Anda di halaman 1dari 13

Ciri-ciri tamadun Islam

Pada asasnya tamadun Islam mempunyai ciri-ciri universal yang dimiliki oleh tamadun
lain di dunia. Namun begitu tamadun Islam turut memiliki ciri-ciri khusus yang
memberikan warnanya yang tersendiri dan membezakannya daripada tamadun-tamadun
lain.

1. Ciri-ciri universal tamadun Islam

Tamadun Islam juga turut berkongsi beberapa aspek persamaan dengan tamadun-tamadun
lain. Antara ciri-ciri universal tamadun Islam adalah seperti berikut:
a. Perbandaran
b. Revolusi pertanian
c. Sistem pemerintahan dan pentadbiran
d. Perkembangan perdagangan
e. Sistem tulisan
Ciri-ciri yang dinyatakan di atas adalah ciri-ciri universal yang ada pada semua tamadun
di dunia ini. Walaupun tamadun Islam telah mencapai kemajuan yang amat pesat dalam
pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi, bahasa, seni, geografi, sejarah, politik,
ekonomi, pendidikan, sastera dan lain-lain lagi, namum kemajuan ini adalah hasil
tamadun Islam menerima pakai pencapaian tamadun lain serta turut berkongsi
pencapaiannya dengan tamadun lain. Sungguhpun begitu, tamadun Islam juga ada ciriciri khusus yang membezakannya daripada tamadun lain.

2. Ciri-ciri khusus tamadun Islam

Ciri-ciri khusus tamadun Islam adalah seperti berikut :
a. Tamadun Islam bersifat kewahyuan.
b. Al-Quran dan Al-Sunnah menjadi rujukan utama tamadun Islam.
c. Tamadun Islam mengimbangi antara kehidupan di dunia dan di akhirat.
d. Tamadun Islam mempunyai kesepaduan antara jasmani dan rohani.

Dengan memiliki ciri-ciri khusus ini, tamadun Islam boleh dianggap sebagai tamadun
yang tersendiri. Ia begitu berbeza dari segi sifat, sumber, skop dan skala masa dengan
tamadun lain walaupun terdapat persamaan dari segi ciri-ciri universalnya. Bincangkan
bersama tutor anda, bilakah bermulanya tamadun Islam?

Peringatan
Walaupun tamadun Islam mengambil, menghadam serta menilai secara kritis
hasil tamadun lain, namun ia tetap mengekalkan ciri-ciri khususnya. Hal ini
diakui oleh Muhammad Asad seorang penterjemah dan penafsir Al-Quran: Kita
(umat Islam) selalu menerima pengaruh asing tanpa menghancurkan peradaban
sendiri.

Sumber tamadun Islam

Setiap tamadun ada sumber rujukan yang dijadikan panduan dalam usaha membina
tamadun itu. Begitu juga dengan tamadun Islam yang dibina dan dicorakkan berdasarkan
sumber rujukan yang tertentu. Terdapat dua sumber yang penting dalam pembinaan
ramadun Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Al-Quran dan Al-Sunnah

Tamadun Islam bersifat kewahyuan. Sumber tamadun Islam berpaksikan wahyu yang
terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah. Kedua-dua sumber naqli ini sangat penting
kerana berfungsi sebagai pencetus asas-asas binaan tamadun Islam iaitu akidah, syariah
dan akhlak.
Tamadun Islam adalah unik dan istimewa kerana ia bukan lahir serta berkembang mekar
daripada cetusan idea, budaya dan dorongan hawa nafsu manusia tetapi tamadun Islam
dinaungi dan disuluhi di bawah petunjuk dan pedoman al-Quran dan al-Sunnah yang
merupakan wahyu Allah s.w.t.
Al-Quran dan al-Sunnah juga tidak dapat dipisahkan daripada tamadun Islam kerana
kedua-dua sumber ini sering menekankan hubungan antara tiga dimensi iaitu Allah,
manusia dan alam. Namun begitu, tamadun Islam tidak menolak sumber yang
berpandukan akal dan inisiatif manusia yang dikenali sebagai sumber aqli. Dalam
konteks ini, tamadun Islam sangat unik dan istimewa kerana ia adalah satu-satunya

tamadun di muka bumi yang berjaya mengharmonikan sumber material dan spiritual
secara seimbang dan bersepadu sesuai dengan ajaran Islam yang menekankan kehidupan
material dan spiritual, dunia dan akhirat. Pendek kata, sumber tamadun Islam yang asasi
iaitu al-Quran dan al-Sunnah menjadikan tamadun Islam mempunyai makna, ciri-ciri
serta keistimewaan yang tersendiri.

Faktor-faktor kejayaan tamadun Islam

Tamadun Islam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang kerana
banyak faktor pendorong yang terdapat dalam ajaran Islam dan sumber-sumber asasnya.
Antara faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut:

1. Dorongan daripada semangat Iqra (membaca)

Wahyu pertama daripada Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.w.t. adalah titik tolak
kepada kelahiran tamadun Islam. Tamadun Islam tidak bertitiktolak dari kawasan yang
berdekatan dengan sungai sebagai asas kehidupan material seperti tamadun-tamadun lain.
Sebaliknya, pencetus kemunculan tamadun Islam adalah atas kewajiban agama dalam
menuntut ilmu.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Yang mencipta
manusia daripada segumpal darah yang beku. Bacalah, dengan nama
Tuhan yang memiliki segala Kekuasaan. Yang mengajar (manusia)
menggunakan kalam (pena). Yang mengajar manusia apa yang tidak
diketahuinya.
(Surah al-Iqra: 1-5)

Menurut Hairudin Harun (1992) dalam bukunya, Daripada Sains Yunani Kepada Sains
Islam, kesemua aktiviti ilmiah yang berlaku sepanjang zaman kegemilangan tamadun
intelektual Islam adalah cetusan dan dorongan yang bersumberkan perintah al-Iqra dalam
al-Quran.
Surah al-Iqra menjadi pendorong dan membakar semangat umat Islam dalam mencari
ilmu. Di sinilah kemungkinan terletaknya rahsia sumbangan umat Islam kepada
perkembangan ilmu amnya dan perkembangan sains, khasnya. Surah al-Iqra itu adalah
pencetus dan dorongan yang jitu kepada kepentingan menuntut ilmu.

Dorongan dan semangat Iqra telah menyedarkan umat Islam kepada peri pentingnya
ilmu. Mereka amat menghargai khazanah pengetahuan yang ada pada tamadun semasa
dan juga tamadun lampau.

2. Ilmu berasaskan tauhid

Ilmu Tauhid adalah ilmu yang membahaskan tentang Allah s.w.t., sifat-sifat yang wajib
pada-Nya, sifat-sifat yang boleh disifatkan kepada-Nya, dan sifat-sifat yang sama sekali
harus ditiadakan daripada-Nya. Ilmu tauhid iaitu ilmu yang menegaskan hakikat keesaan
Allah s.w.t. Tauhid berasal daripada bahasa Arab tawhid yang bererti mengesakan dan
meyakini bahawa Allah s.w.t. itu Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya.
Ilmu tauhid bertujuan memantapkan keyakinan dan kepercayaan agama melalui akal
fikiran dan kemantapan hati yang dilandaskan wahyu. Ilmu tauhid juga bermatlamat
untuk menjaga kepercayaan dan mengukuhkan keimanan supaya tidak wujud sebarang
keraguan dalam jiwa manusia. Contohnya, anda wajib mempercayai Rukun Iman dalam
Islam. Islam menolak keimanan yang diasaskan atas ikutan semata-mata tanpa ilmu dan
kefahaman yang menyokong keimanan tersebut. Di sinilah anda dapat lihat hubung kait
antara tauhid dan keperluan ilmu. Keimanan yang sebenarnya tidak mungkin wujud tanpa
asas ilmu dan begitu juga ilmu tidak mungkin memberi manfaat tanpa dipandu oleh
wahyu. Kesepaduan ilmu dan tauhid inilah yang melonjakkan tamadun Islam dan
menjadikannya tamadun yang banyak memberi sumbangan kepada manusia.
Malah, tradisi pemikiran Islam berkembang pesat atas prinsip pembuktian dan dalil-dalil
ilmiah yang membenarkan keenam-enam Rukun Iman dengan melibatkan pelbagai
disiplin ilmu seperti kosmologi, psikologi dan metafizik. Ahli sains Islam tidak pernah
menghadapi sebarang masalah untuk menerima kebenaran ilmu tauhid dan pada masa
yang sama menjalankan penyelidikan ilmiah dalam bidang seperti fizik, biologi dan
astronomi.

3. Panduan al-Quran dan al-Sunnah

Kejayaan sesebuah tamadun ditentukan oleh kualiti manusia yang menjadi anggota
masyarakat dan umat tersebut. Dalam konteks ini, al-Quran dan al-Sunnah banyak
memberi dorongan ke arah melahirkan insan yang bertamadun. Kedua-dua sumber
tersebut sentiasa menyeru umat Islam untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan
di akhirat dengan menimba ilmu, berusaha gigih dan menghayati nilai-nilai positif.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan pergunakanlah kesempatan dalam kurniaan yang dianugerahkan
Allah kepadamu itu untuk keselamatan di akhirat, namun janganlah kamu

abaikan bahagian kamu dari kehidupan dunia. Berbuat baiklah

sebagaimana Allah telah berbuat kebaikan kepadamu. Lagi pula,
janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi kerana Allah tidak
menyenangi orang yang suka berbuat kerosakan.
(Surah al-Qashash: 77)

Begitu juga sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka dia berjuang fisabilillah
sehingga dia kembali.
(HR. al-Termizie)

Pendek kata al-Quran dan al-Sunnah adalah pencetus dan pendorong yang sangat
berkesan dalam membina tamadun Islam yang unggul. Hakikat ini terbukti dalam sejarah
tamadun manusia khususnya pada abad ke-6 kerana seluruh tamadun manusia telah rosak
dari segi nilai kemanusiaan. Namun, apabila turun al-Quran, maka tamadun manusia
mendapat satu inspirasi yang baru dengan kemunculan tamadun Islam yang
bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

4. Keterbukaan dan kreativiti tamadun Islam

Waqar al-Husaini (1985) seorang sarjana menegaskan bahawa sikap terbuka umat Islam
terserlah dalam memanfaatkan sumber-sumber tamadun daripada orang Yunani, Romawi,
Iskandariah, Syria, Parsi, India dan China. Umat Islam tidak meniru unsur luar tanpa
saringan dan tapisan yang wajar. Namun ia tidak bermaksud menghalang umat Islam
daripada mengkaji dan meneliti hasil tamadun luar terutama hal-hal yang baru. Malah,
Muhammad Asad (1983) menjelaskan bahawa umat Islam selalu menerima pengaruhpengaruh baru daripada peradaban asing tanpa menghancurkan peradabannya sendiri.
Harun Nasution (1985), seorang ilmuwan dari Indonesia membuktikan bahawa sumber
tamadun Islam, iaitu al-Quran telah menggesa penggunaan pemikiran yang kreatif dan
inovatif. Banyak ayat al-Quran menyentuh penggunaan akal fikiran yang sihat seperti
merenung (dabbara), mengerti (faqiha) melihat secara abstrak (nazara), berfikir
(tafakkar dan aqala). Malah menurut Hasan Langgulung (1986) pula:

a. Alat utama untuk mengkaji alam semesta menurut al-Quran ialah pancaindera dan
akal. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Allah yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu tanpa
mengetahui sesuatu. Dia juga menjadikan bagimu
pendengaran, penglihatan dan hati.
(Surah al-Nahl: 16 78)

b. Kita juga belajar melalui pemerhatian dan percubaan yang didukung oleh kuasa
(faculty) pemikiran seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Katalah: Berjalanlah di bumi dan lihatlah bagaimana Dia
mencipta makhluk pertama.
(Surah al-Ankabut: 29 30)

c. Untuk menganggapi tanda-tanda Allah dalam alam ini, seseorang itu harus mempunyai
akal (intellect) dan pemikiran (reflection) seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan perbezaan
malam dan siang merupakan tanda-tanda bagi orang berakal. Orang
mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau sedang baring dan
memikirkan penciptaan langit dan bumi.
(Surah al-Imran: 190
191

Faktor-faktor kejayaan tamadun Islam

Previous Next

(Surah al-Imran: 190 191)

Ciri-ciri sains dan teknologi Islam

Antara ciri-ciri sains dan teknologi Islam ialah seperti berikut:
1. Berteraskan prinsip tauhid
Seluruh alam semesta termasuk makhluk manusia adalah ciptaan Allah s.w.t. Kewujudan
alam semesta termasuk proses sebab-musabab dan segala fenomena yang berlaku
daripada sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya ditentukan oleh Allah s.w.t. sebagai
tanda kebesaran dan keagungan-Nya.

2. Integrasi antara ilmu akal dan ilmu naqal (Wahyu)

Pencapaian sains dan teknologi adalah pencapaian minda yang dikenali al-ulum alaqliyyah (ilmu akal). Namun ulum al-aqliyyah perlu diintegrasikan atau digabungkan
dengan ulum al-naqliyyah (ilmu wahyu). Contohnya, Islam menggalakkan penerokaan
alam semesta dengan sains dan teknologi, namun tujuannya adalah untuk mengenali
kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.

3. Alam sebagai pembawa mesej

Dalam sains Islam, alam semesta dan fenomena tabii merupakan Kitab Allah yang
mengandungi dan merakamkan pelbagai mesej, rahsia dan ilmu yang disampaikan oleh
Allah s.w.t. kepada manusia untuk berfikir dan merenung tentang kejadian ciptaan Allah
s.w.t. yang sungguh hebat. Alam nyata ini tidak wujud sendiri tanpa Penciptanya, iaitu

Allah s.w.t. Sifat tabii bukanlah sesuatu yang bersifat semula jadi, kebetulan, tidak
sengaja dan tidak ditentukan oleh keadaan dan kehendak alam. Sebaliknya, segala
kejadian adalah tertakluk kepada kehendak dan kekuasaan-Nya.

4. Kebenaran hakiki adalah kebenaran wahyu

Menurut Islam, segala pencapaian sains dan teknologi tidak bermakna jika kebenaran
mutlak (absolute truth) dinafikan. Kebenaran berasaskan pengetahuan empirik (ilmu
sains dan teknologi) harus menerima hakikat kebenaran metafizik iaitu tentang kebenaran
wujudnya Allah s.w.t.

5. Sains dan teknologi mengukuhkan keimanan

Sains Islam penuh nilai keberkatan ilmu (blessing), kebijaksanaan (wisdom), ketajaman
daya faham (tafaqquh) dan kebenaran (al-haqq). Pencapaian sains dan teknologi adalah
anugerah ilmu yang mempunyai pelbagai maklumat untuk menyakinkan manusia dengan
bukti bahawa Allah s.w.t. adalah Pencipta, Pendidik dan Pemelihara alam semesta ini.

Evolusi sains dan sumbangan kepada tamadun manusia

Evolusi sains iaitu perkembangan sains adalah satu topik yang sangat menarik kerana
anda berpeluang memahami perkembangan sains secara ilmiah. Pada umumnya, evolusi
sains telah melalui beberapa tahap dari segi sejarah sains iaitu Sains Yunani, Sains Islam
dan Sains Barat Moden.
Tahukah anda bahawa sains moden yang berkembang pesat di Barat sejak abad ke-17
dikatakan berasal daripada tamadun Yunani kuno. Tamadun Yunani muncul hasil interaksi
budaya Mesopotamia, Babylon dan Mesir kuno. Asas falsafah Sains Tamadun Yunani
ialah kebendaan atau dikenali sebagai materialisme. Namun begitu, perkembangan sains
dalam tamadun Islam yang berlaku sejak abad ke-8 Masihi sehingga abad ke-15 Masihi
adalah berpaksikan agama sebagai dasar falsafah sainsnya. Kekuatan rohani dan material
yang ada pada Islam telah menyebabkan sains Islam mencapai tahap kecemerlangan sains
yang sangat tinggi.
Dalam konteks tamadun Islam, anda boleh saksikan bahawa sains Islam telah mencapai
perkembangan yang pesat dan banyak menyumbang ke arah kemajuan tamadun manusia
dalam pelbagai bidang. Malah al-Quran yang merupakan sumber utama tamadun Islam
banyak mengandungi maklumat-maklumat tentang kajian sains yang telah membantu

para cendekiawan Islam untuk mengembangkan kajian bidang sains. Terdapat lebih
kurang 756 ayat al-Quran, iaitu satu perlapan daripada keseluruhan al-Quran yang
menyeru manusia mengkaji dan meneliti tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. yang wujud
dalam alam tabii. Ayat-ayat inilah yang menjadi pendorong kepada saintis Islam lampau
untuk meneroka dan mengkaji pelbagai bidang ilmu yang telah memberi sumbangan
besar kepada tamadun manusia seluruhnya. Bincangkan.
Antara ciri-ciri sains dan teknologi Islam ialah seperti berikut:

1. Berteraskan prinsip tauhid

Seluruh alam semesta termasuk makhluk manusia adalah ciptaan Allah s.w.t. Kewujudan
alam semesta termasuk proses sebab-musabab dan segala fenomena yang berlaku
daripada sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya ditentukan oleh Allah s.w.t. sebagai
tanda kebesaran dan keagungan-Nya.
2. Integrasi antara ilmu akal dan ilmu naqal (Wahyu)
Pencapaian sains dan teknologi adalah pencapaian minda yang dikenali al-ulum alaqliyyah (ilmu akal). Namun ulum al-aqliyyah perlu diintegrasikan atau digabungkan
dengan ulum al-naqliyyah (ilmu wahyu). Contohnya, Islam menggalakkan penerokaan
alam semesta dengan sains dan teknologi, namun tujuannya adalah untuk mengenali
kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.
3. Alam sebagai pembawa mesej
Dalam sains Islam, alam semesta dan fenomena tabii merupakan Kitab Allah yang
mengandungi dan merakamkan pelbagai mesej, rahsia dan ilmu yang disampaikan oleh
Allah s.w.t. kepada manusia untuk berfikir dan merenung tentang kejadian ciptaan Allah
s.w.t. yang sungguh hebat. Alam nyata ini tidak wujud sendiri tanpa Penciptanya, iaitu
Allah s.w.t. Sifat tabii bukanlah sesuatu yang bersifat semula jadi, kebetulan, tidak
sengaja dan tidak ditentukan oleh keadaan dan kehendak alam. Sebaliknya, segala
kejadian adalah tertakluk kepada kehendak dan kekuasaan-Nya.
4. Kebenaran hakiki adalah kebenaran wahyu
Menurut Islam, segala pencapaian sains dan teknologi tidak bermakna jika kebenaran
mutlak (absolute truth) dinafikan. Kebenaran berasaskan pengetahuan empirik (ilmu
sains dan teknologi) harus menerima hakikat kebenaran metafizik iaitu tentang kebenaran
wujudnya Allah s.w.t.
5. Sains dan teknologi mengukuhkan keimanan

Sains Islam penuh nilai keberkatan ilmu (blessing), kebijaksanaan (wisdom), ketajaman
daya faham (tafaqquh) dan kebenaran (al-haqq). Pencapaian sains dan teknologi adalah
anugerah ilmu yang mempunyai pelbagai maklumat untuk menyakinkan manusia dengan
bukti bahawa Allah s.w.t. adalah Pencipta, Pendidik dan Pemelihara alam semesta ini.

Anda mungkin juga menyukai