Anda di halaman 1dari 6

2016

Kertas Kerja Hari Alam Sekitar

1.0 Pendahuluan
Alam Sekitar adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Kehidupan
manusia bergantung sepenuhnya kepada sumber alam yang luas ini sebagai tempat
tinggal dan punca rezeki untuk satu kehidupan yang harmoni dan sejahtera.
Walaubagaimanapun penggunaan sumber alam secara berleluasa dan tidak teratur
telah menyebabkan pencemaran dan kerosakan alam sekitar. Penebangan hutan
yang berleluasa tanpa kawalan menyebabkan berlakunya banjir lumpur dan tanah
runtuh. Pembuangan sampah dan sisa kumbahan telah menyakiti mencemari
ekosistem sungai kita. Semua perbuatan manusia ini telah menyebabkan dunia
menjadi semakin tenat dari hari ke hari.
Dalam

usaha

meningkatkan

tahap

kesedaran

masyarakat

mengenai

pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar maka pendidikan alam


sekitar perlulah diterapkan sedari awal lagi terutamanya pada peringkat umur kanakkanak. Sememangnya pendidikan telah diterima sebagai satu alat yang asas untuk
mengawal alam sekitar dan juga pembangunan lestari sejak dari persidangan Tbilisi
pada tahun 1977. Sekolah pula menjadi salah satu cara utama untuk menangani
masalah-masalah yang berkaitan dengan alam sekitar (Moroye, 2005) Pendidikan
(berkaitan) alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang dan kualiti
alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk
mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan (Perikleous, 2004).
Atas kesedaran ini, Jawatankuasa Kelab Pencinta Alam Sekitar bersama
semua warga Sekolah Kebangsaan Trusan telah mengambil inisiatif untuk
mengadakan Hari Alam Sekitar peringkat sekolah tahun 2016. Terdapat tiga program
yang telah dirancang untuk dilaksanakan pada hari tersebut. Pertama adalah
program Petani Damit dimana murid tahun 6 akan diberi tanggungjawab menanam
dan menjaga pokok pokok. Kedua adalah pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar
Semula untuk menguji kreativiti murid - murid. Program yang ketiga adalah ceramah
Cintailah Alam Sekitar untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga
sekolah dan ibu bapa.

2.0 Objektif

2016

Kertas Kerja Hari Alam Sekitar

2.1 Memupuk kesedaran semua warga sekolah dan ibu bapa untuk mempraktis
amalan hijau demi menjaga kelestarian alam sekitar.
2.2 Melatih kemahiran bertani untuk murid murid supaya boleh digunakan
dalam kehidupan mereka nanti.
2.3 Memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan
bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar.
2.4 Menyemai rasa dan sikap bertanggungjawab dalam diri murid murid.
2.5 Membina daya kreativiti dalam diri.

3.0 Matlamat
3.1 Melahirkan generasi masa hadapan yang cintakan alam sekitar dengan
mempraktikkan amalan kitar semula

untuk mengurangkan pencemaran,

menjimatkan kos, tenaga dan menjimatkan sumber.


3.2 Memberikan pendidikan kepada murid murid mengenai peranan pokok
terhadap alam sekitar.
3.3 Memupuk rasa dan perasaan ingin berbakti kepada tanah dalam kalangan
murid murid Sekolah Kebangsaan Trusan.
3.4 Memupuk perasaan prihatin dan peka terhadap masalah alam sekitar dalam
diri semua warga sekolah dan ibu bapa.

4.0 Sasaran
Semua warga Sekolah Kebangsaan Trusan dan Ibu bapa.

5.0 Cadangan Pelaksanaan


Tarikh

: 5 Oktober 2016

Tempat

: Sekolah Kebangsaan Trusan

Kertas Kerja Hari Alam Sekitar


Masa

2016

: 0700 1300

6.0 Butiran Perlaksanaan


Rujuk Lampiran A, B, dan C.

7.0 Jawatankuasa
1. Penaung

: En. Suliman bin Haji Yahya (Guru Besar)

2. Penasihat

: Cik Siti Jaliha binti Wahap (GPK 1)

3. Pengarah

: Pn. Nancy anak Opi (GPK KOKO)

4. Bendahari

: En. Madini bin Masri (GPK HEM)

5. Setiausaha

: Ust. Mohd Amiruddin bin Seri

6. Penyelaras Program 1 : Ust. Mohd Amiruddin bin Seri (Kelab Pals)


Penyelaras Program 2 : Cik Doris anak Babang (Kelab Pals)
Penyelaras Program 3 : Ust. Mohd Hafizuddin bin Hairuddin (Guru B&K)
7. Persiapan Tempat

: En. Damit anak Mandi


: Semua Kakitangan Sekolah & Warga Sekolah

8. Backdrop

: En. Alifarizal bin Sahak

9. Siaraya

: En. Tan Kan Tsai

10. Dokumentasi

: En. Arika Wira bin Karim


: En. Rizal bin Awang

11. Hadiah & Cenderahati : Ustazah Syarkinah binti Wahap


: Pn. Emmly Uding Gau
12. MC Majlis Penutup

: Cik Suraya binti Serudin

13. Keselamatan & Disiplin: En. Drahman bin Kahar


14. Makanan

: Pn Feredah binti Japar


: Cik Azrani bt Abd Rahman

7.0 Tentatif Program


0700 : Kehadiran semua warga sekolah

2016

Kertas Kerja Hari Alam Sekitar


0720 : Taklimat Perjalanan Program (Semua Murid)
0750 : Program Petani Damit (Tahun 6)
Gotong Royong Perdana (Tahun 1 5)
0850 : Pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula
Pertandingan Mewarna (Tahun 1, 2, & 3)
Pertandingan Melukis Poster (Tahun 4, 5, & 6)
1000 : Rehat
1030 : Ceramah Alam Sekitar oleh pegawai NREB Limbang.
1200 : Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah
1300 : Jamuan & Bersurai

8.0 Anggaran Kos


Bil.

Item

Harga

2016

Kertas Kerja Hari Alam Sekitar


1.

Anak Pokok x 10

RM 15

RM 150

2.
3.
4.
4.
5.

Modal untuk Bahan Rekacipta x 4


Hamper
Cenderamata
Air Mineral x 5
Jamuan
Jumlah

RM 50

RM 200
RM 150
RM 30
RM 50
RM 200
RM 780

RM10

9.0 Penutup
Melalui program ini,

diharap dapat melahirkan perasaan cintakan alam

sekitar di dalam diri setiap warga sekolah dan ibu bapa. Program program seperti
ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada aspirasi negara dalam memulihara
keindahan alam sekitar yang kita miliki. Jika kita inginkan sebuah negara yang
lestari, rasa kecintaan terhadap alam sekitar mestilah diterapkan dari seawal kanak
kanak lagi. Hal ini kerana mereka lah generasi masa depan yang akan menjaga
negara yang tercinta ini satu masa nanti.

Disediakan Oleh :

______________________
( Mohd Amiruddin bin Seri )

Kertas Kerja Hari Alam Sekitar

2016

Setiausaha Program
Tarikh :

Disahkan Oleh :

_________________________

_____________________

En Suliman bin Haji Yahya


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Trusan, Lawas
Tarikh :

( Cop Sekolah / Jawatan )

Anda mungkin juga menyukai