Anda di halaman 1dari 1

Penglibatan dalam sukan boleh dibahagikan kepada dua typology :

i.

Primary

ii.

Secondry

Terangkan kedua-dua jenis penglibatan tersebut


Penglibatan dalam sukan terbahagi kepada dua typology iaitu primary dan
secondary. Pengertian atau definisi bagi typology adalah klasifikasi atau jenis.
Jenis penglibatan sukan Primary adalah penglibatan dalam sukan yang lebih
tertumpu kepada perhubungan dalam jangka masa panjang. Ini kerana,
seseorang itu diberikan pendedahan sukan secara langsung menyebabkan
seseorang itu berada kekal dalam sukan itu dengan lebih lama dan rapat dengan
orang sekeliling. Kebiasaannya, jenis ini didedahkan oleh ahli keluarga semenjak
kecil lagi. Penglibatan yang berlaku pada kanak-kanak adalah diawal usia mereka
atau pada tahap sosiolasi awal mereka. Pada peringkat atau tahap ini, kanakkanak berada dalam proses pembelajaran tentang beberapa perkara-perkara
asas seperti mengambil berat dan saling menyayangi dimana ianya dapat
dikaitkan dengan sukan kerana sukan dipengaruhi oleh perasaan dan sifat
kekeluargan yang yang saling mengambil berat antara satu sama lain seperti
ahli keluarga. Penglibatan ini juga lebih tertumpu kepada proses pembentukan
pasukan dimana para pemain lebih cenderung kepada mengenali rakan-rakan
sepasukan, mencari keseronokan dan keserasian berkumpulan serta membantu
memupuk individu tentang nilai-nilai persahabatan, jormat, kasih sayang dan
kerjasama. Penglibatan sukan jenis primary ini memberi kesan yang baik kepada
semua kerana semua ahli kumpulan atau individu memberi kerjasama yang baik
kerana hubungan mereka rapat dan mereka selesa untuk bekerjasama.

Bagi penglibatan secondary pula adalah lebih berbentuk hubungan dalam jangka
masa pendek. Pada peringkat ini, penglibatan sukan tidak lagi dipengaruhi oleh
keluarga tetapi ianya berlaku melalui pengaruh bukan keluarga yang bersifat
sementara. Kebiasaannya, penglibatan secondary ini berlaku pada peringkat
sekolah dan zaman remaja. Pada ketika ini, pelajar banyak didedahkan dan ianya
hanyalah bertujuan untuk mematuhi standard kokurikulum di sekolah sahaja.
Oleh yang demikian, hubungan antara pelajar kurang memuaskan berbanding
penglibatan primary kerana nilai kasih sayang kurang diterapkan. Pada peringkat
ini sukan dimainkan hanyalah untuk mencapai sesuatu matlamat dalam tempoh
masa yang telah ditetapkan. Maka hubungan yang terbentuk adalah untuk
mencapai sesuatu matlamat sahaja dan tidak kekal lama. Apabila matlamat yang
dirancang telah dicapai maka pehubungan tersebut akan terlerai sehinggalah
matlamat baru di tetapkan. Dapat disimpulkan, penglibatan secondary tidak
bertahan lama hubungan antara individu dengan individu lain disebabkan oleh
ianya berlaku dalam tempoh yang singkat.

Beri Nilai