjanjian ini tidak akan berakhir atau tamat
disebabkan Tuan Tanah mengalami ketidakupayaan dari
segi fizikal atau mental atau meninggal dunia,
melainkan perjanjian ini tetap berterusan secara turuntemurun atau ahli-ahli waris Tuan Tanah sendiri akan
menguruskannya dan harus dipatuhi oleh Penyewa
tentang hal dan perkara ini.
b] Penamatan Perjanjian ini di bawah klausa ini tidak
menjejaskan hak atau memprejudis mana-mana pihak
untuk mengambil tindakan dan menuntut pampasan
atau ganti rugi mengenai apa-apa pelanggaran terma
perjanjian ini dan obligasi perjanjian ini terus
berkuatkuasa walaupun selepas penamatan perjanjian
ini berhubung apa-apa tindakan atau perkara yang
berlaku sebelum penamatan perjanjian ini.
KLAUSA
FORCE MAJEURE
1. Tuan Tanah dan Penyewa tidak akan
bertanggungjawab terhadap apa-apa kemungkiran
obligasi masing-masing di bawah perjanjian ini
sekiranya Tuan Tanah atau Penyewa tidak dapat
melaksanakan obligasinya di bawah perjanjian ini atau

mana-mana bahagian daripadanya akibat daripada


berlakunya kejadian Force Majeure. Kejadian Force
Majeure hendaklah bermaksud :
a] peperangan [sama ada ia diisytiharkan atau tidak],
pertempuran, penaklukan atau tindakan oleh musuhmusuh asing;
b] pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa, perang
saudara atau tindakan pengganas;
c] bencana alam termasuk tetapi tidak terhad kepada
gempa bumi, banjir dan kebakaran bawah tanah yang
spontan, tsunami [ombak besar] atau apa-apa bencana
alam yang mana secara munasabahnya , seseorang
yang berpengalaman tidak dijangka untuk mengambil
langkah-langkah beringat-ingat;
d] letupan nuklear, pencemaran radio aktif atau bahan
kimia atau radiasi;
e] rusuhan, kekecohan atau kekacauan awam.
2. Walaubagaimanapun, keadaan Force Majeure adalah
tidak termasuk kemerosotan ekonomi, dana yang tidak
mencukupi atau masalah kewangan di pihak Tuan
Tanah dan Penyewa dalam menjalankan
tanggungjawabnya di bawah perjanjian ini.

KLAUSA 7
PELBAGAI
a] Hal-hal yang belum tercantum dalam perjanjian ini
akan dibicarakan serta diselesaikan secara

kekeluargaan melalui jalan musyawarah untuk


muafakat oleh kedua-dua pihak.
b] Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut,
dikawal dan tertakluk oleh undang-undang Malaysia
dan pihak-pihak bersetuju untuk tertakluk kepada
bidang kuasa Mahkamah di Malaysia
c] Setelah perjanjian Sewa Menyewa berakhir, Penyewa
diwajibkan untuk menyerahkan kembali tanah yang
disewanya dalam keadaan kosong dan terawat
baik

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS , Pihak-Pihak kepada


perjanjian ini telah menurunkan tandatangan dan
meterai mereka pada hari dan tahun yang mula-mula
tertulis di atas.

Ditandatangani oleh Tuan


Tanah )
............................................
- PUAN BIAH BINTI WOK [220602-05-5004]
(0902274)

Ditandatangani oleh
Penyewa
)
............................................
- NORLAILA BINTI ALI [780519-05-5148]

Di hadapan
saksi

) ...........................................

- Nama saksi
___________________________

- No. Kad Pengenalan


___________________________

- Hubungan saksi antara Tuan Tanah / Penyewa


adalah )
___________________________________________

BORANG PERIHALAN TUAN/ PEMILIK TANAH

NAMA:

PUAN BIAH BINTI WOK

NO. KAD
PENGENALAN:

220602-05-5004 (0902274)

NO. TELEFON
BIMBIT/ RUMAH:
ALAMAT :
BATU 3
KAMPUNG PEDAS HILIR,
71400 PEDAS, NEGERI
SEMBILAN
PEKERJAAN:

TIDAK BEKERJA

PERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT DAN PERIHALAN YANG DIBERIKAN


ADALAH SEBAGAI RUJUKAN BAGI PEMILIK/ TUAN TANAH DAN IA
DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SULIT SERTA TIDAK AKAN DIGUNAKAN UNTUK

TUJUAN SELAIN DARIPADA PROSES PERJANJIAN PENYEWAAN TANAH


SAHAJA

BORANG PERIHALAN PENYEWA


NAMA :

NORLAILA BINTI ALI

NO. KAD PENGENALAN:

780519-05-5148

ALAMAT:

NO 376 LORONG PP12,


TAMAN PINGGIRAN
PEDAS,
NEGERI SEMBILAN
DARUL KHUSUS.

NO. TELEFON
RUMAH/ BIMBIT:
PEKERJAAN:

KERJA SENDIRI

PERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT DAN PERIHALAN YANG DIBERIKAN


ADALAH SEBAGAI RUJUKAN BAGI PEMILIK/ TUAN TANAH DAN IA

DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SULIT SERTA TIDAK AKAN DIGUNAKAN UNTUK


TUJUAN SELAIN DARIPADA PROSES PERJANJIAN PENYEWAAN TANAH
SAHAJA

JADUAL PERTAMA

HARI DAN TAHUN


PERJANJIAN DIBUAT

APRIL 2016

PEMILIK/TUAN TANAH

PUAN BIAH BINTI WOK

NAMA:

220602-05-5004
(0902274)

NO. KAD PENGENALAN:


PENYEWA
NAMA:

NORLAILA BINTI ALI

NO KAD PENGENALAN:

780519-05-5148

ALAMAT TANAH YANG


DISEWA

LOT 3452, BUKIT


MELINTANG, MUKIM
PEDAS DAERAH
REMBAU, NEGERI
SEMBILAN

PERIHAL SEWAAN

-KELUASAN TANAH 1.55


HEKTAR
-LUAS YANG DISEWA
ADALAH EKAR DARI
KESELURUHAN TANAH
[1.55]

JADUAL KEDUA

TEMPOH MENYEWA

2 TAHUN

SEWA BULANAN

RM 70.00 SETIAP
BULAN

JENIS & TARIKH


PEMBAYARAN

TUNAI

TUJUAN SEWAAN

PERNIAGAAN

PEMBAHARUAN
PERJANJIAN

PERBINCANGAN
/MUSYAWARAH
DILAKUKAN

TARIKH BERKUATKUASA

APRIL 2016

Anda mungkin juga menyukai